Menyendiri

Posted by | On | | 8 Comments
Image result for free girl images
Aku mengeluh senafas lalu
meringkuk di hujung sudut
merawang mata di tiap penjuru
ruang petak yang terisi dengan kekosongan
cuma udara dan aku yang menghelahkan nafas

Terkurung terpuruk
ini bukan penjara
inilah dunia yang simetri
yang nutral tanpa diskriminasi
di sini cuma aku dan aku
tiada virus yang menjangkiti

Jendela menjadi bingkai
pintu menjadi tirai
memisahkan aku dan yang di luar sana
aku toleh aku pandang
kelihatan dedahan pokok melambai
dedaunnya bertepuk rimbun
gambaran yang indah
membangkitkan inkuiri dan konklusi
siapa tahu mungkin ianya berduri
mungkin aku tetap di sini menyendiri








READ MORE>>

December

Posted by | On | | 0 Comments
Assalamualaikum...
Related image
Hi, peeps! It's December. I mean 2nd December. Tapi still December kan. December. Akhir tahun. Akhir semester. Tapi bukan ini pengakhirannya. Kan? Hahahaha. For sure bulan December ni lah bulan paling rasa nak putus urat putus nyawa segala. Bulan ni lah banyak assignments dan mini project kena submit. Sekali presentation bla bla bla. Ditambah pula bila di hujung2 December nanti mulalah Exam Week. Huhu.

Farahin ada 4 paper untuk exam this semester. But actually I take 6 subjects with total credits 17. Tu pun dah hawau. Next semester will be the first semester of my final year. Ughh! More pressure. More stress. Plan nak ambil PSM(Projek Sarjana Muda) next semester. Tapi still in supervisor hunting mode. Berangan nak buat game. Tengoklah macam mana. Hihi

By the way I still have many subjects to take. Tergendala because of the lazy me for the past two years. Ditimpa musibah repeat paper for thrice. Sumpah! Insaf! Farahin sampai dah boleh hafal subject tu. Dah boleh ingat setiap chapter yang akan diajarkan. Hahaha. But I take the good. Sebab repeat paper tu lah Farahin lebih mudah nak faham subject2 lain yang related dengan basic subject yang Farahin repeat tu. Tak payah mention kot subject apa yang Farahin repeat tu. Hehe

Apapun, this month will be very hard to me. Tambah beban jadi kambing korban lagi. Penatlah. Penat jadi kambing korban. Jadi kambing korban untuk kambing2 yang tak reti appreciate pengorbanan orang lain. You know what I mean? If don't, don't mind. Tak payah tambah serabut kepala you guys okey. Haha

Ikutkan jadual exam, my last paper will be on 07/01/2018. And for your knowing, Farahin ni anggota Pasukan Siswa Pertahanan Awam. Jadi dengar ceritanya akan ada kursus lepas musim exam. Dan nak dijadikan cerita macam tak panjang je cuti semester nanti. Haha. Terpaksalah hadap. Farahin okey je. Tapi mak ayah tu. Rindu sangat dah rasanya. Well anaknya seorang je. Tapi Farahin jiwa kental. No hal. Hahahaha.

Hopefully, next semester Farahin dah tak ada selisih maut dengan kambing2 macam semester ni. Penat dengan perangai hipokrit dia orang. Farahin pun terpaksa hipokrit sekali disebabkan nak jaga sabar. Farahin ni kalau dah marah memang macam abah2. Sekalipun Farahin ni perempuan. Tapi marah tu memang kalau boleh Farahin tak nak amalkan. Kita chill2 je. Be positive. Kan?

Okay. Till then,
here is my first post of this December!
Thank You for your time to read.
Bubye. =)




December -- This is the last, this is where it starts.



READ MORE>>

ELFollowers

just because i'm a mental illness patient, doesn't mean i'm less human. -06/11/2019-