Mimpi Oh Mimpi

Posted by | On | | 4 Comments
Assalamualaikum..
Image result for anime mitsuha wake up dream gif
Hello, pals! Finally, i am posting my third post for this month. Haha
Kalau baca tajuk tu, mesti dah jelaskan Farahin nak story apa malam ni.
Yes, mimpi. Mimpi Oh Mimpi. Hihi

Lately, Farahin ada dapat beberapa unfamiliar mimpi. Unfamiliar yang macam mana? Farahin mimpikan strangers yang baru Farahin nampak sekali dua.

Mimpi pertama, this semester ada seorang classmate tu dia ada sakit teruk. Sebelah paru-paru dia dah tak function. Dia bernafas guna mesin. But still, she came to class. It was only twice I saw her in the class. Tapi lately, tak nampak pula dia. Hmm. Make me wonder.

Jadi beberapa hari lepas, maybe last week(?) Farahin ada mimpikan dia. But with unfamiliar plot. Somehow, dalam mimpi tu Farahin macam dah kenal dengan dia. Boleh sembang2 dan main akak2 dengan dia. Until I asked one question to her, "Akak selalu ke keluar dengan kawan2?" Lebih kurang macam tu lah. Farahin pun dah ingat2 lupa.

Dia pandang Farahin dan jawab, "Dulu selalu dia orang ada lah cari akak." Sayu je jawapan dia. Tiba-tiba dia tinggikan suara dia, "Akak ni dah nak mati! Akak dah sedia! Akak dah tahu nasib akak." Dia menangis. Seakan meratap nasib dia. Farahin terus tersedar. Hmm

Ada sekali tu dalam kelas, Farahin ada duduk semeja dengan dia. Dia kata dia dah bertahun repeat sebab semangat nak belajar. Umur dia dah 30+. Masa dia 20+, kita orang ni baru 10 tahun. Dia ada cerita, dia dah siap wasiat semua. Dia dah sedia. Bila-bila masa je dia boleh pergi.

Mimpi kedua, rabu lepas Farahin ada terserempak dengan seorang akak ni. Cantik. Tinggi. Tudung labuh. Bau wangi. Cakap lembut. Rupa-rupanya, dia on the way nak interview. Dia tanya Farahin fakulti tempat dia nak interview tu. Since sama jalan dengan Farahin, Farahin jalan sekali dengan dia. Dia kata dia belum habis PhD lagi tapi dah ada orang panggil interview. Hebat. Nak banding dengan Farahin, memang nampak dia orang yang bijaksana.

So, beberapa hari lepas Farahin mimpikan sis PhD ni. Terserempak dengan dia dekat kafe pada waktu malam. Farahin tegur dia dan tanya pasal interview dia macam mana. Dia senyum je. Sebab senyum dia yang menimbulkan banyak persoalan tu, Farahin tersedar. Sumpah orangnya memang cantik sis ni. Huhu

Farahin cannot brain macam mana those strangers boleh muncul dalam mimpi Farahin. Maybe jauh dalam hati Farahin ni, I amazed them very much. Mereka wanita2 hebat. Positif dan terpelajar. I am happy and grateful for their nice being. Moga kedua-duanya diredhai Allah SWT. Me too. Inshaallah

Till then, thank you for reading.
Good night. Bubye =)



It was Destiny make us met. It was Fate kept us entwined.





4 comments:

Atieqah Arzemi said...

huwaaahh tak tahu mimpi ni kenapa saya rasa mcm agak creepy huhuu. dahlah stranger. takpe abaikan je. mainan tidur je kod hehee.
saya pun baru mimpi stranger malam tadi. lelaki mcm KJ tapi bkn KJ hahaa. dia nak bunuh saya pakai pistol =="

thanks for visiting my blog :) saya follow awak 1027. jemput follow blog saya and komen entry saya juga ye ^^

Carly Fifie said...

Orang kata kalau mimpi ni ada maksud tersendiri. Biasa kalau saya nak tau sangat apa maksud mimpi tu, saya check kat google je. hehehe.. kat sana banyak yang bagi pendapat tapi percaya atau tidak, terpulang pada kita. Kalau awak selalu terfikir pasal akak tu, tak mustahil dia boleh singgah kat mimpi awak. Cerita kedua2 mimpi awak ni nampak macam agak kurang baik dengan nasib hidupnya tapi orang selalu cakaplah, ada yang kata mimpi kita ni selalu "maksudnya "terbalik . Harap mimpi awak ada maksud yang baik :)

ELFarahin said...

@Carly Fifie wah! pro betul komen. macam tilik nasib pulak. haha. sokay. inshaallah. i'll be fine ^w^

ELFarahin said...

@Atieqah Arzemi amboi clone KJ ke tu. hahahaha. thank you for following ^w^

ELFollowers

False start may have the right end. But the right start also may have the false end. What does matter is in between and the goal to make everything back to right. -16/09/2018-