Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Saengil Chukkahamnida, KiBum oppa!

Posted by ELFarahin | On August 21, 2012 |
Assalamualaikum...
Akhirnya. Ada pun benda yang hendak di update.
Malam ini sudah masuk tarikh 21st August!! Ye! Ki Bum oppa's Birthday!

Saengil Chukkahamnida~ Saengil Chukkahamnida~
Saranghaeyo KiBum oppa~ Saengil Chukkahamnida.

Oppa, you know what? Since Farahin minat SJ, I never heard your voice singing during that year. Maksud Farahin, I just listened to your previous voice. I really want to hear it! Listen to it! Will that be happen,oppa? Like since Kangin oppa out from the military. I was so proud to listen to his voice. Wow! Feels like I'm in a brand new ELF! HAHA...Just saying. Anyway, I wish you happy with your life oppa. Anywhere, anytime, ELF prays for your sake of life. Saranghae, KiBum oppa! Hihii...

Your ELF,
-Farahin-



HAPPY BIRTHDAY, KIM KIBUM!!
21st August 1987



READ MORE

Sarung Tangan Untuk Pekerja Malaysia

Posted by ELFarahin | On August 19, 2012 |

Assalamualaikum...
Amacam Hari Raya anda? Superb? Alhamdulillah. Superb tak superb, yang penting hari ini jasad masih bernyawa. Ya dakk? Huhuu... Err..tajuk hari ini macam bosan je bunyinya? Well, it's up to you all lah. Pagi-pagi Raya Farahin sudah terfikirkan sesuatu. Of coz bukan rendang or ketupat. Tak ada lah macam orang tuu. Hahaa...

Actually, Farahin terfikir kalaulah setiap seorang pekerja di Malaysia ini ditetapkan dan diwajibkan supaya memakai sarung tangan sewaktu bekerja. Why? Ermm....untuk keselamatan. Keselamatan yang bagaimana? Keselamatan dunia dan akhirat lah. Yalah. Sekarang nie, cuma pekerja kilang and buruh sahaja kan ditetapkan supaya memakai sarung tangan. Tapi...untuk pun still tak cukup. Mereka pakai sarung tangan demi keselamatan dunia. Yalah. Setakat untuk melindungi tangan mereka daripada tercedera di dunia. Walhal, bagaimana pula dengan akhiratnya??

Haa...cuba anda bayangkan kalau semua pekerja di Malaysia ini ditetapkan supaya memakai sarung tangan ketika mereka bekerja? Tak kiralah sama ada India, Cina dan Melayu. Semua! Setiap seorang mesti ditetapkan. Kenapa Farahin berkata begitu? Subhanallah! Kalaulah semua pekerja Malaysia yang berbilang kaum ini memakain sarung tangan, setidaknya kita yang beragama Islam ini terhindar daripada dosa menyentuh kulit yang bukan muhrim. Happy tak? Setiap hari-hari kita, kita terhindar daripada dosa tersebut. Tidak kiralah yang bertudung ke atau yang tidak menutup aurat ke. Right?

Sekarang ini, sarung tangan hanya dipakai untuk keselamatang dunia sahaja. Doktor pakai sarung tangan hanya ketika sesi pembedahan supaya kuman pada tangannya tidak bercampur dengan darah sewaktu pembedahan. Buruh memakai sarung tangan supaya tangannya tidak luka ketika mengangkat kayu dan besi. Pekerja kilang memakai sarung tangan pun untuk menghindarkan kuman tangan mereka daripada mencemari barangan yang mereka hasilkan. Apatah lagi kalau makanan. Namun begitu, adakah mereka masih terhindar daripada 'virus' api neraka? Apakan mereka masih terhindar daripada 'virus' dosa-dosa??

Kalau hendak mengharapkan hanya rakyat yang beragama Islam sahaja yang memakai sarung tangan, alamatnya tidak semualah memperoleh hal yang sama. Bagaimana pula dengan pekerja Islam apabila bersentuhan dengan orang bukan Islam? Bagaimana pula nasibnya dengan pekerja lelaki atau perempuan Islam apabila bersentuhan dengan orang lelaki atau perempuan Islam?? Bak kata pepatah Melayu, susah senang kita bersama. Ya dakk?

Mungkin cara ini kedengaran selfish. Tapi...tak ada lah selfish sangat kowt. Hal ini tidak mengganggu pun mana-mana penganut agama bukan Islam untuk melaksanakan kewajipan agama mereka. Yalah. Negara Malaysia ini kan negara yang membebaskan rakyatnya untuk melaksanakan agama masing-masing. So,I don't think so this thing akan menyekat kebebasan tersebut. So, how's that? Adakah kita hendak tunggu kerajaan menetapkan kewajipan kepada setiap pekerja Malaysia supaya memakai sarung tangan? Atau biar kita yang mulakan dulu?? Sebaiknya memanglah kita yang mulakan dahulu. Tapi...macam Farahin kata tadilah. Tidak semua mendapat manfaatnya. Anyway, ini sekadar cadangan dan pendapat Farahin sahaja. Plus, kalaulah hal ini benar-benar dilaksanakan, I'm sure this thing will like an 'advance' for us untuk berubah ke arah yang lebih baik. Yalah. Tidakkah kita malu sedangkan yang bukan Islam cuba melindungi kita daripada mendapat dosa kerana menyentuhnya yang berdarah bukan Islam tetapi kita?? Pasti hal ini akan mempercepatkan lagi proses hijtah kita terutamanya kepada yang Islam kan?? Insyaallah.

P/S : Anda tonton tak Melodi Raya tadi? Michelle cantik bertudung. Dia menutup aurat. Andai saja jika dia berdarah agama Islam. Subhanallah! Insyaallah. Kalau sudah kehendak Allah S.W.T., hidayahNya tetap tidak ke mana kan? So, for those yang still open, how do you feel bila tengok Michelle yang non-muslim itu cantik bertutup litup seperti wanita Islam malah berpanas juga di tanah perkuburan yang lapang itu?? Mualakan dengan Bismillah. Niatkanlah dalam hati. Insyaallah. Anda akan mudah untuk berhijrah. Amiin.


READ MORE

Pergi Jangan Kembali

Posted by ELFarahin | On August 18, 2012 |

Mengapa engkau membuatku menangis?
Jika bukan itu maksudmu.

Mengapa engkau membuatku membenci?
Jika bukan itu mahumu.

Mengapa engkau membuatku menanti?
Jika bukan itu niatmu.

Mengapa? Mengapa?
Mengapa engkau mendiamkan diri?
Sedangkan tika itu aku mundar-mandir menanti kata darimu.

Mengapa engkau membisu?
Sedangkan waktu itu aku lagi gelisah menunggu kata PUTUS darimu.

Mengapa engkau mengundur diri?
Sedangkan aku masih menunggu keberanianmu untuk berlaku adil kepadaku.

Ini tidak adil! Tidak adil!
Sungguh tidak adil!
Engkau menyayangiku mengikut sesuka hatimu.
Dan engkau meninggalkanku sesenang begitu.

Aku tidak mengerti.
Mengapa engkau meletakkan jati lelakimu serendah itu?
Engkau takut berhadapan denganku.
Engkau gentar menghadapi tangis deritaku.
Engkau pergi seolah-olah Tuhan sendiri yang telah meragutmu dariku.

Engkau membuatku tersenyum sinis.
Engkau membuatku ketawa sambil menangis.
Engkau meninggalkan titis sadis dalam kehidupanku.
Sehinggalah air mata itu kering bersama hatiku yang telah lama gering.

Dan pada hari ini,
tiada lagi tangis buatmu.
Tiada lagi ketawa untukmu.
Tiada lagi cinta khusus buatmu.
Tetapi ada DENDAM cuma khas untukmu seorang.

Terima kasih kerana datang dan pergi.
Ku mohon jangan pernah lagi engkau kembali.

Selamat tinggal kekasih hati!
Selamat tinggal bersama hatiku yang sudah mati.


"GO! GO away! Never come back again!
GO! GO far far away! Never you dare step into my heart again!"


READ MORE

Oh! Nak Raya Dah ke? HAHA...

Posted by ELFarahin | On August 17, 2012 |

Assalamualaikum...
HAHAHA~!! Kenapa dengan Farahin ni? Gila dah ke? Atau sawan? Habislah. Esok entah boleh puasa ke tidak. Hohhoo...Ehem! Bukanlah. Farahin ok je. *'Ok' ialah alasan bagi orang yang tak Ok* Alright. I admitted. I'm not too ok. Hmm...Dah nak raya ke? Owh...Happy nya! Hahaa...*ketawa tak ikhlas*. You know what? I feel nothing about celebrating Raya. Ya. Kalau bab-2 hantar wish, kirim salam dan maaf tuu, yes I did. Tapi...I feel nothing lah. Bak kata orang Melayu, takde feeling lerr. Bila Farahin perhatikan emak busy bersihkan and hias rumah, I feel sad. It really touched my heart. Apa yang hati Farahin bisikkan, "Hmm...beriya betol mak aku nie. Aku tak rasa apa-apa pun." Tak rasa apa-apa. Ia adalah ayat yang sinis. And sounds quite JAHAT. I don't know  why. I just feel boring(??). Annoying(??). Ahh...fikirkan benda ni and try harder untuk faham perasaan ini, automatically make my mood down. Stress? Maybe? I just feel...same(??). Like usual(??). Or maybe...WORST. Huh...Anyway, Selamat Hari Raya! Ah! Mesti mood korank down kan bila baca entry Farahin nie. Maaflah. Tak berniat pun. Cuma nak luahkan apa yang mengusutkan kepala, menyesakkan hati ini. 



READ MORE

Terbantut. Tsk Tsk!

Posted by ELFarahin | On August 17, 2012 |
Assalamualaikum...
Subhanallah...mencabar iman sungguh! Gara-gara sangat tercabarlah, perut pun jadi cepat lapar. Uiii~ tinggal beberapa jam saja lagi hendak berbuka. Sabaq...sabaq. Hmm...Farahin berniat lagikan berhajat hendak JOIN sebuah GA ni. GAnya BEST kowt! Sponsor pun tidak ramai. So, it's SIMPLE! Simple lah sangat kann bila one of the sponsor's blog loading macam nak rak. Rasa macam nak je Farahin lambung katil Farahin ni naik ke awan. Kalau siapa yang kena hempap tu, saya minta maap. Hehee...Lama sangat loadingnya yop!! Hang hendak aku reload berapa kali?? Semalam sudah dua. Hari ini sudah tiga. Blog nampak simple. Tapi berat lorh~~ Huh...Terbantut Farahin hendak JOIN GA tu. Tsk Tsk! Mesti pihak penganjur tu tunggu penyertaan Farahin coz Farahin sudah beritahu hendak JOIN GA beliau. Huh~~ mianhae...sob..sob...Tengoklah nanti kalau Farahin terbuka hati semula untuk JOIN. Mian...So, sebagai tanda maaf dari Farahin. Farahin promote GA beliau. Here's the banner. GA ini memang BEST! Kliklah banner tu dan JOIN ok!




READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin