Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Terima Kasih Follower ke-200!!

Posted by ELFarahin | On June 05, 2012 | | 1 comment:
Assalamualaikum...
Selamat Malam, blogger sayang!
Petang tadi Farahin kecoh dengan masalah followed blog yang sudah melebihi 300.
Hmm....memang betul pun.
Farahin telah kira blog-2 yang Farahin Followed.
Sudah mencecah 300+.
Semasa sedang kira blog-2 itu, Farahin dah nampak dah mangsa-2 unfollow.
Jangan risau. Mangsa-2 itu ialah blog Farahin sendiri.
Farahin sebelum ini rajin menepek blog dalam blogspot banyak-2 tapi tak sentuh pun.
So, ada baiknya kalau delete kan? Huhu...

Ok. Kita berhenti dulu cerita mengenai follow, unfollow ini.
Sebenarnya, buat entry mahu copycute para blogger lain.
Farahin tengok, blogger-2 lain rajin review blogger yang follow pada angka bertuah.
Baiklah! Farahin pun nak review jugalah.

Terima kasih ELFollower yang ke-200!
Dan yang lebih membanggakan ialah,
Follower yang ke-200 itu ialah Sis Ieza!!
Kamsahabnida, eunnie! Saranghaeyo~ huhu...


Nampak tak image blogger yang Farahin framekan itu? Itulah Sis Ieza!
KLIK nama Sis Ieza yang Farahin biru+bold kalau nak singgah blog beliau ya.
Kalau suka+sayang, jangan lupa Follow juga! Hihii...

Tahniah, Sis Ieza!

Kepada ELFollowers yang ke-100,
maaf ya. Sebelum ini Farahin tak ada pun review awak.
Anyway, terima kasih kepada semua ELFollowers!! Muaaaax!
Sayang awak semua! Sayang saya balik tahu. Jangan sayang hubby saya pula. LOL~
Hikhikhik...gurau saja.

Eh! Singgah blog Sis Ieza tadi. Sudah tukar rupa. Biru! Suka!3x Huhu...
And...dapat pula Farahin follow. Dah masuk pun dalam list followed.
Yeyeyeyeye! *berlari+melompat, then peluk Yesung oppa <---- budak gedik!


Akhirnya~~!!


Hahax! Happy sungguh! Hee~

Selamat Malam! Happy Blogging!




READ MORE

Saya Follower Sis Iezayusof!!

Posted by ELFarahin | On June 05, 2012 | | 3 comments:
Assalamualaikum...
Hwaaaaaaaa!!! Bagaimanakah ini boleh terjadi??!!!
Sis Ieza!! Mianhae!

Tengok di bawah ini. Disebabkan Farahin asyik tak dapat follow blog sis,
Farahin cuba follow melalui Papan Pemuka dengan 'Tambah'.
Tapi....Ini yang Farahin dapat!




 Farahin berbesar hati jika para blogger yang baca entry ini KLIK image untuk tumbesaran.

Sedihnyaaaaaaa!! Apa maksud dengan 300 BLOG?!!
Farahin tak rasa dah sampai 300 punn.....
Hwaaaaaa!! Nak menangis kuat-kuat!!
Sis Ieza, maaf guna link sis.



Hwaaa!!
Tak ada! Farahin tak kira!
Mesti ada cara lain!
Mungkin Farahin patut buat exchange link begini.
Insyaallah. Hwaaaaa!! *lari masuk bilik, tutup muka dengan bantal
Sedih! Kitew nak FOLLOW+BE FRIEND pun tak boleh.
Jealouslah tu sebab kita ada ramai kawan blogger. Wekkk!

Mood: 



Ini 1st time Farahin buat entry mix icon sekali tahu! Memang frust sangat dengan blogspot hari ini! Huh! Merosakan petang menjelang senja Farahin!



READ MORE

#2 Part Of My Family

Posted by ELFarahin | On June 05, 2012 | | 1 comment:
Assalamualaikum...
Entry ini ialah sambungan kepada entry yang lalu...
Belum baca? Klik SINI.


Sudah setahun kami sekeluarga menjaga Marrie. Marrie sudah dewasa dan berat badannya juga bertambah. Bulunya gebu dan mukanya semakin tembam. Matanya gulinya cantik dan bersinar-sinar. Dan...Marrie sudah berbadan dua. Berbadan dua? Mustahil hanya dua. Pasti lebih. Tiga atau mungkin empat? Huhu...Ya. Marrie sedang mengandung! Tapi kucing itu tak pernah duduk diam di rumah. Berjumpa dengan Si Bapaklah kot. Huhu...


Marrie memang suka bergambar. Dia pandai eye-contact dengan kamera. Huhu..
Marrie ialah ratu cantik kedua dalam rumah. Hee~


Malam itu, Marrie naik ke bilik saya. Sedangkan saya berada di bawah bersama keluarga. Di atas, Marrie asyik mengiau. Kuat. Pada mulanya, saya ingatkan dia cuma memanggil saya hendak bermanja jadi saya tidak mempedulikannya. Tetapi Marrie mengiau tanpa henti. Mak ayah menyuruh saya naik ke bilik untuk melihat Marrie. Mungkin Marrie sedang memburu cicak atau lipas di atas.

Di bilik, saya mencari Marrie. Saya memanggilnya. Dia menyahut perlahan. Tapi di mana dia? Saya memandang ke bawah katil. Marrie sedang berjalan-jalan seperti serba tidak kena. Dia kemudiannya duduk di dalam rak yang kosong di bahagian bawah.

"Marrie. Kenapa?"

Marrie mengiau perlahan. Sekali dengar, dia seperti malas hendak mengiau. Tapi setelah beberapa kali, sahutannya terdengar seperti sedang marah. Saya memerhatikan Marrie seketika. Saya cuba mengeluarkannya dari rak tapi dimarahinya. Sesudah itu, barulah saya faham. Marrie berjalan dengan serba tidak kena. Dia mengiau tanpa henti. Masuk ke dalam rak yang kosong. Ya. Marrie mahu melahirkan.

Saya memanggil ayah untuk naik ke atas dan mengatakan Marrie hendak bersalin. Ayah naik ke atas dan memujuk Marrie keluar dari rak. Ayah menyuruh emak menyiapkan kotak dan letakan kain di dalamnya. Ayah kemudiannya meletakan Marrie di dalam kotak itu.

Marrie baring sambil mengiau perlahan. Mungkin dia sedang berasa sakit. Saya, mak dan ayah menemani Marrie. Kami sekeluarga memujuk dan membelai Marrie. Kami tidak boleh memegang perutnya. Marrie marah. Jadi, kami hanya bergilir-gilir menusap kepalanya.

Jam sudah menunjukan pukul 1 pagi. Marrie masih sedang meneran. Sakit. Saya nampak seperti sesuatu sedang bergerak di perut Marrie. Itulah anaknya. Namun, saya tidak larat untuk menunggu lagi.   Saya naik ke atas untuk tidur dan tinggal emak dan ayah di dapur menemani Marrie.

Keesokan pagi, setelah siap mandi dan bersiap, saya terus bertanya di mana Marrie. Ayah sudah pergi ke tempat kerja. Mak kata ada dalam bilik bawah, sedang tidur. Mak kata lagi, anak yang dilahirkan Marrie tidak menjadi. Mereka masih tidak berbentuk kucing. Mereka masih dalam bentuk gumpalan darah.

Saya masuk ke bilik bawah untuk melihat Marrie. Dia sedang baring diam-diam di dalam kotak. Marrie sedang bersedihkah? Saya mengusap kepala Marrie. Dia diam. Saya bertanya kepada mak sama ada janin-janin itu dibauang atau ditanam. Mak kata ayah sudah menanamnya. Mak kata ada empat. Wah!Banyaknya. Kalau menjadi, mesti comel-comel anak Marrie. Tak apa, Marrie. Belum rezeki kita. Marrie kan muda lagi.



Bersambung lagi awak! Tunggu ya! Saya sebaklah teringat kat Marrie. Sebab tu tak boleh nak tulis lebih panjang atau habiskan sekaligus. Huhu...



*Oh! Saya lupa hendak beritahu. Semasa Marrie duduk di dalam kotak pada pagi itu, sebenarnya di bawah kain yang didudukinya tersorok sebiji janin. Marrie yang sorokan. Saya nampak dia mengais kain tersebut ketika saya melawat ke bilik pada waktu tengah hari. Dan saya nampak bentuk gumpalan darah itu. Besar dan ia sudahpun kering. Kesian Marrie~


                                                                                   




READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin