Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Variasi Hidup

Posted by ELFarahin | On March 18, 2013 | | 2 comments:
Hidup ini tak selalu indah. Apabila kita rasa rindu, kadang-kadang kita akan menangis, kadang-kadang kita  akan tersenyum sendiri. Kalau hidup ini selalu indah, mungkinkah manusia akan lupa diri ? Bodoh. Untuk apa aku berfikir begini ? Bersyukurlah dengan apa yang telah dianugerahkan. Sama ada sakit atau sebaliknya, bersyukurlah kerana hidup ini pelbagai. Setiap apa yang diciptakan, dijadikan, pasti ada sebab dan alasan. Mungkin juga menjadi akibat kepada sesuatu. Hati manusia memang tidak pernah puas. Fikiran manusia seringkali ingin melampaui batas. Seperti pelukis yang sifatnya diumpamakan membandingkan hasil imaginasinya dengan ciptaan terhebat Tuhan. Manusia mengeluh apabila penat. Sebenarnya, itulah suara-suara ingin putus asa. Keluhan itulah yang membuntukan akal dan mematikan hati. Menyesatkan. Walau bagaimanapun, hari ini lain, esok lain. Hidup ini sentiasa mengalami perubahan. Sama ada dari faktor luar mahupun dalam. Kerana hidup ini memang pelbagai. Maka, renungkanlah hidup ini dengan lebih terperinci dan teliti. Sebenarnya, ia tidak selalu sama.




Emo sekejap selepas tonton Kdrama "Postman To Heaven". Jae Joong sangat kool ! Rasa hendak tampar lelaju. Huhu. Apapun, hati terasa sunggul sekarang ni. Hoho. Selamat Malam !



READ MORE

Untitled Poem

Posted by ELFarahin | On March 16, 2013 | | No comments:
Puisi yang tidak bertajuk. I wrote it with unbalanced emotions and feelings. So the main topic or theme is undefined. My heart went wrong for awhile. hmm

Setiap cerita , terkisah cerita kita ..
setiap kata-kata , disebut-sebut cinta kita ..
setiap rasa , jelas terasa pahit dan derita bercampur dengan manis
setiap detik waktu , membisikkan tentang kita
mengapa begini ?
ada ketika , mengapa ia harus sesakit ini ?
apakah ini kenyataan ?
atau cuma mainan senda perasaan ?
tangisan dan air mata membuat tubuhku menggigil
meskipun aku bukan gadis yang mudah menangis
dan bukan aku yang menangis
mengapa hati ini yang meronta ?
mengapa hati ini yang memekik ?
seksaan apakah ini ?
untuk apa ?
dan mengapa ?
terlalu banyak tanda tanya
dan terlalu banyak yang perlu dijawab
bukan engkau tercipta untukku
kita dekat , hakikinya jauh
tetapi mengapa tangan ini sering saja ingin mencapai ?
walau engkau sedang berjalan pergi meninggalkan
jauh ..
ya Allah ,
apakah ini ujian ?
atau aku yang berlebihan ?
apakah kesakitan ini sesuatu yang benar ?
atau cuma suara-suara mereka yang ingin menyesatkan ?
ya Rabbi ,
tiba-tiba terasa rindu ini menyapa
mengetuk-ngetuk pintu kamar
menyelinap masuk dari celahan yang terbuka
bagai udara bebas berkeliaran di mana saja
Subhanallah ,
apakah perasaan ini satu anugerah dariMu ?
atau cuma hadiah indah namun kosong dari mereka ?
dia ..
sudah selama ini aku bernekad membelakangkannya
berjalan pergi meninggalkannya
tetapi mengapa adakala aku merasakan aku tidak berganjak walau setapak
cuma berdiri di tempat yang sama memerhati susuk tubuhnya menghilang
mentangisi harapan yang dibawa pergi
Astaghfirullahal'aziim..
Astaghfirullahal'aziim..
Astaghfirullahal'aziim...



Awak , saya tak tahu apa yang saya sedang rasa. Tapi awak 100% belum hilang dari ingatan saya. Hati saya juga mungkin ? 4 tahun sudah berlalu
READ MORE

Khabar Hati

Posted by ELFarahin | On March 12, 2013 | | No comments:



Kesunyian ini bagai mengajak hatiku bernyanyi
Merungkai bisik-bisik hati yang tersembunyi
Biar jelas tertakrif di kepala ini
Apa khabar sebenarnya hati ini?

Tiap ada masanya
ingatan ini akan memanggil-manggil dirimu
Perlahan-lahan terasa
dinding hati yang kering ini diruas-ruas
Makin ditahan semakin sakit
Bertambah lagi perit
Hinggakan suara juga tidak terjerit

Umpama gergaji menggerigi hati
Bagai pisau yang menghiris
Pastinya kalah jari yang terluka
Rasa ini tidak dapatku raung
Tidak jua dapatku tangis
Kerana ianya terlalu azab bagi diri ini

Bohongku katakan aku tidak rindu
Tidak terdetik walau sekelumit rasa 
ingin menatap lama wajahmu
Sudah tentunya ada
Mana mungkin semudahnya aku melupakan 
insan yang memberiku rasa
Bukan cuma manis tetapi jua selainnya

Meskipun begitu
terpaksa ku kunci perasaan itu
Biar sakit pintu hati digoncang
Biarpun air mata pasti berlinang
Aku tetap dengan pendirian dan kata-kata ini
Engkau harus aku lupakan !




'Let bygone be bygone' is never work so it's my job to fix and make it work.
READ MORE

Down

Posted by ELFarahin | On March 10, 2013 | | No comments:


Assalamualaikum..
Today hendak bercerita about last friday. Last Friday ada acara khas untuk pelajar harapan sekolah. 15 orang students from my class had chosen. Me? Not one of them. Di upacara tu principal ada ingatkan bagi kami yang tidak terpilih jangan kecewa. Peluang masih ada. Masih ada ruang untuk kami. Itu kami tahulah. Tetapi walau bagaimana pun, tipulah kalau tak rasa kecil hati. Even my partner yang sebelah pun kata, "Apa motif benda macam ni? Waste time lah" Then Farahin pun 'haah' saja and said, "Entah! Menyampah" Ups! Kan dah keluar? Sejam setengah kami duduk di tempat perhimpunan cuma tepuk tangan dan tunjukkan muka tak puas hati. Semua down. Plus, we lost one period of our Biology subject. Dari baris depan(lelaki) sampai baris belakang(girls), whole class semuanya buat muka badi. Seriously, kami duduk kelas paling hadapan. Yet kami di situ...hmm you know. Siapa tak down? Hilang semangat jadinya. The truth is, bukan menyampah dengan pelajar terpelajar tu. Plus, one of my bestie pun bertuah terpilih. Tapi menyampah gilos dengan acara ni. Sejam setengah rasa macam kena rejam dengan telur warna warni saja. Bengang tahu. Bengang! Okeylah. Done here.


Tahniah lah bagi yang terpilih tu. Jangan sombong. Wa jontos nanti.



READ MORE

Kek Oren Coklat & Ceri

Posted by ELFarahin | On March 08, 2013 | | No comments:


Assalamualaikum…
Hello! Kita berjumpa lagi! Alhamdulillah. Wah! Dah lama tak update blog. Lama ke? Huhu. Seminggu je pun. Okey. Hari ni tajuk kyute je ala-ala tajuk komik gitu. Hehe. Alamaklum, just finished reading ‘Benang Raja Waltz’. Woot woot! Nice story! Watak-watak butler pun semuanya handsome melecun! Try lah beli. RM 7.50 je pun. Hee.

Okey. Apa yang nak diceritakan ni tak ada lah se-kyute tajuk di atas. Cuma saja-saja nak catitkan memory yang ada. Huhu. Hari ni Farahin and all my bestie ada tugas di school library. Well, kami kan librarian. So hari ni our turn pula bertugas. Sejak semalam lagi kami dah plan nak pakai baju warna apa. Last week janji nak pakai baju warna kuning. Tapi tergendala dek Farahin tak pakai baju warna kuning sebab belum basuh.

Tapi hari ni  my bestie, Farhana pula pakai baju warna lain daripada yang dijanjikan. Farahin pakai baju Light Oren, Raidah purple, Aznie sure pink like usual, then Farhana sepatutnya pakai baju warna merah. Yet bajunya pula belum basuh. Jadi dia pakai baju coklat, tudung merah. Haha. Tudung merah pun jadilah kann

Sebelum pergi library, me and Farhana pergi lah melencong ke 7E. Farhana nak cucuk duit biasiswa. Tapi mesinnya lagi disumbat RM. So, blah la dulu. Kami then melencong ke kedai buku. Need to buy something for my folio sempena bulan Anti Dadah. Hee. Wish menang! Ehh…hehe. Lepas beli barang, kami went back to 7E. Hmm tak siap lagi. So straight je lah ke sekolah. Atas motor tu sempat lagi gelak-gelak.

Farhana: Mesti abang tu kata budak tu kenapa ulang-alik kan?
Me: Haha. Biarlah. Bukan memang kerja kita ke ulang-alik kedai yang sama?

Huhu…Farahin teringat yang kami selalu ulang-alik kedai buku Master Lee masa sibuk nak hias kelas. 1 hari lebih 3 kali. Haha. Naik jemu abang kat kedai buku tu. Tak apa. Abang handsome. Kami tak jemu. Lol. Farhana yang kata abang tu handsome. Hihi

Sampai library, lepak-lepak, gelak-gelak, pukul 5:30 petang blah. My friend, Zuhairah rasa pelik tengok Farahin banyak ketawa dengan Farhana. Well, usually Farahin type yang senyap je. Sampai kawan-kawan lain takut nak tegur. Huhu. Entahlah. Farahin senang dengan Farhana. Lawak-lawak dia, gila-gila dia, macam enzyme yang ada active site yang boleh bagi ngam dengan kepala Farahin. Haha. Ayat bio sudah. Tak apa. Rewind topic form 4. Nak spm ni. Hee

Masa balik kami singgah lagi 7E. Ehh…Farhana tak boleh cucuk duit. Entah apa pasal, tak tahu. Sambil-sambil tu, Farahin grab komik Benang Raja Waltz tu. Hee.

Okey. Timbulnya tajuk Kek Oren Coklat & Ceri ni adalah disebabkan Farahin dan Farhana terfikirkan benda yang sama. Tidak ke kami menjadi tumpuan bila Farhana dengan tudung merah dan baju coklatnya membonceng Farahin yang bertudung hitam berbaju light oren? Kami umpama Kek Oren(baju Farahin) Coklat(baju Farhana) dengan topping sebiji Ceri(tudung merah Farhana). Haha. Nice combination! Anyway, Farahin suka dengan tajuk ni. It sounds kyute, sweet dan yummy. Huhu

Let's make this friendship more delicious than the cake,
more juicy than the orange,
more sweeter than the cherry.
-Kek Oren Coklat & Ceri-


READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin