Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Di Mana Dirimu?

Posted by ELFarahin | On May 17, 2012 | | No comments:

Aku melantarkan tubuhku
lalu ku pejamkan mataku.
Aku mencari kelibatmu dalam gelap itu
Aku cuba mendengar halus bisik suaramu
Namun hampa.
Aku buka mataku
Seolah insan yang baru tersedar dari mimpi ngeri
setitis butir kehibaan mengalir dari bening mataku
Aku menangis.
Sayang,
di mana dirimu?
Hati ini terasa kosong tanpa hadir bayangmu.
Malamku suram tanpa mimpi tetangmu.
Siangku mendung tanpa sinar senyummu.
Aku merinduimu...
Ke mana hilangnya debaran itu?
Ke mana hilangnya keterujaan itu?
Ke mana hilangnya kegembiraan itu?
Hatiku tidak lengkap tanpa hadirmu
Hidupku tidak senang tanpa bayangmu.
Aku tahu engkau ada
Tapi di mana?



READ MORE

Happy Teacher's Day

Posted by ELFarahin | On May 16, 2012 | | 1 comment:


Assalamualaikum....

Happy Teacher's Day to all teachers around the world!
Inclucing Ustaz & Ustazah too~

Can I list my teacher's name?
*Gosh! They will found my blog soon. hihi...*

1. Puan Maria 2. Puan Jannah 3. Tuan Haji Abdul Wahid
4. Encik Masnin 5. Puan Hajah Asmah
6.Puan Hafsah 7. Puan Tumini 8. Encik Zulkiflie
9. Encik Zulfikri 10. Ustaz Rozman
11. Ustaz Fuad 12. Ustazah Rosnah
13. Ustazah Mazlin 14. Ustazah Murni 15. Puan Noraida
16. Puan Fadhilah 17. Ustazah Wahyuni
18. Ustazah Kamariah 19. Encik Ardino
20. Puan Aisyah 21. Encik Samian 22. Puan Mahfuzah
23. Puan Siti Mariam 24. Puan B. Ratikhan
25. Miss Gaiathri 26. Puan Azwa 27. Puan Shuraidah
28. Puan Mahwan 29. Puan Hasnah
30. Puan Monaliza 31. Miss Zarina Bi
32. Puan Noraini 33. Encik Shafarin
34. Miss Siva 35. Puan Arisah
And many more teachers that ever gave me
support & knowledge!
Thank you, teachers!
Shukran ya Ustazah wa Ustaz!
Kamsahabnida!





READ MORE

Aku Ingin Bebas

Posted by ELFarahin | On May 15, 2012 | | No comments:


Aku ada suara, tapi aku tak katakan apa yang aku rasa
Aku ada mulut, tapi aku tak bicarakan apa yang aku mahu
Aku ada hati, tapi aku memendam segalanya di sini
Lalu jiwaku memberontak
Merasakan alam ini tidak adil padaku
Sedangkan aku sendiri tidak pernah ingin membela diriku
Mengadili pentas kehidupan ini.
Amanah
Setiap insan itu punya amanah
seperti aku
Tapi bagaimanakah mereka memikulnya?
Aku berasa berat dengan amanah ini
Aku letih
Dan jemu
Terlalu berat amanah ini
Walaupun aku tahu ada yang lebih berat daripada ini
Aku tidak merasakan hidup ini bebas
Kerana aku sering merasakan amanah yangku pikul ini
Tetapi aku sering ingin bebas
Ingin saja aku lepaskan segala amanah ini
Dan biarkan aku berjalan dengan sendirinya
Jangan tunjukkan padaku wajah itu
Sakit!
Jangan berharap padaku
Jangan! Jangan! Jangan!
Biarkan aku bebas...
Izinkan aku bebas..


P/S: Saya selalu merasakan tanggungjawab seorang anak tunggal tersangatlah besar dan berat.
Kadang-kadang memikirkannya amat merunsingkan saya. Saya takut saya tidak dapat memikulnya.
Bagi saya, ianya tidak mudah.




READ MORE

Long Live Palestine

Posted by ELFarahin | On May 15, 2012 | | No comments:




Mari dengar ini cerita ada satu benda ANA nak kasi taw pada semua, dengan ini ANA menyeru semua bloger-bloger untuk menukar kan DP FAcebOOk kepada DP yang ANA telah selit kan kat bawah ni dan juga beberapa link untuk semua.. lihat bertapa teruknya saudara kita di bantai di luar sana hanya kerana ingin menegakkan kebenaran.

Minta TOLONG semua sahabat Menukar gambar profil anda Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda, Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..

Bilal Thiab ... 76 Hari
Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari

Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa. *mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh,,, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat , Perang Media ! Pilihan lain yang boleh digunakan bagi lelaki dan perempuan..




















                                           maher zain juga turut menukar DP beliau

palestine kini

""♥ Allah ♥ Rasulullah""
READ MORE

Putus Harapan

Posted by ELFarahin | On May 15, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum....

Topik hari ini...Putus Harapan?! Siapa yang putus harapan? Putus harapan atau putus hayat? Saya? Saya hampir putus asa lah. Paper Kimia hari ini buat saya rasa macam hendak putus urat saja. Huhu... Susah~~ Tapi paper 1 & 3, cantik~~~ Tak ada lah kusut sangat. Hehehe... Masa paper 2, saya siap buat puisi lagi di atas kertas text pad yang terlebih. Habis, nak semak paper 2 banyak-banyak kali tapi tetap tak ingat apa-apa. Majoriti, saya kasi  tembak ala ejen 096*Tahun lahir saya*. Hahaha... Pasal puisi itu, nanti saya post ya! Geadaryeo!*betul ke ni?* hehee..



READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin