Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

So Poetic Today

Posted by ELFarahin | On October 11, 2017 | | 2 comments:
Assalamualaikum...
Image result for sunrise image scene

Hello, peeps! I back again. Haha
Nak share sikit apa yang jadi hari ni.
So yeah, I am so poetic today.

Tengah hari tadi ada presentation.
And I didn't prepared anything for my speech.
Farahin sebut je la apa yang Farahin tahu and
apa yang Farahin conteng dekat slides yang Farahin buat. Haha

It was a presentation for a poem.
An assessment. For sure, have mark.
Farahin pilih poem with title
Still I Rise by Maya Angelou.

Firstly, of course Farahin tak tahu apa2 about this poet.
Even Farahin ni pun suka berpuisi at times,
but for sure I am not a bookworm. Hehe
So as I went through about her,
I at least knew some little things about her.
Either fact or fake, still an information.
Kind a new knowledge to me.

Jadi for this presentation we had to recite the poem.
So yeah. I did. Clearly. With cold feet.
And didn't expected,
my voice cracked as I reached at the second last stanza.
Almost cry but I didn't.
But still, it was quite epic to me. Haha
Never felt that way before just because reciting a poem.

Farahin rasa I really put my mind and soul masa baca poem tu.
I might not know all about Maya that she tried to convey in this poem.
But I knew how this poem really mean to me.
As I recited it line by line, stanza by stanza,
rasa macam semua pahit hidup Farahin was unfolded.
It was painful and wonderful at the same time.

Well, semua orang ada life experience masing2.
Mahu kecil atau besar.
And there were bitter things that happened to me
mungkin tak besar mana bagi orang lain
tapi besar bagi Farahin,

Those bitter things that happened,
sebenarnya betul2 ubah Farahin sepanjang 21 tahun ni.
It changed, how I look at the world.
It changed, how I look at people around me.
It changed, how I approach the others.
It changed, how I look at myself.
How should I educate 'her'.
It almost changed everything.

So I think I really take a like to this poem.
To end this 'so poetic' post,
here is the second last stanza
that pleaded for my tears today.
Thank you for your times, peeps =)

Out of the huts of history’s shame
I rise
Up from a past that’s rooted in pain
I rise
I'm a black ocean, leaping and wide,
Welling and swelling I bear in the tide.






READ MORE

Triggered

Posted by ELFarahin | On October 05, 2017 | | No comments:
Assalamualaikum...
Image result for lonely images

Hi, peeps! Long time not posting ha.
Well direct je dengan tajuk post hari ni.
Triggered. Yes. I was triggered.

Now Farahin dah masuk tahun 3.
Yup. Senior Year.
Lecturer banyak sentuh pasal alam pekerjaan.
Dah tak ada manja-manja or main suap-suap.
Again. I was triggered.

Farahin dah nampak jalan nak menuju ke alam pekerjaan tu.
Tapi Farahin still tak nampak apa yang ada kat depan sana.
Gelap dan buat seriau je.
Yes. My comfort zone was triggered.

Angan-angan yang previously macam hangat-hangat taik ayam
now macam ada bau hangit-hangit gitu.
Buat Farahin tak senang duduk.
Someone would say,
eloklah comfort zone tu triggered.
Kiranya masih ada harapan.
But i am not feeling really good here.

Talking about being professional
gave me emotional impact.
Farahin ragu-ragu dengan diri sendiri.
Somehow I feel like I have nothing to show off.
Yet I know I have something.

Bila Introvert asyik disebut-sebut
macam virus liar berjangkit oleh lecturer,
Farahin rasa a bit down.
Yes. I am an introvert.
Half of my life till today,
I was struggling to not
let my introvert side being show.
Yet tahulah ada masanya kita pun rasa penat.
Kadang-kadang kita rasa macam hipokrit.

But you know,
Farahin tak buat semua ni sebab desperate.
It just I want to teach myself something. Slowly.
But never expect that it would be very long.
Somehow, I am lost here.


how many lies, how many acts
that i have to keep, just to be in contact


READ MORE

Kelip-kelip

Posted by ELFarahin | On July 30, 2017 | | No comments:
Image result for fireflies blue

kelip-kelip malam munculnya diam-diam
bercahaya samar-samar namun terang
terpukau mata yang memandang
tersihir jiwa yang sumbang
sungguhpun malam tetap malam
langitnya hitam lagikan kelam
angin yang berbahasa dingin
luka tetap luka yang pedih
apalah sangat kelip-kelip malam
akhirnya hilang kala siang
sementara nafas masih berani
jantung masih berlari
yang semalam hanyalah diari
hari ini bukan kelip-kelip yang dinanti lagi
esok pasti akan datang mengganti
yang tetap ada di sini adalah diri ini


















READ MORE

Lelaki Enigma

Posted by ELFarahin | On July 16, 2017 | | No comments:
Assalamualaikum..
Image result for enigma images

Hello, peeps!
Haihh makin jarang Farahin buat post kan.
Tapi jangan risau I'll never quit blogging.
It's just life gets busier nowadyas.
Fuh Fuh! Tiup sikit habuk2 kat blog ni. Haha

So sekarang ni Farahin tengah sem break.
But still have event to attend.
Lepas seminggu beraya, balik semula ke ump ni.
Ada kursus sispa, apm. you know...baju biru tu. Haha

Dijadikan cerita kelas malam ni
melibatkan pengucapan awam atau omputihnye public speaking.
Kita orang diminta tulis sebuah tajuk di atas kertas
dan kertas tu digulung masuk dalam kotak cabutan.
Seorang pelajar akan cabut satu tajuk dan buat ucapan.

The thing is Farahin tak terfikir cabutan bertuah akan dilakukan.
Jadi Farahin sengaja tulis tajuk yang agak unik dan cheesy.
Ya. Tajuknya seperti tertera di atas. Lelaki Enigma.
Kesian kawan Farahin yang terpaksa ulas tajuk Farahin tu.
But she did great. Applause!

Lelaki Enigma. Apa yang kau orang fikir?
Ya. Seorang lelaki. Lagi?
Lelaki Enigma. Nama lain yang Farahin berikan
kepada seorang lelaki yang tercatit dalam sejarah.
Seorang lelaki British. Genius dan berpendidikan tinggi.
Sejarah meraikan sumbangan besarnya
ketika era Perang Dunia Kedua
di atas kejayaannya memecah kod tentera German
yang dicipta menggunakan satu mesin yang dipanggil Enigma.
Ya. Lelaki ini seorang saintis dan jurutera.
I mean, jurutera komputer.

His life was great ha?
But it got twisted selepas kejayaanya sempena Perang Dunia Kedua itu.
Selesai tugasnya, dia kembali kepada kehidupan biasa.
Seorang jurutera, pemikir dan pengkaji.
Lelaki ini tidak pernah alami kepayahan dunia sebenar.
Betapa gelap dan kejamnya dunia ini. Dia tidak tahu.
Sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki muda di kelab malam.
Mereka jadi makin rapat. Dikatakan hubungan mereka agak initm.
Ya. Bahasa kasarnya gay.

Tetapi lelaki muda itu mengambil kesempatan
dengan mencuri jam tangan pemberian ayahnya yang paling dia sayang.
Lelaki Engima ini melaporkannya kepada polis.
Tapi tahu tak apa yang polis buat?
Instead of menyiasat lelaki muda itu,
Lelaki Enigma ini ditangkap di atas tuduhan
berkaitan dengan seksualitinya.

Pada ketika itu kerajaan British menyatakan
kalau gay atau seumpamanya tidak layak bekerja
dengan/untuk negara mereka.
Ingat kan dia telah membuat sumbangan besar kepada negaranya?
Atas sebab seksualitinya seorang gay dia diragui dan dicerugai.
Polis memberikannya dua hukuman. Pilih salah satu.
Sama ada dia mahu dipenjarakan sepanjang hayat?
Atau dia diberikan rawatan ubatan
yang akan mengubah fizikal dan perlakuannya?

Lelaki Enigma ini memilih pilihan yang kedua.
Kajian menyatakan ubat yang diambil akan memandulkannya.
Dadanya mungkin mula membesar. Fizikalnya. Perilakunya. Mentalnya
Bakal berubah sepenuhnya. Lebih feminin.
Pada ketika itu ubat ini tidak semoden sekarang.
Ubat itu masih dalam kajian dan Lelaki Enigma ini seakan subjeknya.

Psikiatri yang merawat Lelaki Enigma ini dan juga seorang kawan
merekodkan bahawa ada perubahan pada Lelaki Enigma.
Seorang yang genius, pemikir, pengkaji,
Lelaki Engima seakan hilang semua kebolehannya.
Dia jadi pengeluh, putus asa dan dia mula bercerita tentang mati.
Psikiatri yang merawatnya berpendapat
mungkin ia disebabkan ubat yang diambilnya.

Dan Lelaki Enigma ditemukan mati dirumahnya
dan didapati menggantung dirinya sendiri.
Sejarah merekodkan pada ketika itu
umurnya baru sahaja 41 tahun.

Farahin dapat tahu pasal Lelaki Engima ni
dari sebuah dokumentati yang berjudul 'The Codebreaker'.
Asalnya, Farahin menontonnya sebab ia berkaitan dengan tokoh komputer.
Tapi akhirnya Farahin rasa tercucuk dengan kisah Lelaki Enigma ini.
Ya. Farahin menangis. 

Pedulikan sama ada kisah ini sekadar rekaan barat
ataupun memang benar.
Yang pasti pelajari pengajarannya.
Bagi Farahin meletakkan isu seksualiti dan kerjaya
di dalam satu mangkuk memang tak relevan.
Serupa macam meletakkan kalau Melayu itu pastinya Islam.
Sedangkan ada sahaja yang bukan Melayu itu juga Islam.

Jadi itu sahaja post kali ini.
Kalau ada silap tu tegur dengan baik.
Farahin bukannya berilmu sangat.
I just wrote with my heart.
How and What I felt.
Kalau tahu, siapa Lelaki Engima ini? cer teka. Haha
Till then, bubye jumpa lagi =)











Bagimu lakhnat, baginya khianat.
Bagimu nikmat, baginya musibat.









READ MORE

Dewasa

Posted by ELFarahin | On May 28, 2017 | | No comments:
Image result for sunrise

serasanya baru semalam
pagiku disapa satu rasa
sedang malamku dibuai rindu

seakannya baru sekejap
bahagia yang belum pernah ada
senyum yang menyimpan seribu kata
sedang hati bermadah lara

masanya tidak terhitung
namun angka usia kian dewasa
kisah dulu kisah lama
kisah kita di saat muda

kini dari jauh aku perhati
rentak hidupmu yang berinspirasi
langkahmu yang penuh berani
aku jadi iri

inilah lelaki
pernah dulu dia yang paling aku sayang
dan hari ini aku masih menjadi bayang
namun dengan hati yang matang













Salam Radaman ! Puasa taw jangan tak puasa =P













READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin