Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Khabar Hati

Posted by ELFarahin | On March 12, 2013 | | No comments:



Kesunyian ini bagai mengajak hatiku bernyanyi
Merungkai bisik-bisik hati yang tersembunyi
Biar jelas tertakrif di kepala ini
Apa khabar sebenarnya hati ini?

Tiap ada masanya
ingatan ini akan memanggil-manggil dirimu
Perlahan-lahan terasa
dinding hati yang kering ini diruas-ruas
Makin ditahan semakin sakit
Bertambah lagi perit
Hinggakan suara juga tidak terjerit

Umpama gergaji menggerigi hati
Bagai pisau yang menghiris
Pastinya kalah jari yang terluka
Rasa ini tidak dapatku raung
Tidak jua dapatku tangis
Kerana ianya terlalu azab bagi diri ini

Bohongku katakan aku tidak rindu
Tidak terdetik walau sekelumit rasa 
ingin menatap lama wajahmu
Sudah tentunya ada
Mana mungkin semudahnya aku melupakan 
insan yang memberiku rasa
Bukan cuma manis tetapi jua selainnya

Meskipun begitu
terpaksa ku kunci perasaan itu
Biar sakit pintu hati digoncang
Biarpun air mata pasti berlinang
Aku tetap dengan pendirian dan kata-kata ini
Engkau harus aku lupakan !




'Let bygone be bygone' is never work so it's my job to fix and make it work.
READ MORE

Down

Posted by ELFarahin | On March 10, 2013 | | No comments:


Assalamualaikum..
Today hendak bercerita about last friday. Last Friday ada acara khas untuk pelajar harapan sekolah. 15 orang students from my class had chosen. Me? Not one of them. Di upacara tu principal ada ingatkan bagi kami yang tidak terpilih jangan kecewa. Peluang masih ada. Masih ada ruang untuk kami. Itu kami tahulah. Tetapi walau bagaimana pun, tipulah kalau tak rasa kecil hati. Even my partner yang sebelah pun kata, "Apa motif benda macam ni? Waste time lah" Then Farahin pun 'haah' saja and said, "Entah! Menyampah" Ups! Kan dah keluar? Sejam setengah kami duduk di tempat perhimpunan cuma tepuk tangan dan tunjukkan muka tak puas hati. Semua down. Plus, we lost one period of our Biology subject. Dari baris depan(lelaki) sampai baris belakang(girls), whole class semuanya buat muka badi. Seriously, kami duduk kelas paling hadapan. Yet kami di situ...hmm you know. Siapa tak down? Hilang semangat jadinya. The truth is, bukan menyampah dengan pelajar terpelajar tu. Plus, one of my bestie pun bertuah terpilih. Tapi menyampah gilos dengan acara ni. Sejam setengah rasa macam kena rejam dengan telur warna warni saja. Bengang tahu. Bengang! Okeylah. Done here.


Tahniah lah bagi yang terpilih tu. Jangan sombong. Wa jontos nanti.



READ MORE

Kek Oren Coklat & Ceri

Posted by ELFarahin | On March 08, 2013 | | No comments:


Assalamualaikum…
Hello! Kita berjumpa lagi! Alhamdulillah. Wah! Dah lama tak update blog. Lama ke? Huhu. Seminggu je pun. Okey. Hari ni tajuk kyute je ala-ala tajuk komik gitu. Hehe. Alamaklum, just finished reading ‘Benang Raja Waltz’. Woot woot! Nice story! Watak-watak butler pun semuanya handsome melecun! Try lah beli. RM 7.50 je pun. Hee.

Okey. Apa yang nak diceritakan ni tak ada lah se-kyute tajuk di atas. Cuma saja-saja nak catitkan memory yang ada. Huhu. Hari ni Farahin and all my bestie ada tugas di school library. Well, kami kan librarian. So hari ni our turn pula bertugas. Sejak semalam lagi kami dah plan nak pakai baju warna apa. Last week janji nak pakai baju warna kuning. Tapi tergendala dek Farahin tak pakai baju warna kuning sebab belum basuh.

Tapi hari ni  my bestie, Farhana pula pakai baju warna lain daripada yang dijanjikan. Farahin pakai baju Light Oren, Raidah purple, Aznie sure pink like usual, then Farhana sepatutnya pakai baju warna merah. Yet bajunya pula belum basuh. Jadi dia pakai baju coklat, tudung merah. Haha. Tudung merah pun jadilah kann

Sebelum pergi library, me and Farhana pergi lah melencong ke 7E. Farhana nak cucuk duit biasiswa. Tapi mesinnya lagi disumbat RM. So, blah la dulu. Kami then melencong ke kedai buku. Need to buy something for my folio sempena bulan Anti Dadah. Hee. Wish menang! Ehh…hehe. Lepas beli barang, kami went back to 7E. Hmm tak siap lagi. So straight je lah ke sekolah. Atas motor tu sempat lagi gelak-gelak.

Farhana: Mesti abang tu kata budak tu kenapa ulang-alik kan?
Me: Haha. Biarlah. Bukan memang kerja kita ke ulang-alik kedai yang sama?

Huhu…Farahin teringat yang kami selalu ulang-alik kedai buku Master Lee masa sibuk nak hias kelas. 1 hari lebih 3 kali. Haha. Naik jemu abang kat kedai buku tu. Tak apa. Abang handsome. Kami tak jemu. Lol. Farhana yang kata abang tu handsome. Hihi

Sampai library, lepak-lepak, gelak-gelak, pukul 5:30 petang blah. My friend, Zuhairah rasa pelik tengok Farahin banyak ketawa dengan Farhana. Well, usually Farahin type yang senyap je. Sampai kawan-kawan lain takut nak tegur. Huhu. Entahlah. Farahin senang dengan Farhana. Lawak-lawak dia, gila-gila dia, macam enzyme yang ada active site yang boleh bagi ngam dengan kepala Farahin. Haha. Ayat bio sudah. Tak apa. Rewind topic form 4. Nak spm ni. Hee

Masa balik kami singgah lagi 7E. Ehh…Farhana tak boleh cucuk duit. Entah apa pasal, tak tahu. Sambil-sambil tu, Farahin grab komik Benang Raja Waltz tu. Hee.

Okey. Timbulnya tajuk Kek Oren Coklat & Ceri ni adalah disebabkan Farahin dan Farhana terfikirkan benda yang sama. Tidak ke kami menjadi tumpuan bila Farhana dengan tudung merah dan baju coklatnya membonceng Farahin yang bertudung hitam berbaju light oren? Kami umpama Kek Oren(baju Farahin) Coklat(baju Farhana) dengan topping sebiji Ceri(tudung merah Farhana). Haha. Nice combination! Anyway, Farahin suka dengan tajuk ni. It sounds kyute, sweet dan yummy. Huhu

Let's make this friendship more delicious than the cake,
more juicy than the orange,
more sweeter than the cherry.
-Kek Oren Coklat & Ceri-


READ MORE

Teringat

Posted by ELFarahin | On March 03, 2013 | | 2 comments:
Image result for girl alone miss you
Akhir-akhir ini aku terimbau kembali. Aku teringat lagi. Pada cinta yang sudah bertahun-tahun diakhiri. Cuaca terik hari ini. Nak kata Malaysia bersalji, kena tunggu kiamat nanti. Tapi hati ni rasa sejuk nak mati.

Terpandang tuala tangan hasil assigment di tingkatan dua. Berhabuk sudah. Aku belek-belek jahitan yang ada di atasnya. Ada bentuk hati, bunga, nama aku dan namanya. Tiba-tiba terasa lucu mengenangkan kegilaan aku pada waktu itu terhadapnya. Namun dalam lucu terasa sebak di dada.

Kenapa? Kenapa hari ini tiba-tiba teringat kepadanya? Untuk apa? Masih  tak sedarkah aku betapa hati ini terasa susah dengan sakit yang ada? Angin bertiup kuat di luar sana. Langsir melambai-lambai hampir menyentuh kipas di siling tingginya. Tapi dalam hati aku ni macam ribut saja.

Azan sudah berlagu. Asar lagi bertamu. Peka deria dengarku meneliti kalimah-kalimah kebesaran itu. Tiba-tiba ideaku mati di situ. Baik aku noktahkan saja entry yang malu nak mengaku rindu.





Kita dah janji nekad tak nak rindu. Jadi of coz kita malu nak mengaku kalau kita tiba-tiba rindu . Jebal mianhae :(


READ MORE

Review 20 Soalan Untuk Farahin 08

Posted by ELFarahin | On March 02, 2013 | | 1 comment:
Assalamualaikum...
Okey. This is the last review.

Wohoo~! Pink colour meyh. Blog ini dimiliki oleh Amirah or the full name is Nuramira Idayu binti Mohd Noor, 18, born on 14th January 1995. Oh, hello sis! Oh oh she's taken by Ammirul Hayat bin Mahmood. Wish goodluck for your relationship! hehe. Okey. Overall blog ini simply kyute and nice. Just mungkin much awesome if there an official follower gadget di sidebar. Boleh tambah follower dengan lebih cepat dan efektif! huhu. The song was great.

20 Soalan dari Sis Amirah

1.siapa name mak dgan ayah??syg diorng tak?
Mak, Zaiton binti Mohd Isa. Ayah, Kamaruzaman bin Osman. Mestilah sayanggggg.

 2.mase tengah tidow pernah ngigau tak?
Masa kecik-2 je.               
            
3.biasenya tido pling lewat pukul bape?
School day, 12:00 am.

4.tido lmbt kan?selalunya buat ape je?? 
Blogging, melayan homework.

5.eh pernah dating dgan pakwe tak??
Tak. Malulahh. hehe

6.opps lupe tnye.dah ade boyfriend??
I’m Sexy Free and Single and not ready to bingo! :D

7.kecik-2 dulu suka main ape??
Gasing bayblade, teng-teng, badminton, kejar-kejar.

8.kene marah dgn mak dan ayah nangis tak??muke nangis mase kene marah tu mcm mane ek??
Tak nangis. Terasa je. Tapi kalau dah tepat kena, sadis jugak. Muke nangis tuu tak sempatlah pulak nak tengok cermin. haha

9.name kawan paling rapat sape??lelaki dan perempuan?
Perempuan semuanya. Ana, Nini, Idah.

10.bile tengah makn sedap-2 kan.suke tak ade orng kacau ganggu??
Boleh je kacau. Lainlah Farahin tengah lapar kebulus. Jangan kacau. Kena makan nanti.

11.suke lelaki yg macam mane??
Rasional, matang, peramah, penyayang, ambil berat, not a smoker, understanding, cantik agamanya.

12.suke dgn warne ape?sering pakai tak warne tu?
Suke warna biru. Tak selalu pun.

13.baju yg lame-2 dah tak boley nk pakai slalunya bg sape??
Bagi cousin or neighbour. Farahin maksudkan baju zaman kanak-kanak dan still baby.

14.ape maksud sengmen ni ek??hee
Kepala bengong masa terfikirkan segmen ni. Ingat nak challenge diri. Tu je

15.haa ade scandel tak??
Not yet. Akan datang maybe. lol

16.pernah kene baling dgn selipar??
Never. Kena baling dengan bola keranjang pernah. Tepat kena hidung. Padah main basketball dengan boys. Haha

17.eh kene teranjang sakit tak??mcm mane ek rase skitnye??
Sakitlah. Sakit macam mana...tak dapat nak explain. Farahin pernah bertendang dengan boys masa primary school. hehe

18.kenapa bnyk sangat kene tanye ni??
Lol. Kan maksima 20 soalan. Jadi kalau 20 soalan ke bawah pun boleh. Kenapa? Penat dah? hehe

19.uka dgn budak-2 kcik tak??
Boleh lah. hehe

20.eh asik kite je yg tanye soaln.bile nk tnye kite balik???hehe :)
Eh, nak ke? Boleh je :D



Finally! Done everything. Oh! kemalasan dan ketandusan idea untuk update post semakin menjadi-jadi. Mian if korang sudah mula bosan dengan SJelfFoundland. Apapun, thanks Sis Amirah sebab join segmen bengong ni! huhu

Happy Blogging!




READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin