2025 status-to-be : Single Pro Max Ultra :p - Fri , 15/11/2024 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Longkang

Posted by ELFarahin | On February 10, 2013 | |
Assalamualaikum...

Ini cerita semalam, 9 Februari 2013. Jam 1 tengah hari planned hendak pergi shopping + window dengan bestie. Tunggu bas sambil lepak di tepi longkang, duduk macam jantan, gelak-gelak panas dalam sebab sampai 2:30 bas masih tak datang. Sampai tangan kaki semua sudah bengkak digigit unggas-unggas longkang. Apalah nasib kami yang malang. Lastly, bestie decided rempit motor daripada menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku...Eh! Ternyanyi pula. haha.

Rempit punya rempit . . . . . . . . . . .Ups! Tayar belakang pancit di pertengahan jalan! Oh, shwit! Dahlah berhenti betul-betul depan tabika yang lagi sedang mengadakan entah mejlis apa dengan ramai ibu bapa keluarga sanak-saudara abang kakak adik-adik semua, tambah lagi kami terpaksa bermenung + bengang di tepi longkang. Bestie call kawan, boy. Dari niat hendak shopping ke bandar, terbantut jadinya ke bengkel motosikal. Malu! Ramai boy dekat situ. Kami berdua saja awek di situ. hukhuk.

Di bengkel duduk jauh dari boy-boy di situ. Kami duduk di anak-anak tangga berdekatan bengkel itu. Perghh kann...still tak lepas dari longkang. Ada longkang sebelah tangga tu! Apalah nasib kami si minah longkangan. Uit! Longkang-longkang pun bau wangi tau. hehe.

Lastly, batal niat. Balik rumah tengok hindustan Veer Zaara. Syok! Tukar plan. About jam 5:30 petang pergi pasar Sabtu. Hehe. Farahin beli 2 bungkus Kuew Teow, 1 bungkus Mee Hoon Goreng plus RM 2.00 Kaya Ball. Sedappp. Bestie pula beli 2 bungkus Mee Goreng, 2 bungkus Kuew Teow, RM 3.00 Kaya Ball, 1 cawan air soya yang meloyakan dan 2 bungkus gula-gula kapas sederhana besaq.

Ingat sudah tiada malangnya lagi. Rupa-rupanya ada lagi. Plastik yang Farahin pegang bocor. My bestie pula minyak/kuah mee dia melimpah dalam plastik. Oh yeah yeah! Apa malanglah nasib kami sahabat sejawa. Nak balik rumah, bakul motor penuh sampai gula-gula kapas sederhana besaq tak muat dalam bakul. Akhirnya Farahin juga yang pegang sambil buat muka kyute ala-ala gedix. Haha. Minah Longkang sudah transform kepada Awek Gula-gula Kapas. Haa kyute tak?

Ini merupakan nasib malang kedua yang menimpa kami berdua. Huaaa apalah nasib badan. Hukhuk. Yang pertama? Nak Farahin cerita juga ke? Okey. Beginilah ceritanya.

Ingat lagi pada hari Isnin last year. Hendak pergi public library. Bas datang. Tapi bila kami tahan, dia tak berhenti. Bukannya dia tak nampak kami. Tapi sengaja driver minta kami jadi kaki maki. Nak je cakap driver macam puki...tuttt. Haha. Lastly, jalan kaki dari rumah bestie ke rumah Farahin minta tolong my dad hantarkan ke bus station.

Sampai di bus station, ambil bas untuk ke public library. Dalam perjalanan ke library, sempoi. No bad luck. Bila turun dari bas hendak ke public library,...........Hujan mali tulunnnn! Aiyak! Lencus habis. Baca-baca buku sampai menguap ala-ala buaya kenyang perut, story molly, sampai zuhur, solat yuk! 

Teringat di surau sana no clean tempat wuduk. So ambil wuduk di toilet public library yang bersih lagi wangi. Keluar saja dari toilet,........Hujan mali tulunnnn lagi! Aiyo! Jadi terpaksalah kami berlari dalam hujan untuk ke surau bersebelahan dengan public library. Hukhukhuk. Basah sudahh. Ada pak cik tu tengok je kami terkedek-kedek lari macam anak ayam baru keluar reban. Haha. Yalah. Takut nanti ada yang tergelincir jatuh dalam kolam yang ada dekat dengan surau. Farahin tak pandai berenang! Nehi nehi nehi. Huhu.

Siap solat, back to public library. Hujan sudah reda. Masa nak balik, terpaksa jalan kaki dari public library sampai ke bus station sebab di sana tiada bas balik. Huaaa habis semua lecak kami teroka. Bagai awek cun pulang petang dari sawah. Lastly, alhamdulillah selamat sampai rumah without any bad luck. Fuyhh!


Bila fikir-fikir balik pasal semua ini. Ya. Ia memang hari-hari yang buruk dan memenat lagi membengangkan tetapi benda-benda inilah yang akan buat kami ketawa terbahak-bahak sampai tercabut gigi palsu bila sudah tua nanti. Haha. Allah SWT kenal Farahin yang kurang buat lawak dan buat kawan-kawan ketawa. So Allah SWT created all this things for us. So we can remember for each other. Everything happens for reasons. Huhu.

Ehem! Ada lagi story. Masa lepak di tangga bengkel dengan bestie. My bestie beritahu akhir-akhir ni dia teringat kepada ex dia. Oh yeah yeah. Ternyata kami mengalami hal yang sama. Farahin pun lately teringat pada ex. Actually tak nak cerita pada bestie coz both us dah janji no more crushed on our ex and keep hurting ourselves. Tapi alang-alang bestie dah story jujur, Farahin pun followlah. Huhu.




p/s: Selamat Tahun Ular! Gong Xi Fa Cai! huhu

1 comment:

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin