Bismillah. Assalamualaikum...
Hello, owlies! Apa khabar semuanya? Tengah malam ni hujan juga ke? Sini hujan baru je berhenti. Sejukkk memang syiok tidur. Tapi itulah tetap seketul Farahin masih menghadap laptop, menaip sembarangan saja haha. Dah tahun baru gais. Sorry late. Biasa dah kan. Also, Alhamdulillah tanggal 15 Januari kelmarin lanjut lagi setahun usia Farahin. Ha tekalah sendiri dah angka ke berapa. Hehe
Tahun Baru, Usia Baru. Alhamdulillah bermula awal November 2023 lepas sampai sekarang, Farahin masih tegar dengan dropship. Benda kecik je gais. Tapi awalnya gaya macam redah ribut sebab belum biasa dengan flow dropship. I mean, sebelum ni memang pernah join dropship juga tapi sistem dropship yang Farahin join sekarang berbeza. Maka kalutlah kite dalam dekat dua bulan gitu.
Ada yang tak tahu Farahin buat dropship apa? Farahin mula dengan dropship servis cetak gambar saiz poket @ lomocard. Sekali dengan servis ni, album gambar dan aksesori deco macam fancy clips dan lampu LED pun ada jual. Farahin memang tak habis minat dengan lomocard ni. Benda rupa minimal tapi kreatif dan ada nilai sentimental yang tersendiri.
Selepas dah join dropship photo printing service ni dan dah biasa dengan flow sistem, Farahin berkenan dengan dropship pakaian wanita pula. Awalnya Farahin open konsep Casual Outerwear. Tapi from time to time, Farahin beralih kepada Baju Kurung. Farahin masih adakan konsep Casual Outerwear, sambil itu juga Farahin lebihkan Baju Kurung.
Alhamdulillah. Dalam tempoh tiga bulan ni, mood dan minat nak promote item masih ada. Pasang surut semangat tu sudah tentu ada. Tapi yang pasti still ada rasa nak get up. Rasa ragu-ragu pun masih ada. Tapi pada masa yang sama, still nak teruskan. Nak buat sampai it becomes something to me. Bab berangan ni memang tak sah tak syiok kan. Haha
Okaylah. Ringkas-ringkas je sharing Farahin kali ni ya. Tangan ni gatal nak menulis. Tapi otak ni kalau tak kosong, dia mesti sarat dengan segala macam idea sampai nak sort out tu memang ambil masa agak lama. Jadi kite hentam taram je lah ya. Sebelum Farahin tutup habis, naklah kite jemput awak semua cuci mata dekat kedai online kite ya. (@lomophoto.my | @shopbyfarah.my | @shopbyfarahmy). Then, see ya in next post. Bye bye.
semoga dipermudahkan urusan dropship . sini pun sejuk je baru hujan :) and happybelated birthday
ReplyDeleteAamiin. lajunyaaa tahu tahu ada komen. terima kasih wish. hehe =)
DeleteHappy new year . Semoga segala azam tahun ini akan dipermudahkan
ReplyDeleteHaha. Happy new year ! Doa yang sama buat sis juga. Aamiin =)
Delete