Assalamualaikum..
Hello, readers!
Selamat malam semuanya? How's your day?
Malam ni Farahin nak tinggal sikit beban peribadi dekat blog.
Jemput baca!
Terasa panjang seminggu Farahin selepas balik dari appointment doktor khamis lepas. Banyak hal yang bermain di fikiran. Terlalu banyak sampai terlalu payah untuk diluahkan. Ada masanya rasa terlalu berat untuk terus dibiarkan tapi diri pula tak rasa cukup kuat untuk kemaskan mana yang perlu serta buang mana yang patut. Jadinya dari fikiran menular sehingga ke perasaan, mulalah rasa diri macam nak naik gila tapi tetap juga ternampak baring lurus di atas katil. Dipaksa diri supaya sekurangnya menangislah tapi tak juga menangis dan akhirnya tekup muka ke bantal lalu menjerit sampai tekak sakit.
Disorder, atau terjemahannya adalah 'tidak teratur'. Teringat peringatan seorang good friend "Things don't have to be always in order". Setuju. Farahin terlupa. Ada sebab sakit ni diberi nama Major Depressive Disorder. Teringat pula perkongsian awal doktor yang pertama Farahin jumpa. Beliau kata, "Depression ni semua orang ada. Tapi orang atau pesakit yang ada Major Depressive Disorder ni lain sikit." Lalu Farahin simpulkan, "Tak apa benda dah tak macam dulu. Tak apa aku dah tak macam dulu. Sebab untuk aku, kelebihan yang Allah berikan kepada aku sekarang, benda dah tak perlu ikut aturan yang macam mana manusia lain biasa lakukan."
Dalam seminggu ni banyak logik akal yang Farahin kerjakan. Salah satunya adalah aku boleh tolak mana-mana nasihat doktor yang aku tahu belum sesuai untuk aku kerjakan buat masa ini. Aku tak perlu paksa diri ikutkan semuanya sebab doktor pun bukannya kenal aku sangat. Tapi tak kira berapa kali pun logik akal beritahu hal sedemikian, logik emosi tetap menyangkal. Menguatkan lagi kesimpulan Farahin yang tadi. Disorder. Bukan disorder namanya kalau akal dan emosi aku berfungsi dengan teratur macam orang biasa.
Logik emosi Farahin kuat memberontak seminggu ni. Ada saja yang dia tak puas hati. Ada saja yang dia nak buat sakit hati. Macam biasa Farahin takkan tolak tepi tak kira apa yang dia nak bebelkan. Farahin perhati. Farahin dengar. Salah satunya adalah Farahin diberitahu "Aku tak suka bila doktor beri nasihat klise dekat aku. Aku tak suka bila doktor kata aku perlu dipastikan betul-betul sama ada aku memang betul MDD atau mungkin sebab banyak berfikir. Aku tak suka! Aku rasa macam dikatakan menipu, berpura-pura."
Perdebatan berlangsung hampir setiap hari, sepanjang masa. Setiap yang didebatkan logik akal, pasti akan dipulangkan dengan lebih emosi oleh logik emosi. Ada masanya Farahin boleh hadapkan perdebatan ni sambil bergelak layankan anime Kimetsu No Yaiba atau drama Joy Of Life bila Farahin ada tenaga fizikal dan mental lebih. Dan ada masanya Farahin bergulung macam ulat atas tilam dengan mata yang sekejap basah sekejap kering semula tapi tak menangis juga. Kepala dan dada rasa ketat dan sempit. Nafas rasa pendek. Belakang badan rasa berat dan tegang.
Inilah antara contoh situasi pesakit Major Depression Disorder. Sakit yang tak nampak di pandangan mata biasa. Malah yang pesakit ni pun tak nampak sebenarnya. Rasa sakit tu sudah tentu ada. Tapi diri sendiri pun tak tahu nak calit ubat dekat mana. Tak sama dengan luka fizikal. Ini luka emosi. Luka yang banyakya tidak dirawat dan dijaga dengan betul sebaliknya ditahan selagi boleh dan disorok sehingga membusuk. Teringat masa minggu orientasi awal masuk universiti. Farahin terjatuh masa aktiviti larian dan luka sikit dekat lutut. Bila Farahin kata dekat rescue team "Eh! Sikit je. Tak payahlah ambulan." Lalu Farahin dipulangkan dengan ayat yang begini "Mana boleh. Luka kecil pun patut cuci biar tak ada jangkitan kuman." Jadinya Farahin cuma mampu sengih dan ucapkan terima kasih.
If I choose to not keep holding on, my everyday would be daily break down.
Holllaa!! I'm your number one silent reader!! Hehehe siyes suka baca entry akak ^^ sooo inspiring ;)
ReplyDelete.
Semoga cepat sembuh ^^ Chaiyok!! Fighting!!
@Hanachie awwww thank you dropping by and keep reading my post ! thank you for the wish too. it means so much =)
ReplyDeleteyou deserve better.
ReplyDelete