Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Finally !!

Posted by ELFarahin | On May 23, 2012 | | 4 comments:
Assalamualaikum...
Sudah terlalu sangatlah lama Farahin tak buka Twitter. Asyik reload, reload, reload. So, sekarang ni(2:35 a.m.) Farahin tengah try godeh-2 twitpic Yesung oppa. Finally !! Dapat jugak tengok muka oppa !! I MISS HIM DAMN SO MUCH !! Oppa still handsome, cute, stylish and yang paling penting, oppa sihat and happy. I LOVE YOU, dear. Really LOVE you.

Jom tengok pic-2 yang Farahin dapat view tanpa reload yang menyakitkan hati. Huhu...


Handsome, kan!! I mean ketiga-tiganya. But, Of coz yang paling menyerlah di mata, mendebar di hati Farahin ialah yang dekat tengah-tengah tue. Siapa? Pun nak kena beritahukah? YESUNG oppa lah...siapa lagi. Huhu...



BAHAYA!! Gambar jarak dekat! JANGAN tenung lama-lama. Saya JEALOUS!! Huhu...
*Pic dah post since last week tp saya baru dapat view malam per tiga nie...RINDU~ :''(


He always looking COOL !!
*Pic ni dah last 3 weeks?!! OMO~~ HIT ME!


THE CUTESTE OF THE CUTEST OPPA EVER!!
*Awww!!stop staring at me!Especially, you who at Hae oppa back. Huhu...
Mood : Angau+Perasan


THE SWEET BROTHERS EVER!!
I HATE that eyes, oppa! It make me GOING CRAZIER!!
Hehee...


Ha....see that eyes? You looks tired oppa.
Make sure take care of yourself ya.
LOVE YOU.
*pic ni dah last 3 weeks



Okey. Sudah! Mana boleh upload pic banyak-banyak. Nanti awak,awak,awak....curi oppa dari saya. Hee~

P/S : Finally!! Terubat sikit RINDU di hati. Alhamdulillah~ :')











READ MORE

♥♥stOry_mOry ciktin♥♥: sedih!

Posted by ELFarahin | On May 23, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum....
Cuba klik tajuk dibawah and baca entrynya....

♥♥stOry_mOry ciktin♥♥: sedih!: CERITA YANG BOLEY MENJATUHKAN AIR MATA: Dalam banyak-banyak sperma yang berebut masuk dalam ibu saya, saya telah terpilih untuk di berika...

Saya seorang anak tunggal. Saya dah terbiasa sendiri. So, honestly saya memang tak pandai layan baby. Tapi saya tak pernah bencikan baby. Mereka comel, kelakar, suci, etc. Berjumpa dengan orang macam saya mungkin boleh membantutkan perkembangan mereka. Hahaha... sebab saya unfriendly dah saya tak pandai nak bergurau dengan baby. Keras hati? Maybe. Tapi saya still ada hati, perasaan dan emosi. Even saya tak pandai nak layan baby, I Luv them. Huhu..
READ MORE

Halusinasi

Posted by ELFarahin | On May 23, 2012 | | No comments:
Related image
Engkau selalu ada denganku
teman yang menemani
sampaikan aku tidak sanggup berjauhan denganmu

Wajahmu bermain di mindaku
malamku bermimpi tentangmu
tidak sangka secepat itu aku merindu

Dirimu sumber kerunsinganku
dirimu juga punca kegembiraanku
tangisanmu...air matamu..
melemaskan sebak dadaku

Apa yangku harapkan dari hubungan ini
sememangnya tidak akan ada apa-apa yang terjadi
tetapi aku mula berfantasi, bermimpi, berhalusinasi
aku dan kau saling mencintai.




READ MORE

Kau Bukan Aku Punya

Posted by ELFarahin | On May 20, 2012 | | No comments:


Aku lena di ribaannya,
Aku selesa di belaiannya,
Aku asyik dengan mulus kasihnya.
Namun apabila aku terjaga,
ku sedari bahawa kau bukan aku punya,
mustahil hidup ini dapat kita jalani berdua.
Aku katakan pada diriku,
Esok lusa kau akan pergi jua,
Di antara kita tiada yang kekal selamanya,
Jadi
aku perlu menjaga hubungan ini
agar kau tidak mudah meninggali aku.
Aku inginkan kau bahagia,
dan aku ingin bahagia denganmu.
Biarpun terluka,
setidaknya aku merasai kebahagiaan itu
kita berdua.



READ MORE

Cintai dia atau...

Posted by ELFarahin | On May 19, 2012 | | No comments:


Assalamualaikum...

Hari ini saya hendak mengajak anda berkhayal sekejap. Boleh atau tidak? Bolehlah ya.
Andaikan anda mencintai seseorang. Yang sempurna dirinya sebagai seorang manusia.

Diringkaskan cerita,
pada suatu hari datang seorang perempuan kepada anda.
*Yang ini untuk yang berjantina perempuan ya.
Lalu perempuan itu menyatakan bahawa dia ialah kekasih anda.
Dia mencintai dan menyayangi anda.
Dia menyatakan bahawa dia ialah teman lelaki anda yang telah bertukar tubuh dengan seorang perempuan.
Bermaksud, rohnya seorang lelaki telah merasuki tubuh seorang perempuan dan roh seorang perempuan telah merasuki tubuhnya seorang lelaki.
Okey.
Sudah puas ketawa? Saya tahu bunyinya agak kelakar.
Tetapi apa yang ingin saya tanyakan kepada anda,
Adakah anda akan mencintai perempuan itu sepertimana anda mencintai teman lelaki anda yang dahulunya bertubuh lelaki?
Adakah anda akan menerima dia seadanya dia yang bertubuh perempuan tetapi berohkan lelaki?

Ini cuma khayalan. Sengaja saya hendak anda merenungkan sesuatu.
Jika dikaitkan dengan hal agama,
bagi yang tidak kuat pegangan, pasti kes ini merumitkan, bukan?
Peace~

P/S: Saya dapat idea untuk buat entry ini daripada Kdrama Secret Garden.





READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin