Expectation vs Reality

Posted by | On | | 4 Comments
Assalamualaikum...
Image result for super junior push shoulder gif
Hi, peeps! Redup je petang dekat UMP Gambang ni.
Tempat you guys macam mana? Hihi.
Apapun, teruskan baca post ni okey.

Hmm. Expectation vs Reality. Rasanya ramai yang dah biasa dengan terms ni kan? Kalau Farahin, pertama kali terdedah dengan terms ni masa tengah berkeliaran dekat YouTube tu. Expectation vs Reality apa yang Farahin cari? Sudah tentunya Expectation vs Reality : Super Junior. Hehe So, Expectation vs Reality ni juga fokusnya kebiasaannya untuk benda2 lawak kan. Tapi apa yang Farahin nak sembang petang ni nak gelak atau nangis pun tak tahu. Hahahaha

This morning Farahin ada presentation Mini Projek. Kalau budak komputer, of course Mini Projek ni banyaknya karang code kan. Jangan buat2 tak tahu pula. Tak tahu, ni Farahin dah beritahu. Presentation went well. Website yang team Farahin buat was running well. No Error. Itu mustahak! Cuma ada lah juga kurang2 tu kan. Maklum, budak tengah belajar. Hewhewhew

Tapi paling cuak masa presentation bila kantoi pembahagian tugas untuk reka Website ni tak seimbang. Actually, for this shit Farahin yang paling banyak banting tulang. Kami berdua je. Jadi partner Farahin tu macam tiang seri je. Masalah di sini bukan partner Farahin tak buat kerja. Tapi masalah di sini adalah Farahin sendiri. Sebenarnya, Farahin pun feel bad sebab ada masalah ni. Masalahnya I don't believe my partner. Masalah kan? Masalah besar!

Farahin faham bila in a team, kita patut percaya dengan team kita. Baru confident dan seronok nak berkerja. But the reason Farahin tak percaya dengan partner Farahin ni sebab dia adalah seorang kawan. Kami tak rapat sangat pun. Tapi cukup rapat untuk jadi kawan lepak, makan, shopping, gelak semua. Jadi bila disebut tentang kawan, sudah tentu the Expectation is serasi kan. Tapi dalam kes Farahin ni, the Reality is NO. Kami memang serasi jadi kawan. Tapi Farahin memang tak rasa serasi jadi partner dengan dia.

Farahin kenal dengan dia since 3 semester lepas. Kami sama2 repeat paper. And since then, I learned yang dia ni macam ada attitude negatif yang susah nak ubah. Farahin tak pasti nak describe macam mana attitude dia ni. Because it is so natural like dia bukan buat2 atau mengada. Just imagine, bila lecturer tanya about class diagram which is benda paling basic kalau nak plan projek dia boleh replied sengih2 "err...I don't remember." Lepas tu, bile Farahin tanya dia ingat tak about Flowchart which is benda basic juga dalam planning dia replied benda yang sama. And once dia mentioned, "kau bagi je aku apa2. Aku buat." Those words were not comforting bagi Farahin. It seemed like I have to put everything on my shoulder. And yes, no doubt!

Sebab dia kawan lah, Farahin tak percaya dengang dia. Farahin tahu attitude dia. Farahin tahu level skill dia. Kita orang mungkin repeat paper sama2. Tapi actually attitude kita orang memang beza. Senang cakap dia buat kawan memang sedap. Tapi kalau nak jadikan partner for assignment or project, it's actually a NO kalau ikutkan attitude Farahin. Tapi kenapa Farahin tetap partnered dengan dia? Sebab Farahin dah terikat yang namanya kawan.

Dia student Year 4. Next semester should be her last semester. But I am every sure, dia akan extend. Extend janji dapat graduate dengan jayanya, that's cool. Dah nak buat macam mana kalau dah memang kena extend year. Tapi her attitude still have no changes. Farahin tanya dia, "kau bila nak ambil PSM(Projek Sarjana Muda)?" Dia jawab, "entahlah." Farahin tanya dia, "LI(Latihan Industri/Praktikal)?" Pun dia jawab benda yang sama. Farahin pula yang risau dengan dia. Macam mak2. All because dia seorang kawan. Farahin risaukan dia sebab dia seorang kawan. Tapi at the same time, Farahin susah nak appreciate dia sebagai team partner. I am very bad ha? VERY VERY BAD. hikhik

Jadi masa kantoi dengan lecturer tadi, lecturer sempat perli dia "Awak buat form je? Graduate nanti saya bagi awak form je nak?" Masa tu Farahin senyum je. Maniskan muka. But actually Farahin felt very bad. Salah Farahin ke sebab tak percayakan dia untuk buat kerja2 yang complex? But you know she once mentioned this too, "Weh! Aku tak reti buat database connection tu. Kau buatlah." While before that Farahin ada je minta dia cuba2 buat database connection. I meant belajar baliklah dari basic kan kalau tak faham. Sebab Farahin pun buat macam tu. Mula dari basic yang tak complex then persued beyond that. Farahin memang barai since last week lagi. Berjaga malam nak fahamkan code semua. While banyak lagi mini projek lain menimbun. Huhu

Apapun, gladly semua selesai. Esok Farahin kena submit mini projek yang lain pula. Of course, it is a team work also. Tapi Farahin juga jadi kambing korban. Partner yang ni pula jenis manja2. Sikit2 nak tanya Farahin macam tak ada effort nak buat cara sendiri. Pun harapkan Farahin. And he's a man. A man with girlfriend. Jadi Farahin tak faham macam mana dia boleh ada girlfriend dengan attitude macam tu. Macam mana dengan girfriend dia agaknya? Hahahaha.

Hmm. Memang kena jadi burung hantu juga malam ni.
Wish me good luck okey!
Maaf post panjang. Hehe
Bubye =)




4 comments:

Mormor said...

Susah jugak ada partner gitu. kalau mor, next project cari partner lain laa jawabnyaa. btw gudlak k!

ELFarahin said...

@Mormor haih kitowg course major sama.. tak kira macam mana pun mesti selisih. ugh!! btw, thankyou =)

That Ravenclaw said...

must be hard to get such partner for a group project ;-; ive experienced that too..

ELFarahin said...

@That Ravenclaw yeah. but she still a friend. hikshiks (^v^;)

ELFollowers

False start may have the right end. But the right start also may have the false end. What does matter is in between and the goal to make everything back to right. -16/09/2018-