Permudahkan Yang Mudah

Posted by | On | | 0 Comments
Assalamualaikum...
Image result for anime yato proud smile gif
Hello, peeps! Dah malam ni.
Dah nak tidur ke? Awalnya tidur.
Buat yang masih berjaga tu, apa kata
teruskan baca post Farahin ni. Hehe

Farahin dah lama nampak. Dah lama perasan.
Dah lama terfikir nak tulis pasal ni.
Tapi dah lama juga asyik bertangguh.
Eh! Banyak pula 'dah' dia. Hahahaha

Okey. Siapa yang tak tahu yang setiap hari things happened? Siapa yang tak tahu yang setiap hari there will be a little changes? Setiap hari juga ada susah dan senang yang kita terpaksa dan mesti tempuhi. Farahin pasti you guys tahu. Tapi tahu tak yang semua tu tak complicated yang kita sangkakan? Tahu tak yang semua tu adalah berpunca daripada perkara2 mudah yang kita endahkan? Jadi malam ni Farahin nak share sikit tips untuk mudahkan hari2 you guys dan orang sekeliling dengan permudahkan yang mudah. Hehe

1. Two Ways in a Path

Dua jalan dalam satu laluan. Kalau jalan raya ada dua jalan(arah/hala), begitu juga dengan laluan yang kita guna untuk berjalan. Kalau berjalan tu, minta2 tolong consider orang dari arah depan dan belakang. Kalau rasa nak berlenggang macam cik siti wan kembang, berjalan biarlah di tepi. Beri laluan kepada orang yang nak cepat dan mengejar masa. Dah lah berlenggang, berkawad pula tu beramai-ramai dalam satu laluan tu, orang yang dari arah depan atau belakang tu pula terpaksa tarik brek emergency atau buat lencongan maut sebab nak elakkan road block ni. Jadi INGAT! Two Ways in a Path. Ada masanya kita ni berkongsi titik temu sebelum berpisah takdir. Hihi

2. Door to Politeness

Pintu. Ada apa dengan pintu? Pintu tu sempadan di antara ruang dan pertemuan. Kalau rasa2 dekat belakang you guys ada orang yang nak guna pintu yang sama you guys guna, why not let the door open for that person. Mana tahu jumpa jodoh? Eh! Hahahaha. Kita tak tahu yang mungkin orang tu nak cepat atau ada hal2 penting yang dikejarkan. Jadi tak salah kan kalau kita buka dan lapangkan laluan dia? Farahin did this at the bank once. Pak Cik misai putih senyum je dekat Farahin. Guard yang diri tepi pintu pun senyum. Believes me! Benda ni kecil. Tapi besar maknanya. Lagipun mudah je nak buat.

3. Fill The Bin, Not Spill It!

Tong sampah. Gunanya untuk diisikan dengan sampah. Tapi apa yang Farahin biasa buat, Farahin isikan dengan rasa menyampah. Kenapa? Farahin yang patut soalkan kenapa. Kenapa sampah2 dalam tong sampah tu dibiarkan bertimbun macam mangkuk ABC? Masalahnya bukan bertimbun sebab tong sampah tu betul2 dah penuh. Tapi sebab ruang dalam tong sampah tu tak digunakan sepenuhnya. TOLONG! Tolong bila buang sampah tu pastikan saiz sampah tu tak terlalu memakan ruang. Kalau buang bekas minuman, boleh je kemekkan bekas minuman tu sebelum dibuang. Kalau buang bekas2 polistrin, boleh je dipatahkan dulu sebelum dibuang daripada dicampak buang sebiji2. Kalau tak, apa guna bahan2 mudah lupus atau musnah ni? Minta majulah sikit. Penggunaan beg plastik tong sampah pun boleh dikurangkan. Stress tengok sampah bertimbun pun kurang.

4. Laugh No Rough

Ketawa. Ketawa tu pengubat. Tapi ada je ketawa yang bawa penyakit. Contohnya, bila bergurau dengan kawan2 atau sesiapa pun tak perlu nak buat ad-libs yang keterlaluan macam tendang pintu bilik air sebab nak kenakan kawan yang tengah mandi. Benda tu benda awam. Bukannya pintu buluh kampung orang asli. Ada juga yang guna alat2 keras untuk diacah pukul pada kawan. Gurau memang gurau. Tapi kita semua tahu istilah TAK SENGAJA kan? Tak sengaja yang tak mendatang mudarat tak apa. Tapi macam mana kalau sebaliknya? Tak sengaja pun, salah tetap salah kan? Things happened. Expected. Unexpected.

5. Silent is Free Respect

Bab ni personal sikit. I kept experienced this and it got me pissed off. Kawan memang kawan. Tapi jangan sampai hilang respect. Kalau kawan atau kawan kepada kawan tengah solat atau baca Al-Quran, tolonglah elakkan bunyi2 yang mengganggu. Tak salah pun kalau kita duduk diam, dengar je bacaan dia. Kalau ada kawan tengah tidur, bukan nak ajak tidur sekali. Tapi tolonglah jaga suara tu. Sembang pun bukan dalam kilang mesin. Tak perlu nak tinggi2 kan suara tu. Yang hidup berjiran terutama asrama sebab bilik rapat2 kan, gelak tu tak payah nak test pitching sangat khususnya perempuan. Kalau malam2 tu mengganggu orang nak study dan tidur. Kalau siang2 pula macam tak sopanlah sampai orang aras bawah dekat lobi tu dengar. Masing2 ada waktu santai dan rehat. Jadi tolonglah hormat. IT'S FREE!


Kesimpulannya, things happened, things changed. Tapi worst or better? Kita sibuk menatap gambar besar. Tapi kita lupa gambar besar tu adalah hasil dari gambar2 kecil yang dicantumkan. Tak rumit. Simple. Manusia ni je yang lalai. Tamak dan menyusahkan diri sendiri.



Till then, Farahin tamatkan post malam ni.
Terima kasih sebab baca. Harap bermanfaat.
Farahin pun manusia.
I did, I experienced, I share. Hihi
Goodnight. Bubye









We talk about how to make it better
but we forget to stop the bad or make it less.




No comments:

ELFollowers

Life can be terrible and incredible at the same time. -25/06/2018-