Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Usang

Posted by ELFarahin | On September 02, 2016 | | No comments:
Assalamualaikum...


wah wah wah.. lamanya Farahin hiatus.
sunyi beno gayanya blog ni. huhu

anyway, semester break dah nak habis.
Pahang dah memanggil-memanggil.
malam ni dah kena packing barang.
malasnya lahai.. huhu

Miss the day I used to be active blogging.
Apapun, not gonna let this blog die just like that.
At some times, Farahin mesti titipkan khabar di sini okey. Ecehh..

Hmm... nervous nak masuk semester 3 ni.
Ya... Farahin dah nak masuk tahun 2.
Mengejar degree yang menunggu di garisan penamat tiga tahun lagi.
Inshaallah.. forward to the best future ! Amiin

To you all, thank you sebab stay follow Super Junior.ᴱᴺᵀ.
Dah nampak dah ada beberapa orang dah pergi.
Never mind. Yang penting korang ada. Hihi

Till then, done here.
Ada masa, ada mood,
Farahin buat post lagi okey.
Assalamualaikum.
Bubye, cutiepie ^^







LIFE not always BEAUTIFUL
but we can make it BETTER.









READ MORE

Telinga Panas

Posted by ELFarahin | On May 08, 2016 | | No comments:
Assalamualaikum..
Hello, peeps!
Lama betul Farahin tak update blog.
Maklum, busy dengan study. Huhu
Malam ni ringan pula jari nak menaip.

Straight to the point,
Farahin tak puas hati ni!
Tak puas hati sebab apa?
Recently, Farahin ada join group ni.
Farahin tak lah kenal semua member. But we're good.

Sehinggalah Farahin terdengar the members asyik mengata seseorang ni.
Farahin tak ambil port pun even Farahin kenal orang yang disebut-sebut tu.
Farahin diam je. Tak menyampuk. Tak senyum pun.
Kalau senyum pun sinis je. Shortly, I got annoyed with this kind of attitude.

Farahin memang cuba elak daripada mengata orang.
Sesekali mulut ni pun terlanjur juga, but then sampai situ je lah.
Tak ada hari ni mengata orang ni, esok sambung lagi, lagi lagi lagi.
Memang Farahin cuba elakkan. Sendiri mulut, sendiri jagalah kan.

But this group, the members....macam makin kerap pula mengata.
Sampai panas telinga Farahin ni mendengar. Serius k.
Memang rasa panas. Bukan nak kata suhu badan naik ke apa.
But really felt like telinga panas je.

At last, Farahin keluar dari group tu and duduk jauh2.
Buatlah apa pun. Konon haus, minum air ke. Main game.
Sumbat telinga dengan earphone then dengar lagu kuat2.
Sambil tu, Farahin berfikir.

Apalah gunanya mengata orang?
Puas hati ke? Makin panas ada lah kan.
Kurang ke rasa benci tu? Makin parah je kan.
Dosa pun bertambah.
Then, orang yang memang tak nak ambil port macam Farahin ni
terpaksa menahan rasa serba salah sebab tak buat apa-apa.
Di akhirat nanti pula, Farahin lah saksi kepada apa yang mereka ni katakan.
So kepada awak2 yang rasa2 kerap mengata orang tu,
fikir-fikirkan lah.

Bila kita suka kat seseorang,
boleh pula kepada pendam perap jadi pekasam dalam hati tu.
Jadi kenapa tak bila kita benci kat seseorang?
Jangan keji seseorang tu macam dia tak ada langsung kebaikan dalam diri dia.
Sedangkan najis mughalazah pun boleh disucikan.
Kain buruk yang lusuh koyak rabak tu pun,
masih boleh diguna sebagai kain pengelap.
Orang kata bentuk petak menggambarkan personaliti
seseorang yang suka memandang dari pelbagai sudut.
Pelbagai ke? Sudut petak ada 4 je.

Kalau Farahin, jadikan bentuk bulatan tu sebagai contoh.
Pandang sesuatu dalam sudut 360 darjah.
Tiada mula. Tiada akhir. Tiada had.
Perhati dan nilai sendiri.
Yang buruk biar. Yang baik tu simpan.
Pengemis yang tak berpelajaran pun tahu
buang bahagian roti yang sudah berkulat dan cuma makan bahagian yang masih elok.
So kita yang sok kaya ilmu ni?
Kalau mata tu dah tak dapat nak buka besar2,
hati tu dah tertutup beku,
buka minda tu luas2.
Astaghfirullahalaziim.

Hmm...sampai sini je lah ye.
Ni nasihat tahu. Hihi
Bubye. Nitez =)



Something GOOD not always GOOD.
Something BAD not always BAD.







READ MORE

Yesung-Here I am MV

Posted by ELFarahin | On April 18, 2016 | | No comments:

Assalamualaikum...

Finally!
My baby debuted his first solo!! o(^0^)o
Tabahkan hati tengok mv nih...
tak cukup dengan air mata Hae oppa dalam Evanescence mv,
sekarang terpaksa menahan sebak tengok air mata my lovely Yesung pula.
Bukan overreacted atau apa, Farahin just dunno why and how...
cannot tengok my Super Junior oppa menangis.
Nanti mesti sebak sendiri. Huhu

chukkahamnida, Kim Jong Woon!! \(^0^)/


























READ MORE

Sebab Aku Anak Tunggal

Posted by ELFarahin | On February 29, 2016 | | 1 comment:
Assalamualaikum...

Hello, peeps!
Hari ni Farahin nak bercerita pasal diri sendiri.
Let's say this is kind of reflection for myself.
To know myself better.
To understand her more than anyone. Huhu

Setiap kali Farahin pandang diri sendiri di hadapan cermin,
tak macam mereka yang ada adik-beradik,
wajah mereka ada iras-iras dengan adik-mereka,
tapi wajah Farahin tidak menyerupai sesiapa melainkan my parents.
Sebab Farahin anak tunggal.

Dari kecil Farahin dah biasa bersendirian,
main sendiri, hiburkan diri sendiri,
walaupun ada kawan tapi ada masa-masanya rasa diri ni macam dikhianati je.
Buat apa berkawan kalau asyik nak cakap belakang kemudian pinggirkan orang tiba-tiba.
Mungkin sebab itulah mula je sekolah rendah Farahin dah mula kurang berkawan.
Maksud Farahin I've no one that really close to me.
Seorang dua je. Itupun Farahin tak tunjuk sangat belang Farahin.
Sampailah sekolah menengah, then I know what does Friendship mean.

Farahin tak banyak cakap melainkan perlu.
Nak bual-bual kosong pun tengoklah mood. Hahaha
Tapi sebenarnya banyak yang Farahin pendamkan.
Mungkin sebab Farahin dah biasa kawal dan tenangkan diri sendiri.
Jadi Farahin jarang mengadu atau meluahkan perasaan kepada orang lain.
Sebab Farahin anak tunggal.

Farahin nampak macam suka pinggirkan diri.
Sebenarnya Farahin selalu cuba sesuaikan diri dengan persekitaran.
Gementar macam manapun, takut macam manapun, Farahin tetap cuba.
Kalau bukan Farahin yang melangkah ke hadapan dan tonjolkan diri,
siapa lagi? Betul tak?
Farahin sanggup ambil risiko
sekalipun tindakan Farahin macam askar tanpa senjata.
Bagi Farahin baik lakukan sesuatu.
Menang kalah, mati hidup, belakang cerita.
Lagipun, Farahin pinggirkan diri sebab
Farahin suka berikan ruang kepada diri sendiri.
Do what I want and like, think anything I could.
Sebab bila bersama seseorang atau berada dalam satu kelompok,
Farahin selalu belajar beri ruang kepada orang lain.
Sometimes, somehow I need my space too. Right?

Farahin tak mudah terpengaruh dan dipengaruhi,
tapi Farahin selalu cuba pengaruh orang lain.
Farahin mahu mereka ingat Farahin. Sikit pun jadi.
Sebab Farahin hari ni berbeza dengan yang dulu.
Farahin yang dulu macam invisible and soooo distant.
But today I want people to know who and how I am.

I'm FREE!
Apa yang Farahin buat, semuanya atas kemahuan sendiri.
Anything. Everything.
Because I love to be me.
Biarlah orang nak cakap apapun,
I don't really care much.
Biarlah apa yang orang lain fikirkan,
I'm FREE as I am. Huhu

Farahin suka jadi berbeza.
Sebab Farahin cuma Farahin.
Farahin selalu fikir menjadi anak tunggal adalah sebuah keistimewaan.
There must be reasons why I was born!
Orang selalu kata jadi anak tunggal ni sunyi.
Tapi bagi Farahin dunia Farahin cukup bising dan meriah.
Sebab Farahin dengar apa yang orang lain tak nak dengar.
Farahin pandang apa yang orang lain kerap terlepas pandang.
Farahin selalu mahu faham apa yang orang lain tak nak faham.
Farahin keluarkan diri dari kelompok majoriti dan minoriti,
dan cuma berada di sudut sendiri.
Dunia Farahin berbeza dan Farahin sedia terima dunia orang lain.
Tapi tak semua orang sedia terima dunia Farahin =)



If people can love you, why can't you love yourself?




READ MORE

Dah Seminggu Pun

Posted by ELFarahin | On February 23, 2016 | | No comments:
Assalamualaikum...

Hello, peeps!
I'm back.

Straight to the point,
title kali ni macam kat atas tu lah kan.
Ya. Dah seminggu pun Farahin kat ump nih.
Actually, seminggu dua hari. Huhu

So far so good.
Lecturers okey. Classmates okey.
Yang paling penting,
Farahin okey. Hihi

However,
Farahin tak dapat nak retake subject
yang sepatutnya Farahin retake
sebab subject yang Farahin kena retake ni
asyik clash dengan kelas2 lain.
Plus, Farahin dah tak sanggup nak rombak jadual.
Subjek2 yang Farahin ambil untuk sem ni pun
semuanya macam okey aje.
Nak2 lagi lecturers pun tiptop...kind hearted semua.
Sayang nak drop. Hehehehe
So gonna proceed with it. Hiphip!


And more shocking news,
untuk kelas Hubungan Etnik Farahin dilantik sebagai class monitor.
Andwaeeeeee! Alasannya sebab berdasarkan tarikh dan bulan lahir,
Farahin paling tua.
Yup! I'm a capricorn.
But not saying I'm crazy about my zodiac.
Just another name for me. Hee
Gementar juga jadi class monitor ni.
Farahin memang tak pernah harap
nak pegang jawatan besar2 ni.
Sekolah dulu jadi setiausaha puteri islam pun
terkedek-kedek aje duduk bawah pengerusi. Huhu

Memang dah lama sangat
Farahin cuci tangan pegang jawatan2 tinggi ni.
Sekolah agama dulu bolehlah act diva jadi pengawas.
Masa tu tak ada sense of responsibility.
Tahu2 kain dengan tudung merah.
Lain daripada student lain. hahahaha..
Apapun itu dulu...

Tapi memandangkan dah terlantiknya
sebagai class monitor ni,
terima aje lah.
Lecturer pun macam tak ada hint
nak beri chance untuk Farahin menolak jawatan yang diberi.
Let's say ni tuah Farahin yang lahir tak cukup bulan ni. Haha..

Yup! No matter what, I'll stay positive.
Recently, Farahin watched Kdrama Orange Marmalade.
Rasanya ada dialog macam ni....
"Don't try so hard to overcome your fear.
That's how your heart feels.
Why do you have to hate it?
Just let it be."
Kind like that larr...
Farahin ubah sikit aje kasi sedap. Hahaha

Lagipun, sebelum ni Farahin ada nasihatkan my buddy ni.
Apapun yang jadi.
Apapun yang Allah beri.
Semuanya ada kebaikan.
Inshaallah..

Farahin memang selalu ajar diri untuk positif.
Ya. Ada yang pernah kata.
Positive thinker ni sebenarnya
dia ada banyak benda negatif yang dia rasakan dalam diri dia.
That's quite true.

But to me putting yourself into negative,
just only make yourself try so hard.
Try so hard is not bad.
But for me, it's not good for myself.
I'll feel stressed and depressed at the same time...
hating myself, hating the world, hating everything...
After all, I tells based on my experiences.

No matter what,
Farahin selalu beritahu diri sendiri
"I LOVE YOU."





Kalau nak berkorban, biarlah ada sesuatu untuk dikorbankan.
Kalau kita sendiri sudah terkorban terlebih dahulu,
bagaimana kita mampu berkorban sesuatu?











READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin