Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Mendaki Sampai Berdaki

Posted by ELFarahin | On April 21, 2013 | | No comments:

Pss! Post ini boleh dikatakan sebagai kesinambungan kepada Longkang 1 & Longkang 2. So here it is! Longkang 3: Mendaki Sampai Berdaki published! :D

21 April 2013 bersamaan 10 Jamadil Akhir 1434 Hijrah. Tiada sesiapa dapat meramal apakah yang akan berlaku pada hari ini. Segala yang dirancang, belum tentu berjalan dengan lancar sukses berjaya gitu. Tetapi untuk hari ini, Alhamdulillah. Allah SWT telah memberikan sebuah lagi nikmat kehidupan yang amat besar maknanya bagi Farahin.

Hari ini badan beruniform Puteri Islam STABK telah mengadakan sebuah aktivit mendaki Gunung Lambak. Seriously, selaku setiausaha yang berat tulang, this is my first time mendaki gunung. Inipun cuma separuh. Tapi kaki dah menggeletar kalah pesakit parkinson. Ia sebuah pengalaman yang sangat menarik actually.

Farahin bawa dua paket my most favourite biscuits, Oreo, tiga paket roti RM 0.70 dan dua botol air mineral tolak campur tolak 1000ml keseluruhannya. Sepaket Oreo dan roti hadam dirembes gastrik jus dan dua botol air mineral clear already. Anyway, nasib baik masa Farahin melantak makanan tersebut tiada 'kawan' yang curi. I mean 'kawan-kawan' yang dok jelerkan ekor di atas pokok sana. Nyet Nyet namanya. Hihi. You know what, they're so damn kyute! Hope dapat bawa balik seekor but then tak sanggup katanya hendak berpisah daripada ahli keluarga. Fine. Terpaksalah Farahin lupakan sahaja hasrat karut tersebut. Hmm kecewa lagi. Eeh? Hehe

Selain mendaki sampai berdaki, kami ada juga buat aktiviti ala kanak-kanak riang gitu. Seronok juga melayan junior yang malu-malu kucing rimau ni. Tapi bila tengok si senior merangkap myself, uiseyh! Mak mak pun kalah. Haha. Just kidding. Come on lah. Kita dalam kumpulan ni mestilah enjoy happy go lucky! Even Farahin ni 4D type, at least janganlah sampai spoilt keadaan. Am I right? So, apa salahnya hipokrit kadang-kala. Asal ia baik untuk semua dan diri kita juga! Hihi

Lepas main-main, snap-snap, jom turun balik ke kaki gunung! Tak alih-alih ada pula anak cikgu ini terseliuh kaki. Poor her. So Farahin, Ana, Cikgu Asmah dan dua orang pelajar UPSR tolonglah adik ini. Farahin suggested supaya adik ini didukung. Fine. Ana gendong dia and Farahin pun tolong bawakan beg Ana. Wah! Bina muscle nampaknya Ana ni. Haha

Dalam perjalanan hendak turun, kami berenam sudahpun jauh ditinggalkan oleh kumpulan yang lain. Paling tak boleh blah banyak pula rintangannya. Level 1 : Seekor monyet datang hendak merampas bungkusan makanan cikgu. Passed! Level 2 : Cenuram yang licin. Passed! Level 3 : Dikerumuni sekawan lotong hitam. Yang ini memang giloss susah! Diorang semua memang dekat giler dengan kami. Besaq pula tu! Then Cikgu Asmah ajak zikir ramai-ramai. Alhamdulillah, passed! Akhirnya, tibalah kami di tempat perkumpulan. Ranting di tangan Farahin yang pada asalnya untuk get ready untuk bantai monyet di Level 1 kekal sehingga kami keluar dari hutan. Yeah! Anggaplah itu sebagai pedang wirawati atas kejayaan melepasi ketiga-tiga level. Haha. Macam main game pula. Hee

Lepas penat menuruni gunung, rehat-rehat, pusing-pusing di playground, kami berangkat pula ke rumah Cikgu Hasimah dengan berjalan kaki secara berombongan. Katanya dekat sahaja dengan Gunung Lambak, ish! Cerita tipu rupanya. Ternyata kami terpaksa menambahkan daki dengan mendaki bukit yang entah berapa meter tingginya untuk ke sana. Kasut Ana pun sampai kopak jadinya. Dahlah pukul 11:30 pagi. Uiseyh! Memang aktiviti yang sangat mahsyuk untuk perangkan kulit. Ceyh! Macam kulit ni tak cukup perang je. Dah coklat pun. Lemak berkrim lagi. Apapun, nasib baik makanan yang cikgu sediakan berbaloi setelah kami berhujan keringat, berbulukan daki mendaki bukit untuk ke rumah cikgu. Alhamdulillah. Kenyang wow!

Masa hendak balik ke Gunung Lambak, pfft! Hujanlah pulak. Layann. Perut sudah loaded. Mata pun dah ala-ala Salman Khan gitu. Mahu tidur daa! Kalau bukan sebab rumah cikgu, dah lama Farahin and my gang bergolek-golek atas tikar. Apabila hujan dah reda, Cikgu Kamariah sent me, Ana, Aznie and Raidah backed to Gunung Lambak. Maka bermulalah sketsa kami di situ! Tadaa.


Ana called his brother to fetch her. Then Raidah called her mom to ask her super daddy to fetch her, me and Aznie. Tapi sementara menunggu di bawah hujan renyai-renyai yang macam nak tak nak je berhenti di tepi jalan berhampiran longkang, kami pun buatlah aksi badut masing-masing. Sampai suatu ketika, kami berempat mencangkung di tengah jalan macam awek baru kena tinggal pakwe. Thought tiada kenderaan lalu sebab dah lama kami di tepi jalan tapi tiada kenderaan lalu pun. But then, our friends lalu. Aishh! Kantoi sudah sketsa kami. Habis masing-masing pecah perut ketawa sampai mengalir air mata. Seriously, tak sangka akan kantoi. Huhu

As soon as kakak Raidah dan suaminya datang dengan kereta, me, Aznie and Raidah pun tak membazirkan masa untuk memenuhi ruang tempat duduk belakang dengan punggung masing-masing. Then, kakak Raidah kesian tengok Ana tertinggal seorang. So we decided untuk temankan dia. Yalah. Bahaya taw biarkan awek cun macam Ana tunggu seorang diri. Buat diushar orang, tak niaya Farahin. Eh? Apahal pulak? Hello. She's my 'bini' okay. Nak ushar dia, ushar wa dulu. Eeh? Hehe. Ini bukan main-main, ini betul-betul. Hee

Anyway, pengalaman ini sangat sangat sangat mengujakan. Today Farahin berperanan sebagai senior untuk memerhatikan junior, bestie yang prihatin akan bestienya dan tak lupa menjadi badut di tengah jalan bersama dipayungi hujan yang renyai-renyai. Huhu. Ermm apa lagi hendak story? I think enough for now. Pyeong!
p/s: Esok nak sekolah tak? Penatlahh. Hikhik


READ MORE

Esei Hati

Posted by ELFarahin | On April 21, 2013 | | 2 comments:


Farahin selalu tertanya-tanya kepada diri sendiri. Bagaimanakah dia mampu bertahan dalam hati Farahin selama lima tahun ini? Bagaimanakah wajah dia, senyum dia, ketawa dia, dan suara dia mampu diulangputar oleh akal selama lima tahun ini? Bagaimanakah perasaan ini mampu bertahan selama lima tahun ini? Bagaimanakah Farahin mampu bertahan dalam keadaan sedemikian rupa? Adakah hati ini terlalu degil atau mungkin ini adalah permainan qarin berserta rakan-rakan syaitannya?

Sejak usia kanak-kanak sehinggalah sedewasa ini, Farahin membesar dengan perasaan ini. Walaupun menyakitkan dan menyedihkan, Farahin sentiasa memaafkan tidak kira lambat mahupun cepat. Perasaan ini seperti tidak mahu berhenti. Adakah Farahin cuma menipu diri sendiri, atau memang inilah perasaan yang sebenar-benarnya?

Perasaan ini menyebabkan Farahin tidak sanggup membenci. Apatah lagi, melupakan. Perasaan ini menyebabkan Farahin takut untuk meminta apa-apa daripada Tuhan. Sama ada meminta untuk melupakan mahupun meminta agar dia kembali, Farahin tidak memilih kedua-duanya. Farahin hanya ikutkan apa yang telah Tuhan aturkan untuk Farahin dan hati ini selama lima tahun ini. Perasaan ini seolah-olah tidak dimakan masa. Sebaliknya, ia sendiri yang memakan masa Farahin. Semakin pendek tempoh hidup ini, perasaan ini bagai ingin berpanjangan. Bukan Farahin tidak kasihan kepada diri ini. Malah Farahinlah yang paling bersimpati akannya. Tetapi hati ini mendesak untuk berkorban walau sesakit apapun. Akal juga bagai tidak cukup kuat untuk menghalang.

Setahun lalu Farahin sentiasa mengkeji dan membenci dia. Namun kini Farahin mula berlembut hati. Farahin mula memaafkannya. Realitinya, bukan salah dia menyakiti hati ini. Dia cuma tidak mahu menyakiti Farahin pada asalnya. Tetapi Farahin yang mendesak sehingga dia terlanjur menikam hati ini. Sebenarnya, Farahin bukan marah atau membenci dia. Tetapi Farahin marah akan diri sendiri. Disebabkan Farahin, hati ini terluka. Disebabkan Farahin juga, dia berasa serba salah. Disebabkan Farahin, diri ini bagai dibenci olehnya. Benarlah bahawa yang buruk itu memang datang dari diri kita sendiri.

Akhir-akhir ini Farahin acap kali teringat akan dia. Tambahan pula, Tuhan telah memperlihatkan dia kepada Farahin hampir setiap kali waktu rehat di sekolah. Sebenarnya, hal ini tidak akan terjadi kalau bukan hati ini yang mencari dia. Dia semakin tinggi dan kacak. Wajah kanak-kanak 12 tahun, langsung tidak lagi kelihatan. Tapak tangannya luas dan tubuhnya nampak sedikit berisi berbanding tiga tahun dahulu. Entah kenapa Farahin berharap Farahin dapat berdiri bersebelahan dengannya dan mengukur ketinggiannya. Entah kenapa Farahin seperti tidak percaya bahawa dia sudah menjadi seorang pemuda berusia 17 tahun. Sedangkan selama lima tahun ini Farahin cuma ada gambaran wajahnya ketika berusia 12 tahun. Dia yang dahulunya lebih rendah daripada Farahin, kini sudah mengatasi ketinggian Farahin. Ternyata Tuhan menjaganya dengan baik. Alhamdulillah. Benarlah bahawa hidup ini akan sentiasa selamat selagi kita ada perlindungan Yang Maha Kuasa.

Memandangkan dia semakin dewasa, Farahin berharap dia juga tidak lagi seorang penakut seperti dulu. Seorang penakut yang tidak mahu bersaing dengan pasangannya yang kononnya lebih baik daripada dia. Dia seorang lelaki. Dan seorang lelaki harus berani menerima apa-apa cabaran. Bukan untuk berdarah sesama sendiri, tetapi saling memperelokkan diri masing-masing. Apapun, kalah tidak bermakna tidak layak sama sekali. Menang pula belum tentu sempurna seratus peratus. Manusia ini terlalu banyak kekurangannya. Jikapun semakin sempurna, pasti semakin banyak kekurangan yang ada.

Seorang sahabat karib berpendapat bahawa Farahin ikhlas terhadap dia. Tetapi Farahin sendiri tidak berani mengukur keikhlasan hati ini. Entah perasaan ini sesuatu yang benar atau cuma mainan 'kanak-kanak', Farahin tidak berani menilainya. Seingat Farahin, tiada satu pun perasaan ini memenuhi tuntutan lima perkara. Tidak pada keturunan. Tidak pada harta. Tidak pada agama. Tidak pada akhlak. Tidak juga pada rupa. Mungkinkah perasaan ini memenuhi tuntutan yang di luar lima perkara? Tuntutan di mana, hidup ini biarlah berkasih-sayang, saling memaafkan dan ikhlas antara satu sama lain. Begitukah?

Apapun, malam ini hati Farahin sungguh tidak keruan. Mungkin juga kerana dia. Mungkin juga pasti ada hal-hal yang lainnya. Maklumlah, apabila fikiran semakin matang, semakin banyak yang ingin difikirkan. Bermaksud di sini ialah SPM, sekolah, ibu bapa, guru-guru, kokurikulum, cita-cita, kerjaya, universiti dan dituruti dengan hal-hal kurang mustahak seperti dunia kpop dan perasaan ini. 

Walau bagaimanapun, hidup perlu diteruskan walau seteruk apapun ia kerana dunia ini antara nikmat yang Tuhan kurniakan kepada kita. Maka, nikmatilah ia asal jangan lupa mencari bekalan untuk perjalanan kita selepas kehidupan ini. Kita tidak tahu bila masanya tiket untuk bertolak akan keluar dan bila pula masanya kereta api akan tiba. Yang pasti, ia tidak cepat mahupun lambat walau sesaat. Bersedia sahajalah.





READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin