Assalamualaikum...
Seorang sahabat semestinya menjadi ikutan sahabat-sahabatnya yang lain. Jika bukan seratus peratus, mungkin cuma separuh daripadanya atau mungkin juga cuma sebahagian sahaja. Namun begitu, bukan aku berniat untuk mempengaruhinya.
Dia bertanyakan pendapat dariku yang biasa-biasa. Hendak dikatakan bijaksana, tidaklah sebijak mana. Namun begitu, adalah tanggungjawabku sebagai sahabat membantu atau meringankan beban sahabatku yang lain. Aku ikhlas.
Dia bertanyakan bagaimana cara melupakan crush-nya. Aku yang sudah lupa bagaimana rasanya cinta, hanya mencadangkan apa yang terlintas di minda. Hanya menyuarakan suara hati yang kononnya sentiasa benar.
Aku mencadangkan berhenti sahaja berhubung dengannya. Mungkin cara ini kelihatan kasar. Tetapi inilah yang hatiku hakimkan sebagai keputusan muktamad.
Aku faham adalah sukar menghentikan perhubungan secara tiba-tiba. Apatah lagi dengan mereka yang sudah lama kita kenal. Namun itu cuma cadangan sahaja. Bukan niat mempengaruhinya.
Bagiku lembut hati usah dimanja. Tegaskan pendirian, keraskan hati. Perempuan. Ihsannya sentiasa ada. Dan kerana ihsan itulah adakala ia membinasa.
Seperti yang aku katakan padanya. Masakan ada pelangi kalau tidak kerana adanya hujan? Makanya, biarlah bersakit-sakit dahulu. Kelak sembuhnya awal.
Bukan aku tidak kenal rasa sakit. Semestinya aku kenal. Kerana rasa sakit itulah mendewasakan hatiku pada hari ini. Namun begitu, adalah baik bersakit sekarang, sembuhnya kemudian. Daripada sakit berterusan sampai kata tiada lagi jalan.
I've hyperhydrosis... |
Sahabat antara insan yang paling paling paling aku sayang. Insan yang paling paling paling aku ambil berat. Terutamanya hati dan emosi mereka. Mungkin benar sayangku ini tidak berapa jelas pada mereka. Tetapi ia cukup jelas bagiku. Aku umpama paha kanan yang bakal terasa tatkala paha kiri dicubit. Aku paling benci melihat sahabatku menangis. Terutama kerana lelaki. Kerana cinta.
p/s: Nothing to post. Just share what do Farahin feel tonight. huhu
Salam satu Malaysia..
ReplyDeleteNice entry :) Cara nak lupakan seseorang memang dengan cara tidak menghubunginya lagi. Dan pastikan bahawa, lelaki/perempuan itu benar2 tidak mampu berubah untuk menjadi yang terbaik untuk kita. Kita boleh tahu kan dia benar2 serius dgn kita atau tidak. Kalau jelas tak serius, serius hanya kata2 kosong dari dia, better lupakan dan Tuhan akan beri yang lebih baik dari dia. InsyaALLAH. :)
Saya datang blogwalking..
Jemput lah ke blog sy juga...
http://www.sofinahlamudin.com/
atau
http://www.mohdnasyit.com/
Entry terbaru :
1.Team Jana Wang Percuma bersama Sofinah Lamudin : http://goo.gl/hm0qm
2.Fotografi by Mikoe Namiey : http://goo.gl/5kY2e
3.Perbezaan Bergantung, tidak bergantung dan saling bergantungan : http://goo.gl/N3zKS
4.Its Thursday and i should do something GREAT! : http://goo.gl/ua71R
5.Just let they know and compare which one better : http://goo.gl/A632k
Thanks! sama-sama kongsi entry ye. :)