2025 status-to-be : Single Pro Max Ultra :p - Fri , 15/11/2024 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

How To Approach Someone Who Is Emotionally Unstable

Posted by ELFarahin | On March 01, 2021 | |
Assalamualaikum

In most case, I believe that there won't be anyone yang rasa gembira bila dia menghukum diri sendiri. Of course, macam biasa, Farahin akan tekankan hal mental dan emosi. And sis cuba ya, sis cuba tulis dalam Bahasa Melayu sebanyak mungkin haha. Geram pula sebab selalu tulis in English spontaneously. Even though grammar tak lepas daerah, konfiden je bebel dalam Bahasa Barat kan. Haha. Berbalik kepada ayat yang pertama. Ada ke yang rasa suka bila maki diri sendiri? Cakap yang buruk-buruk pasal diri sendiri. Ada rasa mood semakin baik ke? From my personal experience and what my empathy tells me, the answer is no. Melainkan mungkin this someone memang ada kecelaruan mental yang sangat sangat kritikal. Much very more critical than mine.

Now, a short diary. Dari minggu lepas sampai pagi tiga hari lepas, I had been through anxiety. Rasa penat hampir setiap hari. Ada dua atau tiga hari menangis which last Farahin menangis ialah pada awal november 2020. Rasa sunyi lain macam dan Farahin rasa rindu sangat dengan kawan-kawan yang biasa manjakan Farahin. Bella suka beri Farahin bear hug. Ana biasa manjakan Farahin dengan sokongan dan nasihat yang disampaikan dengan lembut. Sarah pula ada ingatkan Farahin a few times to not leave her and she loves me very much. Selain tu, ada lah anxious thought yang bermacam-macam. Pokoknya memang mood rendah dan tak seimbang.

Then there was this day, I made a Whatsapp status, written, "sorrylah sebab aku ni cacat akal." Ayat ni memang jelas negatif. Tapi bagi Farahin ianya juga tak salah info. Cuma caranya je yang salah. Afterall, memang Farahin ada otak yang sakit pun. From that sentence pun, boleh agak yang Farahin bad mood, kuat kutuk diri sendiri, marahkan sesuatu atau seseorang, dan mungkin satu perkara yang orang luar susah nak agak ialah Farahin dalam keadaan emotionally agressive. Dan dalam keadaan sedemikian, Farahin dapat respond dari someone written, "Tak baik macam tu." Maka dengan malang tidak berbau, Farahin jadi lebih agresif. Farahin reply Whatsapp dia dengan luahan mengutuk diri sendiri.

Based on this experience, hari ni Farahin nak share my personal thought alias tips How To Approach Someone Who Is Emotionally Unstable. Farahin tahu Farahin dah tulis beberapa post dengan similar content. Tapi apalah salahnya repeat something yang mungkin membantu someone to learn and do something better. Boleh buat peringatan juga. Besides that, Farahin masih belum give up daripada membebel pasal mental illness and health. Kena repeat juga ni, yang Farahin bukan tulis based on research ya. I wrote my personal thoughts and simply try to express my empathy. Kalau disagree, never mind. Okey. Intro tak pernah tak panjang kan. Jom go through the tips.


How To Approach Someone Who Is Emotionally Unstable

Step 1 : Approach with care. Kalau dah rasa nak approach someone tu, surely sebab kita care kan. Jadi feel free to express that caring vibe. Walaupun kita dah boleh agak someone too tengah bad mood, tapi agaklah macam mana pun, bertanya dulu adalah perlu. Yang paling basic, boleh mulakan dengan bertanya khabar, "Awak apa khabar?" / "Awak okey ke?" Nak Farahin translate ke omputih juga ke? Hehe. It can be "How are you?" / "Are you okay?"

Step 2 : Since this topic berkaitan dengan unstable emosi. So let's fix the idea yang kita dapat respond negatif dari dia. Based on this respond, let's be curious. Kena tahu juga kan kenapa dia bad mood. Jadi boleh tanya pula, "Apa dah jadi?" / "Ada sebab ke awak rasa macam tu?" - "Anything happened?" / "What causes you to feel so?" (Saja translate. Rasa tak puas kalau tak translate. Haha)

Step 3 : Okey. Sekarang kita dah tahu apa ceritanya, apa sebab dia bad mood, it's time to make prays. Doa ialah salah satu cara untuk terapkan harapan. Bila ada harapan, boleh bangkitkan semangat. Bila ada semangat, ada rasa nak berusaha. Tak gitu? Boleh doakan, "Moga semuanya akan jadi lebih baik." / "Moga awak diberikan kekuatan." - "I pray things will get better" / "I pray you will be blessed with better strength to face this."

Step 4 : Lepas doa, send your love and care. Kita ucapkan kata-kata yang romantik pula. Kata-kata ni boleh terapkan rasa dikasihi. Bila rasa dikasihi, rasa ada yang peduli. Bila ada rasa dipeduli, ada rasa dihargai. Bila ada rasa dihargai, ada lah rasa sayang pada diri. Boleh ucapkan kata-kata seperti, "Kalau awak perlukan apa-apa, saya ada." / "Saya sayang awak." / "Awak boleh cari saya bila-bila masa." - "I'm here if you need anything." / "I love you." / "You may find me anytime."

Step 5 : Kita revise balik apa cerita dan sebab dia bad mood. Ha! Dekat sinilah kita boleh ambil turn nak membebelkan cadangan dan nasihat. Boleh kibar bendera Judges tinggi-tinggi. Tapi ada tapinya. Pastikan dia nak terima cadangan dan nasihat kita. Ask before judge. Jangan suka-suka ceroboh ruang orang. Minta izin dulu ya. Boleh tanya, "Boleh ke saya kongsi pendapat saya?" / "Boleh ke saya komen pasal hal ni?" - "Can I share my opinion?" / "Can I say something about this?"

Step 6 : Step ni boleh on bila Step 5 dapat lampu hijau je okey. Yes! Finally. Permission is given. And again, ada tapinya. Dah masuk ruang orang, adab kena jaga. Makanya bersopan-santunlah kamu dalam berkata-kata. Boleh intro cadangan/nasihat/pendapat dengan, "Saya hargai perkongsian awak. Tapi saya fikir adalah lebih baik..." / "Apa yang awak rasa dan fikir tu nyata. Tapi adalah lebih baik..." - "I appreciate your sharing. But I think it's better..." / "What you think and feel are valid. But I think it's better..."

**Gunakan perkataan "Lebih baik" / "Better" daripada "Jangan" / "Don't"

Step 7 : Okey. Lepas kita dah bebel panjang, kita tutup dengan nilai murni Anti Pressure. Anti Pressure ialah cara kita mengingatkan batas kita dengan mereka. Cara kita untuk tidak berharap dan kurang risiko tersinggung hati sendiri. Anti Pressure juga meletakkan dia dalam posisi di mana dia bebas untuk melakukan sebarang keputusan. Ayat Anti Pressure adalah seperti, "Saya okey je kalau awak tak setuju dengan pendapat saya ni." / "Ini cuma pendapat saya. Awak tak ikut pun tak apa" - "I'm okay if you disagree with my opinion." / "This is just my opinion. You don't have to take everything."

Step 8 : Hmm dah puas mebebel ke tu? Sekarang kita repeat Step 3 or Step 4 or both untuk extra as reminder untuk dia. Tapi peringatan ni bukan amaran atau arahan ya. Peringatan ni adalah kita meluahkan rasa peduli dan sayang kepada dia. Jadi bila dah nama pun luahan, sudah tentunya bermula dengan "Saya..." / "I...". Boleh ulang ayat yang diguna dalam Step 3 dan Step 4. Atau boleh upgrade sendiri.

Step 9 : Now, it's time for penutup. Tapi penutup ni bukan cuma hi-bye bye tahu. Penutup ni ada kemungkinan akan jadi pemula kepada dia, iaitu Gratitude. Nak buka hati dan toreh pekung di dada ni bukan mudah kan? Ada rasa aib, hina, dan banyak lagi. Jadi hargailah usaha besar dia ni. Kalau gratitude, sudah tentunya dimulakan dengan "Terima kasih...". Jadi boleh ucap ayat sedemikian, "Terima kasih sebab  kongsi hal ni dengan saya." / "Terima kasih sebab percayakan saya." - "Thank you for sharing this with me." / "Thank you for trusting me."

Step 10 : Yang ni extra. It's solely untuk kita. Self Gratitude. Nak sampaikan empati tu bukan mudah juga kan? Nak tetap tenang mendengar dan mempelajari luahan seseorang yang tidak tenang bukannya mudah. Nak terus menyokong seseorang yang sedang menjatuhkan diri sendiri bukannya mudah. Jadi akuilah yang kita pun dah buat usaha yang besar. Boleh ucapkan kat diri sendiri, "Alhamdulillah." / "Good try." / "Aku ni penting bagi seseorang." / "Dipercayai tu satu anugerah."


Aisehh. Panjang sangat sangat ni. Dah macam mengarang cerpen. Chapter 1? Haha. Revise sikit Step 6. Highlighted, **Gunakan perkataan "Lebih Baik" / "Better" daripada "Jangan" / "Don't". Bagi Farahin, ada bezanya di antara dua perkataan ini. "Better" ada attitude menyokong dan mencadangkan. Plus, ia tak menggendong attitude "Perfection". Just "Better". Sementara "Don't" ada attitude melarang dan menegas. Similar to respond Whatsapp yang Farahin dapat, "Tak baik macam tu." Ini adalah larangan, tegasan, dan hukuman. Lagi pula, itu direct respond. Bukannya dia tahu apa yang jadi, yang Farahin rasa dan fikirkan. Makanya, ia tergolong dalam hukuman.

Hmm patut masuk conclusion ke ni? Haha. Eh, tak. Ada something tiba-tiba menyelinap masuk dalam fikiran. Farahin anxious for one week and these few days I was in good mood. Guess what? Nak Farahin repeat ke? Hehe. This is one of my illness signs, BMD2. From very low to somewhat a little bit high. So mostly bila mood Farahin high macam ni lah gayanya. Otak Farahin aktif dan baaaaaanyak idea. Dan ianya jelas untuk disusun menjadi perkataan. Bukannya tak ada serabut. Ada je. Tapi kurang. Oh! New semester dah mula ni. Tapi kelas Farahin esok. Pray can do and feel better than last semester. Also less anxious and have better reaction to emotions. Inshaallah.

Okay. Conclusion. When it comes to empathy, tak kira yang sihat mahupun yang sakit, semuanya berhak dapatkannya. Farahin biasa claim diri empathic. Namun macam mana pun ada juga moment Farahin terlepas pandang, lost empathy connection while approaching someone. But I repeat, semua orang berhak dapatkan empati. Dan sesiapa sahaja boleh mempelajarinya. Maybe you can try steps above with your loved ones. At least, those are what I used to do with my loved ones. It needs extra energy, trust, and love. I pray you can connect with people that you approach better and strengthen your bond with them. Thank you for reading this giant nags. OMG

Edited : Ops! I missed something. Kalau receive NO CROSSING sign daripada dia, right away stop the approach and end it with Step 3 and Step 4. Contoh NO CROSSING : "Not now." / "I don't want to talk about it right now" / Silent treatment. Show your love and care but don't be forceful. We all need space and time sometimes. You may try again later. Good luck. Haha


When you make assumption, make sure you end it with question mark.







9 comments:

  1. Replies
    1. thank you for reading too. huwaaaaaa i'm so touchy haha =')

      Delete
  2. These are some of the greatest tips! Thank you for sharing xx

    lenne | lennezulkiflly.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. have you read it make me feel great too. thank you! =')

      Delete
  3. thanks this tips is very useful. ;D I hope youre doing good.stay safe

    ReplyDelete
  4. There were times when I don't even want people to approach me and there were also times when I am too scared (even terrified) to approach and engage with other people. I can totally relate. Thank you for sharing this!

    ReplyDelete

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin