Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Boundary

Posted by ELFarahin | On January 11, 2022 | |

Assalamualaikum...

Haluuu~ Apa khabar awak semua? Lama tak jumpa. Lama Farahin menghilang. Tapi kan dah janji. Mesti comeback punya. Tak ke manalah. Tersangkut dan tersekat dengan hidup je ni. Ada je ni. Semua sihat ke tu? Harap semuanya sihat dan baik-baik saja ya. Farahin? Alhamdulillah sihat. Dan moganya bertambah sihat. Hehe

Hmm click bait tak title tu? Walaupun cuma sepatah kan haha. Tersangkut juga tu duk ikhtiar nak bagi title apa. Haa bubuh je la gitu. Boudary. Kenapa "Boundary" ? Sebab sharing Farahin kali ni ada kaitan dengannya. Eh ya ke? Yalah kot? Teruskan membaca okey. Next!

Last week ada junior merangkap kawan masa kat universiti dulu reply status Whatsapp Farahin. Dari reply dia, jadilah berjela kitorang chatting. Dia ada mengadu hal emosi dan diri dia dekat Farahin. Farahin pun macam biasa, open heart, open mind, open hand je bila orang nak open up dengan Farahin. Alhamdulillah juga waktu tu Farahin ada tenaga yang cukup untuk support dan sayang orang.

Ada beberapa perkara yang Farahin nak highlight dari chat kitorang. Pertamanya ialah reply dia kat status Farahin. Dia tanya macam mana Farahin boleh share and write my thoughts publicly? Kalau dia, dia takut orang pandang buruk dekat dia. Salah satu reply Farahin kat dia ialah, "Kita tak boleh kawal pasal orang pandang buruk dekat kita. Tapi kita boleh pandang baik dekat orang." This mindset I have is an example of boundary.

Farahin biasa ingatkan diri yang ada hal dalam dunia ni di luar kawalan dan kuasa kita. Berbalik kepada reply Farahin tadi tu. Farahin memang tak ada kuasa nak kawal sesiapa yang pandang buruk dekat Farahin. Tapi Farahin boleh kawal pandangan Farahin terhadap orang. Tak semua orang jahat. Kalau aku boleh pandang baik dekat orang, begitu juga pandangan orang dekat aku. Tak semua orang pandang buruk dekat aku. Walaupun setiap individu itu unik, tak mustahil yang kita ada persamaan yang kecil-kecil. Jadi apa-apa Farahin fikir, rasa, atau tulis, mustahil tak ada sesiapa dapat faham atau nak tahu.

Farahin ada dapat beberapa feedbacks dari kawan-kawan di Instagram sebelum ni. Mereka suka apa yang Farahin tulis dan kongsikan dekat story. Mereka baca apa yang Farahin kongsikan. Ada yang beritahu mereka rasa kurang keseorangan bila thoughts yang Farahin kongsikan similar dengan mereka. This made me understood better yang ada orang tak dapat luahkan thoughts and feelings mereka sejelas Farahin. Ada yang tak dapat atau tak mampu berkongsi dengan sesiapapun. Farahin syukur dan lega bila perkongsian Farahin sedikit membantu. Walaupun taklah membantu sangat hihi. Apapun, Farahin rasa lebih selesa untuk menulis bila dapat feebacks macam ni. Insecurity tu berkurangan sedikit.

Okey. Patah balik pada chat Farahin dengan junior Farahin tu. Satu lagi hal dia adukan dekat Farahin ialah dia rasa diri dia jahat bila dia nak luahkan perasaan dia kat diari. Reply Farahin seakan begini, "Tak jahat pun. Tak ada sakitkan hati atau cederakan sesiapapun. Awak cuma berlaku jujur dengan diri sendiri. Kalau biasanya cuma pendam rasa dalam hati, kali ni dipindahkan dalam bentuk peulisan. Tak jahat pun."

Duk mention diari, rindu pula dekat diari. Farahin dah lama tak tulis diari. Nampak tak betapa tersekat dan tersngkutnya beta dengan kehidupan. Ish ish ish. Apapun, menulis diari dan berlaku jujur dengan diri sendiri itu tak jahat ya awak semua. Also, dah lumrah kita manusia ada insecurity dengan pandangan orang, jadi kita juga perlu kurangkan pandang buruk dengan diri sendiri. Tulislah mengikut bahasa sendiri. Ya. Ada orang menulisnya ringkas saja. Ada orang menulisnya macam Farahin ni haa letih bermuka-muka haha. Tapi apapun ia, Farahin sokong tindakan menulis ini. Kita tak cederakan sesiapapun. Termasuklah diri sendiri. Tak gitu?

Now bila pandang balik, Farahin mula kenal dan praktis Boundary sejak Farahin mula paksa kenal dengan sakit mental Farahin ni. Tahun pertama je paksa kenal. Sekarang dah masuk tahun keempat, memang dah buat member pun. Banyak Farahin paksa belajar dari dia. Banyak yang hilang dan banyak juga yang Farahin peroleh (yang baik) disebabkan dia. Boundary ni sempadan dan had diri. Lebih jelas dan kukuh boundary, lebih selesa kita rasa dengan diri sendiri. Farahin? Still working on it leh. Goyah dia masih buat gayat and pening. Doakanlah ya hiks

Ohooiiihooiiii. Panjang weh. Walaupun menulis dengan rasa kekok sebab memang dah lama sangat tak menulis, hasilnya tetap begini haha. Seriuslah korang habiskan baca ni? Terima kasih tau. Terima kasih sangat. Lagi sweet kalau bagi kite komen ehek. Okeylah. Farahin tutup post kali ni dekat sini ya. Jumpa lagi in next post. Iyaaaa jangan risau. Farahin takkan biar blog ni sunyi berhantu. Konfem comeback punya. Assalamualaikum. Jumpa lagi. Bye bye. Love you.




Happy New Year 2022 ! Gong Xi Fa Cai ! Aummm hahahaha







3 comments:

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin