Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Longkang 3

Posted by ELFarahin | On June 29, 2013 | | 1 comment:
Jeng jeng jeng! 'Longkang 3' published! Hehe. Jom ushar. As I've told all of you before, hari ini Tasik Kluang mengadakan Festival Pendidikan berserta sambutan Hari Puteri 2013 Peringkat Daerah. Farahin dan 14 orang ahli Puteri Islam Stabk telah mengambil risiko untuk menyertai pertandingan Dikir Puteri dalam kategori Sekolah Menengah.

Shortly, dikir kami ranap terbelah dua. Haha. Walaupun ranap terbelah dua, kami tetap juga menjunjung serpihan yang masih kukuh. Huhu. Semasa berdikir, kami terlupa sebuah step and that step was our main step for the introduction. Aishh jinjja! Our minus one conductor pun melakukan kecuaian. Alahaii nasib badan. Apapun, we proud for what we've done. Well, untuk percubaan pertama kali kami berdikir, at least ia menjadi even agak tidak professional. Hihi

All the steps we created by ourselves. Some of the lyrics are created by me with the others help. That sh*t minus one also edited by me. Our team kurang mendapat nasihat atau idea daripada guru penasihat. Agak bengka juga. Tapi better let bygone be bygone. Even the teachers seemed doesn't gave us any help, they still sponsored our transportation and food. Thank you for all the kindness, teacher.

Selepas tamat segala upacara di Hari Puteri 2013 Peringkat Daerah itu, Farahin and three of my friends tumpang cikgu untuk ke stesen bas. We would like to round round round about di bandar. Hehe. The first place we went to was McD. Lunch was calling for us! Haha. Actually, sebelum bertolak dari Tasik Putih Farahin dah bertanya kepada Asminah bagaimana rupanya harga-harga food di McD. Well, western food amat jarang menjadi suapan Farahin. Hihi

Farahin, Asminah and Aznie ordered McChicken. Well, the price quite affordable. While Hana ordered McBeef bla bla bla I forget about the name. Haha. After lunched, we went for karokkk. Okay, Farahin memang terkecuali daripada aktiviti ini. I paid but I didn't sing any song. Saya seganlah awak. Suara saya tak sodappp. Hehe

After karoke, we wanted to back home. Aznie went backed alone with the bus. While then Farahin, Asminah and Hana went backed in the same bus. We entered the bus and waited for the driver about 30 minutes. Perghh! Berasap kami dalam bas. Driver ada je duduk di bangku penunggu sambil panaskan mulut dengan rokok. Grrr! Then, semasa bayar tambang, ticket yang keluar dari mesin tidak tercatat apa-apapun. Kosong putih macam pembungkus kuih koci. Huh!

Dalam perjalanan pulang pula, eeh kenapa bas tidak lalu di jalan utama kawasan perumahan tempat Farahin tinggal?!! Tak pasal-pasal, Farahin terpaksa joined Asminah dan Hana turun di sekolah. I thought I've to walk back home. But then, pagar sekolah berkunci pula. Skuter Asminah pula ada di tempat parkir dalam kawasan sekolah. lol. Eotteokhae??


Kami bertiga terjerit-jerit depan pagar sekolah panggil Pak Cik Guard tapi tiada sesiapapun tunjuk lubang hidung. Ikutkan hati, Farahin memang berniat untuk panjat saja masuk ke dalam tapi Hana cakap nanti kena marah. Hmm payah payah. Dari pagar masuk utama, kami beralih ke pagar masuk kedua, pun kunci juga. Kemudian ke pagar masuk di bus stop sekolah, pun kunci juga. Adoiiyaii

"Hana, kita ada duduk di longkang ke hari ni?" I asked Hana. Well usually benda-benda malang ni terjadi kalau kami ada duduk di tepi longkang like the previous posts, Longkang 1 & 2. Do read, okay! Then I said again, "Kesian Asminah terkena badi kita berdua. Haha" Well Farahin and Hana memang sometimes akan terkena badi yang sama pada waktu yang sama ketika kami lagi bersama. Hoho

About 30 minutes later, Pak Cik Guard Baru muncul bersama kumis hitamnya. Orangnya kurus dan peramah jika hendak dibandingkan dengan Pak Cik Guard yang seorang lagi peramahnya dah macam minta diludah. Sorry, kesat. Last day, that Pak Cik Guard called us Baby?!! Aishh. Berdiri bulu telinga Farahin. Tapi Pak Cik Guard Baru ni much better. Memang sesuailah kalau dipanggil Pak Cik or Uncle.

Pagar sekolah dibuka dan akhirnya skuter Asminah berjaya dibawa keluar. Yay! Hana pula tertunggu-tunggu akan kedatangan si bapa menjemput. So Farahin dan Asminah temankannya sekejap. As soon as Hana's father arrived, Asminah took me ride to home. Gayat juga dibonceng oleh Asminah yang kecil ini sedangkan Farahin lebih besar daripadanya. Tapi we've to trust our friend! She got P already. Huhu


ps: As I remember, kami tiada sekalipun duduk di tepi longkang hari ini. Huhu


READ MORE

Lelaki Yang Pertama

Posted by ELFarahin | On June 29, 2013 | | No comments:

A post for all girls in the world...

Ayah merupakan lelaki yang pertama memeluk kita.
Ayah merupakan lelaki yang pertama menghentikan tangisan kita.
Ayah merupakan lelaki yang pertama menyayangi dan mencintai kita.
Ayah merupakan lelaki yang pertama memahami bahasa bayi kita.
Ayah merupakan lelaki yang pertama merawat luka kecederaan kita.
Ayah merupakan lelaki yang pertama berkorban wang untuk kita.
Ayah merupakan lelaki yang pertama menatih kita berjalan.
Ayah merupakan lelaki yang pertama dalam segalanya.

Maka itu, tipulah apabila...
Si Dia merupakan lelaki yang pertama mendampingi kita.
Si Dia merupakan lelaki yang pertama memujuk kita.
Si Dia merupakan lelaki yang pertama menyayangi dan mencintai kita.
Si Dia merupakan lelaki yang pertama memahami perasaan kita.
Si Dia merupakan lelaki yang pertama risaukan kita.
Si Dia merupakan lelaki yang pertama berkorban masa untuk kita.
Si Dia merupakan lelaki yang pertama berjalan bersama kita.
Si Dia merupakan lelaki yang pertama dalam semua perkara.

Wahai sahabat,
cinta umpama pisau yang tajam.
usah khayal ketika memotong.
jika tidak, dirimu yang terpotong.

Usah terlalu agungkan Si Dia yang bukan suamimu pun.
ayah lebih utama selagi engkau bergelar si dara.
usah perbodohkan dirimu yang bijaksana.
sungguh, singa pun mengenali kucing itu kerabatnya.

I wish to write longer but I bet all of you could understand it better.

Di kepala Farahin,
anak perempuan sangat melecehkan sebenarnya.
pernahkah kita perasan,
ketika kecil perbelanjaan kita sama seperti budak lelaki lain.
tapi apabila kita meningkat dewasa, perbelanjaan itu meningkat sedangkan yang lelaki masih biasa-biasa.
I know you get it about what I would like to tell all of you.
So, do appreciate our father =)
He's our FIRST's LOVE.

ps: Ayah ikhlas kepada kita sebab itu dia tidak merasakan kita melecehkan.

READ MORE

Yay! We Won Again!

Posted by ELFarahin | On June 27, 2013 | | No comments:
Assalamualaikum. Hey, guys! Hari ini Farahin hendak berkongsi cerita berkaitan Hari Sukan yang telah diadakan di sekolah hari ini. Hmm Hari Sukan tahun ini agak kurang menyeronokkan tetapi Farahin masih enjoyed the celebration. Well, sama seperti tahun-tahun yang lalu, menyertai pertandingan perbarisan kawat kaki sudah menjadi sesuatu yang seolah wajib bagi Farahin. Lagipun Farahin memang meminati kawat kaki. Huhu.

Semasa dalam perbarisan, tiba-tiba tandas sekolah memanggil Farahin. Adoiii. Ini mesti kes minum air susu berkultur sebelum makan sarapan. Tambahan pula, Farahin sarapan roti bakar berinti planta. Perghh! Memang wrestling giler lah kan. Minyak kelapa sawit vs. apel hijau. Omaigoddd! Seorang rakan di belakang Farahin pula sudah pening-pening lalat. Baru berdiri tak sampai 30 minit sudah rasa hendak tumbang. Mana tidaknya, dia sendiri tidak sarapan pagi. Adoiii. Padahal, kebiasaannya dialah yang menyedut susu Dutch Lady sebelum masuk ke kelas. Hmm. Alamatnya, kami berdua ini tahan sajalah dengan kesukaran yang dihadapi.

Apabila lintas hormat dijalankan, Farahin memang tidak puas hati dengan cara kami membelok. Kalah sawa. Sudah kita pekikkan kecilkan langkah, makin beso pulakk dia. Tetapi hendak buat macam mana lagi, hadap sajalah. Kita yang konon-konon professional ini pun terpaksa meng-ular juga. Haha. Layann. Selepas tabit hormat, tangan semua cincai macam kaki gonggok. Luckily, kami semua sudah agak mahir dalam membetulkan langkah jika salah. Hihi

Tamat sahaja perbarisan, kami copet makanan dan terus pergi salin pakaian. Kemudian, duduk rilex rilex di astaka sambil ushar peserta-peserta balapan. One of my bestie joined banyak acara lumba lari. Majoriti, 1st place memang sudah dicop terlebih dahulu. Huhu. She's a great athelete in Stabk. Then, dia telah dianugerahkan sebagai olahragawati terbaik bawah 18 tahun. Wah! Mahsyukkk. Chukkahamnida, chingu-ah!

Selepas acara penyampaian hadiah untuk para peserta, tiba pula acara penyampaian hadiah untuk pertandingan perbarisan. 1st place was conquered by Kadet Polis. Well, I'm not shocked. Mereka kawat tangan memang tip top laju macam dayung sampan. Mengah uii kalau diikutkan daya diri ini. And guess siapa peroleh 2nd place?? Hihi. 2nd place disandang oleh kami! Pergerakan Puteri Islam Malaysia Stabk! Yay! This was second year kami menang. Last year pun kami peroleh tempat kedua. Well, sh*tlah kan kalau hendak lawan Kadet polis. Boleh tercabut tangan kami. haha. Okey, just kidding.

Alright. I'm done here. Petang ini inshaallah Farahin hendak ikut my friends pergi shopping stuffs untuk Pertandingan Dikir Barat sempena Hari Puteri 2013 Peringkat Daerah this Saturday bertempat di Tasik Kluang. Mai lah datang ushar kami. Ups! Haha. Okay, bye! Happy Blogging!

Bukan hendak takbur atau berbangga diri. Tapi sejak awal lagi kami dah expected kami akan menang. Bukan hendak kata kami over konfiden. But we know we've do the best. Plus, selepas raptai semalam ramai puji PPIM kawat cantik. Hee. Terima kasih semua! Alhamdulillah :)


ps: duhh! I'm fucking tired. But also happy! :D
READ MORE

Cat Biru

Posted by ELFarahin | On June 23, 2013 | | No comments:
Related image
Hari ini bertarikh 15 Jun, hari Sabtu. Hari di mana semua orang berliburan di ruang tamu. Hari di mana para pelajar siapkan homework yang diberi oleh guru. Tapi hari ini aku tidak berbuat begitu.

Aku ada aktiviti kokurikulum di sekolah. Badan Beruniform PPIM perlu berbincang sesuatu yang tak sudah-sudah. Kadang-kadang kami berjenaka lepaskan lelah.

Kami duduk dalam bulatan di astaka. Di sebelah sana ada budak sibuk dengan latihan taekwando mereka. Kadang-kadang aku tengok juga ke arah sana. Mereka semua nampak hebat-hebat belaka.

Tiba-tiba, aku nampak kau duduk di astaka sana. Maklum astaka ini luas tempatnya. Aku di sini dan kau di sana. Nampak seorang rakan duduk bersama. Apa urusan kau agaknya?

Aku lupa kau ada di sana. Aku pandang lagi nampak kau, aku jadi terpesona. Kenapa? Kita dekat saja. Tapi hakikatnya kita jauhya tak terkira. Aku telah tinggalkan kenangan lama kita. Tapi kau seolah tak dapat aku tinggalkan begitu sahaja.

Hati aku tegah daripada asyik memandang kau. Tapi aku masih tidak puas dan itu semestinya melampau. Aku pejam mata dan terasa galau. Aku alih pandangan, buat-buat tak hirau.

Sudah selama ini aku masih memandang orang yang sama. Walaupun sudah hati menegah, tapi hati juga masih mahukan dia. Ada masa aku dapat lupakan dia. Tapi ada masa aku teringat dan rindukan dia.Makin difikir, makin keliru aku dibuatnya. Aku pura-pura tak tahu apa-apa. Aku buat-buat dia dah tiada.

Dia macam cat minyak warna biru yang terkena pada baju. Warna kegemaran aku. Orang akan kata ada kotoran pada baju. Tapi aku anggap itulah kenangan tanda aku pernah melukis sesuatu.



READ MORE

Peneman Hati

Posted by ELFarahin | On June 21, 2013 | | No comments:

aku pandang kamu
kamu pandang aku
kita sama-sama pandang
sama-sama diam

hatiku bergetar
jiwaku bergelora
bagai ombak membadai buas
aku hanyut dalam percintaan

kelu lidah untuk berbicara
namun hati asyik berbahasa
malam berjaga
siang terleka

wajahmu menjadi potret buat minda
senyummu menggantikan mentari
ketawamu menggantikan purnama
mahukah dirimu menjadi peneman diri?
berjanji sehidup semati
meraih kasih Ilahi.



Biar malu dalam bercinta, asal ada berkah dariNya =)

READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin