Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Now, What?

Posted by ELFarahin | On November 27, 2013 | | 1 comment:
Assalamualaikum...
NOW, WHAT?
At last, SPM for sains tulen TAMAT!
Esok plan hendak pergi berjimba dengan buddyz.
Then, what? Kerja?
Berniat juga.
But before that, Farahin hendak ambil lesen menunggang kuda motosikal dulu.
Think about ambil lesen, rasa gigil lah pula. Huhu
Ahhh, jinjja! Farahin still tak ready nak keluar dari tempurung hidup.
Rasa macam tak percaya yang Farahin tak akan ke sekolah lagi.
And I need to do something...like...orang dah besar? Err
Entahlah.
Aznie going to go for work katanya this sunday.
Selamat berkerja, kawan!
Okeylah. Done here.
Almost sebulan Farahin tak conteng blog kan?
Ini pun untuk ada-ada saja.
As a prove that I'm still here as a blogger.
Oh Oh! Now bolehlah Farahin dating dengan Yesung oppa 24 jam.
Like KFC and 7-E. Huh?
Hihi. Jangan jeles.
Kau ada? Haha
Bubye!



p/s: All the best for students that still on battle!



READ MORE

Pertemuan Yang Singkat

Posted by ELFarahin | On October 27, 2013 | | 2 comments:
Aku baru sahaja hendak terlena di atas batu konkrit yang kasar dan lembap ketika seorang pelajar perempuan berpakaian sukan cuba mendekatiku. Aku bingkas bangun dan mahu melarikan diri. Aku berasa takut dengan kehadiran makhluk asing itu. Aku takut andai pelajar perempuan itu berniat untuk menganiaya atau berbuat jahat terhadap aku.

Pelajar perempuan itu semakin menghampiri aku sambil tangannya dipanjangkan ke hadapan hendak mencapai tubuhku. Aku menjadi panik dan bertambah takut. Kalau boleh aku mahu mengambil langkah seribu daripada pelajar perempuan itu tetapi entah kenapa kakiku menjadi kaku secara tiba-tiba.

Aku mengiau garang sambil pelajar perempuan itu kian hampir denganku. Pelajar perempuan itu seolah-olah tidak berasa terancam dengan ngiauan aku yang umpama ngauman si belang dan dengan selambanya menyentuh tubuhku. Dengan perlahan-lahan, tapak tangannya yang hangat dan lemabap itu mengusap-ngusap buluku yang telah tua.

Daripada berasa takut, aku cuba menyesuaikan diri dengan pelajar perempuan itu. Pelajar perempuan itu mengambil tempat di atas konkrit tempat aku hendak tidur tadi. Dia membelai-belai kepala dan tubuhku. Tanpa disedari aku, aku mula berasa selesa diperlakukan sedemikian oleh pelajar perempuan itu.

Aku melihat pelajar perempuan itu asyik tersenyum ke arah aku. Ternyata dia seorang manusia yang mudah mesra dengan haiwan. Dia bercakap-cakap dengan aku seolah-olah tiada bezanya di antara aku dengan dia. Adakala dia mengajuk ngiauan aku dan terketawa kecil. Dalam waktu yang singkat, kami menjadi mesra.

Aku berjalan mengelilingi pelajar perempuan itu sambil menggeselkan badanku pada kakinya. Aku mencium-cium tangannya dengan harapan dia tidak akan berhenti mengusap-usap kepalanya. Aku mahu terus dimanjakan olehnya.

Tidak lama kemudian, pelajar perempuan itu bangun dan mahu pergi. Aku berasa susah hati. Adakah pelajar perempuan itu mahu meninggalkan aku? Aku mengiau-ngiau menunjukkan kepiluan yang kian bertempel di benakku. Pelajar perempuan itu menoleh ke arah aku dan memberi isyarat tangan agar aku mengikutnya dari belakang. Tanpa berlengah-lengah lagi, aku segera mengekori pelajar perempuan.

Selepas itu, tiba-tiba pelajar perempuan itu memanjat tembok lalu duduk di atas tembok itu. MashaAllah! Tembok itu terlalu tinggi bagiku. Bolehkah aku memanjatnya dengan mudah semudah yang dilakukan oleh perlajar perempuan itu?

Pelajar perempuan itu menepuk-nepuk tembok yang telah menjadi tempat duduknya sambil mengajak aku supaya duduk di sebelahnya. Aku mengiau beberapa kali dengan harapan moga pelajar perempuan itu mengerti bahawa tembok itu amat sukar untuk aku memanjatnya. Namun setelah melihat senyum dan ajakannya, aku cuba menggagahkan diri untuk melompat dan memanjat tembok itu. Akhirnya, aku berjaya!

Pelajar perempuan itu kembali mengusap-usap tubuhku. Aku melihat tangan dan pakaiannya sudah penuh dengan bulu-bulu aku yang tua dan mudah gugur itu. Sungguhpun begitu, pelajar perempuan itu tidak menunjukkan rasa rimas walaupun dia berkeadaan begitu.

Berada di atas tembok yang lima kali tingginya daripada aku menjadikan aku berasa sedikit gayat dan pening. Oleh sebab itu, aku melompat dari tembok itu dan menjatuhkan diri ke atas tanah. Aku mendongak memandang ke arah pelajar perempuan itu. Tidak gayatkah dia berada di atas sana?

Aku berasa kurang seronok berada di bawah sedang pelajar perempuan itu masih di atas sana. Ini disebabkan aku tidak dapat belaian daripada pelajar perempuan itu. Oleh itu, aku cuba untuk memanjat tembok itu semula tetapi gagal. Akhirnya, aku mengalah dan sekadar berkeliaran di bawah.

Aku menuju ke arah pagar hitam yang berada dekat dengan tembok tempat pelajar perempuan itu sedang duduk. Aku melihat pagar itu berkunci. Mungkin disebabkan hari ini merupakan hari Sabtu jadi pagar itu berkunci. Padanlah pelajar perempuan itu memanjat tembok daripada keluar melalui pagar.

Aku menoleh ke arah pelajar perempuan itu beberapa kali. Aku mahu kembali masuk ke dalam kawasan sekolah tetapi aku berasa berat hati untuk meninggalkan pelajar perempuan itu. Dia pun nampaknya asyik memerhatikan aku.

Tiba-tiba muncul sebuah motosikal ditunggang oleh seorang lelaki manusia dewasa. Pelajar perempuan itu melompat turun dari tembok dan menuju ke arah lelaki itu. Pelajar perempuan itu menoleh ke arah aku beberapa kali. Aku juga berbuat hal yang sama. Entah kenapa hati aku berasa pilu secara tiba-tiba. Aku pasti pelajar perempuan itu merasakan hal yang sama.

Akhirnya, pelajar perempuan itu menaiki motosikal itu lalu dibawa pergi oleh lelaki itu. Aku ditinggalkan begitu sahaja. Padanlah dengan diriku si kucing buangan. Mana-mana manusia pun tidak akan betah dengan aku. Aku cuma makhluk kotor yang berkeliaran di atas bumiNya.

Walaupun begitu, aku pasti pelajar perempuan itu berbeza daripada yang lainnya. Dia tidak memandang aku hanya dengan sebelah mata sebaliknya dengan mata hatinya.

Dalam pertemuan yang singkat itu, aku dapat melihat matanya penuh dengan kepiluan dan rasa rindu. Barangkali dia pernah kehilangan makhluk seperti aku. Sepertimana aku yang telah kehilangan tempat bergantung melainkan hanya kepadaNya.


Moga awak bertemu dengan insan yang lebih baik dan lebih menyayangi awak. Yang pasti takkan ada insan yang menyayangi awak seperti saya ♥(ºᴥº)♥


READ MORE

Mimpi Yang Paling Aneh Lagi Ngeri

Posted by ELFarahin | On October 25, 2013 | | 5 comments:
Assalamualaikum...
MIMPI YANG PALING ANEH LAGI NGERI.
Haih. Mimpi apalah yang Farahin merepekkan ni agaknya?
Nak tahu? Kenalah continue reading. Hehe

Buat julung kalinya, Farahin dapat mimpi yang macam ni.
Mimpi ni lebih aneh dan ngeri daripada mimpi syaitan or hantu.
Farahin pun tak terfikir untuk mimpikan benda yang macam ni.
Mimpi apa yang Farahin maksudkan?

Farahin mimpi Farahin pregnant 3 bulan semalam.
WHAT?! Siapa tak terkejut beb.
Kecik-kecik *7-teen* dah mimpi benda macam ni.
Mimpi tu siap ada my husband lagi. Pfft!
Betul. Tak tipu.

Dalam mimpi tu Farahin on the way nak ke rumah mak cik.
Hubby yang bawa kereta.
Farahin pula duduk diam-diam kat sebelah
dengan perut yang bulat comel tu. Huhu
Actually, Farahin rasa cuak naik kereta.
Takut kalau ada apa-apa buruk jadi kat kami especially our baby.
Sampai rumah mak cik, celoteh sana sini.
Masa balik, mak cik sibuk nak hantarkan Farahin.
Hubby balik naik kereta sorang-sorang. Farahin dengan mak cik.
Mak cik drive laju giler nak mampus.
Farahin jadi takut. Takut kalau apa-apa akan terjadi to my baby.
Farahin jerit kuat-kuat dalam kereta mak cik.
"Abang! Abang! Abang!" Gaya macam orang nak beranak. Haha
Lastly, mak cik berhentikan kereta and Farahin exchange kereta.
Naik dengan hubby lagi bagus.
Till then, mimpi Farahin pun berakhir.

At first, masa tersedar Farahin tak ingat pun pasal mimpi ni.
Tapi masa kat sekolah time subjek agama tiba-tiba teringat pula.
Lepas tu Farahin mula tersenyum-senyum, tergelak-gelak sendiri.
How can I've that kind of dream? Selisih.

Tahu tak kenapa Farahin takut
kalau ada apa-apa jadi to my baby dalam mimpi tu?
Sebab tu my first baby. Haha
First baby means first time pregnant lah kan.
Mengarut betul.

Tapi kan Farahin tak nampak vision my hubby.
Farahin dengar suara dia tapi muka dia Farahin tak nampak pun.
Nasib baik tak nampak and bukan Yesung oppa hubby Farahin tu.
Kalau tak memang tak bangunlah Farahin dari mimpi tu. Kekeke
Gatal!

Sampai sekarang Farahin still rasa geli hati pasal mimpi ni. Hahaha
Farahin cerita kat member. Dia cakap...
"Tak lama lagilah tu. Dah dekat" Dia maksudkan my jodoh(suami).
Farahin balas, "Eh! Janganlah. Not ready yet" huhu

Apapun, benda-benda macam ni memang di luar fikiran Farahin.
Mungkin ada hikmahnya.
Mungkin Allah SWT nak suburkan balik hati Farahin.
Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

Kalau tak yakin pada diri sendiri, yakinlah kepada Allah SWT.
Dia akan buat kita yakin pada diri sendiri.

p/s: SPM Countdown start! 2 weeks left...


Jom JOIN segmen INI
READ MORE

No Class!

Posted by ELFarahin | On October 10, 2013 | | 2 comments:
Assalamualaikum...
NO CLASS! That's the title today.
As I would like to mention here w/o meaning to show off,
my class is well-known as first class.
Yep! We're Science 5-1 which the teachers thought we're intelligent bla bla bla...
But in fact! All students are just same. Am I right?
Good or Not Good, it is not our duty to say about it.

I'm not even a very good student.
Sometimes make mistakes with propose or w/o propose.
Just like the other students!
We're naughty and sometimes went bad also.

But to be in this first class,
even some people love to talk the good about us,
I still feel that this class is not under the bless. Why?
Damn! The students are intelligent but idiots! Not all.
They hurt the teachers heart.
Complained that and that...bla bla bla
And yet, everyone have to face the shame!
Kerana setitik nila, rosak susu belanga.

I'm very much shame to be in the class that seem like have no bless at all!
To be straight, the chinese students they think that they're so damn good at everything!
Not all of them thinks in that way.
But who thinks in that way, you're such shit!
You dares to complain almost all the teachers that teaching us.
What? Do you think we're in parliament to complain that and that about the teachers?
Dude! If you hate them, then just quit and out from the school!
Then go to other school you bitches!

I don't know why they have this kind of brain,
they're clever, good in academic, always get flying colour,
but yet...they behave like...grrr...
Why the first class students act like have no class at all?! Ergh!

For me, the teachers are so damn good during teaching us including our Physics teacher.
I always say that it's hard for me to understand and love Physics
because of the way the teacher teach us,
actually she's good! She's a GC. The other schools ever invited her for seminars.
It's only about my brain which too slow, too hard to understand the subject.

Today, our English teacher went mad again!
This all because of the bitches!
Why you've to complained about her
while she's the greatest English teacher as I ever met.

In my opinion,
if you want to complain about people who teach you,
you should do it soon in the university,
complain the lecturers who is not Malaysian.
Yes! Because they know nothing about our cultures.

But now,
the teachers are Malays, Indians, Malaysians and they're so damn good,
they never mind at our differences also,
they treat us all the same, fair and square.

Yes! Malaysia practice 'free voice' but there still the limits!
Do you know what I'm thinking now?
Are you communists??

Kalau cikgu bodoh, takkan ada 'cikgu' pada namanya.

Kalau pelajar bodoh...



READ MORE

Young Vet!

Posted by ELFarahin | On October 07, 2013 | | 1 comment:
Assalamualaikum...
YOUNG VET!
Yosh! I'm back posting some stories of my life. Huhu
Hari ni, during kelas Biologi kelas Farahin ada buat eksperimen on frog.
Yep! Makhluk hijau yang lembab-lembab macam tisu baby tu. Kyeopta!
Sepatutnya, each group kena ada katak sendiri
but Farahin tak ada rezeki nak kutip mana-mana katak.
Jadinya, datanglah sekolah dengan tangan kosong...
Tapi masa buat pembedahan,
Farahin dengan selambanya pandai-pandai bawa diri join group these boys!
Aip! Not me only. Aznie and Asminah also. Huhu
This boys group ada four boys. Tapi lagi dua takut and geli-geleman dengan katak.
So tinggallah dua orang je. Kudin and Fendi.

Fendi played his role as the main doctor. Hihi
Dialah yang kerat dada katak tu sampai nampaklah segala organ.
Farahin, Asminah anda Aznie cuma nurse tambahan je. Haha
But then, at last Farahin anda Aznie yang banyak menggodeh-godeh isi katak tu.
Cikgu suruh bedah badan je. Tapi kami bila dah puas tengok semuanya,
pandai-pandai pula bedah paha. Nothing punn..
Tak ada darah pun keluar.
Paha dia penuh dengan otot. Tulang macam rotan cikgu disiplin je. Haluss...haha
Fendi dok cakap sedih tengok katak tu.
Aip! Mana boleh cakap macam tu. Jatuh haram hukumnya.
Dah disiat-siat kulitnya, cakap kesian pula.
Farahin and Aznie pula....
"Kalau nak bunuh, bunuh biar betul-betul."
"Nak jadi jahat, biar sejahat firaun."
Haa...jahat tak kami? Huhu

Farahin memanglah ada hubungan sentimental dengan haiwan.
Farahin peramah dengan haiwan and yes! kami cepat mesra.
Tapi in this case,
orang kata...
jangan campur adukkan emosi dan kerja.
Tak menjadi nanti.
So, we've to focus!
Kerja tetap kerja.
Haa...macam tulah.
At last,
Farahin rasa happy sangat!
Teruja habis!
Ini adalah kelas Biologi yang paling best!


I was a Young Vet. today! Yay!
♥♂♪♣☺ Wish to be a Great Veterinarian someday! Amiin ♥♂♪♣☺



READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin