Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

The Truth Inside Me

Posted by ELFarahin | On July 10, 2012 | | 3 comments:

*aku menangis
Ya, Allah.....mengapa hamba begini? Mengapa hamba tidak dapat merasakan mana-mana kasih sayang yang telah diberi kepada hamba? Ya, Allah....dakaplah hamba. Belailah hamba. Ya, Allah...ini amat besar. Kesilapan ini amat besar. Kesalahan ini amat besar. Dosa ini amat besar. Ya, Allah...tunjukan kepada hamba kehebatan seorang lelaki yang sebenar. Sedangkan hidup hamba huru-hara kerana seorang lelaki itu. Ya, Allah....Yang Maha Member, Maha Mengambil....kembalikan hati perempuan hamba. Ya, Allah...dia wajib hamba cintai cuma sebagai sahabat bukan lebih daripada itu. Ya, Allah....hamba sakit begini. Benarkah? Benarkah hamba mampu melawan dugaanMu ini, Ya Allah. Ya, Allah....hari ini hamba benar-benar sakit. Sakit sama ada untuk memilih terus begini atau hamba terpaksa bersakit luka demi melawannya. Ya Allah....tak terduga begini jadinya kerana sebuah cinta. Ya Allah....tak terduga begini rapuhnya jiwa hamba. Ya Allah....tak terduga begini goyahnya iman hamba. Cahaya itu terasa semakin jauh. Sinarnya terasa semakin malap. Ya Allah....sebentar lagi Ramadhan akan datang menjengah. Moga hamba akan dapat meraih cahaya dan sinar itu kembali. Ya Allah....hamba cuku merasakan betapa kotornya hati hamba kini. Betapa keras dan kasarnya hati ini. Ya Allah...cabutkan perasaan ini buang jauh dari diri hamba. Tinggalkan cuma nilai-nilai kasih, sayang dan cinta antara sahabat dengan sahabat. Ya Allah....wajarkah hamba memberitahu dia soal perasaan ini? Sesungguhnya hamba takut dan sangat takut untuk kehilangan sahabat sebaik-baik dia. Ya Allah...tunjukan hamba jalan. Ya Allah.....keluarkan hamba dari belenggu kesempitan batin ini. Ya Allah....hati terasa bagai hendak pecah jadinya. Sakit~~ Ya Allah...pada siapa hendak hamba mengadu. Padanya hamba tidak sanggup. Pada siapa lagi jika tidak cuma kepadaMu. Ya Allah...pimpinlah perjalanan pulang hamba dan hindarkanlah hamba daripada berpatah dari landasan kebenaran. Ya Allah....hamba tidak berzina, hamba tidak minum arak, tetapi hamba telah menyalahgunakan perasaan yang ada pada diri hamba. Ya Allah....bantulah hamba mencari jalan pulang. Utuskan mana-mana makhluk teristimewaMu buat hamba sebagai pengiring di sisi hamba sepanjang perjalanan pulang ini. Ya Allah...hamba akui diri hamba berketurunan hawa. Hamba akui diri hamba bernama wanita. Namun hamba juga akui hamba seakan hilang separa jiwa wanita hamba. Ya Allah....hamba akui bahawa hamba yang mengunci merantai menutup rapat pintu hati ini. Hamba akui hamba yang menyekat pemikiran ini daripada mengingati lelaki. Ya Allah...hamba akui ini silap hamba. Hamba ingin memperbaikinya. Tetapi hamba takut...hamba takut sejarah berulang di masa depan. Hamba takut dengan namanya cinta. Hamba takut dengan namanya jodoh hidup. Hamba takut dengan namanya lelaki. Ya Allah...apa yang harus hamba lakukan? Bagaimana harus hamba perlakukan diri hamba yang sebaik-baiknya? Ya Allah....hanya kepadaMu Yang Maha Memberi Petunjuk hamba menagih bantuan. Amiin.....

P/S : Believe me. Nurfarahin is not a perfect girl. Seriously, inside her it was awful and seems like getting worst.




READ MORE

BO?!! Heechul Deactivated @Heedictator??!!

Posted by ELFarahin | On July 09, 2012 | | 1 comment:
Assalamualaikum...
Err...apa yang sedang dan telah terjadi sebenarnya, ELF??? Apologised me for asking. Farahin totally tidak tahu-menahu apa-apa. Sudah sebulan Farahin tidak on twitter. Apa yang sudah terjadi sebenarnya? And ia melibatkan our Heechul oppa? Seiously, I'm still shock. What had happened???

Tadi Farahin view our oppa SFS MV and bila Farahin baca comments yang ada di bawah MV itu....


WHAT the hell is this?? Saesang? Heechul? Twitter? Deactivated??? OMO~ What had happened actually? ELF!! Any ELF!! Answer me, please....tsk!tsk! All this things just spoiled our Heechul's birthday~~ hukhuk...sob..sob..



UPDATED : 11:11 pm


His twitter has gone! Tsk!Tsk! Heechul oppa~~


So, he have been stalked over too much? Aishh...
he have his own life. Why don't you let he life free, happy and peace?
OMO~ oppa...

and, it's better asking than act like I know everything.
Who's Sasaeng?? Any ELF? Answer me, please....


BO??? Andwae!! That...erk..this..I know.
It's getting WORST.

Inilah namanya kerana setitik nila, rosak susu sebelanga.
Heechul oppa merajuk daa...
Sob...sob...

Apapun, keep viewing SFS MV ELF.
And keep comments.






READ MORE

Terima kasih, Encik #300!

Posted by ELFarahin | On July 09, 2012 | | 5 comments:
Assalamualaikum...
Finally!  ELFollowers Farahin sudahpun mencecah #300 ELFs!
Terima kasih Mohd Noor Shawal sebab follower saya!
Nah,  untuk awak! Hehhee...
Terima kasih juga kepada ELFollowers yang lain!
Tanpa anda, Farahin takkan dapat 300 orang ELFollowers
and nama Shawal pun takkan disebut dalam entry ini.
Kamsahabnida, chingu! 
Bagi sesiapa yang mahu ke blog Shawal, boleh klik nama penuh Shawal di atas sana.
Blog dia cantik. Yellowish gitu! Follow JOM! 


Ceywah! Tak boleh blah dengan gambar profile Shawal.
Naruto gitu! Huhuu...



READ MORE

Tak Sempurna

Posted by ELFarahin | On July 07, 2012 | | 2 comments:

Assalamualaikum...
Manusia terkenal dengan sifatnya yang tidak memahami atau kurang memahami. Manusia juga popular dengan sifatnya yang tidak mahu atau takut untuk cuba memahami atau ingin tahu. Aishh...what I'm trying to say right now?? Farahin bad mood malam ini. Diri ini rasa serba tidak kena saja. Rasa rimas, marah, sedih dan sebagainya. Farahin juga tidak tahu apa sebabnya. Apabila Farahin cuba untuk mencari sebabnya, ia cuma buat Farahin rasa tertekan dan bertambah rimas. No one to talk with. Cuma blog yang bisu ini ku perdengarkan taipan oleh jemariku. Siapa tahu apa yang sedangku taipkan. Yang mendengar bunyi butang papan kekunci ini ditekan, tidak semua tahu apa yang cubaku katakan. Manusia yang tak sempurna!

Sebelum akhiri entry, Farahin nak kasi sumpah kepada mereka yang bikin siot di kotak chat Farahin. Hey,dude! I don't need your FUCK advertisements. Shit! If you really want to promote your advertisement, only give me the link STUPID! Don't make mess on my chatbox! I can still alive without your advertisements!


READ MORE

Bertuahnya, Farahin..

Posted by ELFarahin | On July 06, 2012 | | 2 comments:


Assalamualaikum...
Guess? Apa yang sudah terjadi pada hari ini? Mestilah Hari Terbuka Sekolah seperti yang Farahin telah ceritakan dalam entry semalam! Huhuu... Cuma..ia tidak berlaku yang seperti dijangkakan. Kenapa? Apa? Farahin tidak dimarahi oleh ayah? Ya. Farahin tidak dimarahi. Tetapi emosi Farahin tetap terganggu sedikit. Bukan sebab Hari Terbuka ini tetapi ada sebab yang lain. Mahu tahu apakah ia? Jom ke perenggan kedua.

Sederet dengan kelas Farahin sudahpun kosong. Cikgu-cikgu pun sudah mula melangkah keluar meninggalkan kelas. Tetapi Farahin masih tinggal di dalam kelas bersama guru kelas. Oppa(s) and unnie(s) yang di blok sebelah itu agak-agak nampak tak Farahin yang sedang melukut di jendela kelas? I'm waiting for my father. Where he is?

Guru kelas Farahin datang mendekati Farahin. Dia tanya whether parents Farahin datang ke tidak. Farahin replied tak tahu saja. Semalam sudah beritahu parents yang hari ini ada Hari Terbuka. Tapi mereka tak cakap apa-apa pun. Farahin pun just accepted yang ayah akan datang pada hari ini.

Blok J sudahpun kosong. Kalau Farahin tidak berganjak juga dari tingkap itu sambil melempar pandangan ke jalan raya di hadapan sekolah, alamatnya sendirianlah Farahin di situ sambil melayan bayu yang dingin selepas hujan. Guru Fizik Farahin masuk. Juga tanyakan soalan yang sama. Farahin pun just replied benda yang sama. Cikgu offered untuk call ayah. Cikgu on phone and berikannya kepada Farahin. What?!! Blackberry! Maaf, cikgu. Saya tak tahu guna. Nak tekan dekat mana? Lastly, cikgu taipkan nombor telefon ayah.

Wait...wait...pfft! Tiada sesiapa angkat panggilan. Try again. Adoiyaii...kena telan sudah kredit cikgu. Akhirnya, seseorang di talian. Mak! Ayah mana? Datang tak? Mak kata ayah sedang melepak di toilet daa. Aiseyh~ Mak cakap lagi. Ayah malas nak datang. Okey. Farahin mula kecik hati. Automatik, mood Farahin bertukar menjadi dingin. Mak tanya whether nak ayah datang ambil report card tak. Sudah habis pun mak~ actually sudah lamapun habis. Then, mak tanya lagi nak ayah jemput balik tak. Act, hati tengah sedih. Sebak di dada. Just replied tak perlu.

Farahin pulangkan Blackberry Purple kepada cikgu semula. Tiba-tiba fikiran Farahin menjadi buntu. Oh, my. Eotteokhaeyo? Patut salam cikgu dulu kan sebelum balik? Farahin pun salamlah cikgu fizik tu. Guru kelas sudah pun pergi. Turun tangga dengan hati yang masih sebak. Berjalan di tengah-tengah padang sekolah dengan hati yang masih lagi sebak.

"Sama ada dibebel oleh ayah mahupun tak, aku masih rasa nak nangis.
Sama ada ayah dah dapat report card atau tak, aku masih rasa tertekan."
-Kata hati Farahin-

Berjalan kaki balik ke rumah. Semakin jauh dari sekolah, hati semakin terubat. Berjalan sambil still mengenangkan apa yang dibualkan di dalam telefon cikgu tadi. Sebaik saja tiba di rumah, maniskan muka even mengah berjalan kaki kira-kira 1km+ dari sekolah. Seperti yang telah Farahin katakan kepada cikgu tadi. Ayah sakit perut. Yalah. Takkan nak cakap yang ayah Farahin sedang date dalm toilet? Ayah kata dia sakit perut. Fine. Farahin try untuk terima itu.

Tajuk entry kali ini ialah 'Bertuahnya, Farahin' sebab Farahin teringatkan kata-kata Cikgu Fizik yanga asyik berulang kali disebut olehnya.

"Parents awak tak datang ke?"
"Entah"
"Ya,Allah...Bertuahnya awak."

"Macam mana?"
"Ayah saya sakit perut."
"Ya,Allah...Bertuahnya awak."

"Cikgu. Salam."
"Awak anak sulung eh?"
"Saya anak tunggal."
"Lah...Bertuahnya awak."

Ya. Bertuahnya Farahin hari ini. At least, hari ini Farahin tidak menangis dan mengalami tekanan perasaan, emosi dan jiwa yang teruk. Seperti yang dihajatkan. 2: 30 pm nanti mahu balik ke sekolah. Ada last rehearsal untuk pertandingan koir esok sempena Hari Puteri Peringkat Daerah di SMAKJ. Goodluck for us! Farahin bertuah kann...huhuu...

P/S : Ini my 1st time parents tak datang pada Hari Terbuka Sekolah.



READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin