Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Peneman Hati

Posted by ELFarahin | On June 21, 2013 | | No comments:

aku pandang kamu
kamu pandang aku
kita sama-sama pandang
sama-sama diam

hatiku bergetar
jiwaku bergelora
bagai ombak membadai buas
aku hanyut dalam percintaan

kelu lidah untuk berbicara
namun hati asyik berbahasa
malam berjaga
siang terleka

wajahmu menjadi potret buat minda
senyummu menggantikan mentari
ketawamu menggantikan purnama
mahukah dirimu menjadi peneman diri?
berjanji sehidup semati
meraih kasih Ilahi.



Biar malu dalam bercinta, asal ada berkah dariNya =)

READ MORE

Semut Semut Semut

Posted by ELFarahin | On June 12, 2013 | | No comments:
Gambar contoh. Jangan 'ternak' semut ini di rumah ya. Bahaya!

بسم الله الرحمن الرحيم

Semut Semut Semut. Okey. Anda nampak itu, kan? Hari ini Farahin hendak story tentang semut. Ups! Not a fact post. I'm not talented like all of you. Hehe. Alrite. My parents are so noisy recently. This is because rumah kami dihuni makhluk-makhluk kecil yang berangka exoskeleton ini (keluar dah slang bio).

My dad non-stop cakap maybe semut-semut ini bersarang di corong paip lama. For me, this is not a big problem. What's wrong there are ants in our house? I don't think they trouble us? I think. Besides, I think positive about them. First, if there are many ants in our house, there won't be termite in our house. 

Second, kita ini bersedekah setahun sekali sahaja, itupun semasa bulan Ramadhan, bayar zakat, kalau tak, tak ada lerr. Bukan sebab kedekut tapi sebab nowadays banyak sangat agensi yang auta segala. Tapi kalau betul kita ikhlas, it is doesn't matter I think even kita bersedekah kepada yang menipu. Buruknya di dunia sahaja. Baiknya di akhirat kelak. Correct me if I'm wrong ^^ So, balik kepada semut-semut itu. Memandangkan kita ini ragu-ragu hendak bersedekah kepada manusia, apa salahnya kita bersedekah kepada makhluk-makhluk kecil itu yang memang jelas kekurangan. Balasannya, mereka berterima kasih kepada kita, berzikir untuk kita, inshaallah syurga menanti kita di sana. Lagipun, apalah sangat kalau setakat setitik kuah yang tertumpah itu dikerumuni berpuluhan semut?

Third, sebab Farahin memang suka haiwan! Huhu. Eh! Ada yang kata, habeh Farahin nak menternak semut dalam rumah kah? Tidaklah sampai begitu. Selagi selamat, selagi hal ini masih kekal sebagai perkongsian hidup secara mutualisma, then tidak perlulah risau sangat. Kita sama-sama untung, kan? Then what? Okeylah. Ini cuma pendapat sahaja. Till then, assalamualaikum. Happy Blogging!

Disebabkan hal ini terdetik Farahin untuk search about 'Cara Rasulullah Menghalau Semut di Rumah' and I found THIS :)


ps: fikirkan kebaikan sebelum keburukan kerana yang baik itu ada di dunia dan akhirat :)

READ MORE

Pagi Cinta

Posted by ELFarahin | On June 07, 2013 | | No comments:
Related image

Dingin pagi seperti selalu
nyaman tenang seperti biasa
hari-hari indah masih sama
tapi aku terlihat dia
entah putera entah siapa
terasa hati yang luar biasa
ada kuasa yang memukau jiwa
mata celik tapi bagai terlena

Dingin pagi seperti selalu
kabus putih langitnya biru
hari ini lain dari yang biasa
udaranya tetap nyaman
tapi bumi bergoncang keresahan
kencangnya jantung berdegup
dalam minda wajahnya hidup
bagai sihir mungkin puaka
aku telah jatuh cinta






I never expect that you would be so special for me yesterday, today - this will be reason how the future me will look like someday :)

READ MORE

Stesen Bas Kluang Meletop

Posted by ELFarahin | On June 06, 2013 | | 1 comment:
بسم الله الرحمن الرحيم

Omo omo! Stesen Bas Kluang Meletop?! Eh eh eh nanti dulu nanti dulu. Jangan mudah sangat buat konklusi spekulasi bagai nih. Actually, Farahin ada sebuah peristiwa kecil untuk dihebah heboh gempar gempurkan di SJelfFoundland ini. Peristiwa ini sudah agak lama berlalu. Last month kot. Huhu

On that day Farahin went for shopping dengan emak. Pergi ayah hantar tapi balik terpaksa pikat bas di stesen bas pula. Payah payah. Sementara menunggu bas, apa salahnya kita melabuhkan punggung sampai bengkok bench besi di stesen bas tu kan? Sambil-sambil itu teguklah sekali Susu Coklat Dutch Lady sebotol. My feveret tu. 

Sambil duduk, sambil minum, sambil itu cuci juga mata Farahin yang rabun ni dengan persekitaran stesen bas yang tak semegah mana tu. Then, ter-capture pula seorang oppa ni. Farahin tak ingatlah muka dia. Tapi dia berbaju biru dan berjeans biru. He was a smoker. Farahin nampak dia buang puntung rokok di tempat parkir bas yet tak matikan baranya. Farahin dok tengok je puntung rokok tu. Masih berasap.

Ramai orang lalu lalang berhampiran puntung rokok tu. Ada tu kaki jarak about 5-6 cm je dari puntung rokok tu. Farahin tengok puntung rokok tu sampai naik pedih mata. Eh, apahal pulak? Puntung rokok tu kemain jauh asapnya, Farahin boleh pedih mata pula. Yalah. Farahin tenung puntung rokok tu macam nak wrestle dengan The Rock or Mysterio or John Cena? ke Sina? Whateverlah. Farahin dok tunggulah ehsan mana-mana adults untuk pijak puntung rokok yang berasap tu.

Sebenarnya during that time otak Bajet Budak Science Farahin bekerja menyemak nota-nota kimia, fizik and biologi yang telah dipelajari. Come on lah awak! Awak tak bimbang ke puntung rokok tu menyala? Ini kawasan kenderaan-kenderaan besar! Di sini terdapat udara yang mengandungi pelbagai jenis bahan kimia! Kalau ada bas or maybe motosikal or kereta sesat lalu kat sini dan tangki minyaknya mungkin bocor atau apa-apa sahaja yang flammable tumpah ke atas puntung rokok tu acane? Tak ke nanti boleh meletop stesen bas nih?

Farahin tak tahu kenapa fikiran Farahin agak kritis or maybe kritikal pada ketika itu. Yang pasti, Farahin rasa bimbang sampai naik basah ketiak. Lastly, Farahin bangun dan pergi ke arah puntung rokok itu, tayang my kasut yang tak berapa gorgeous but ohsemm tu then kasi tenyeh lenyeh puntung rokok tu, after that pusing ala-ala Miss Malaysia kepatahan tumit kasut. Huh! Puas hati aku!

After that, ramai adult tengok Farahin. Bwo? Salahkah kalau saya pijak puntung rokok? Awak ingat saya suka ke kotorkan kasut saya dengan air liur yang ada pada puntung rokok tu? Oh plizzzzz lah. Ini pun kerana niat tahu. Bukankah membuang benda-benda tajam or buruk di jalan itu suatu pahala? Kalau hati saya ni suci bersih putih, saya sanggup kutip puntung rokok tu kasi haktuih ke dustbin. Tapi maaflah! Saya tidak sebaik itu.

Setelah melalui saat-saat sukar itu, Emak and I dah mula jemu memikat bas yang sikit pun tidak menunjukkan minat. Dalam kata mudah, bas tak ada! Huwaaaahahaha. So we decided tapau teksi je lah yep. Then boleh pula teksi salah jalan. Ikutkan dah makan 2 kali ganda tambang. Tapi uncle tu baik hati minta tambang as usual. Thank you, uncle! Moga menjadi pemandu teksi yang berjaya! Hihi


ps: Wa tahulah lu smoker retis tapi tok sah lah nak retis sangat! ;p


READ MORE

Lagu Sedih

Posted by ELFarahin | On June 05, 2013 | | 1 comment:


Assalamualaikum...

Selamat Malam semua!
Ups! Jarang beno Farahin nak share lagu-lagu sedih ni kan? Hehe
Alright. Lately, Farahin agak kerap dengar radio.
So, berkenan pula di hati hamba akan sebuah lagu dari Tanah Jawa ini.
Hihi.
Yep! Lagunya agak sedih.
Tapi terasa 'sweet' bagi diri ini.
Huhu.
Dear ex, saya teringat kepada awak bila dengar lagu ini.
Teringat saya pada kesakitan yang dulu.
Huhu.
Awak pergi tanpa alasan.
Dan membuatkan saya tiada alasan untuk melupakan awak.
Haha.
Cinta monyet memang begitu.
Oh, ya kah?
Saya rasa saya cuma berperasaan sedemikian terhadap awak.
Ah, sudah!
Jangan nak mood jiwang meleleh jam 3 pagi ni.
Huhu.
Saya tak tahu apa hebatnya cinta monyet saya ni.
Tapi saya suka mengira sudah berapa lama awak bertahan dalam ingatan saya.
Campur tolak tambah bahagi termasuk tahun pertama kita berkawan,
sudah hampir 6 tahun lamanya.
Saya tak tahu apa yang perlu dikagumkan dengan 6 tahun itu,
tapi saya seronok begini.
Walaupun kadang-kadang terasa juga sakit di hati.
Sejujurnya,
ada ketika saya berangan awak kembali kepada saya.
Tapi saya matikan saja angan-angan sebegitu.
Meskipun saya mahu, saya tak dapat nak terima awak.
Mungkin. Entahlah.
Susah hati kalau memikirkannya.
So, better lupakan saja angan-angan begini, kan?
Suatu hari, tidak lama saja lagi,
saya akan menjadi dewasa.
Sepatutnya hati saya juga perlu menjadi dewasa bersama.
Huhu.
Oh, ya!
Awak mungkin menjadi antara kenangan manis & pahit zaman remaja saya.
Tapi sebetul-betulnya,
awak memang istimewa bagi saya.
Dari dulu hingga kini :)

Adakala perasaan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tetapi apabila ada lagu yang menjadi melodi kepada hati, di situ barulah jelas apa yang sedang atau telah dirasakan.


ps: Saya rindu hendak bersahabat dengan awak :3


READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin