Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Grow Up!

Posted by ELFarahin | On August 10, 2012 |

Assalamualaikum...
Annyeong~! Yay! Farahin and Aznie serta others BFF sudah berbaik!! Alhamdulillahi Robbil Alamiin. I know. She had grown up. Mian for my bad english. Hehee... Of coz Aznie sudah dewasa. Takkan dia nak merajuk lama-lama macam dulu cuma disebabkan hal-hal kecil. Ya tak! Yay! Chukkahae! Sudah besar kawan Farahin yang tersayang ini! Hihii...


Okay. Now, Farahin nak story benda lain pula. Today, Farahin telah melakonkan sebuah drama. Alah~ drama literature saja. Yang dalam buku Short Stories Bahasa Inggeris tuu. Tajuknya, Gulp and Gasp. Cikgu telah bahagikan part-part yang tertentu. So, Farahin and my group lakonkan part ke-4. Oh my God! Ada yang cakap Farahin act like nak kiss my friend which acted as Crouch. LOL~ Seriously, bukan itu yang Farahin nak buat. Uiii~ matilah kalau Farahin sengaja buat. Kena tendang nanti dengan Yesung oppa. Tsk! Tsk! Hahaha...No one can replace him! Pokoknya, titik. LOL~ slang Indon pulok.

Talk about slang Indon, pagi tadi di sekolah ada Bimbingan Rohani. Well, as usual. Hari ini kan hari Jumaat. But, today was different as usual. Hari ini pihak sekolah telah menjemput beberapa orang Tahfiz untuk mengimarahkan Bimbingan Rohani tersebut. Cowok Indonesia wa cakap lu. Tapi muka tak ada rupa Indonesia langsung. Handsome! Not bad lah. Kata orang, ada nurnya gitu. Haha... Tergugat juga iman ni. LOL~ marah Yesung oppa kalau dapat tahu. Hihii... Pokoknya, semua prianya lagi Free & Single tuh! Huhuu...

Oklah. Stop here. Jam 2 petang nanti nak ke sekolah semula. Nak jaga library. Then melencong ke bazaar jap sebelum balik. Kehkehkeh....




READ MORE

Susah Hati

Posted by ELFarahin | On August 10, 2012 |

Assalamualaikum...
Astaghfirullahalaziim...Farahin susah hati lah. I'm thinking about her. Siapa? Aznie lah, siapa lagi. Farahin depressed sangat. Hope mood dia okay esok. Really hope for it. Aznie. Awak tengah tidur ke? Or maybe tengah buat revision?? Hope, sambil-sambil tu ingatlah kepada our Friendship ya, kawan. Huh~ Buat add math pun separuh jalan saja ni. Susah hati sangat sekarang ni. Asyik termenung je. Tengok je lah kipas yang dah berhabuk tu pusing kat siling tu. Huh~ Eotteokhae~~ Farahin dah hantar mesej kat dia. Tapi no reply. Farahin sent kepada 3 nombor. Dah tu, number dia banyak dalam phone ni. Dah lah guna phone Emak. Ini pun still stay di sebelah Farahin. Farahin lupa nak bawa turun beri kepada Mak semula. Hmm....Aznie. Esok beratur dengan kite eh. Berbual dengan kitorang. Buatlah perangai gila-gila awak tu. Aishhh~ nak gila dibuatnya! Huh~~ Farahin asyik terkenangkan gelak ketawa Aznie je dari tadi. Then, tak pasal-pasal gelak sorang-2. Aznie memang kelakar orangnya. Peramah. Argh! Aznie. Pleaseee....kite tak nak bergaduh lagi dengan awak. Janganlah ini dijadikan pergaduhan kali ketiga. Tsk! Tsk! I'm not crying. But my heart dah banjir sejak tengah hari tadi lagi. Hukhuk....Nuraznie....



READ MORE

Kenapa Dengan Kawan Awak Ni?

Posted by ELFarahin | On August 09, 2012 |



Assalamualaikum...
Tsk! Tsk! sob...sob...What I have done? It was my fault?? Really? Jinjja?? Aishh...michilgetta~! Chingu~ mianhae...jebal~mainhaeyo....

Dia menangis dan pergi, meninggalkan aku, Ana dan Ida. Pada mulanya, kami bertiga hanya menganggap ringan tentang hal itu. Akan tetapi, bohonglah jika tiada sedikitpun rasa gusar di hati kami. Kerisauan.

Ketiga-tiga kami keluar dari makmal Biologi dan berjalan kaki hendak ke suarau. Sekarang masa subjek Agama. Ke mana dia? Tandas? Maybe. Di surau, dia sudah siap bersama beg Billabong digalas di belakangnya. Aah~! Suasana semakin dingin! Dia melangkah keluar dari surau dan meletakkan bukunya di balkoni di luar. Kuat. Dia seakan menghempas bukunya. Dia marah. Keadaan sememangnya semakin dingin.

Para pelajar diminta duduk di kantin berhadapan dengan surau kerana surau sedang digunakan untuk acara bertadarus bagi guru-guru. Di situ, aku tercari-cari juga kelibatnya. Ah! Di mana dia? Aku meletakkan beg dan pergi mengambil buku dan kertas yang telah disediakan oleh guru. Ah! Ke manakah dia? Rupa-rupanya dia cuma berada di hadapan aku. Membelakangiku. Huh~fikiran dan hatiku terlalu bercelaru sehingga aku tidak melihat kalau dia cuma berada beberapa jengkal dariku. Aku duduk di belakangnya. Membelakanginya. Dan membuat latihan yang diberi oleh guru.

Ah! Apa yang telahku lakukan?? Aku menyalin soalan dan jawapan yang betul tanpa berselang. Latihan tersebut sudah persis karangan rupanya. Kemudian aku berhenti menulis. Aku terfikirkannya. Aku bimbangkan hati dan perasaannya. Dia asyik diam dari tadi. Aku tidak mendengar suaranya berbual-bual bersama kawan-kawan yang lain.

Di kepalaku ligat mencari cara untuk memujuknya. Ah! Segala cara serba tidak kena bagiku. Aku bukannya mahir apatah lagi berbakat dalam memujuk. Aduh! Bagaimana ini? Apa yang harusku lakukan?? Fikiranku buntu. Aku mengambil pensil picit biruku lalu menulis sesuatu di atas kertas latihan tadi. Aku menulis namanya dalam tulisan berangkai. Ala-ala tandatangannya. Dan di sebelahnya aku menulis, "Kitew dah janji...Awak ingat, kann..." Laluku lukis wajah senyum. Ah! Aku yakin dia pasti ingat!

Aznie. Mianhae. Janganlah merajuk. Awak tahu kan kelemahan kite.
Awak. Janganlah kecik hati lama-lama. Awak tahu tak kenapa kite cakap macam tu tadi??
"Kenapa dengan kawan awak ni?"
"Siapa kawan dia?"
Kite sume selalu bergurau macam tu kan?
Sebab kite sume yakin yang kita berempat sentiasa kawan.
Tiada sitilah "dia bukan kawan saya" dalam persahabatan kite.
Aznie. Kite kan dah janji...
Kite takkan gaduh lagi kan??
Awak ingat, kan??
I'm sure of coz you remember.
Well, kalau kite still kawan,
esok pagi beratur dengan kite eh macam biasa.
Kita kawan kann...
Muahhh sikit lalink kite ni.




READ MORE

Asal Ada....

Posted by ELFarahin | On August 07, 2012 |
Assalamualaikum...
Asal ada...Eh! Apa yang asal ada tu? Hihii...Ini yang Farahin nak kasi tahu. Hari ini Farahin jenjalan kat bazaar dengan my BFF. Dekat je. Lebih kurang 1km dari sekolah. Hehee...Then, sebelum balik singgahlah di sebuah kedai buku ini sebab kami nak beli bendera untuk menghias kelas sempena sambutan Kemerdekaan yang ke-55 ni. Ups! I see that~ Nampak apa? Farahin nampak majalah Epop! Kyaaaa~ Verse Malay lagi. Fuyhh~! Apa lagi? Kasi rembatlah. Oh! Cover 2NE1. Pusing. Woaaaahh~!! Cover SUPER JUNIOR!! Ah, tapau RM 5.90 and beli Epop! Plus, dapat free sampul duit raya~ Pun verse SUPER JUNIOR~!! Eeee~ sayangnya nak bagi kat orang raya nanti. Tak apa...tak apa...sampulnya ada 5 keping. So, Farahin decided 3 keping nak beri kepada my BFF. Lagi 2 Farahin sorok dalam poket. Hihii...Ada lagi. Ada contest yang menawarkan album Sexy, Free & Single lah dalam majalah tu~! Nak JOIN~ tapi...tak ada sesiapa pun nak hantarkan nanti penyertaannya ke post office~ huh~~ Nak juga kitew ni merasa album SUPER JUNIOR*itupun kalau menang~~ maklumlah, family kitew tak suka 'membazir'...that's why lah~ kitew nie pulak, asal SUPER JUNIOR, asal boleh jee...hehee...


P/S : Farahin kalau asal ada SUPER JUNIOR kat cover Epop or dalam tu, anything about SJ, konfem beli! So, limitnya cuma kalau ada SJ. Kalau tak ada, tak belilah. Berjimatlah juga,kann... Huhuu...



READ MORE

Annoying Gaviscon

Posted by ELFarahin | On August 06, 2012 |

Assalamualaikum...
Selamat malam semua! Amboi, sedang tepuk-tepuk bantal nampak. Nak tidur dah ke. Yelorh~ Celamat malem...huhuu. Tapi sebelum itu, bacalah dulu entry Farahin ni. Baca sampai terlelap pun tak apa. Hahaha... Ok. Gaviscon. Apa itu Gaviscon? What ever~ macam aku nak tahu. LOL~ Farahin pun bukan tahu sangat pun Gaviscon tu apa tapi like apa yang iklan katalah kan ia melegakan sakit uru hati. Yalah. Orang zaman sekarang, makan mengejar masa bukan untuk meluangkan masa. Kunyah tak sampai 3-5 kali sudah telan. Nampak beno kelentongnya. Hehee....

Ok. Sekarang iklan about Gaviscon ada ala-ala Ramadhan kan? Yang family sedang berbuka puasa tu. Ermm...Farahin nak komenlah sikit pasal iklan tu. Firstly, wanna say iklan itu sangat ANNOYING! And tak kurang juga seolah-olah berupa penganiayaan. Kenapa Farahin kata begitu? Look. Sebuah family yang beragama Islam. Sedang berbuka puasa. But then, bergendang di atas meja? Di hadapan lauk-pauk segala??? What the hell was that?!! Islam tidak mengamalkan budaya yang begitu. Kita tidak bergendang di meja makan. Bukan begitu cara kita menghormati makanan. Bukan itu adab kita ketika di hadapan anugerah Allah s.w.t. Hmm...I know. Entry ini menampakan kesensitifan Farahin sebagai seorang muslim kan? Actually, tak jugak. Just quite sensitif sebab di dunia ini bukan semua manusia beragama Islam. Ada penganut agama lain yang memerhatikan nilai-nilai yang ada dalam agama kita. And....that iklan, totally tak mustahil ia mampu mencelakan nama suci agama Islam. Well, Farahin ever talked about those iklan yang macam ni di sekolah dengan ustazah.

Ustazah kata, mostly yang buat iklan begini ialah orang bukan Islam. Cuba tengok iklan coca-cola. Ermm...Farahin tak tahulah kalau ada yang ditayangkan di TV. Farahin just saw di FB. Coca-cola. The most fofules Israel product. Adakah patut coca-cola dijadikan iklan yang dikaitkan bersama bulan Ramadhan kita? Once again. What the hell was that?!! Apatah lagi, yang melakonnya ialah orang Islam. Allahuakhbar~ Like what I just said. Mostly, yang buat iklan begini kebiasaannya bukanlah orang bukan Islam. Tetapi pelakonnya ialah orang Melayu. Islam. Why? Yalah. Ramadhan kan bulan kita. Logiklah kan kalau orang Islam yang lakonkan. Dan lagi, akui sajalah penganut agama Islam adalah yang terbesar di dunia. So, that's the way to spread the 'LOVE' lah kata kann...luv lah sangat. Ok. Stop here. Panjang sudaa. Kesian anda yang mata sudah merah menahan mengantuk tu. Selamat tidur! Jangan lupa baca doa sebelum tidur and niat puasa taw! Bye.



Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Beradab Ketika Minum
Hadith :

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jangan kamu minum sekaligus seperti binatang ternakan minum, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali, membaca bismillah bila mula minum dan membaca alhamdulillah sesudah selesai.”


(at-Tirmidzi)



Huraian
1. Islam mementingkan adab dan sopan dalam segala perkara termasuklah makan dan minum.
2. Ketika makan kita ditegah daripada gelojoh begitu juga ketika minum hendaklah minum dengan perlahan dan jangan bernafas dalam bekas minuman serta dilarang juga minum sambil berdiri. Semua ini kerana mengambilkira faktor kesihatan dan kebersihan disamping dapat mencerminkan tatatertib yang sopan bagi seorang Islam.
3. Mengecap rezeki yang dimakan atau diminum sebaik-baiknya ialah dengan membaca bismillah sebagai memuji Allah S.W.T yang mengurniakan rezeki dan mengucapkan alhamdulillah sebagai mensyukuri nikmat yang telah diberikan itu. 


P/S : Gaviscon tu bagus. Ayah Farahin pun minum. Tapi iklan yang ditayangkan itu yang tak bagusnya. Buatlah iklan yang mesra agama next time k.




READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin