Bismillah. Assalamualaikum...
Morning, lovely peeps! I'm back again. Dah final week disember baru ada raso raso nak mengarang haha. Life has been a leisure. But doesn't mean tak ada pressure. Dunia sentiasa ada tekanannya. Ada yang datangnya dari luar. Ada juga berakar dalam diri sendiri. Apapun generally, it's a test. Passed or not, for me efforts and process are much matter. One step at one time. Sabar memang tak mudah. Sebab tu nilainya besar, malah lebih besar daripada yang kita tahu dan agak. I don't plan the intro. Tahu-tahu jadi macam ni haha. Jom straight masuk topik.
Sempitnya Dunia Kita. I was wondering, nak beri title omputih atau melayu? Masalah bilingual person haha. Sekalipun tak lah perform fasih, kebiasaan mengamalkan bahasa inggeris in my life memang mempengaruhi terutamanya dalam menulis. Because I'm a texting type of person and yes, 80% to 90% of my chats were usually in english. Bantai je lah walaupun grammar kelaut pun. Janji member faham bwahaha.
Dari mana inspirasi content blog kali ni? A few days ago, maybe last week, I don't quite remember, ada sharing muncul di feeds Instagram daripada seorang mental illness patient. Patient ni fighter tegar Depression With Psychosis, Borderline Personality Disorder (BPD). I've been following her lama dah. Jadi sharing post dia yang lalu dekat feeds masa tu was pasal ada seorang messenger ni dm dia, questioning her act sharing things related to mental illness dan her personal expriences. Ringkasannya umpama begini, untuk apa kongsi? hadap seorang sudahlah. Tak payah nak cerita kat semua orang.
Waktu tu my mind was in good condition to view this kind content which sometimes can be triggering to other patients, jadi sempatlah Farahin scrolled through comments. I was happy and grateful sebab ramai yang support dia. Ramainya patients juga. Ayat elok-elok saja walaupun masing-masing emo. One of comments yang Farahin ingat was something like this, kami suka dengan apa yang ### kongsi. Kalau tak suka dengan apa yang ### boleh skip dan unfollow.
Daripada apa yang Farahin view, muncullah this one cliche point. Orang yang menghentam macam ni jelas sekali kurang sensitif dan tak pernah mengalamai mental illness. Boleh jadi dia sendiri tak sedar yang dia ada simptom-simptom tertentu atau in denial. Salah satunya sebab stigma yang kuat terhadap mental illness. Who knows. Fikiran orang memang kita takkan dapat agak, apakan lagi tahu.
Pernah dengar seseorang atau orang terapat meluahkan something macam, dunia ni kejam. Dunia tak ada baiknya bagi aku. Apa jawapan korang bila dengar pandangan ni? Apa pandangan pertama yang muncul di fikiran korang? I have this thought at back of my head dah lama, bila seseorang itu meluahkan sedemikian, ianya bukanlah tentang dunia keseluruhannya.
Ianya bukan tentang dunia keseluruhannya. Tapi dunia mereka. Hidup mereka. Pengalaman mereka. Payah, perih, dan sakit yang mereka tanggung dan tahan seorang. Dunia yang mereka tidak minta, apakan lagi mendoakan. Tapi tetap mereka laluinya dengan terpaksa dan sabar yang berbolak-balik, Tetap cuba ikhlas sedang dunia mereka berterusan menjerut jiwa. Dengan tangis yang mereka sorok, ditopengkan dengan tawa riang, dan ada yang terlihat kuat dengan marah yang tak jelas arahnya.
Dunia mereka dengan kita tak sama. Dunia Farahin pun tak sama dengan semua orang. Memang ada yang lebih kurang sama, tapi tidak sebiji sama semuanya. Farahin percaya dunia Farahin sempit. Maksudnya, Farahin takkan dapat lihat sepenuhnya dunia seseorang. Farahin takkan dapat faham semual hal yang seseorang itu alami. Buktinya, Farahin sendiri terdiam tak tahu nak reply apa dan macam mana bila ada kawan-kawan mengadu masalah dan meluahkan fikiran dan emosi yang mereka paksa telan dalam diri.
Sempitnya dunia kita. Sebab apa? Sebab kita makhluk yang dijadikan dengan had dan batas. Lebih banyak kita tahu, lebih menjelaskan bahawa lebih banyak yang kita tak tahu. Peringatan kepada diri sendiri, jangan angkuh dengan dunia sendiri. Jangan rasa kaulah yang paling faham tentang dunia seseorang. Pertamanya, bertanya. Ambil tahu jika tak tahu dan mahu tahu. Sekalipun justification tu dah ada dalam kepala dari awal, hold dulu. Bila ada ruang dan peluang yang sesuai, bolehlah kongsikan. Kalau tak ada atau tak jumpa, hold dulu.
Me too, kadang-kadang tak boleh hold pemikiran sendiri. Makanya, Farahin menulis. Social media is helpful for me. Facebook, Twitter, Instagram, dan Blog. I might create these platforms sebab trend dan standard semasa awalnya. But growing up, changes happened, influences passed by, I happened building my own personal standard. To speak my mind properly. It's free and umum. Yang nak baca, silakan. Yang nak faham a part of myself, boleh saja. As I'm not a person yang mudah open up either. But when I did, you see here how looooooongggg I nag and brag bruhhh.
Back to the main, sempitnya dunia kita. It's a reminder. Bukan diri ni tak pernah ada kesedaran. Tapi sifat manusia itu mudah lupa dan perlukan peringatan. Bukan dengan mental illness patient saja perlu ada empati dan jaga bahasa. Tapi usahakan dan praktis untuk bina empati dan penggunaan bahasa yang baik dengan individu-individu yang lain juga. Seramai mungkin. Again, kita ni ada kemampuan yang terbatas. Mustahil kita dapat puaskan semua orang. Namun usahakan dan praktis juga untuk tak sengaja buat orang sakit hati dengan kita.
Okeylah. Panjang sangat dah ni gais. Setiap perenggan ada lima ke enam lines. I can guess betapa julingnya mata korang bila baca huhu. Apapun, I feel happy bila ada yang baca. I know korang mostly silent readers, just like tuan blog ni. Tahu-tahu mata Farahin bulat bila tengok number of views. Terima kasih sangat. Little thing are special. Alhamdulillah mudahnya Farahin rasa happy. Until here then. Jumpa next time, next post ya. Bye bye
Memang kita takkan mampu gembirakan semua orang.
Dan bukan juga hak kita untuk meragut
kegembiraan seseorang dengan sengaja. Jaga hati, jaga bahasa.
Hye! Betul sgt sis! Dunia kita ni mmg sempit! Setiap org berbeza cerita dan rasa. Berkata baiklah walau apa pun yg muncul di benak fikiran kita :) Anyways, samalah dulu buat blog n other socmed sbb ikut trend, tp skrg mcm blog ni dah jdi open diary giteww. Bila tak mampu terluah dgn kata-kata, biar penulisan menjadi tempat lepasnya segala rasa. Lama gak hiatus dri blogging, tp bila makin dewasa ni. Mcm2 rasa yg tersimpan yg ingin dilepaskan. So, kita lepas dgn blogginglah! Haha, alhamdulillah! Semoga hidup sis sentiasa dipenuhi dengan kebaikan & kebahagiaan :)
ReplyDeleteAamiin. Doa yang sama untuk sis juga. Terima kasih baca =)
DeleteSaya pun buat blog dulu ikut trend. Tapi lama2 jadi suka menulis dalam blog walaupun taktau ada yang baca ke tak. Tapi rasa macam seronok baca satu2 posting sendiri dan tengok diri dari seorang yang tak matang sampailah dewasa
ReplyDeleteBetul tu. Jelas nampak perubahan diri. Cara berfikir, ilmu, dan sebagainya. Mana yang tetap sama pun jadi menarik. A moment of self embrace gitu =)
Deletei think i get it , idk y some ppl can be so judgemental and act like has zero empathy towards others
ReplyDeletesigh. but that's just how reality is.
Delete