Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Entry Merepek

Posted by ELFarahin | On January 20, 2013 | |

Ehem. Assalamualaikum. Malam ini Farahin hendak ber cerita. Tiada apa-apa pun sebenarnya. Sekadar hendak mengisi kebosanan yang melanda. Ini saya mahu cerita. Seorang putera yang menjadi kegilaan semua. Peringatan pertama. Ini Cuma rekaan semata. Selamat membaca!

Budak perempuan kata dia sempurna. Dengan penuh feeling mereka kata, “Aww! Handsomenya.” Mereka kata lelaki seperti dia ada power. Entah apa yang dimaksudkan mereka. Aku tengok sama saja. Jelas terpancar wajah si buaya. Aku tak tahulah kalau mereka buta.

Bila lelaki itu lalu di depan mereka. Semuanya hysteria geleng kepala. Mulut ternganga macam slenga. Macamlah Nampak malaikat turun dunia. Apatah lagi bidadari syurga bersayap dua. Peliknya. Aku tak rasa apa-apa. Entah-entah mereka yang over.

Seorang kawan pernah menjerit di telinga, “Aaaaa dia call aku.” Erkh! Excitednya. Katanya si putera hubungi dia. Oh! Apa dia kata? Hai saja. Hmm buang masa. Kawan aku over macamlah baru first time jatuh cinta. Bukannya dia tak ada pakwe. Gediknya.

Aku sedang duduk di library sambil membaca. Tidak macam dua orang durjana di sana. Asyik pandang aku semacam saja. Buang tebiat agaknya. Lama-lama aku rasa tak selesa. Tutup buku, berhenti baca. Cari rak hendak letakkan buku di tempatnya semula. Oh, lupa! Kena panjat tangga.

Sedang panjat tangga, dua durjana tadi datang menyapa. “Hai, awak. Boleh tolong saya?” Menyibuk saja. Entah apa yang dimahukan mereka. Mereka minta aku ambilkan buku di atas sana. Oh! Tingginya. Dasar menyusahkan manusia. Mengapa aku yang perlu lakukan ini semua?

Tiba-tiba ada orang tendang tangga. Tangga tak seimbang aku terjatuh akhirnya. Eh! Ada orang sambut aku rupanya.”Bodohnya.” Cis! Siapa dia hendak kata aku bodoh sesuka dia. Oh, ya! Padanlah. Putera Impian rupanya.

“Woi, korang ingat ini apa?”Eh! Dah kenapa dia marah si dua durjana? “Ini library. Bukan freeshow sauna.” Sauna? Apa yang cuba dimaksudkannya? Dua durjana tiba-tiba lari macam baru lepas kena terajang sekali dua. Peliknya. Dah kenapa?

“Kau. Dari atas sampai bawah cantik semuanya. Tapi otak letak dekat mana? Kau tak tahu ke diorang tu nak mengintai seluar dalam kau warna apa?” Apa?!! Kejamnya dunia! Dasar durjana bahaman neraka! Padanlah mereka lari bila digertak si putera.

“Err terima kasih tolong saya.” Aku ucap itu saja. Melampau ke? Apahalnya? Dia baru tolong aku kali pertama. Jangan nak over. Nanti dia perasan gentle lah pula. Meluatnya.

Keesokan harinya datang sekolah seperti biasa. Omaigodd! Kenapa dengan kelas aku ni riuh-rendah sahaja. “Hei! Budak-budak kata semalam kau dating dengan si putera. Betul ke?” Apa?!! Mana datang ini cerita? Siapa kata aku dating dengan dia? Besarnya fitnah dunia.

“Sorry. Mana korang dapat ini berita?”Aku cuba tanya. “Ada budak nampak kau dengan dia di library berdua. Ada apa-apa?”Gawat! Sindiran dia mengena. Siapa lagi yang nampak peristiwa itu agaknya?! Matilah aku kalau kantoi pasal insiden seluar dalam warna apa?!! Malunyaaa!!

“Woi, budak! Kata nak jumpa?”Dah kenapa? Si putera datang kelas buat cerita kami nak jumpa? Apa cer? Dia datang dekat dan letak tangan atas bahu aku dengan selamba. Dasar buaya. Dia ingat aku apa? Patung cendana? Bahu aku bukannya tembok berbata.

“Bila masa pula kita janji nak jumpa?”Aku tanya dia. Dia boleh senyum dan kata,”Kau lupa ke? Kan semalam kita dah janji dekat library berdua?”Ha?!! Dah kenapa dengan dia?!?! Matilah aku kalau kena bashed dengan fangirl dia yang cemburu buta. Alamat tamatlah riwayatku seorang remaja.

“Korang buat janji?”Menyampuk pula seorang minachi. “Mana ada. Dia sengaja buat story.”Itu alas an yang aku beri.”Hehe. Tak payah nak sorok lagi. Sekarang kita couple secara rasmi.”Apa yang dia mengarut lagi ni?!!”Jom.”Dia tarik tangan aku dan bawa aku pergi.  Sudah macam aku, si puteri dibawa lari. Ups! Jangan iri.

“Buat apa bawa aku ke sini?”Aku tanya dia. Dia diam tak jawab apa-apa. Pekak dah ke?
"Apa kau rasa?”Dia bersuara.
"Hah?Rasa apa?”Aku hairan dengan soalan dia.
"Apa kau rasa bila kita berjumpa?”Apahal pula mamat ni sibuk nak tahu apa yang aku rasa?
"Tak ada apa-apa. Kenapa?”
"Betul?”
"Kau tanya, aku jawab saja.”
"Aku ada rasa sesuatu.”
"Rasa apa?”
"Rasa cinta.”
"Ha ha ha ha ha ha ha!”Aku ketawa sebesar mulut singa.
"Kenapa kau ketawa?”
"Tak ada apa-apa. Cuma rasa kelakar saja”
"Apa dia?”
"Kau pun tahu cinta?”Dia mengangguk cuma."Hmm. Aku tak tahu kau serius atau cuba untuk memperdaya. Tapi biar aku beritahu, aku tak bersedia. Ini bukan masanya.”Alasan aku sejujurnya.
"Kenapa? Kau tak percaya pada aku?”Aku menggelengkan kepala menjawab soalannya."Atau...kau tak percaya pada cinta?”
Aku mengeluh perlahan di hadapan dia dan kata,"Aku takut.”

Sekian saja ini cerita. Terima kasih sebab baca. Sengaja Farahin merepek memalam buta. Annoying ke? Maaf ler.Mesti ada yang kata entry ini macam ciplak bahasa. Maaflah. Tidak bermaksud berbuat sebegitu rupa. Cuma blog Bernafas Dalam Ego sudah mula menjadi kegilaan saya. Hehe. Selamat malam semuanya!





p/s: Wah! 2 hari berturut-turut hujan membasahi bumi Kluang, Johor. Mana-mana yang mengalami banjir, jaga diri ya. Apapun, Alhamdulillah. Segar bumi kena hujan. Huhu.




2 comments:

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin