2025 status-to-be : Single Pro Max Ultra :p - Fri , 15/11/2024 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Segmen Bloglist PKP 2020

Posted by ELFarahin | On May 02, 2020 | |
Assalamualaikum...

Orait! Nak join segmen ni since dah lama tak join apa-apa segmen kan.
Plus, tajuk segmen ni sensasi betul hehe. Syarat pun ringkas je. Okey. Jom start!

Pengalaman Farahin Semasa PKP


1. Klinik Psikiatri Tutup
18/3 - Farahin ada appointment dengan doktor. Pagi tu kalut sangat. Bangun lambat. Dah nak gerak pergi hospital, helmet pula lupa pakai. Sampai hospital, straight terus pergi klinik psikiatri macam biasa. Tiba-tiba keadaan macam kalut semacam. "Maaf, encik. Hari ni klinik tutup." \"Hari ni klinik tutup. Hospital perlu dikosongkan." \"Kita ada kes. Klinik tutup hari ni." Ya. Pagi tu Hospital Kluang ada kes Covid-19. Appointment pagi tu ringkas saja. Jumpa doktor, doktor beri preskripsi ubat, pergi ambil ubat di farmasi. Tak sempat nak sembang macam sebelumnya. Farmasi pun operasi cepat macam kilat. Setengah jam menunggu, ubat dapat, straight terus balik rumah. Fuh! Selamat.

2. Covid-19 Bikin Anxiety
Empat ke lima hari sejak balik dari hospital. Dada Farahin rasa tak selesa macam orang batuk sedangkan Farahin tak batuk. Hari pertama, kedua-dua belah. Hari kedua, kedua-duanya masih sakit. Hari ketiga, sebelah kiri sahaja yang sakit. Hari ketiga tu anxiety datang menyerang. Farahin panik takut diri dijangkiti. Macam mana kalau mak ayah terkena sekali? Mak ayah dah tua lagilah berisiko. Kenapa aku tak mati awal je? Menyusahkan betul. Farahin tahu anxiety dah hampir dengan limit maksimum jadi Farahin vent out dekat best friend. Macam biasa, dia sentiasa membantu dan menyokong. Anxiety Farahin beransur kurang dan hari keempat, semakin malam dekat, semakin hilang rasa tak selesa di dada. Alhamdulillah.

3. Mana Sarah?
Anxiety Farahin menyerang lagi. Kali ni disebabkan Sarah yang dah beberapa hari offline. Senyap sepi entah ke mana. Tak tahan dengan cuma menunggu dan buka tutup instagram dan whatsapp dia untuk pastikan andai dia ada online, Farahin hantarkan mesej ringkas di whatsapp "Sarah. I miss you" sekali emoji heart besar gedabak. Esoknya mesej terbalas dan Farahin menangis sendu bercampur rasa syukur dan rindu. Sarah menghidapi Major Depressive Disorder. Farahin boleh agak betapa kritikalnya keadaan dia. Tipulah kalau anxiety Farahin tak berbunyi macam ni, "Macam mana kalau Sarah dah tak ada?" Cerita panjangnya ada di sini dan sini.

4. Hospital Lama
15/4 - Appoointment dengan doktor lagi. Since Hospital Kluang dah dicop sebagai pusat rawatan  utama Covid-19, sebarang urusan dan rawatan yang lainnya dijalankan di Hospital Kluang yang lama. Buat pertama kalinya, Farahin minta ayah hantarkan untuk pergi appointment. Sebab? Anxiety. Farahin tak rasa Farahin boleh bawa skuter sendiri. Farahin tak rasa Farahin boleh sampai hospital. Farahin tak rasa Farahin selamat nak pergi hospital sendiri. Sepanjang perjalanan ke hospital, Farahin kejung beku di tempat duduk. Takut. Takut nak keluar rumah. Takut dengan Covid-19. Takut dengan penyakit yang membunuh ni. Takut aku naik gila je nanti. Sudah tentunya, bacaan tekanan darah Farahin tinggi melambung. Sebab? Anxiety.

5. Anxiety Bikin Lalai
Hari tu ayah hantar mak pergi hospital sebab mak demam teruk sekali sakit-sakit badan. Sedang Farahin tunggu nasi masak, ayah call, "Farah. Bawakan handphone dengan charger mak pergi hospital. Mana tahu mak masuk wad ke? Boleh?" Farahin iyakan saja. Memang masa tu Farahin rasa macam okey je. Siap-siap, dah nak gerak, Farahin mula kalut. Pagar rumah dah kunci, lupa helmet tak pakai. Nak buka pagar rumah yang dah kunci, kunci pula jatuh dekat kawasan dalam. Tangan tak boleh nak capai dari luar. Sebenarnya, awal masa bersiap lagi anxiety dah hai hai dekat Farahin. Eh! Bukan hari tu aku takut nak keluar rumah? Eh! Kalau kena roadblock, nak cakap macam mana? Shit! Kenapa kalut sangat ni? Fine! It's anxiety. Sudahnya, Farahin tak pergi hospital, tak dapat masuk rumah pun, lepak rumah mak sedara yang berjiran depan rumah, sambil tahan air mata. Benda kecil, benda mudah je Farahin. Itu pun kau tak boleh nak buat! Mak sedara gelakkan mungkin sebab nampak Farahin macam cuai tapi tak. Anxiety buat Farahin terlampau lalai dan longlai.


Jadi itulah ia antara pengalaman Farahin semasa PKP ni.
Berat. Serius. Tak happy. Tapi Farahin suka nak kongsikan dengan pembaca.
Itu pun Farahin dah cuba simpulkan seringkas mungkin haha.

Stay home is fine. But not with this pendamic.
Duduk rumah je pun rasa tak senang duduk disebabkan anxiety.
Appointment dan rawatan pun tergendala dan tak macam biasa.
Jadi tolonglah tolonglah duduk rumah dan cegah penularan wabak ni.
Farahin nak jumpa doktor. Nak sembang dengan doktor. Nak lepak farmasi macam biasa.

Okey. Bagi yang nak join segmen ni, klik banner okey.
See you in later post. Bye bye. xoxo =)






14 comments:

  1. Saya harap awak baik baik sahaja ! Insya-Allah

    ReplyDelete
  2. @Nadia Jamhari Amiin. Terima kasih. Moga awak pun baik baik saja. =)

    ReplyDelete
  3. semloga farahin berada dalam keadaan yg baik. jaga kesihatan tau!

    ReplyDelete
  4. Reading this makes me realize that it has been a while since I last went to your blog. I was occupied with so many things and lose count of the days and dates while trying to feel better. I immerse myself in doing other things while trying to distract my fragile mind from overthinking and breaking down.

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan Farahain. Jangan biarkan duduk sorang diri farahain. Anyway, selamat bersegmen.

    ReplyDelete
  6. @ray hey you don't actually have to come here often. i'm glad that you were trying to make yourself felt better. that's better than reading my heavy personal post. keep going, ray. take it slow and have a good rest. =)

    ReplyDelete
  7. @Kak Wawa terima kasih doanya. duduk sendirian? Farahin anak tunggal so i'm born with this routine. writing is one of my 'best friend'. apapun, terima kasih singgah dan baca =)

    ReplyDelete

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin