Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Today, Tomorrow and The Next

Posted by ELFarahin | On July 05, 2012 | | 1 comment:


Assalamualaikum....
Ceywaaaaah~~ canggih tak tajuk entry Farahin hari ini. Well~ entry kali ini merangkumi kisah hidup Farahin pada hari ini, esok dan lusa. Hihii...

Ehem! Hari ini last day Farahin ganti puasa! Yeyeyeye! Alhamdulillah. Tinggal 2 minggu saja lagi hendak bulan Ramadhan, kan? Anda sudah bersedia? If not, boleh lah latih perut tu. Ini kan bulan Syaaban. Boleh puasa sunat Syaaban. Ya tak? Huhuu...

Esok pula....OMO~ School Open's Day!! Andwae! Eotteokhae? Seramnyaaa~~ nanti cikgu pandai je report macam-macam kat parents. Hahaha... Habislah. Kantoilah apa yang Farahin sudah buat di sekolah. Hehhee... Then, about mid-year result lagi. Mampuih! Hope esok Farahin tidak terlalu emotional. If not, Farahin akan mengalami tekanan perasaan, emosi dan jiwa yang teruk. Anything boleh terjadi. Apa-apa saja tidak mustahil Farahin lakukan. Last year, waktu Open's Day di Form 3, lepas dibebel oleh ayah and dengan perasaan sebal+sesal di hati, Farahin menumbuk kaca frame sampai pecah. Guess? Tangan Farahin tak luka pula. LOL~ Hahaha....

About hari lusa pula, it's time for Hari Puteri Peringkat Daerah! Farahin join group koir. Hope dapat lakukan yang terbaik and our group tergolong dalam group yang baik. Aaaah~ nebeslah pula. Huhuu...Anyway, Insyaallah segalanya akan berjalan dengan lancar. Amiin. Support Puteri Islam! Goodluck for us!



READ MORE

Pilihan Anda, Putus or Stay?

Posted by ELFarahin | On July 04, 2012 | | 2 comments:


Assalamualaikum...
Suddenly, Farahin terfikir akan sesuatau. If anda mempunyai seorang sahabat karib yang sangat akrab dan sejujurnya, antara kalian tidak pernah cakap belakang atau cakap buruk di antara satu sama lain. Anda sayang sangat dengan sahabat anda itu. Whether only as friends, siblings, family or maybe more. Plus, kalian sudah bersahabat lebih daripada setahun. Dan ikutkan, kalian sudah dapat menerima sifat kalian antara satu sama lain. Whether yang buruk or baik.

If sahabat karib anda itu merupakan sahabat yang sejantina, means if anda perempuan dia perempuan. If anda lelaki dia lelaki. Apa respon anda apabila suddenly sahabat karib sejantina anda itu confess kepada anda yang dia suka kepada anda? Bukan suka yang berbatas. Tetapi lebih daripada itu. Mesti anda terkejut besar, kan? So, apakah pilihan anda yang seterusnya? Putus persahabatan, or anda sanggup stay as her/his Best Friends Forever dengannya? If anda memilih untuk stay, bagaimana anda berhadapana dengannya pada hari-hari mendatang?

So, apa yang saya perlukan kini ialah pendapat dan jawapan jujur dari anda yang membaca entry ini. Please~ Pendapat dan jawapan anda sangat membantu saya. Saya akan lebih appreciate jika pendapat dan jawapan anda lebih panjang dan jelas. Let me understand everything. If anda merasakan kotak komen bukanlah tempat yang sesuai untuk memberikan jawapan dan pendapat anda, jika anda seorang yang berani, saya lebih berminat untuk membacanya jika anda bentukkan pendapat dan jawapan tersebut dalam berupa entry blog. Then, leave the entry link in my comment box. Kalau anda segan tetapi bersungguh untuk membantu saya, boleh send message on my FB chatbox. Button FB & Twitter ada di sebelah kiri anda. Hope dapat pelbagai pendapat dan jawapan dari anda. Saya berharap. Sekian, terima kasih.

Dari awal entry, saya kata saya terfikir akan sesuatu. Tetapi kemudiannya saya kata jawapan dan pendapat anda dapat membantu saya. Secara tidak langsung, saya telah berlaku jujur secara tidak sengaja. Hal berkenaan berkaitan dengan saya. Jangan fikir whether saya ialah mangsa mahupun pemangsa, just....please...bantulah saya dengan pendapat dan jawapan anda. I need it MOST. Thankyu.

P/S: Saya menebalkan muka membuat entry ini. Hope tiada yang buat saya memerahkan muka pula nanti. Tak faham? Menangis dan menyesal.... 




READ MORE

Super Junior Sexy, Free & Single Music Video

Posted by ELFarahin | On July 04, 2012 | | 1 comment:

Assalamualaikum...
Woaaaaaahh~~ bagusnyaaaaa~~
hujan-hujan macam nie dapat pula news yang HOT!!!!
The MV!! THE KING COMEBACK!!!
Kyaaaaa~~~ \(^0^)/
Teguling-guling Farahin atas bed niyh. Hihii...


ELF!!!
We have some project for Teaser MV!!
*korang rajin klik churp-2, says, nuffnag, etc. orang kan? Why not sekarang klik 'Teaser MV' tu pulak? wink~ wink~ boleh kann...
From ViatnamELF!



ELF Can do it!! \(^0^)/



READ MORE

Wish Untuk Dia~

Posted by ELFarahin | On July 02, 2012 | | 1 comment:
Assalamualaikum...
Farahin kebosananlah. So, ini yang mahu reveal sesuatu.
Mahu tak hari ini hari apa?
Of course hari Isnin, kan? Berapa hari bulan? 2 Julai 2012, right?
So, Farahin mahu wish to someone inilah kan.
Layan jelah pic di bawah ini.


Ok. Actually, hari ini bifday ex Farahin.
Tadi pagi masa nak ke sekolah pun nampak dia.
But, ignorekan je.
Happy BADday for him!
-----------------------------
Happy BESTday for me!
Hari-hari Farahin sudah tiada kait-menjahit dengan hari-hari dia.
Each of us have our own life.
Farahin hidup dengan dunia Kpop+ELF.
Dia...lantak dialah nak hidup macam mana.
Ya tak? Hihii...

Nak add dia kat FB?
Kejap ea..Farahin sudah block dia.
Cuba search at google. Hewhew...
-
-
-


-
-
-
Tetttttttt!!
Tak ada larh...
Maaf. Kalau tak, gurlz-2 yang single boleh tackle dia. LOL~
Entah dia single ke tak eh? Hahaha...

Nak tahu nama dia tak?
Silakan klik SINI.

Jangan menangis taw...
huhu...

Klik SINI pula untuk hilangkan sedih*kalau sedih tu.
Hahaha...

Ok. Itu saja. Bye.





READ MORE

Dinding Di Depan

Posted by ELFarahin | On July 01, 2012 | | 2 comments:




Assalamualaikum...
Selamat Malam semua. Mood down sedikit sekarang ini. Tak tahu kenapa. Kemaruk tunggu MV Super Junior lagi. Hmm...entahlah. By the way, hari ini birthday leader Super Junior! Park Jung Su a.k.a Leeteuk. Saengil Chukka, oppa! Saranghae. Mian...wish pun tak berapa semangat. Huh~

Tajuk hari ini ialah "Dinding Di Depan". Tajuk yang pelik kan? Sebenarnya tak tahu nak beri tajuk apa. Memandangkan entry kali ini ada kaitan dengan episod Skip Beat yang semalam di tv8, so saya letak sahaja sebahagian dari dialog Mary.

"....Saya telah bina dinding di depan."

Episod semalam memang menyentuh perasaan Farahin. Mary telah kehilangan ibu ketika usianya masih kanak-kanak. Dan dia pernah terdengar ayahnya cakap belakang mengenainya di hadapan gambar mendiang ibu. Kata-kata ayahnya seolah-olah menyalahkannya kerana ibunya mati ketika dalam perjalanan hendak pulang ke Korea sempena hari jadinya. Ibunya terlibat dalam nahas kapal terbang. Sejak itu, hubungannya dengan ayah merenggang. Apabila ayahnya menghantar emel ketika berada di luar negara, tambahan pula asyik dengan mesej yang sama, Mary tidak membalas sebarang emel dari ayahnya. Dia bosan dengan soalan yang sama asyik diajukan oleh ayahnya dalam emel tersebut.

Episod kali ini bercerita mengenai Mary yang telah mengganggu sesi latihan para pelakon yang sedang berusaha menguasai watak dan jalan cerita mengenai dua beradik yang bernama Laura dan Angel. Saya lupa kisah mengenai Laura dan Angel. Yang saya ingat, Laura amat membenci Angel. Dan difahamkan, kononnya kematian ibu mereka disebabkan Angel. Dalam skrip menyatakan bahawa Laura akan memujuk Angel, adik yang dibencinya. Namun Mary berpendapat, Laura tidak sepatutnya memujuk Angel yang dibenci. Sepatutnya, dia terus membenci adiknya itu.

Diringkaskan cerita, Gong Xi telah dicabar oleh pelakon yang berkaitan dengan drama tersebut untuk melakonkan watak Laura yang sangat membenci adiknya memandangkan dia bersetuju dengan pendapat Mary. Jadi, Gong Xi menerima cabaran itu dan melakonkan watak Laura yang jahat. Gong Xi berlakon dengan mengikut skrip pada mulanya tetapi kemudiannya dia mengguna skrip watak Angel. Secara tidak langsung, Gong Xi telah memerangkap pelakon watak Angel. Gong Xi menggunakan kata-kata yang sangat jujur ketika berlakon. Dan Mary yang menonton dan mendengar, mula menyedari akan sesuatu.

Mary mencelah dalam pertengahan babak. Dia mula membahaskan mengenai ayahnya dengan Gong Xi. Manakala Gong Xi terus berkata jujur dan terus-terang dengannya. Akhirnya Mary mengalah dan mula jelas akan segala-galanya. Mary kata ayahnya tidak memahaminya. Dia mahu ayahnya memahaminya. Tetapi dia sendiri tidak membalas emel-2 yang dikirim oleh ayah kepadanya. Tidakkah sebenarnya dia yang tidak membenarkan ayahnya untuk memahami dirinya???


Melalui episod ini, Farahin turut sedar akan sesuatu tentang diri Farahin. Hari ini, saya tempatkan diri saya pada watak Mary. Saya selalu merasakan tiada sesiapa memahami saya sepenuhnya. Dan saya selalu merasakan mereka semua tidak mahu memahami saya. Hakikatnya juga, saya benar-benar mahu mereka memahami saya. Di rumah, Farahin lebihkan duduk di dalam bilik. Sama ada tidur, online, etc., Farahin kerap berada di dalam bilik. Realitinya, Farahin sengaja mengasingkan diri dari parents. Begitu juga dengan kawan-kawan. Farahin suka bersendirian atau berdiam diri. Farahin tidak selalu berkongsi cerita, segalanya dengan kawan-kawan. So, adakah memang mereka yang tidak memahami Farahin? Atau Farahin yang sebenarnya tidak mahu mereka memahami Farahin???

"Saya sedar. Saya telah bina dinding di depan.
Ayah tidak dapat dampingi saya."
-Mary-


Entry panjang sangat, kan? Terima kasih bagi yang sudi baca dari mula sampai habis sepenuhnya.
Farahin sangat menghargainya. Kerana anda telah termasuk dalam kalangan mereka yang mahu memahami Farahin. Terima kasih banyak-banyak. Semoga diri anda sentiasa didampingi oleh mereka yang sentiasa mahu dan berusaha memahami. Amiin Ya Robbal Alamiin.



READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin