Assalamualaikum...
Hmm panas buntut duduk atas katil sambil blogwalking berjam-jam sejak dari tadi. Dari tadi? Bila tu? Hehe. Tak payahlah tahu ya. Hmm bila dah sakit pinggang duduk bersila lama-lama, meniarap pula sambil golek-golek dengan bantal peluk ala-ala filem hindi. Namun begitu, aktiviti blogwalking tetap dijalankan. Bagai polis trafik fokus bertugas di waktu malam. Hahaa...!
Best saja blogwalking ni bila diri sedang rajin and mood macam happy yeppi saja. Sambil-sambil post surat berantai di shout box, cuci-cuci mata tengok keindahan blog-blog yang ada. Tak kurang juga membeliakkan mata bila takdir menemukan Farahin dengan blog-blog Kpopers yang obsess sukses dengan bias mereka. Selain itu, buat juga kerja amal follow blog-blog yang di blogwalking. Baca entry? Kadang baca, kadang tak. Entry panjang without perenggan. Uiseyh! Juling mata nak baca. Kadang baca separuh, kadang baca sekerat. Komen? Most be a silent reader only. hehe. Why? Farahin tak tahu nak respon apa. Well, that's one of my weakness. Payah nak respon about beberapa perkara.
Namun begitu, sakit mata sakit lagi hati bila tak dapat follow blog-blog yang awesome lagi gorgeous tu. Well, I am so addicted to follow any blog that I found in this World Wide Websites. Jadi bila tak dapat follow, rasa macam hubby kena caras dengan ulat gendun gedik. Panassss saja. Kalau letak nugget atas kepala ni, 2 minit ala-ala maggi segera dah masak. Mana taknya tak dapat follow. Official Follower Gadget tak ada! Rasa hangin je kan. Berdengus macam seladang ready nak tanduk orang. Kalau yang use blogskin tu, fine I understand. Payah nak cari kod gadget follower tu. Tapi ini yang guna template ni. Eeeeee! Sembelit dibuatnya.
Hmm penatlah nak ulang banyak kali! Button follow ala-ala tumblr tu useless lah. Looks smart tapi memang sangat useless! Hanya blogger yang sudah follow 300 blog ke bawah saja boleh follow blog dengan benda alah tu. Selebihnya, kena tendang! You know kena tendang?! Huhh. Farahin bebel macam ni bukannya nak tunjuk cerdik. Tapi ini jiwa Kaki Follow babe. Panass je bila tak dapat follow blog-blog yang awesome, gorgeous, meletop, sukses, etc. Huhu. Dari mood over excited blogwalking, rasa macam busannn je. Hohoo.
Oleh itu, patik mohon kepada tuan hamba sekalian, ya ampun! Bisa gak kalo Official Follower Gadget itu diletakkan di blog mu?! Aku ketagih tawu mawu follownya. Aduh! Kan dah. Rasukan Indonesia sebentar tadi. Hahaa. Jadi baik anda letakkan follower gadget supaya tabiat Kaki Follow Farahin maintain je. Jangan bagi dia berganti dari Kaki Follow ke Follow Kaki. Susah hidup nanti. Hihi. Gurau je.
p/s: Moga follower blogger sedunia meningkat ya. Jangan marah dengan entry ni. hehe :)
hahaha..sabo2!
ReplyDeletejgn tensi2!
hi jom terjah blog fae http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/ hehe :)
ReplyDeletehahahaha...laaa kesiannya..sabar2 jgn tensen x dpt folo mana2 blog yg farahin suka. hehehe rasa lawak pulak
ReplyDelete