Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Timeline Cover vs. Blog Header

Posted by ELFarahin | On August 27, 2013 | | 4 comments:
*Post based on the picture above
Assalamualaikum...
Hai, awak!
Okey.
Memandangkan SJelfFoundland telah berganti nama kepada Super Junior.ᴱᴺᵀ
So nama blog page pun mestilah ditukar juga.
Timeline Cover pun ditukar juga. Well, dah usang pun cover tu.
So which one is your favorite??
Saja nak minta awak semua undi.
Kalau ringan tangan, komenlah ya. Hihi.
Panjang-panjang lagi best!
Kalau malas, mesti kelik LIKE for this post! Hehe
Main-main saja. Tiada paksaan. Hee














READ MORE

Tidakk! Kutu!

Posted by ELFarahin | On August 27, 2013 | | 4 comments:
Assalamualaikum..
Hey, guys!
Whassup? Dah tidur ke? Atau ada yang sedang study like me? Ehem! Konon je tu.
Tidakk! Kutu! Itu tajuk untuk malam ini. Dah pukul 12.30 a.m pun.
Semalam(Isnin) my school ada buat latihan kebakaran. Alahh aktiviti berlari turun dari bangunan sekolah tu. Tak tahulah kalau ada yang terjun terus. Haha

Masa berkumpul, beratur tu, me and my buddy duduk di belakang seorang awek non-muslim ni.
Boring dengan ceramah ahli bomba, tambah pula dengan kepanasan yang betul-betul hangit, kami mula buat benda bukan-bukan. Me and my buddy dok belek-belek rambut awek tu. Dia our classmate.

Rupa-rupanya my buddy tu tak pernah nampak rambut bercabang. Tu jakun yang amat tu. Farahin pula turun naik turun naik tengok rambut awek tu yang berpintal. Natural. Cantik. Macam rambut Farahin masa kecik. Sekarang jangankan berpintal. Terbelit terus. Huhu

Kami berdua pun teruskan membelek-belek rambut awek tu macam budak tak pernah ada rambut. I saw banyak putih-putih kat rambut awek tu. I thought itu adalah kelemumur.
Ketombe gitu.
"Banyak kelemumur lah" Farahin bisik-bisik tu my buddy. Tiada unsur umpatan.
My buddy pun angguk-anggukkan je.
Suddenly we both saw something merayap-rayap di rambut awek tu.
Oh ma god! Takkanlah?
"Awak, awak. Kutu ke tu?" Farahin bisik-bisik lagi.
My buddy tengok betul-betul.
"Bukanlah. Kutu warnanya perang"
Perang? Itu kalau kutu yang dah kenyang dengan darah.
My buddy tengok lagi. Mata dia bulat. Tipu je tu.
"Haah lah awak"
"Kan?"

Since dah ternampak kutu tu, mata kami memang tak beralih daripada memandang rambut awek tu. Masing-masing fikirkan benda yang sama. Kami kan buddyz. Muka tak sama tapi sekepala.
"Banyaknya telur kutu"
"Dia tak buat rawatan ke?"
"Seram seyh"
"Nasib baik kite pakai tudung"
Itulah antara yang diomelkan hati kecil kami berdua.

Farahin pun pernah ada kutu masa kecik. Berjangkit dengan member Melayu yang sekolah cina. Mereka kan tak pakai tudung. I got treatment dan sembuh dalam beberapa hari. Sedap je bau syampu kutu tu. Ingat lagi tau.

Tapi Farahin tak pernah nampak kutu. Rasa digigit, dihuni kutu ada lah. Kutu yang Farahin pernah nampak pun cuma kutu kucing sebab rajin buru kutu di badan kucing-kucing kite dulu. Tapi itu warna perang. Dah kenyang. Bila picit. Pop! Keluar bunyi.

Tapi tak pernah lagi tengok kutu di rambut. Itu yang jakun terlebih.
"Dari mana asal kutu eh? Means kalau bukan dari jangkitan" My buddy asked.
"Entah eh."
I have no answer for that question. Korang ada tak? Habaq mai lah.
Farahin cuma fikir mungkin kutu wujud secara natural.
Sama seperti bila kain basah dibiarkan lama then ada ulat-ulat tinggal tiba-tiba.
Macam tu ke?
Ada tak teori yang lebih sains dan tulen? Sains tulen.
Farahin ni nama je anak biologi. Tapi hampeh. Hihi
Okeylah. Panjang sangat dah ni.

My advice, kawan-kawan kalau rambut tu dah jadi rumah kutu cepat-cepatlah buat rawatan. Bahaya tau. Kutu hisap darah. Nanti kepala dengan isi kepala sekali berpenyakit.

Till then, dada!
Sekian.


Dalam sehari tu, ada beberapa soalan terlintas di fikiran Farahin:
1. Haiwan betina datang haid tak? (-..-) -budak cina kelas Farahin tanya-
2. Benarkah lipas itu buta?
3. Bagaimana wujudnya kutu?
Haha. Semua berkaitan haiwan dan seangkatan dengannya.





READ MORE

Henry ft. Amber - 1-4-3 (I love you) MV

Posted by ELFarahin | On August 25, 2013 | | 1 comment:

Assalamualaikum..
Hey, guys!
Goodnight.
Aigooo!
Farahin memang agak anti dengan lelaki kyute miut.
Kite prefer yang cool macam abang Yesung kite.
Tapi bila tengok abang Henry ni,
rasa macam nak berdarah hidung.
Huhu
Tadaa!
Dengarkan lagu terbaru abang Henry ni.
Sweet je.
Macam penyanyinya.
Haha
Sending 1-4-3, I love you !
Saranghae!
Huhu









READ MORE

Cara Buat Simbol Comel

Posted by ELFarahin | On August 23, 2013 | | 1 comment:
Assalamualaikum..

Hey, guys!
Farahin ada benda menarik nak share.
Korang tahu tak nak buat ℗ atau ♂, ♀ atau ♫ atau (≥⌂≤) ? Haha. Comel, kan?
Caranya mudah saja. Farahin pun baru tahu. Hehe. Saya terlambat ke?

1. klik START (gambar tingkap di hujung taskbar tu)
2. Tulis RUN pada kotak kosong paling bawah tu.
3. Klik pada RUN
    Contoh: 


4. Then, akan keluar kotak ini. Tulis CHARMAP pada kotak kosong tu.

5. Tadaa! Keluar dah pelbagai rupa simbol-simbol yang comel.


6. Klik mana-mana simbol yang korang suka.
7. Klik button SELECT.
8. Klik button COPY.
9. Lastly, PASTE di mana-mana korang suka.

Siap!

So sekarang tak payahlah nak search google untuk copypaste simbol comel. Bazir quota tenet je. Hihi.

Sebab baru tahulah Farahin dah tukar SJelfFoundland kepada Super Junior.ᴱᴺᵀ. Hehe. Need another new header lah nampaknya. huhu







READ MORE

Muda

Posted by ELFarahin | On August 16, 2013 | | No comments:
Related image
Aku menyaksikan fenomena kehidupan ini. Ketawa riang muda mereka mengilai sampai ke langit petang yang murni. Mereka saling bercanda seolah-olah muda itu abadi.

Mereka dalam dunia mereka. Dunia yang serba muda dan ceria. Aku pula cuma menikmati dunia mudaku yang telah usang dimamah usia tua. Dunia yang penuh jerih duka lara.

Pernah dahulu muncung senapang British mengena tepat pada dahi luasku. Tapi umurku panjang apabila sahabatku sanggup bertukar bangku. Berbelas das tembakan mengena pada tubuhnya bagai ayam jantan disumpit pemburu. Aku kelu. Pilu.

Dahulu ketawa itu umpama perbuatan yang haram. Sebaliknya, esakan tangisan menjadi teman yang paling akrab siang dan malam. Pesan ibu jangan banyak ragam. Aku faham. Tapi British tetap datang membaham ibu setiap malam. Ibu mati di atas tilam. Duniaku suram.

Hari ini trauma dan fobia terhadap British sudah mati ditelan arus pembangunan. Tapi tamadun manusia tetap merosot sehingga berlaku pengangguran. Yang cerdik pandai itulah yang mengemis di jalanan. Bergelandangan.

Orang kata Melayu apa adanya? Aku tegas Melayu berjiwa waja. Molek bahasa serta pekertinya. Kalau berbahasa, sopannya ada. Kalau mengusik si dara, adabnya terjaga. Kalau berkasih, malu masih bersisa. Kalau berbohong, masih berpada-pada.

Tapi mereka kata Barat itu sempurna. Barat itu istimewa. Barat itu baru muda. Arak dan zina itulah merdeka. Aku menyangkal murka! Tidak cukup darah Melayu menghujani dunia. Kini budaya ibunda juga dipatah-patahkan bercerai sejuta.

Intai-intai ke luar jendela. Moga keturunanku tetap sejahtera dan terjaga. Moga benih bunga raya yang aku bajakan mekar memayungi dunia. Masa muda jadilah yang berguna dan berjasa. Kelak tua dikenang nama. Harum bangsa, harum negara.



Hari ini kita Satu Malaysia. Sebahagian daripada Asia. Barat itu cuma an extra. Praktikkan yang baik, keji yang buruk. Barulah muda! ;)


p/s: post macam orang tak sabar nak sambut merdeka ke-56 je kan. haha




READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin