Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Si Pendiam di Smart Camp' 12

Posted by ELFarahin | On June 15, 2012 | | No comments:


Assalaualaikum...
Annyeong! Oh, penatnyaaaaaa badan!
Seharian doq berjimba di sekolah sebelah, SMK Sultan Abdul Jalil.
Farahin ikuti program Smart Camp' by Oppa and Unnie yang dari UTM.
BEST! Cuma....bosan sedikit. Sedikit sahaja.
Jangan risau...
Smart Camp' BEST! *yeah! Itu ialah trademark Smart Camp'.

Mahu tahu, tidak? Farahin dijemput naik ke pentas secara mengejut. Huhu...
As usual, kalau program-2 pendidikan+sosial mesti ada event like menari poco-2 or something like that, right?
So, semasa sedang Abdul Hakim oppa and the geng sedang ajar kami 'Tarian Gajah',
suddenly seorang unnie ini tarik Farahin and Azzam.
Eh! Apakah? Farahin and Azzam student SMK Tengku Aris Bendahara.
Tak pasal-pasal pula terjejak kaki di stage dewan SMK Sultan Abdul Jalil. Hihii...
Jangan marah~

Hmm...that time...nak kata terkejut pun tak, terkejut pun ada juga. Hahhaa...
Aigoooo~ Farahin terpaksa jadi sifu 'Tarian Gajah' on stagelah pula...
Well~ Berlagak selamba saja.
Eye-contact campakkan jauh-2 di belakang sana,
ignored mata-2 yang memandang.
Yang penting, kita ENJOY! Huhu...

Tapi...semua itu sekejap sahaja.
Semasa sesi ceramah dengan....siapa ya? Alah~ lupalah nama ahjussi oppa tuh. Hikhik..
Semase sesi ceramah dengan pakar psikologi itu,
well~ quite GREAT! Tapi....sedikit bosan.
Sebab kurang diselitkan like event-2 yang dapat mengembalikan mood atau secara tepatnya,
hilangkan ngantuklah. Hehhee..
Plus, Farahin sudah mula penat ketawa and tersenyum.
Biasalah...orang yang jarang ketawa besar and tersenyum lebar memang akan mudah berasa penat apabila melakukan aksi-2 tersebut.
Fuyhhh! Aksi gitu. Hahhaa...

Seriously, Farahin bukanlah seorang yang peramah and selalu senyum+ketawa.
Berlagak selamba punn....kuranglah.
Sebaliknya, dalam kalangan my BFF,
Farahinlah yang pendiam dan selalu mendiamkan diri.
Farahin selalu buat muka bad mood.
But itu tidaklah bermaksud Farahin tak pernah senyum atau ketawa.
Tapi...Farahin lebih cenderung untuk mengeluarkan aura yang negatif+pelik itu.
LOL~ teruk! Erkh! Hehhee...

Semakin lama, Farahin semakin kurang senyum dan ketawa.
Farahin berasa penat. Tak tahu kenapa?
Farahin berasa penat asyik ketawa dan senyum plus berlagak selamba.
Farahin berasa penat act like someone yang banyak cakap plus soooo friendly.
Lastly, Farahin kembali pada perwatakan asal Farahin.
Pendiam. Eye-contact bila sedang menumpukan perhatian, seriously tajam plus dahi berkerut.
There was no big laugh anymore, only force myself to smileeeee....
Hahhaa...seriously. Pelik,kan? Senyum pun penat.
Yep! Itulah Farahin. Hohhoo..

Setuju tak? Kalau Farahin kata
Orang yang pendiam mempunyai banyak kata-kata yang hendak diekspresikan.
Tapi mereka tak dapat hendak luahkan semua kata-kata itu melalui percakapan.

Ya. Sebenarnya, banyak benda yang Farahin mahu cakap.
But it always stuck in my head.
But not in my heart.
Otak Farahin tidak cekap mengaplikasikan kata-kata.
Tapi hati Farahin sentiasa menyusun kata dan bercerita.
Huhu...

Sayalah Si Pendiam, Si Perahsia!




READ MORE

Penat~

Posted by ELFarahin | On June 14, 2012 | | 1 comment:


Assalamualaikum...
Oh, penat sangat rasanya!! 1st day hari ini Farahin kawad kaki PPI untuk Hari Sukan nanti.
Badan dan kaki sudah mula sakit-sakit and lenguh. Pfft!

Oooooohhoiiii...Farahin sedang menunggu waktu berbuka niyh!
Selamat Berpuasa bagi yang berpuasa!
Maaf. Farahin tak larat tulis banyak-2. Tak larat nak duduk lama-2 lah.
Huhu... Bye.

P/S: Farahin rasa blog Farahin dah beratlah. Awak-awak si blogger...loading take much time tak? Barhae*cakaplah kalau ya. Farahin akan tukar template and re-edit! \(^_^)/







READ MORE

My Favourite

Posted by ELFarahin | On June 13, 2012 | | 4 comments:


Assalamualaikum...
Serba salah pula rasanya bila sedang blogging ni. Rasa macam buang masa. Erkh!
Ok-2. Jadikan hal-hal yang lalu sebagai pengajaran Farahin.
Awak anak yang baik. And of course you can be a good student also.
Allah s.w.t always be with you. Only feel His presence and stay calm. Keep praying. Huhu...

Ok. Tak lama lagi dah nak Hari Sukan.
Esok dah start latihan kawat kaki. Alright!
Saya selaku setiausaha Pergerakan Puteri Islam Malaysia Sekolah Tengku Aris Bendahara, JOIN!
Of course JOIN. Mana boleh tak JOIN.
Favourite tuyh! Hee~
Err...baru saja rancang nak ganti puasa. (-..-)
Hehheee...tak apa. Gwaenchana. Itulah ujian. Huhu...

Haish...penatlah...yalah. 2 minggu tak hangkut berat yang seberat sememangnya berat terberat.
LOL~ tatabahasa hancusss! Hahha...Oklah. Bye.

JOM buat homework! 
Doakan Farahin tak tertidur masa buat homework. Amiin..
LOLzzz~ Hihii...


I LOVE Mathematics!
Tapi bila tak dapat jawapan, rasa macam baru lepas kena rejected dengan boyfriend.
FRUST!! Hahhaa...





READ MORE

Padah

Posted by ELFarahin | On June 12, 2012 | | 4 comments:


Assalamualaikum...

Hmm....Farahin straight sajalah ya. Result Mid-year Farahin teruk sangat!!! Stress jadinya. No 'A'! Hukhuk...Memang salah Farahin pun. Mid-year ini Farahin tak prepared apa-apa pun. Memang tak ready pun. Seriously, mood down sangat! Cikgu selalu ingatkan. "Tak apa. Awak ada banyak lagi peluang. Banyak lagi peperiksaan. Awak boleh improve lagi." Semua cikgu yang mengajar kelas Farahin mesti cakap macam tu. Yup! Kata-kata itu memang membantu Farahin. Tapi...adakah ia membantu parents Farahin????

Seriously, sejak Farahin mula semakin matang, banyak benda yang Farahin fikirkan. Especially parents Farahin. Farahin rasa sempit sangat! Anak tunggal. Anak perempuan. Itulah Farahin. Semuanya atas bahu Farahin. It's toooooo heavy! Too huge for me! Harapan, impian, cita-cita, semuanya bertepek di muka Farahin. Why? Why?! Farahin rasa susah sangat.

Dulu masa kecik-2, selalu tanya parents bila nak sekolah. Tapi bila Farahin sudah bersekolah, begini jadinya. Semuanya diletakan di bahu Farahin. Agak-2 bilalah Farahin belajar dengan perasaan yang bebas dan gembira pun Farahin tak tahu. Overall, since semakin matang, Farahin bukan study untuk diri Farahin, tapi untuk my parents. Teruk, kan? Memang salah kalau begitulah cara Farahin belajar. Then, what? What can I do? Tak mudah untuk Farahin berterus-terang dengan parents Farahin. Dan memang susah Farahin nak memberontak macam remaja-remaja lain. Tekanan, sakit, Farahin tak pernah tunjuk.

Adakah hina jika seorang anak tidak dapat memberi apa yang diharapkan oleh ibu bapanya? Ya. Allah s.w.t percayakan Farahin, seorang anak tunggal perempuan sebab itu Farahin hanya diciptakan seorang dalam keluarga. Tapi...sampai bila Farahin nak percayakan diri Farahin yang hakikatnya menjadikan dalaman Farahin semakin teruk walaupun luaran Farahin semakin baik. Dari dulu sampai sekarang, Farahin memang tak lepas dengan sifat pura-pura ni.


Farahin tak rasa bosan belajar. It's good to know something.
Tapi...memang bosan bila kita sedar yang kita belajar bukan untuk diri kita tapi untuk orang lain.
Tambahan, mereka bukan hanya mengharapkan kita mengetahui sesuatu tetapi turut mencapai sesuatu yang lebih baik. Sebenarnya, Yang Terbaik.





READ MORE

Just Saying

Posted by ELFarahin | On June 10, 2012 | | 3 comments:

"I Love you less yesterday,
I Love you less today,
Because I want you love me more tomorrow."

Assalamualaikum...
Haih~ apalah yang Farahin doq merepek dalam ayat tu kan?
Oklah. Only want to say,
"I Love you more yesterday,
I Love you most today,
But then I got nothing."

Arasseo? *faham?
Farahin tak tahu nak post entry apa hari ini. Esok sudah mula sekolah balik.
Actually, Farahin....entahlah. Ish! Nak tulis apa ni?! Minta diri sajalah. Bye.


READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin