Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Apa Khabar

Posted by ELFarahin | On October 05, 2015 | | 3 comments:
Assalamualaikum...
Tadaimas!
Mood selfie melanda kembali. Haha.
Jangan pandang lama-lama.
Nanti jadi menyampah pula. Harap janganlah. hee

So tajuk post kali ni ialah "Apa Khabar".
Actually tak sure nak letak tajuk apa.
So taruh je lah ye. Huhu

So "Apa khabar Farahin di UMP?"
Alhamdulillah,, setakat ni masih tetap bertahan. hoho
Test dah mula minggu depan. Satu paper aje.
3 chapter. Bestnyer kalau dapat full mark! Amiin.

Mini project pun baru diberikan tajuk hari ni.
A report about Hard Disk Drive.
HDD external atau internal?
Haa...tajuk umum tu. Takkan tak faham2 lagi. Haha

Training JPAM ni entah bilalah nak mula.
Homework dah makin melambak ni.

Hobby mendalam Farahin kat sini
mengerjakan komputer and internet UMP.
Makmal bila2 boleh masuk dan guna komputer.
Internet pun berdezuppp lajunya.
Kerjanya download itu...ini...
Tengoknya nanti2 lah.
Kena siapkan semua homework dulu.
Baik tak? Hahahaha

Oh! Lupa nak cerita.
Sekarang dah mula ada krisis.
Actually krisis ni dah mula sebelum raya haji lagi.
Krisis lecturer merajuk dengan a student
tapi satu kelas kena tempias.
Setakat ni dua kelas dah cancel.
Lamanya dia merajuk.
Nak pujuk...bilalah diaorang nak pakat2 pergi pujuk.
Apalah nasib badan. hmm

Okeylah. Done here.
Sakit perut. Nak buat post pun macam tak best.
Gudnite. Bubye.
See you soon.









Kita dah ada diri kita. Tak perlu dicari. Tapi dibina.










READ MORE

Lencongan Duit Syiling

Posted by ELFarahin | On September 27, 2015 | | 3 comments:
Assalamualaikum...

Hello, peeps!
Farahin blogging lagi...
Tajuk malam ni Lencongan duit syiling. Haha
Apa punya tajuklah tu.

Jom singkap semula kisah semalam. Haa
Yesterday Farahin went shopping sakan
dengan my dear awex.
Yalah. Awex aje ada. Dah boyfren tak ada. Hoho

Then, ada moment tu lepas keluar dari Popular
Farahin terjatuhkan duit syiling. Sekeping aje.
Tapi dia bergolek tu melencong terus ikut corner.
Memang kelakar. Orang lalu-lalang pun tengok aje.
Farahin and my awex pun sama. Tengok aje.
Takkan nak kejarkan dah dia melencong jauh macam tu.
3 ke 4 saat juga kitorang berdiri aje tengok syiling tu bergolek.

Memang ni first experience.
Selalu duit syiling jatuh kan bergolek setempat aje.
Yang ni melencong kemain jauh. Bunyi kuat pula tu.
Padahal sekeping aje.
At last, ada amoi kecik ni ambilkan.
Baik kan? Tak racist.
Macam ni baru betul didik anak. Huhu

Adehhh....asal teringat aje mesti nak gelak.
Dulu2 selalu kitorang ada kes dengan longkang.
Korek aje post2 lama dalam blog ni. Mesti jumpa.
Apapun, memang best bila ada unexpected moment macam ni.
Moment macam ni yang paling kuat dan mudah untuk kita ingat.
Well, Farahin memang sukakan something rare and different.

So, itulah singkapan kisah semalam.
Esoknya will going back to UMP.
Gonna miss my dear awex ni.
Balik raya ni pun sebab homesick dengan dia.
Bunyi macam keji, kan?
Orang lain homesick dengan parents.
Tapi Farahin dengan awex.
Janganlah judge the book by it cover.
Nak buat macam mana.
Hati tak boleh tipu kan.
LoL...cakap apa ni...Hahaha

Okeylah. Gonna end my story here.
Eh! 12.30 a.m pagi dah.
Tidur jom! Bubye.
See you soon.





p/s: Rasa macam balik UMP nanti mesti kena tembak dengan Quiz/Test sume.













READ MORE

Love Comes Slow and It Goes So Fast

Posted by ELFarahin | On September 22, 2015 | | No comments:
Assalamualaikum...


Hello, peeps!
Hmm...tajuk malam ni macam serius je kan?
Panjang tu dah sah2 terang lagi jelas. Huhu

Love Comes Slow and It Goes So Fast.

Pernah dengar tak ayat tu kat mana2?
Mungkin korang pernah dengar tapi tak perasan.
Ni a part of lyric from my favourite song,
Let Her Go by Passenger.

Kalau dengar betul2 lagu ni
mesej yang nak disampaikan sangat mendalam kan?
Tak tahulah bagi korang dalam mana.
Tapi bagi Farahin dalamnya bikin sentap di hati.
Haa...gitu. Haha

So kisahnya Farahin akhir2 ni,
Since a week after Farahin masuk ke UMP,
Farahin ada dapat mesej sweet2 belaka from unknown.
Unknown tu dah tentunya lelaki.
Selamba je bahasakan diri dia abang. Tua sangat ke? Haha

Anyway, Farahin tak pernah reply mesej dia.
Missed call dia pun Farahin tak pernah nak balas.
Plus, dah 3 minggu phone tak ada kredit. Hahaha
Malas nak top up sebab bukan ramai sangat pun orang yang Farahin nak contact.
Biasanya in contact pun banyak via whatsapp since dah ada plan internet bulanan kan.


Dah dua minggu unknown tu tak missed call or mesej.
Suddenly, semalam dapat 1 missed call and 1 mesej.
Farahin ingat 2 minggu ni dia dah quit spamming.

Memang tertanya-tanya siapa unknown ni.
Sebaya ke since dia main macam budak2 camni?
Kalau senior, dah tentu matured2 belaka.
Study sampai botak. Hahaha
Tapi dia ni bazir kredit main2 macam ni.

However, Farahin tak rasa terganggu pun dengan mesej dia.
Setidak-tidaknya berbunyi juga Mr.Vovo tu.
Kalau tak sunyi sepanjang hari.
Kadang2 terfikir, buat apalah aku beli handphone ni? Huhu

Banyak tanggapan Farahin kepada unknown ni.
Serius ke dia ni crush dengan aku?
Ah! Main2 je ni. Tak matured langsung main2 macam ni.
Best juga dapat mesej camni since...yalah. Kite ni single. Haha

But then, Farahin teringat kepada lirik lagu tu.
Cinta datangnya lambat, perginya cepat.
Well...macamlah tak ada pengalaman kan.
Puppy Love dulu dah cukup masam masinnya.

So, don't be rush!
Yang Farahin patut rush sekarang is my study.
Nak ke extend 4 tahun tu? Mampuih tak mahu.
Cinta tu kemudian2 ya.
Kalau datangnya untuk memberi, kita terimalah.
Kalau datangnya untuk mengambil sesuatu, maka berwaspadalah.
Wah! Berpujangga sudah.

Okeylah. Done here.
Mengantuk dah ni since jadual siang tadi full habis.
Esok nak balik kluang dah! Yey
Pagi2 pula tu. Huhu

Bubye! Gudnite

















READ MORE

Freeware To Share

Posted by ELFarahin | On September 18, 2015 | | 1 comment:
Assalamualaikum...

Hai, semua!
Wah wah wah...makin kerap Farahin blogging ya. Haha
Sementara dapat blogging ni lah kite blogging kaw2.
Nanti bila dah busy giler2 dengan study,
agaknya nak taip link blog kat address box pun dah tak sempat.
Macamlah tak ada pengalaman kan.

So, the topic for tonight is Freeware To Share.
Rasanya korang dah tahu kan Freeware to apa.
Bloggers yang dah kamceng habis dengan dunia editting mesti dah tahu.
Kalau tak tahu, meh Farahin kasi define sikit.
Freeware tu singkatan bagi Free Software.
Haa...dah dapat gambarannya macam mana?

So, freeware apa yang nak di share tu ialah SINI.
Rajin malam ni chat2 dengan Google Ahjussi about photoshop dan sbg.
lalu terjumpalah Farahin websites tu.
Seems like software yang dikongsikan kat situ free2 belaka.
Yeah! Tinggal klik download aje.

Scroll scroll, nampaklak K-3D kat website tu.
Apa tu? Nampak macam ada kes sikit dengan animation dan seumpamanya.
Macam best aje. Jadi Farahin pun tak segan untuk download.
Lepas ni, pasti menggodeh sampai larut kasi sebati bagi diri.
Haa...macam tu. Huhu

Kisahnya malam ni rajin duk chat2 dengan Google Ahjussi
sebab Farahin ada tugas penting.
In a week, Farahin perlu design a poster.
Woahh...first year student dah mula design-designing bagai?
Taklah. Ni bukan assignment or what.
Ni tugas dari team yang Farahin baru aje officially jadi ajk hari ni
called Multimedia Team.
Yeah. Ceritanya MT ni ada kes bila kendalikan sesuatu program.
Ada part MT perlu handle slide, pa system, camera, poster and more.
Haa...dah nampak kan kehebatannya tu. Hihi

Okey. Done here.
Nak sambung chat2 dengan Google Ahjussi
sambil korek idea untuk buat poster tu.
Poster tu sempena Pertandingan Fotografi & Videografi
yang akan diadakan pada awal bulan depan.
Fuhh! Hopefully, Farahin dapat hasil kerja yang terbaik.
Berkobar-kobar nak tunjuk bakat ni.
Yalah...kite skill hampeh lagi.
Ada talent aje. Haha

Then, gudnite!
Bubye. See you soon.





p/s: Tak lama lagi cuti Raya Haji. Balik rumah! Haha








READ MORE

BCS1023

Posted by ELFarahin | On September 18, 2015 | | 2 comments:
Assalamualaikum...
Hai hai hai!
Rajin pula rasanya nak blogging malam-malam ni.
Esok kelas pack macam tak fikir aje kan. Haha

So tajuk diberi BCS 1023. Tahu kod apa tu?
Itu kod bagi subjek Programming Technique.
Budak komputer aje kenal dengan subjek ni. Huhu

So the thing is my lecturer names Ramiza Ramli
who teach us this subject already gave us a simple assignment.
Actually, more to exercise.

Soalannya, write pseudocode of square root of x
or draw the flowchart.
Pseudocode? Flowchart? Apa tu?
Dah cakap budak komputer aje tahu. Hihi
Simple giler soalan ni. Kalau ikut apa yang Farahin faham,
10 minit pun dah boleh siapkan.

Tapi...tapi...En.Ramiza ni kasi twist
apa yang Farahin dah study kat matrik johor dulu.
Usually kami guna, x=y^0.5 untuk cari square root of a number.
Tapi En.Ramiza ajar guna average.
Haa...termenung Farahin seminggu.
Tanya Google Ahjussi tiap-tiap hari.
Esoklah due date Farahin mesti submit exercise ni.
Barulah malam ni jumpa article yang guna
cara sama macam En.Ramiza ajar.
Nak tengok? KLIK.

Finally, siap juga exercise ni. Tadaa...

Tapi itu pun ada silap.
Kotak Print Y2 tu should dalam bentuk parallelogram.
Dah betulkan pun. Huhu


Okey. Cukuplah perkongsian kecil-kecilan untuk malam ni.
Mana yang bukan in study of computer science
mesti blur blur baca post ni.
Then try get interest in computer science.
Memang best! Huhu

Till then, gudnite!
Bubye. See you soon.








p/s: hopefully, Farahin takkan jemu dengan computer science. Inshaallah








READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin