Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

A Good Place

Posted by ELFarahin | On December 02, 2019 | | 3 comments:
Assalamualaikum...

Related image
Hello, readers ! Selamat malam semuanya ?
Apa khabar ? How was your day ?
Tonight I'm back with another rant !
Jemput baca sampai habis okey. hehe

Alhamdulillah. Dah 2 disember pun. Rasa macam lambat masa berlalu. Tak sangka semalam baru je 1 disember. Why do I say so ? Sebab Farahin tak expect that I would start my december with this anguish and beating feeling of self hate. And so yesterday happened to be my first cry huhu. Tak banyak pun cuma a few drops but still painful and depressing.

Okey. That was the introduction. Now let's go straight to the story. Malam ni Farahin pergi dinner dengan housemate. Bukan housemate yang Farahin mentioned from previous post tapi housemate yang lain. Housemate ni lebih rapat dengan roommate Farahin tapi malam ni roommate Farahin balik rumah (almaklum rumah dekat kannn) and unexpectedly dia ajak Farahin dinner sekali. Jadi kita on je lah kan even sebelum tu niatnya malas nak turun dinner haha. Fikir nak rendam bubur instant je hehe.

Jadi masa dinner tadi, tertengoklah juga drama melayu pukul tujuh tu kan. Eh ! Ada watak nama sarah. Teringatlah juga dekat roommate haha. After dinner, housemate ni nak pergi tapaw burger pula. Hmm macam nak pergi usha jugalah. Hari tu sarah tapaw burger situ macam sedap je. Akhirnya, Farahin pun pergilah tapaw burger dengan housemate sekali.

Sementara tunggu burger siap tu, sembanglah sikit dengan housemate ni. Actually, Farahin quite awkward dengan housemate ni. Satu, sebab loghat dia Farahin susah nak tangkap (almaklum bodoh loghat pahang even ayah orang pahang, dalam kata lain kite budak pahang celup hahahaha). Dua, entahlah pokoknya memang kekok. But tak kata Farahin tak suka dia. She is just as fine as she is.

Dah sembang tu, dapatlah tahu housemate ni anak kedua. Dia pernah bela kucing macam Farahin juga tapi dah mati and now dah dua tahun dia tak bela kucing. Farahin pun share juga yang Farahin anak tunggal dan after years tak bela kucing (yang semuanya mati dekat rumah) Farahin ada alahan kucing. Sebab at that time ada kucing datang dekat kita orang tapi tangan Farahin still gatal nak belai dia haha. Kisah apa aku alahan pun kan huhu.

From this an hour spent with housemate, terperasan Farahin akan a few things. Satu, seronoknya bila orang terfikirkan kita. Like dia ajak Farahin dinner berdua dengan dia even kita orang tak lah rapat mana. Tambahan, Farahin pun tak banyak cakap dengan dia. To me that is just an on-going process for introvert to approach and to be approached by others. Walaupun Farahin rapidly jadi lebih rapat dengan roommate sekarang.

Dua, masih kuat terngiang-ngiang statement doktor pasal Farahin mudah attach to people. Betul. Farahin tak nafikan. Tapi Farahin tak boleh terima kalau statement ni generally merujuk kepada behaviour yang kononnya Farahin desperate nak orang terima Farahin like mereka yang toxically tried to fit in with others. What I'm sure about, even I don't like that kind of relationship. If there is a term like a cat person, then maybe I'm a human person (too ?)

Tapi malam ni Farahin suka nak admit, "Yes. I'm easily attach to people." Contohnya, a few weeks ago Farahin ada a few times juga dinner lauk tomyam yang sebelum ni not even a dish yang my taste buds familiar with. In different words, Farahin kurang minat dengan tomyam sebenarnya (anything that tastes too strong to my tongue lol). Jadi apa yang buat Farahin kinda attached to this dish ? It is all because of my roommate. 

Dalam bulan yang sama juga (november), Farahin ada had lunch with a good friend dekat nasi kukus mama. I'm sure ramai yang biasa dengan this brand. Tapi bulan lepas was my first time makan dekat situ. Sebelum ni cuma tapaw dari kawan kepada kawan haha. And I also had another lunch with my rommate at the same place a few days later. By that time, I had this feeling of attachment. Bukan cuma toward my rommate, my good friends, my best friends, but toward all people yang Farahin rasa worth my care and love.

Farahin noticed, It is a good place when there are good people as well as good food. Even this thought was inspired from that little moment I shared with someone, I think it is also works in other occasion. Contohnya, bila kita rasa toksik dengan siapa atau di mana kita berada we will directly know this is not good for us. Dan kenapa Farahin guna "are" instead of "is" ? Let's say if there is only a kind and good people yang kita jumpa dekat satu tempat tu, tak ke rasa kita terlupa akan sesuatu ? Kita mungkin lupa yang kita juga patut dikira sebagai good people. Don't you think so ?

Okey. Berbalik pada kisah tomyam tadi. Kenapa Farahin kata sebab roommate lah Farahin jadi gian dengan tomyam ? Pertamanya, Farahin tak nafikan tomyam ni rasanya boleh tahan. Tapi yang keduanya, apa yang buat Farahin feeling this very little but powerful happiness bila makan tomyam was because of how it reminded me to the memories I shared with my roommate. Dari awal jumpa, kenal, sampai sekarang. And all I can say dalam hati is "Jadi ni lah tomyam yang Sarah suka."

Sama juga ceritanya dengan minat Farahin toward rock music. Awalnya, Farahin sendiri tak boleh nak layan muzik yang orang asyik momokkan sebagai suara setan ni hahahaha. Tapi I think because of the memories I shared with a good friend from matriculation yang minatkan The Gazette, now I turned out to be a fan too (more like a listener hahahaha). And I'm also curious about the revolutions of this music and its industry. Siapa kenal Arlequin ? hehe

Hmm. Idea asalnya Farahin akan buat dua post under different titles of course. Tak sangka Farahin dapat summarised them this well hahahaha. Dua tajuk yang muncul dekat kepala sambil Farahin makan burger tadi were "Attachment" dan "Self Hate". And now, the title turned to be "A Good Place". Just so you know, I ended up with that title while I'm writing it hahahaha.

So now it is already 2nd December. I have 16 days left before the next appointment as well as 16 pills to be finished. By now, there are still 17 pills sebab Farahin still belum makan ubat untuk malam ni. I will take it after make this post published hehe.

Hmm so it is another long long post again.
Just so you know I really would like to share this little happiness with y'all.
Thank you for your time and concern !
Have a good rest. Goodnight.
xoxo =)




When you can't prevent the toxic, you can avoid it.
Otherwise, you have to face it.







READ MORE

Novel Pendek : Lutsinaran (Bhg.6)

Posted by ELFarahin | On December 02, 2019 | | No comments:
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |


“Lut. Jom!” Ajak rakan sekelas Lut yang biasa dipanggil dengan nama Man. Macam biasa dia akan turun makan bersama Man dan dua orang lagi rakan sekelas mereka ketika waktu rehat. Tetapi hari ini dia tidak rasa untuk menyertai mereka.

“Maaf, Man. Aku ada hal lah. Kau orang pergilah dulu.” Ujar Lut lalu beredar meninggalkan Man dan kumpulannya. Langkahnya cepat seakan mengejarkan sesuatu yang bakal hilang pada bila-bila masa. Lebih tepat lagi ianya adalah seseorang.

“Ahhh!!” Suara jeritan seorang pelajar perempuan menarik tumpuan Lut. Datangnya sama arah dengan  kelas Aran yang sedang ditujuinya. Sedang dia semakin hampir, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki mengerumuni dua orang pelajar lelaki yang sedang berkelahi. Ada yang sedang cuba meleraikan perkelahian tersebut. Ada juga yang sedang berhibur dengan situasi buruk itu.

“Sial, kau! Pergi mampus!” Maki Aran sesungguhnya sambil memberikan tumbukan demi tumbukan ke muka Zali yang sudah jelas kelihatan bengkak kemerahan dan berdarah hidungnya. Namun Aran tidak menunjukkan langsung tanda mahu berhenti.

“Kaulah sial! Apa masalah kau sial!?” Zali berjaya mengelak tumbukan Aran yang dihayunkan ke arahnya kali ini lalu membuat serangan pulangan. Aran terjelupuk ke atas lantai dan sepantasnya Zali mengambil kesempatan itu untuk membuat lebih banyak serangan terhadap lelaki itu.

Lut berlari untuk memastikan keadaan Aran. Sempat dia menghalang serangan Zali daripada terkena pada Aran dan membuatkan lelaki itu terundur beberapa langkah. Isyarat tapak tangan dan pandangan mata penuh garang diberikan agar perkelahian mereka segera dihentikan. Setelah itu barulah tumpuan sepenuhnya diberikan kepada Aran.

“Aran. Kau okey ke?” Tanya Lut, bimbang. Sebelah tangan Aran yang kemerahan dan luka diperhatikan tetapi tumpuannya terhenti lebih lama pada pergelangan tangan Aran yang terdedah. Lengan kemejanya yang panjang sudah bergulung hingga ke siku. Menampakkan parut seakan kesan hirisan di pergelangan tangan.

Seolah tidak mendengar mahupun sedar akan kewujudan Lut di situ, Aran terus bangun dan membawa diri pergi entah ke mana yang cuma dia yang tahu. Lut yang baru tersedar dari lamunan yang mencemaskan turut mengejar langkah Aran. Malangnya, Aran lebih pantas menghilangkan diri. Namun begitu, Lut tidak terdetik langsung untuk berputus asa.

Sambil mencari kelibat Aran di sekitar kawasan sekolah, pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Kenapa Aran jadi berang begitu? Siapa dan apa yang buat dia jadi berang begitu? Bukankah Aran pendiam dan tenang orangnya? Adakah mungkin dia puncanya? Adakah Aran telah menyimpan semua kemarahannya tentang apa yang jadi pagi tadi lalu dilepaskan kepada rakan sekelasnya? Dan apa yang dilihatnya di bilik Aran pagi tadi, parut di lengannya, apa yang jadi sebenarnya kepada Aran? Di mana Aran mungkin berada sekarang?

Buas mata Lut memandang ke sekitarnya dan hanya berhenti apabila melihat satu susuk tubuh pelajar lelaki sedang duduk di atas tembok bumbung bangunan sekolah. ‘Aran!’ Dengus Lut dalam hati. Laju sahaja kakinya berlari ke arah di mana Aran kelihatan dan berada. Sempat dia mengheret beberapa orang guru bersamanya sepanjang dalam perjalanannya.

“Aran!” Panggil Lut sesampainya di atas bumbung bangunan sekolah di mana Aran berada. Lelaki itu sudah berubah posisi dari duduk kepada berdiri. Mahu gugur rasanya jantung Lut melihat keadaan rakannya itu. Tidak kurang cemas juga dengan guru-guru yang ada bersamanya.

“Aran.” Panggil Lut. Kali ini lebih lembut. Langkah kaki perlahan-lahan menghampiri si rakan. Tidak terlalu dekat. Tidak juga terlalu jauh. Tumpuan matanya tidak lepas daripada memandang Aran. Kalau boleh dia tidak mahu berkelip mata walau sedetik pun. “Aran.” Panggil Lut lagi. “Turun, Aran. Aku dekat bawah ni.” Pujuk Lut.

“Aran. Apa-apa masalah awak boleh cerita dekat cikgu, Aran. Jom, Aran. Kita balik kelas.” Pujuk salah seorang guru perempuan yang ada di situ pula.

Terasa kering liur yang ditelan. Terasa sejuk peluh satu badan. Sakit hatinya. Sedih jiwanya melihat rakan yang baru dikenalinya dua bulan cuma dalam keadaan sedemikian. Apa yang jadi kepada Aran sebenarnya? Apa yang buatnya adakala menghilang tanpa sebarang berita dan kembali muncul semula? Apa yang dipendamkannya di sebalik suara yang banyak berdiam? Apa yang disorokkannya di sebalik senyum yang jarang sekali ditayangkan? Apa sahaja yang dia tahu tentang Aran?

“Aran!!” Jeritan sekumpulan guru melaung kuat dari atas bumbung apabila Aran dengan beraninya menghumbankan diri jatuh dari tembok di mana dia berdiri. Mujur kaki dan tangan Lut lebih pantas menyambut seinci anggota rakannya itu yang cuma berpautkan pergelangan tangan. Terasa berat dan kuatnya graviti menarik mereka berdua ke bawah.

“Lepas…” Perlahan pertuturan Aran. Cukup hanya dapat didengari Lut. Berepeluh satu badan. Berkerut satu muka. Biar terseliuh sendi sekali patah tulang pun, dia tidak akan akurkan permintaan Aran itu. Tidak sama sekali. “Lepaskan aku, Lut.” Pinta Aran buat kali kedua. Jelas sekali nadanya yang penuh dengan rasa terdesak dan putus asa. Tidak setenang selalunya.

Lut menggeleng laju. Keseluruh tenaganya sedang berkerja keras untuk tidak melepaskan Aran sehingga tidak ada sedikitpun tenaganya yang ditinggalkan untuk bersuara. “Tolong…” Lemah fizikal serta mentalnya apabila mendengar ayat ‘tolong’ terpacul dari mulut Aran. Mata rakannya itu sudah merah berair. Hampa. Kosong.

“Aran! Kau dah gila!?” Zali muncul di tengah-tengah kekalutan. “Kita tak habis gaduh lagi sial! Kau jangan ingat aku boleh lepaskan kau!” Zali turut menghulurkan sebelah tangannya untuk membantu Lut menarik Aran naik. Tetapi nampaknya payah sekali mahu berjaya kerana Aran sendiri tidak menampakkan usaha hendak berpaut kepada mereka. “Cikgu! Tolonglah!!” Gesa Zali, bengang.

Terkocoh-kocoh dua orang guru lelaki yang ada ditempat kejadian turut meminjamkan tenaga dewasa mereka untuk menarik Aran naik. Namun masih tidak cukup untuk membuat Aran berasa mahu berpaut kepada mereka. “Tolong.” Kali ini barulah Lut bersuara. “Tolong aku, Aran.” Rayu Lut sambil air mata halus mengalir lurus ke dagu lalu jatuh ke atas pipi kiri Aran. “Kalau aku…lepaskan kau, aku takkan boleh maafkan…diri aku. Tolong…tolong aku, Aran.”






READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin