Assalamualaikum...
Hello, peeps! It's already midnight. Tapi Farahin dapat ilham pula nak buat post lepas baca this one post from a blog. Tuan blog share how she felt confused wether to accept the offer of cluster boarding school or not. Lepas baca tu terimbau balik masa2 lepas SPM dulu. Struggle nak mohon IPT atau Matrikulasi. Form 6 memang Farahin tolak awal2. Hehe. Dan akhirnya Farahin pilih matrikulasi.
Kenapa matrikulasi? Sebab yuran murah. Haha. Farahin fikir pasal kewangan ayah sebenarnya Kalau ambil diploma, 3 tahun nak habis. Banyak belanja. Kalau matrikulasi setahun je. Ya. Farahin ambil PST (Program Satu Tahun). Plus, it's a fast track. Belajar setahun. Boleh proceed degree. Kalau rezeki melambung, lepas graduate terus boleh kerja. So tempoh belajar tu tak ada lah panjang sangat.
Masuk matrikulasi, Farahin dikelaskan pula dalam bahagian Physical Science NO BIOLOGY yang Farahin agung2 kan. Hahahaha. Mohon ditukarkan kepada bahagian Pure Science tapi tak dapat juga. Masa tu memang dah gelabah. Takut tak boleh bawa Fizik, Kimia and this one very new subject bagi Farahin iaitu Sains Komputer. Obviously, Farahin memang kurang minat dengan Fizik dan Kimia. Tapi Farahin memang ada terikat sikit dengan komputer even tak tahu apa2 sebab Farahin dah biasa main edit2 blog ni since Form 3. Hahahaha.
Apapun, Farahin muhasabah diri. Fikir balik mungkin ada hikmahnya Farahin tak dapat kelas Pure Science tu even sekolah dulu botak layankan 3 subjek sains tu. Farahin memang minat Biologi. Tapi Farahin tak suka menghafal. Kefahaman Farahin tak terletak kepada apa yang Farahin hafal tapi apa yang Farahin memang faham. Jadi dekat situ Farahin terfikir, apa yang kita suka kadang2 bukan kita punya. Mungkin Biologi cuma minat. Mungkin komputer adalah peluang. Ingat! Allah lebih Maha Mengetahui.
Alhamdulillah. Farahin berjaya habiskan PST dengan kelulusan yang dirahsiakan. Hahahaha. Dan hari ni I am a Computer Science student major in Graphic and Multimedia chasing after Bachelor Degree. Guess what? Cinta Farahin kepada dunia komputer dan grafik kekal setia sehingga ke hari ini. Hihi.
Most of computer subjects memang banyak mempraktikkan kefahaman. Hafal boleh. Tapi tak digalakkan. Sebabnya kita orang belajar dengan dan tentang komputer. Berkomunikasi dengan komputer. Belajar bahasa komputer. Cuba kalau kita hafal sebutan bahasa asing tapi tak tahu apa makna? Memang tak jalan lah komunikasi tu kan. Serupa dengan komputer.
Jadi, itulah cerita yang nak dikongsikan hari ni. Bila mana Farahin takut2 nak melangkah ke dunia lebih luas. Bila mana Farahin masih ragu2 untuk menjadi dewasa. Bila mana Farahin memberontak dan tak yakin dengan apa yang jadi. Satu pesan dari Farahin. Orang yang paling kita patut percaya adalah diri kita sendiri. Tapi macam mana bila kita tak percaya lagi dengan diri sendiri? Takut dan was2 itu biasa. Jadi percaya kepadaNya yang Satu. Dia Yang Maha Mengetahu dan Menentukan Segalanya. Have Faith! Inshaallah.
Till then, I end my post tonight.
Thank you for your time.
Goodnight. =)
Somethimes you don't have to look for chance because
chance will comes to you by fate and faith.
pada akhirnya pilihan kita yg lps tu insyaAllah bawak kita kepada satu tahap yg baik juga :)
ReplyDelete@amira faqihah Amiin. Percaya kepada diri. Percaya kepada Allah1 Inshaallah :)
ReplyDelete