Telinga Panas

Assalamualaikum..
Hello, peeps!
Lama betul Farahin tak update blog.
Maklum, busy dengan study. Huhu
Malam ni ringan pula jari nak menaip.

Straight to the point,
Farahin tak puas hati ni!
Tak puas hati sebab apa?
Recently, Farahin ada join group ni.
Farahin tak lah kenal semua member. But we're good.

Sehinggalah Farahin terdengar the members asyik mengata seseorang ni.
Farahin tak ambil port pun even Farahin kenal orang yang disebut-sebut tu.
Farahin diam je. Tak menyampuk. Tak senyum pun.
Kalau senyum pun sinis je. Shortly, I got annoyed with this kind of attitude.

Farahin memang cuba elak daripada mengata orang.
Sesekali mulut ni pun terlanjur juga, but then sampai situ je lah.
Tak ada hari ni mengata orang ni, esok sambung lagi, lagi lagi lagi.
Memang Farahin cuba elakkan. Sendiri mulut, sendiri jagalah kan.

But this group, the members....macam makin kerap pula mengata.
Sampai panas telinga Farahin ni mendengar. Serius k.
Memang rasa panas. Bukan nak kata suhu badan naik ke apa.
But really felt like telinga panas je.

At last, Farahin keluar dari group tu and duduk jauh2.
Buatlah apa pun. Konon haus, minum air ke. Main game.
Sumbat telinga dengan earphone then dengar lagu kuat2.
Sambil tu, Farahin berfikir.

Apalah gunanya mengata orang?
Puas hati ke? Makin panas ada lah kan.
Kurang ke rasa benci tu? Makin parah je kan.
Dosa pun bertambah.
Then, orang yang memang tak nak ambil port macam Farahin ni
terpaksa menahan rasa serba salah sebab tak buat apa-apa.
Di akhirat nanti pula, Farahin lah saksi kepada apa yang mereka ni katakan.
So kepada awak2 yang rasa2 kerap mengata orang tu,
fikir-fikirkan lah.

Bila kita suka kat seseorang,
boleh pula kepada pendam perap jadi pekasam dalam hati tu.
Jadi kenapa tak bila kita benci kat seseorang?
Jangan keji seseorang tu macam dia tak ada langsung kebaikan dalam diri dia.
Sedangkan najis mughalazah pun boleh disucikan.
Kain buruk yang lusuh koyak rabak tu pun,
masih boleh diguna sebagai kain pengelap.
Orang kata bentuk petak menggambarkan personaliti
seseorang yang suka memandang dari pelbagai sudut.
Pelbagai ke? Sudut petak ada 4 je.

Kalau Farahin, jadikan bentuk bulatan tu sebagai contoh.
Pandang sesuatu dalam sudut 360 darjah.
Tiada mula. Tiada akhir. Tiada had.
Perhati dan nilai sendiri.
Yang buruk biar. Yang baik tu simpan.
Pengemis yang tak berpelajaran pun tahu
buang bahagian roti yang sudah berkulat dan cuma makan bahagian yang masih elok.
So kita yang sok kaya ilmu ni?
Kalau mata tu dah tak dapat nak buka besar2,
hati tu dah tertutup beku,
buka minda tu luas2.
Astaghfirullahalaziim.

Hmm...sampai sini je lah ye.
Ni nasihat tahu. Hihi
Bubye. Nitez =)



Something GOOD not always GOOD.
Something BAD not always BAD.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...