Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Sarung Tangan Untuk Pekerja Malaysia

Posted by ELFarahin | On August 19, 2012 |

Assalamualaikum...
Amacam Hari Raya anda? Superb? Alhamdulillah. Superb tak superb, yang penting hari ini jasad masih bernyawa. Ya dakk? Huhuu... Err..tajuk hari ini macam bosan je bunyinya? Well, it's up to you all lah. Pagi-pagi Raya Farahin sudah terfikirkan sesuatu. Of coz bukan rendang or ketupat. Tak ada lah macam orang tuu. Hahaa...

Actually, Farahin terfikir kalaulah setiap seorang pekerja di Malaysia ini ditetapkan dan diwajibkan supaya memakai sarung tangan sewaktu bekerja. Why? Ermm....untuk keselamatan. Keselamatan yang bagaimana? Keselamatan dunia dan akhirat lah. Yalah. Sekarang nie, cuma pekerja kilang and buruh sahaja kan ditetapkan supaya memakai sarung tangan. Tapi...untuk pun still tak cukup. Mereka pakai sarung tangan demi keselamatan dunia. Yalah. Setakat untuk melindungi tangan mereka daripada tercedera di dunia. Walhal, bagaimana pula dengan akhiratnya??

Haa...cuba anda bayangkan kalau semua pekerja di Malaysia ini ditetapkan supaya memakai sarung tangan ketika mereka bekerja? Tak kiralah sama ada India, Cina dan Melayu. Semua! Setiap seorang mesti ditetapkan. Kenapa Farahin berkata begitu? Subhanallah! Kalaulah semua pekerja Malaysia yang berbilang kaum ini memakain sarung tangan, setidaknya kita yang beragama Islam ini terhindar daripada dosa menyentuh kulit yang bukan muhrim. Happy tak? Setiap hari-hari kita, kita terhindar daripada dosa tersebut. Tidak kiralah yang bertudung ke atau yang tidak menutup aurat ke. Right?

Sekarang ini, sarung tangan hanya dipakai untuk keselamatang dunia sahaja. Doktor pakai sarung tangan hanya ketika sesi pembedahan supaya kuman pada tangannya tidak bercampur dengan darah sewaktu pembedahan. Buruh memakai sarung tangan supaya tangannya tidak luka ketika mengangkat kayu dan besi. Pekerja kilang memakai sarung tangan pun untuk menghindarkan kuman tangan mereka daripada mencemari barangan yang mereka hasilkan. Apatah lagi kalau makanan. Namun begitu, adakah mereka masih terhindar daripada 'virus' api neraka? Apakan mereka masih terhindar daripada 'virus' dosa-dosa??

Kalau hendak mengharapkan hanya rakyat yang beragama Islam sahaja yang memakai sarung tangan, alamatnya tidak semualah memperoleh hal yang sama. Bagaimana pula dengan pekerja Islam apabila bersentuhan dengan orang bukan Islam? Bagaimana pula nasibnya dengan pekerja lelaki atau perempuan Islam apabila bersentuhan dengan orang lelaki atau perempuan Islam?? Bak kata pepatah Melayu, susah senang kita bersama. Ya dakk?

Mungkin cara ini kedengaran selfish. Tapi...tak ada lah selfish sangat kowt. Hal ini tidak mengganggu pun mana-mana penganut agama bukan Islam untuk melaksanakan kewajipan agama mereka. Yalah. Negara Malaysia ini kan negara yang membebaskan rakyatnya untuk melaksanakan agama masing-masing. So,I don't think so this thing akan menyekat kebebasan tersebut. So, how's that? Adakah kita hendak tunggu kerajaan menetapkan kewajipan kepada setiap pekerja Malaysia supaya memakai sarung tangan? Atau biar kita yang mulakan dulu?? Sebaiknya memanglah kita yang mulakan dahulu. Tapi...macam Farahin kata tadilah. Tidak semua mendapat manfaatnya. Anyway, ini sekadar cadangan dan pendapat Farahin sahaja. Plus, kalaulah hal ini benar-benar dilaksanakan, I'm sure this thing will like an 'advance' for us untuk berubah ke arah yang lebih baik. Yalah. Tidakkah kita malu sedangkan yang bukan Islam cuba melindungi kita daripada mendapat dosa kerana menyentuhnya yang berdarah bukan Islam tetapi kita?? Pasti hal ini akan mempercepatkan lagi proses hijtah kita terutamanya kepada yang Islam kan?? Insyaallah.

P/S : Anda tonton tak Melodi Raya tadi? Michelle cantik bertudung. Dia menutup aurat. Andai saja jika dia berdarah agama Islam. Subhanallah! Insyaallah. Kalau sudah kehendak Allah S.W.T., hidayahNya tetap tidak ke mana kan? So, for those yang still open, how do you feel bila tengok Michelle yang non-muslim itu cantik bertutup litup seperti wanita Islam malah berpanas juga di tanah perkuburan yang lapang itu?? Mualakan dengan Bismillah. Niatkanlah dalam hati. Insyaallah. Anda akan mudah untuk berhijrah. Amiin.


READ MORE

Pergi Jangan Kembali

Posted by ELFarahin | On August 18, 2012 |

Mengapa engkau membuatku menangis?
Jika bukan itu maksudmu.

Mengapa engkau membuatku membenci?
Jika bukan itu mahumu.

Mengapa engkau membuatku menanti?
Jika bukan itu niatmu.

Mengapa? Mengapa?
Mengapa engkau mendiamkan diri?
Sedangkan tika itu aku mundar-mandir menanti kata darimu.

Mengapa engkau membisu?
Sedangkan waktu itu aku lagi gelisah menunggu kata PUTUS darimu.

Mengapa engkau mengundur diri?
Sedangkan aku masih menunggu keberanianmu untuk berlaku adil kepadaku.

Ini tidak adil! Tidak adil!
Sungguh tidak adil!
Engkau menyayangiku mengikut sesuka hatimu.
Dan engkau meninggalkanku sesenang begitu.

Aku tidak mengerti.
Mengapa engkau meletakkan jati lelakimu serendah itu?
Engkau takut berhadapan denganku.
Engkau gentar menghadapi tangis deritaku.
Engkau pergi seolah-olah Tuhan sendiri yang telah meragutmu dariku.

Engkau membuatku tersenyum sinis.
Engkau membuatku ketawa sambil menangis.
Engkau meninggalkan titis sadis dalam kehidupanku.
Sehinggalah air mata itu kering bersama hatiku yang telah lama gering.

Dan pada hari ini,
tiada lagi tangis buatmu.
Tiada lagi ketawa untukmu.
Tiada lagi cinta khusus buatmu.
Tetapi ada DENDAM cuma khas untukmu seorang.

Terima kasih kerana datang dan pergi.
Ku mohon jangan pernah lagi engkau kembali.

Selamat tinggal kekasih hati!
Selamat tinggal bersama hatiku yang sudah mati.


"GO! GO away! Never come back again!
GO! GO far far away! Never you dare step into my heart again!"


READ MORE

Oh! Nak Raya Dah ke? HAHA...

Posted by ELFarahin | On August 17, 2012 |

Assalamualaikum...
HAHAHA~!! Kenapa dengan Farahin ni? Gila dah ke? Atau sawan? Habislah. Esok entah boleh puasa ke tidak. Hohhoo...Ehem! Bukanlah. Farahin ok je. *'Ok' ialah alasan bagi orang yang tak Ok* Alright. I admitted. I'm not too ok. Hmm...Dah nak raya ke? Owh...Happy nya! Hahaa...*ketawa tak ikhlas*. You know what? I feel nothing about celebrating Raya. Ya. Kalau bab-2 hantar wish, kirim salam dan maaf tuu, yes I did. Tapi...I feel nothing lah. Bak kata orang Melayu, takde feeling lerr. Bila Farahin perhatikan emak busy bersihkan and hias rumah, I feel sad. It really touched my heart. Apa yang hati Farahin bisikkan, "Hmm...beriya betol mak aku nie. Aku tak rasa apa-apa pun." Tak rasa apa-apa. Ia adalah ayat yang sinis. And sounds quite JAHAT. I don't know  why. I just feel boring(??). Annoying(??). Ahh...fikirkan benda ni and try harder untuk faham perasaan ini, automatically make my mood down. Stress? Maybe? I just feel...same(??). Like usual(??). Or maybe...WORST. Huh...Anyway, Selamat Hari Raya! Ah! Mesti mood korank down kan bila baca entry Farahin nie. Maaflah. Tak berniat pun. Cuma nak luahkan apa yang mengusutkan kepala, menyesakkan hati ini. 



READ MORE

Terbantut. Tsk Tsk!

Posted by ELFarahin | On August 17, 2012 |
Assalamualaikum...
Subhanallah...mencabar iman sungguh! Gara-gara sangat tercabarlah, perut pun jadi cepat lapar. Uiii~ tinggal beberapa jam saja lagi hendak berbuka. Sabaq...sabaq. Hmm...Farahin berniat lagikan berhajat hendak JOIN sebuah GA ni. GAnya BEST kowt! Sponsor pun tidak ramai. So, it's SIMPLE! Simple lah sangat kann bila one of the sponsor's blog loading macam nak rak. Rasa macam nak je Farahin lambung katil Farahin ni naik ke awan. Kalau siapa yang kena hempap tu, saya minta maap. Hehee...Lama sangat loadingnya yop!! Hang hendak aku reload berapa kali?? Semalam sudah dua. Hari ini sudah tiga. Blog nampak simple. Tapi berat lorh~~ Huh...Terbantut Farahin hendak JOIN GA tu. Tsk Tsk! Mesti pihak penganjur tu tunggu penyertaan Farahin coz Farahin sudah beritahu hendak JOIN GA beliau. Huh~~ mianhae...sob..sob...Tengoklah nanti kalau Farahin terbuka hati semula untuk JOIN. Mian...So, sebagai tanda maaf dari Farahin. Farahin promote GA beliau. Here's the banner. GA ini memang BEST! Kliklah banner tu dan JOIN ok!




READ MORE

Longkang Lagi Cantik!

Posted by ELFarahin | On August 16, 2012 |

Assalamualaikum...
How's your day, people! Great? Good? Or....Daebakkkk. Hahaa...Alhamdulillah. Baguslah kalau great, good, daebakkk semua tu. Huhuu...Today mahu cerita tentang....Longkang? Hahaa...Not overall. But, berkaitanlah juga. Jom baca dan ambil iktibar! Kalau perlu. Hee...

Today, Farahin pergi shopping dengan Emak. Well, kata orang last Ramadhan dah nak raya ni discount melambung habeh. Tapi bukan itu yang Farahin cari. I'm looking for my school bag. Dalam tahun ni, sudah 3 kali beg putus. Woiii!! Aku ni lasak sangat ke? Kalau lasak, ya bilang donk. Hahaaa...

Ok. Sambil beli bag, takkan beli bag saja kowt. Mestilah nak shopping benda lain. Unfortunately, sudah semestinya bukan clothes. Entahlah. Farahin kalau pergi shopping never remember hendak beli pakaian. Oh, BAHAYA! Nanti tak pasal-pasal Farahin tak ada baju nak pakai. Ups! Insyaallah. That never gonna be happend. Wink!

Ada ketika tu Farahin dengan Emak sedang lalu dekat lorong kecil ni. Eh! Bukan lorong hitam taw. Lorong tar. Kikikii...Then, sebelah kanan Farahin ada kedai mamak. Oh, shhh...! Hahaa... Ada bau ayam meyh. Dah lah Farahin tak sahur hari ni. Ups! Kantoi bangun lambat. Hehee... Ok. Time sedang lalu situ, for sure di mana-mana sahaja kita berada mesti ada maksiat kan? So, I saw a cute couple was holding hands each other. Ups! Maaf sebab bocorkan rahsia awak kawan. Hohohoo... Ok. We still in Ramadhan's Month. At least, we should improve ourselves in this month, right? Especially, to a positive one. Even just one.

Farahin nak elaklah daripada pandang perbuatan diorang tu. Plus, gugurlnya pakai tudung kowt. Adoiyaii... Nak-2 lagi, I HATE couple-ing(kalau coupling tak bermaksud, berpasangan). Perlu diulangkah? Tak payahlah eh. Nanti ada yang benci. Kehkehkeh... So, I decided untuk carilah any scene yang boleh elakkan Farahin daripada tengok diorang. Malangnya, there was nothing interesting to look at. Ok. Fine. Terpaksalah Farahin tengok longkang di tepi kedai mamak tu, yang berlumut kelabu hijau tu. Hahaha... Tahan jelaah.


See! I really HATE couple-ing. Diulang juga akhirnya. Hahaa... Sampaikan longkang pun Farahin pandang lebih cantik daripada si couple. Ups! Bukan nak kata awak hodoh. Tapi what you have done itu yang buruk. Hehee...Well, I know. Farahin bukanlah warak apatah lagi alim. But, at least I use what I know not waste it. Ups! Ini bukan riak. Just saying. Hee...

P/S : Sebelum pergi shopping, Farahin and Emak singgah bank untuk cucuk bank sampai dia muntahkan RM200 untuk kami. Hahaa... Time sedang berurusan dengan penjaga kaunter, lelaki, sesodap dia tarik tangan Farahin. Kalau tarik atas tangan tak apa juga coz I wore long hand shirt. Kenapa tak beritahu Farahin kena letak ibu jari Farahin pada scanner?? Farahin memang dah biasa begini.*tak sengaja/terpaksa Tapi Allah S.W.T tidak. Jadi, those yang baca my entry nie, kalau berani tegur secara spontan, why don't you tegur some penjaga kaunter, lelaki yang melakukan kesilapan kecil ini? Kecil bagi mereka dan kita. Tapi besar bagi Allah S.W.T dan RasulNya.

"Beruntungnya kita berada di bawah undang-undang Allah S.W.T. Kita dihukum setelah kita meninggalkan dunia ini. Kita diberi peluang untuk berubah dan mengubah. Tetapi sedikit malang kita berada di bawah undang-undang manusia. Adakala kita dihukum biarpun kita tidak salah. Maaf kita juga adakala tidak dinilai semula. Dan adakala, kita dihukum untuk meninggalkan dunia ini."


READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin