Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Burden Face

Posted by ELFarahin | On November 16, 2017 | | 2 comments:
Assalamualaikum...
Image result for kaneki ken gif

Hey ya! Alamak macam makin kerap pula main conteng2 dekat blog ni. Hehehe
Nak share sikit apa jadi masa kelas pagi tadi. Kelas Web Scripting.
Kelas yang buat Farahin rindu zaman2 aktif jadi blogger. Hahahaha

So masa kelas tadi Farahin and my partner
patutnya present a bit about our mini project to the lecturer.
But then once kita orang dah sampai kat meja dia,
tiba-tiba dia komen macam ni.
"Farahin always have this hardworking...burden...face...something."

Maka bermulalah sembang2 kami berdua.
Sehinggalah Farahin mentioned this,
"Unfortunately, I am an introvert. I don't talk much
but I love to write. I am a blogger."
That's it! I slipped. Hahahahaha

After that, he asked me more
"Oh! You love to write. Then you should try
writing poetry. Do you write poem?"
"Yes, I did!" Again. I slipped! Hahahahaha
Lecturer minta Farahin tunjuk blog Farahin.
It was embarrassing. But actually I love to let he see it. Hehe

Dijadikan cerita Farahin tunjuklah puisi2 tua Farahin.
And he said, "That's many! You should write a book!" Haha
Well, Farahin memang pernah berangan nak jadi penulis dulu.
Lepas tu, he asked me to read one of my poem. Alamak!
Bukan baca bisik tahu. Tapi in front of the class.
I did it! With the whole heart and soul.
Sampai nak menangis sebab feeling sangat dengan puisi tu.

Since someone mentioned about my 'Burden Face',
Farahin mula fikir bila dan kenapa?

WHEN? WHY?
When ada orang bergantung kepada Farahin. Sebab Farahin rasa this high of responsibility feel. I take it seriously. I don't play with it. Yes! At negative point, it is a burden. But at positive point, Farahin rasa I am a trustworthy person. So it's actually good!

When I cannot handle the crowd. It's a gifted nature  for some introvert memang tak boleh handle suasana bising. We feel pressure macam belon yang dihimpit dan tunggu masa nak meletup tapi tak tahu bila sebab we try to hold it in as well as we can. Tapi since Farahin sentiasa ajar diri untuk tak terlalu taksub dengan my introvert side dan cuba suaikan diri dengan keadaan, Farahin sometimes good sometimes not bila dalam crowded. Huhu



Setakat ni tu je la yang dapat Farahin fikirkan punca lahirnya 'Burden Face' ni. Hehe
Till then, thank you for your time!
So glad Super Junior.ᴱᴺᵀ masih ada pembaca.
Bubye. See you soon. =)





What you see may not what you actually know.




READ MORE

Least Things To Do as a Group Member

Posted by ELFarahin | On November 16, 2017 | | 2 comments:
Assalamualaikum...
Image result for super junior team hug gif
Hello, peeps!
Tajuk post malam ni macam formal kan?
A bit casual but strict ha? Haha
To be truth, rasa bengang di dada ni dah menebal for a few days.
So nak ceramah lah sikit malam ni. Hahahaha

Least Things To Do as a Group Member.
Perkara yang sekurang-kurangnya dilakukan
sebagai seorang ahli kumpulan.
Actually, Farahin nak add SHOULD.
Tapi tajuk post tu jadi panjang sangat lah pula.
Tak apa. Farahin modify kat sini.
Least Things Should Be Done as a Group Member.

1. TIME MANAGEMENT (Pengurusan Masa)
Kalau dah berjanji, dah confirmed, tolonglah datang group meeting tu on time. Kalau perut tu menjerit sebab tak makan lagi, bungkus harung sekali dalam meeting. Jangan biar members lain menunggu. Kalau rasa memang akan lambat, inform awal2. Lebih baik kalau sertakan sebab bukan alasan tak bersalah. Yalah. Like "aku kat kafe. tak makan lagi. baru nak makan." Haa makanlah sambil telan maki hamun members yang bergumpal-gumpal dalam hati tu.

2. RESPOND (Tindak Balas)
Semua cukup deria kan? Farahin yang rabun jauh makin teruk pun belum buta lagi. Alhamdulillah. Kalau dalam group Whatsapp/Facebook/Messenger tu, kalau rasa diri tu tak berapa aktif nak bangkitkan isu2 penting untuk dibincangkan, tolonglah aktif bila leader group mengharapkan respond daripada group members. Paling2 YA atau TAK pun takpe. Leader tu pun bukannya perfect. Dia cuma nak nampaklah yang group dia ni actually function. Tak payah nak silent reader sangat. Ingat malaikat?

3. COOPERATION (Kerjasama)
Asalnya, kita semua ni memang bahlul hundred percent. Memang tak tahu apa2. Tapi tak bermakna kita tak boleh. Bila tugas dibahagi-bahagikan, tak payahlah gedik sangat tak nak yang tu tak nak yang ni. Dah lah tak nak. Lepas tu tak reti nak decide tugas sendiri. Presentation sembang2 pun nak tarik muncung itik. Presentation je. Sembang je apa yang mampu. Yang penting mulut tu function. Jangan nak merengek je macam belum baligh.

4. BE A LEADER WHEN YOU ARE NOT!
Hawau lah kalau semua benda nak campak kat leader! Leader pun ada masa turun naik dia. In case leader absent, tak salah kalau a group member take incharge. Kalau semua take incharge lebih memakmurkan. Jangan jadi macam kambing tak ada pengembala. Berkerumun sambil mengembik je reti. Pandai2 lah bawa diri. Everyone is a leader. Trust me!

5. COMFORTING (Meringankan Beban)
As a group member, janganlah biarkan leader tu terkontang-kanting seorang diri uruskan final touch. Even kalau rasa diri tu tak tahu nak buat apa, macam mana, at least temanlah leader tu. Contohnya, bila leader Whatsapp something tengah2 malam tu bermaksud ada lah yang tak kena. Sama ada final touch tu ada kurang dan salahnya. Atau leader tu yang on critical pressure. Jadi tolong, TOLONG jangan buat don't mind, don't care, don't know dengan leader atau group member yang sedang struggle ni. Temanlah dia. Even setakat tekan2 on keyboard "Do you need help?" atau send emoji untuk cheer dia. It's helping! Believe me.

Okey. Rasanya lima tu pun dah okey untuk dipraktikkan. Obviously, Farahin tak rujuk mana2 buku atau tips. It's my doing. I did. I felt. I share. Farahin pun bukannya hundred percent the best group member. Tapi Farahin memang amalkan benda ni. Ingat! Dia tu manusia. Dia tu kawan. Dia tu orang yang akan share graduation stage dengan kita nanti. Tak salah malah lebih baik kalau kita saling membantu. Kecil, sedikit pun tak apa.

Till then, thank you for your time!
Goodnight. Bubye. =)








If you cannot spread LOVE, don't spread HATE.




READ MORE

Birthday Giveaway November

Posted by ELFarahin | On November 13, 2017 | | No comments:
Assalamualaikum...
Hello, peeps! Jom JOIN giveaway ni.
Farahin pun dah lama tak layan giveaway ni.
Jom jom! Due date lambat lagi.
Syarat mudah2 belaka.
Hadiah pun menarik. muehehehehe

Anyway, tuan blog tanya...
macam mana Farahin jumpa giveaway ni?

Hmm. Jodoh kot? Petang2 ni jalan2 tengok blog orang.
Eh! Jumpa pula giveaway ni kat blog tuan blog sendiri. Hehe

Ini bukti Farahin dah memenuhi terma & syarat untuk JOIN giveaway ni.







Tak lupa juga, nak calling2 kawan2 blogger ni juga
untuk JOIN giveaway Blogger Nabila Syifa ni.

Okey, done!
Farahin dah JOIN!
Korang bila lagi? hehe





READ MORE

Introvert Switch On

Posted by ELFarahin | On November 13, 2017 | | No comments:
Assalamualaikum...
Image result for anime girl lonely gif
Hello, peeps! Wah wah wah tajuk hari ni. Haha
Introvert? Yes, me! Switch On?? Hihi
Ni yang nak cerita ni.

Lunch tadi like usual,
Farahin The Lone Ranger lunch sorang2 kat kafe.
Pilih meja paling belakang paling hujung sekali.
Sebab kat situ ada kipas. Hahahaha
Tertutup dan senyap tu tak payah mention kot.
Nampak meja kat sebelah tu ada beg.
Ada orang lah tu kan.

Lepas Farahin ambil makanan semua,
back to my seat...ops!
Lelaki rupanya yang duduk kat meja sebelah tu.
Tak apa. Biarkan dia makan dengan sudu dan garpunya.
Kite makan cara kite. Bismillah. Tangan kanan. Haha

Well like mentioned,
Farahin ni introvert. Semua pasti tahu apa itu introvert.
Kalau tak, boleh rujuk Google Ahjussi.
Pak cik tu makin tua makin berguna. Hahaha
So in that situation, 2 meja dalam satu ruang,
2 orang duduk di tempat masing-masing, senyap dan tertutup...
Aipp! Korang bayang apa tu? Haha

So in that kind situation,
terdetik di fikiran.
Jodoh siapalah yang makan sorang2 ni?
Dia ni Lone Ranger juga ke?
Sotset2 dari tadi, selsema mamat ni. Ke resdung?
Swicth On! That's how I'm speaking to my surrounding.

Some typical thought mungkin beranggapan Farahin ni masuk air.
But a big NO. It was just a moment yang Farahin rasa kinda rare.
The silent. The weak awkwardness yang mungkin Farahin je rasa.
When Farahin tak toleh lagsung ke kiri where he sat
dan cuma pandang ke kanan ke luar tingkap and had a taste of the moment.

Look, this is life.
Kadang2 kita ditempatkan dalam satu ruang
dengan orang yang kita tak pernah jumpa dan kenal.
Tapi masing2 ada cara dan pilihan sendiri.
A sip of life yang Allah beri
untuk kita dan dia rasa pada ketika itu.
Very little but actually amazing
kalau kita berhenti menghitung detik yang seterusnya.
Forget about yesterday. No worry about later.
But feel the moment.

So, yeah. Farahin ada cara sendiri untuk melihat dunia.
I feel great about it. Sometimes.
Otherwise, sometimes it did make me worrying myself.
Apapun, love hate is real.
Sometimes I hate myself very much.
Sometimes where at most, I LOVE ME THE MOST.
Till then, bubye =)







We share the moment with different fates.
See you again.




READ MORE

Dah Tak Sunyi Lagi

Posted by ELFarahin | On November 12, 2017 | | No comments:
Assalamualaikum..
Image result for super junior play photoshoot gif
Hello, peeps! Dah nak tidur ke? Hehe
Eh eh! Dengar tak? Dengar kan?
Akhirnya, setelah sekian lama Super Junior.ᴱᴺᵀ sunyi tanpa lagu.
Sekarang dah ada lagu. Haha

Anyway, tu album latest Super Junior.
Album yang kelapan. We(ELF) called it 8Jib.
Tajuk album kali ni ialah PLAY.
Baru je seminggu released.
Bagi yang tak pernah taste lagu2 Super Junior,
boleh search One More Chance dan Black Suit for the latest.

Dah masuk tahun 3 sebagai mahasiswa
jurusan sains komputer major in graphics,
dah makin pandai baca bahasa2 komputer ni.
Tu yang passed letak lagu dalam Super Junior.ᴱᴺᵀ ni.
Tu pun refered sikit dekat SINI. Hihi

Tapi pandai pun tak lah pandai sangat. Masih belajar.
Tapi sampai bila nak main copy paste je kan.
Nak juga faham apa makna code tu semua.
Jadi kenalah belajar.

Till then, hope you enjoy the song!
Kalau mood tak ada nak layan lagu2 tu,
boleh cuit gambar kat sidebar ELFarahin tu.
Feel free to pause =)









Happy Belated 12 Years SUPER JUNIOR!
Happy 6 Years ELF to me too! d(6v6)b





READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin