Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

TRAUMA

Posted by ELFarahin | On December 23, 2011 | | No comments:
Image result for alone images city night
Masa silam telah membuat saya trauma.Luka di hati yang lalu,buat saya trauma tentang luka.Luka di hati tak dapat dilihat.Tetapi dapat dirasa.Kepedihannya...keperitannya...
bolehkah dijelaskan?adakah yang akan memahami?Saya sangat takut akan namanya luka.

Ini mungkin melucukan.Malah saya juga berfikir begitu.Ayah saya dah banyak kali ajak saya supaya belajar menunggang motor.Ya.Saya berminat.Tapi bila saya terbayang akan luka,saya cuma mampu memejamkan mata dengan rapat.Mengetap bibir ketakutan.Hati kecut,menyakitkan.Saya bukan cuma trauma akan luka di hati.Tetapi juga luka di tubuh saya sendiri.

Kalau luka di hati dah tak buat saya tak tertangis akan kesakitannya,macam mana pula kalau luka yang nyata.Saya tak tahu kenapa saya begini.Kenapa tentang luka selalu menghantui saya.Luka buat saya cemas.Resah tak tentu pasal.Macam sekarang.Saya menaip sambil berkerut dahi.Dengan hati yang bimbang.Seperti nasib malang akan menimpa saya tak lama lagi.Saya sangat takut pada luka.Saya tak takut darah,tapi saya takut akan luka.Kesakitannya.Kepedihannya.Keperitannya.Semua itu buat saya menggigil satu badan.Saya tak sangka,luka di hati mampu beri impak yang dalam terhadap diri saya.Saya takut akan luka.Saya takut akan dilukai.Saya takut akan terluka.Saya takut akan melukai.

Segala tentang luka buat saya trauma.Rasa dunia ni gelap.Rasa diri ini cuma sendirian dan terus dihantui bayangan misteri.Terasa hati ini sangat sempit dan tak keruan.Luka...bolehkah saya hindari luka?Bolehkah saya mengelak dari luka?Tolonglah....lindungi saya...








READ MORE

Kias & Madah

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 | | No comments:
Image result for girl railway images
Hatiku tidak berbisik dalam tika yang lama,
Aku tidak dapat mentafsir bisunya ia,
Aku tidak dapat mendengar desis suaranya,
Mengapa?


Mungkin kerana tiada engkau,

Sudah bertahun engkau menjadi punca,
Dan kini cuba ku hapus...
Lalu madah-madah itu ikut melupus jua.
Begitukah?


Tak mengapalah aku kehilangan

kiasan dan madah-madah itu,
Esok atau lusa atau bila-bila,
pasti akan ada yang datang bersama mereka,
kiasan dan madah-madah itu akan kembali,


Mereka tidak ke mana,

Masih di sini...
Tersorok tersisip di celahan hati yang kosong,
Aku cuma perlu menyusunnya menjadi patah berkata,
Sukarnya...
Bezanya...
patahan kata-kata itu hadirnya tanpa sebuah cinta
seperti dulu....


Tidak mengapa...

Mulai saat ini....
aku harus belajar berkias madah tanpa cinta,
harus belajar hidup tanpa mencinta engkau,
harus jua belajar mengawal cinta,
bukan lagi dikawal dek cinta yang memperhamba.













READ MORE

Mahunya Aku

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 | | No comments:
Image result for girl alone images
Aku mahu memadamkan kepahitan silam,
Hilangkan pahit itu dan sadurkannya dengan kemanisan kenangan,

Aku mahu menitik noktahkan sebuah cerita,
Memulakan pendahuluan yang baru di buku yang baru,

Aku mahu membasuh luka memulih cela,
Mahu menggantikan hati merah yang segar warnanya,

Aku mahu menginjak tanah dan hakikat,
Menghapus angan-angan yang sekadar menjunam,

Aku mahu menjadi yang bahagia dan gembira,
Bukan sedih melara sepanjang usia,

Aku mahu berimpian indah belaka,
Bukan fantasi yang asyik menggores luka,

Aku mahu miliki sebenarnya cinta,
Bukan dimiliki cinta yang konon benar nampaknya,

Aku mahu kental indah berjiwa,
Bukan terjelupuk jatuh ditimpa hampa,

Aku mahu terus berbahagia,
Bukan mencari bahaya yang sia-sia,

Aku mahu berhenti mencintai dia,
Itu bukan sekadar hanya kata,

Aku mahu melenyapkannya bersama luka,
Itu adalah madah berbahasa sasa,

Aku mahu menghumbannya bersama duka,
Biar mati ditelan masa,
Luput ditimpa bahagia.




READ MORE

HAMBA CINTA

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 |
Saya baru sedar.Merenungkan....yang saya pernah menjadi hamba cinta.Ah!Kesian betul.Tak sangka saya boleh sesat dalam cinta.Teruknya!Saya kata saya mengaguminya.
Kagum degan keindahan dan kehebatannya.Yes,I am!Tapi tak sedar pula saya terlalu memujanya sampai saya memperhambakan hati dan maruah saya.Saya pernah hampir menyukai kawan sejenis.Waktu itulah saya sedang memperhambakan diri saya.Tapi saya tetap cuba melawan.Cinta itu bukan raja untuk saya tunduk padanya.Bukan tuan untuk saya menjadi anjingnya.Cinta itu kepunyaan saya.Milik saya.Saya adalah tuannya.Cinta tak boleh melangkah takhta saya.Alhamdulillah..dosa itu tidak berlaku.Saya pun tak terlanjur habis.Kawan saya tak tahu saya pernah menyukainya.Agak-agak kalau saya beritahu padanya,mungkin dia faham yang dia patut menjauhkan diri dari saya.Tapi...saya takut kehilangan kawan.Saya sangat perlukan kawan.




Tapi sekarang,kami dah tak berapa rapat.Dia sekolah lain.Saya sekolah lain.Kalau terserempak dengan dia,rasa berdebar dan ego seperti lelaki tu dah tak ada.Tapi saya tetap waspada terhadap diri saya sendiri.Fahami kalau menyukai kawan sejenis itu adalah dosa.Menyayangi dan mencintainya seakan kekasih,itu adalah dosa.Saat berpegang tangan dengannya,dan diri mula berbangga seakan ego seorang lelaki,itu adalah dosa.Saya perlu dan wajib  fahamkan dan terapkan itu dalam hati dan minda saya.Kawan perempuan menjadi kekasih kepada diri seorang perempuan,itu adalah dosa.






Mungkin saya patut letakan Cinta di bawah tapak kaki saya.Bukan di hati saya.Biar ia dipijak dan diinjak.Saya rela.Saya takkan menjadi hambanya lagi.It's disgusting !
READ MORE

NURAZNIE 2

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 |
Baru je semalam bercerita pasal Aznie.Today,I meet her at school.She was crying...Why?Hahaha...dia terharulah...dapat 8A dalam PMR.While me,I got lower than her.6A!But I'm grateful and proud of myself.Never expect that result.My target was 5A.Yah...Alhamdulillah.At least,there is something that I could do and make my parents happy and proud of me.Alhamdulillah...today is a precious moment.More precious than UPSR.I'm too happy til SUJU oppa keep playing in my mind.My heart keep calling them.Wish could hug and kiss them.But,they're far.Dan kalaupun oppa dekat,tetap tak boleh hug and kiss.It's still a sin.Must marry first lorh...Bwahahaha!!Marry?Wish could marry 13 all of them.Hahahaha.Tinggi sangat angan-angan.Satu pun mustahil dapat,apalagi 13.Huhuhuhu....However,Alhamdulillah for everything!this best result,bright smile from my parents,oppa that love me and all ELFs...waaahhh....such a wonderful world it is....Alhamdulillah....
READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin