Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Novel Pendek : Lutsinaran (Bhg.5)

Posted by ELFarahin | On December 01, 2019 | | 2 comments:
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |


Kembalinya Lut ke bilik setelah siap mandi dan menyarung kemeja putih, langkahnya terus diatur ke arah tingkap bilik yang masih tersorok di sebalik langsir yang tertutup rapat. Tanpa berlengah lagi, langsir diselak luas membelah ke sisi kiri dan kanan sebelum tingkap berkaca lutsinar dibuka seluas mungkin membiarkan cahaya dan udara pagi menerobos masuk ke dalam bilik.

Tidak lama dia memandang ke luar, tumpuan matanya terhenti pada tingkap bilik Aran di blok sebelah. Matanya membulat cemas. Tidak sempat berfikir panjang, telefon bimbit di atas meja dicapai dan langkah kaki seribu dijangkau keluar dari apartmennya sehingga di depan apartmen Aran. Mengah dan tercungap langsung tidak dihiraukan.

“Aran! Aran! Aku ni. Lut! Aran! Buka pintu ni! Aran!” Lut mengetuk dan menendang pintu apartmen Aran sekuatnya. Biarlah berdentum mahupun bergegar satu bangunan, dia tidak peduli. Yang pasti dia mahu Aran segera membuka pintu untuknya. “Aran! Cepat buka pintu ni! Aran!”

Lebih lima minit beradu tenaga dengan pintu, akhirnya Aran memunculkan diri. Tidak sempat mereka bersapaan pun, Lut terus berlari masuk ke dalam sampai ke bilik Aran. Objek pertama yang mendapat tumpuannya adalah tingkap bilik Aran yang menampakkan tingkap biliknya di blok sebelah sana. Objek yang keduanya ialah kerusi yang berada di tengah ruang bilik. Di bahu kerusi itu, tergantung tali leher warna hijau gelap yang merupakan sebahagian daripada pakaian uniform sekolah mereka.

“Apa halnya, Lut?” Soal Aran, tenang seperti biasa. Tetapi nada tenang Aran tidak membantu langsung untuk menenangkan Lut. Sebaliknya lebih menambahkan rasa cemas yang ada.

Lut berpaling ke arah Aran yang berdiri di belakangnya. Serangan pandangan mata serba tajam menikam diberikan kepada rakannya itu. Aran yang cuma diam memerhati tidak semena-mena dikenakan tumbukan padu di sisi kiri mukanya. “Kau buat apa ni, bodoh!” Tempik Lut, penuh berang.

Aran yang sudah tentunya terkejut dengan tindakan Lut tetap memberikan reaksi yang setenang mungkin. Rahang yang terasa berdenyut kuat dan sakit ditahan sahaja. Mata yang berair entah sebab sakit ditumbuk atau selainnya ditumpukan pandangannya ke arah Lut. Diam yang serba dingin menemani mereka berdua.

Puas bertarung mata dengan Aran, Lut memutuskan untuk beralah terlebih dahulu. Aran dihampiri dan bahu kiri lelaki itu dipegang. “Tunggu aku. Kita gerak sekali.” Ujar Lut, setenang yang boleh. Namun dia percaya bahawa Aran dapat rasakan ketaran di tangannya. Langkah kaki diatur keluar meninggalkan Aran yang masih tetap berdiri dan langsung tidak menoleh ke arahnya walau sepincing.






READ MORE

Semakin Ramai Yang Depressed

Posted by ELFarahin | On December 01, 2019 | | 10 comments:
Assalamualaikum...
Image result for anime gif scream idiot
Hello, peeps! Apa khabar semuanya?
Dah siap nak tidur ke tu? Haa bolehlah tu.
Bolehlah sambil baring tu layankan post lewat malam Farahin ni hehe.

Semakin ramai yang depressed. Kerap sangat Farahin dengar ayat ni dan yang dengan sewaktu dengannya sejak Farahin mula diagnos as major depression disorder (mdd) patient. Bermula dari jururawat, lepas tu doktor, kemudian pensyarah, dan seterusnya dari orang sekeliling.

Farahin tak tahu nak beri reaksi yang macam mana setiap kali dengar ayat ni. Rasa pilu ada. Rasa semangat pun ada. Farahin tak pasti apa yang mereka cuba sampaikan setiap kali mereka perdengarkan ayat ni dekat Farahin. Adakah mereka mengeluh? Atau mungkin sekadar menyatakan kenyataan yang nyata?

Semakin ramai yang depressed tidak hanya bermaksud semakin ramai pesakit mdd. Semakin ramai yang depressed boleh juga merujuk semakin ramai di antara kita mula bersifat terbuka dan waspada terhadap wujudnya penyakit mental ini. Contohnya tak perlu diselak kertas-kertas kajian dan buku-buku perubatan. Farahin sendiri adalah salah satu sample kepada eksperimen ini.

Menyebelahi pengalaman sendiri, Farahin bukan baru depressed dalam masa dua tiga bulan. Farahin dah ada tanda-tanda depressed sejak umur Farahin 15 tahun lagi. Farahin dah pernah cederakan diri. Dah pernah berfikir pasal mati. Dah pernah menangis meraung lebih dari sekadar meratapi rasa sakit hati. Tapi baru tahun ini Farahin paksa diri ke hospital lalu disahkan menhadapi mdd.

Agaknya apa yang buat Farahin tergerak untuk dapatkan pertolongan perubatan? Salah satunya sudah tentu sebab Farahin sendiri dah mula semakin waspada dan terbuka dengan diri sendiri pasal penyakit ni. Lama Farahin marahkan diri, pujuk diri, "Kau ni sakit, Farahin. Kau perlukan pertolongan. Rawatan!" Dan lamanya dah makan hampir 10 tahun. Sangat lama.

Sejak Farahin mula bersifat terbuka dengan kehidupan Farahin sebagai pesakit mdd, membebel merata dekat socmed pasal ubat, psikiatri, termasuklah pasang surut emosi Farahin, ramai yang serang masuk kotak sembang mengadu, "Saya pun macam ni. Saya pun pernah cederakan diri." Dan penutup bicara mereka ialah, "Tapi saya tak dapatkan apa-apa rawatan." Pilu tak pilu perasaaan Farahin? Di sini jelas mereka sendiri dah sedar yang mereka sakit tapi apa yang mungkin kurang di sini ialah sokongan orang sekeliling.

Agaknya apa yang buat Farahin degil bertahan sakit seorang diri tanpa sebarang pengetahuan dan sokongan luar selama hampir 10 tahun? Persekitaran. Farahin sendiri tak lepas daripada membesar dalam persekitaran yang buas stigmanya terhadap sakit mental. Tengok sahaja kawan-kawan kita, keluarga kita, malah sesiapa pun, suka sangat buat lucu pasal orang gila. Orang gila. Gelaran ni pun dah cukup kuat untuk menyatakan pengetahuan dan keterbukaan seseorang terhadap sakit mental.

Semakin ramai yang depressed. Media dan rekod perubatan memang sudah tentunya mengesahkan kenyataan yang sedemikian. Tetapi bagaimana dengan yang tidak ternyata? Yang tidak diketahui? Bagaimana dengan mereka yang ketika masih terperuk di dalam bilik menangis, meraung, menyakiti diri? Bagaimana dengan kenyataan yang minoriti merujuk kepada sekumpulan sesuatu yang lebih kecil jumlahnya tetapi kecilnya bukan cuma sepuluh mahupun seratus tetapi beribu dan mungkin bakal mencecah berjuta?

Salah satu pembuka semangat bagi Farahin untuk terus membebel pasal sakit Farahin ni termasuklah bila emosi Farahin tidak stabil adalah mereka yang masih ragu untuk bangun mendapatkan pertolongan. Sebab Farahin boleh agak bagaimana perasaan mereka ketika ini. Sebab Farahin pun pernah berada di tempat sedemikian malah hari ini pun. Let me say this, "Geng. Aku tahu kau dalam keadaan susah. Tak apa, geng. Kalau kau susah nak menangis menjerit minta tolong, aku akan menangis dan menjerit untuk kau."

Tapi kau pun kena bangun juga, geng. Aku pun boleh penat kalau jerit seorang macam ni. Kalau kau pun join sekali, sekurangnya kita boleh jerit lebih kuat. Aku tak kata kita berdua. Aku percaya, tak payah melancong sampai luar negara, dalam negara kita sendiri ramai yang macam kita. Jadi let's do this, geng! Jerit sekuatnya. Sekuat mana kita bencikan dunia ni. Bencikan semuanya. Bencikan diri sendiri. Jerit dan menangislah sekuatnya! Biar mereka tahu, kalau hari ni kita pergi, dah tak ada orang atau bahan gelak untuk mereka hiburkan diri."

Jadi sampai sini sahaja post Farahin kali ni.
Panjang? Apapun, terima kasih sebab baca sampai habis ya?
Jumpa di post lain kali. Dan jangan lupa baca Lutsinaran! hehe
See you, november. And hello, december!
Yassss we made it this far already!
xoxo =)




Cry harder. Scream louder. Live smarter. =p






READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin