Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header
Showing posts with label ELF. Show all posts
Showing posts with label ELF. Show all posts

Oh! My Ex-boyfie!

Posted by ELFarahin | On May 24, 2012 | | 4 comments:
Assalamualaikum...

OMO~!! Tiba-tiba rasa jealous pula apabila tengok entry tu. Tak patut~ Tak patut~ Huhu... Yesung oppa. Janganlah jealous. Aku setia padamu. Ceywaaaaah~!! Hahax! Tapi....as you knowlah, saya dulu kan couple dengan Kim Hyun Joong. But then, after break up, Yesung oppa datang menemani hatiku yang sepi. Wuuuuu~~~ Ayat memang nak minta cium. Eh! Salah. Hihii... Cuba klik tajuk di bawah. Oh! My Ex-boyfie! Saya di sini jealouslah....

☆ HENECIA KIM HYUN JOONG ☆: [Article] bodyguards who secretly Hyun Joong fan l...: Kim Hyun Joong reveals singer 's fans love this topic has raised short video . In a community bulletin board on the 24th ...





Terkenang pula saya akan kisah-kisah kita dahulu... Xp
Hehee...





READ MORE

Long Live Palestine

Posted by ELFarahin | On May 15, 2012 | | No comments:




Mari dengar ini cerita ada satu benda ANA nak kasi taw pada semua, dengan ini ANA menyeru semua bloger-bloger untuk menukar kan DP FAcebOOk kepada DP yang ANA telah selit kan kat bawah ni dan juga beberapa link untuk semua.. lihat bertapa teruknya saudara kita di bantai di luar sana hanya kerana ingin menegakkan kebenaran.

Minta TOLONG semua sahabat Menukar gambar profil anda Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda, Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..

Bilal Thiab ... 76 Hari
Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari

Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa. *mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh,,, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat , Perang Media ! Pilihan lain yang boleh digunakan bagi lelaki dan perempuan..




















                                           maher zain juga turut menukar DP beliau

palestine kini

""♥ Allah ♥ Rasulullah""
READ MORE

Ever Lasting Boyfriend

Posted by ELFarahin | On May 11, 2012 | | No comments:




Kim Yong-soo ialah namaku...
Kim Jong Woon ialah sahabat karibku...
Atau lebih senang dikenali dengan Yesung.
Lee Yu Jin...
Siapakah dia?
Perlukah aku perkenalkannya?
.....
Lee Yu Jin ialah musuh hatiku...
Dia telah membahagiakan aku siang dan malam selama hampir 2 tahun.
Dia telah memberi aku mimpi-mimpi yang indah ketika aku sedang nyenyak beradu.
Dia telah menyinari hari-hariku dan membuat aku tersenyum selalu.
Namun,
setelah dia menghadiahi semua itu kepadakau,
dia meninggalkan aku.
Kata-kata cacian dan penghinaannya seakan telah meremukkan segala kebahagian, kegembiraan yang telah dihadiahkan olehnya kepadaku.
Hatiku remuk kerana dia.
.....


Pada hari itu aku menangis di taman permainan yang sentiasa menjadi tempat aku dan Yesung meluangkan masa bersama.
Kami belajar, bergurau, berbual, bermain,
segala yang menyeronokan telah kami lakukan di taman permainan itu.
Tetapi pada hari itu, taman permainan tersebut kosong.
Sunyi.
Tiada sesiapa di situ.
Cuma aku dan hatiku yang sedang remuk teruk itu.
Air mataku menitis, jatuh ke tanah lalu meresap ke dalamnya.
Aku terus menangis dan menangis.
Sepertimana hatiku yang remuk itu terus berdarah dan berdarah.
.....
Tiba-tiba datang seorang budak lelaki menepuk bahuku.
Dia memberikan sebar coklat.
Comel.
Teringat aku pada ketika dulu Yesung sentiasa memujuk aku dengan coklat dan aiskrim.
Ah! Terasa rindu pula aku pada sahabatku yang satu itu.
Ke manakah dia?
Aku memerlukannya sekarang.
Budak lelaki itu pergi sebaik sahaja memberikan cokelat itu kepadaku.
Lupa pula aku hendak bertanya siapakah yang memberi cokelat tersebut kepadaku.
.....

Tidak lama kemudian,
aku terdengar suara riang kanak-kanak tidak jauh dari taman permainan.
Kelihatan Yesung ada bersama mereka.
Dia sedang memberikan belon dan coklat kepada kanak-kanak tersebut.
Baru aku perasan, coklat itu sama dengan coklat yang diberikan oleh budak lelaki tadi kepada aku.
Yesung.
Dia sentiasa memahami aku.
Dia tahu bila masanya aku memerlukan dia.
Yesung memandang ke arahku dan melemparkan senyumannya yang menawan.
Dia melambai-lambaikan tangannya kepadaku.
Mengajak aku supaya menyertainya.
Aku mengesat air mata yang penuh membasahi pipiku lalu bangun dan pergi ke arah Yesung.
......
Sebaik sahaja aku mendekatinya,
Yesung menghulurkan sebiji belon yang diikat dengan benang kepadaku.
"Ambillah."
Aku hendak mengambil belon tersebut tetapi terhenti apabila aku melihat terdapat sebentuk cincin terikat pada kaki benang tersebut.
"Cincin?"
Yesung mengangguk sambil tersenyum.
Dia menarik tanganku dan menyarungkan cincin berserta belon itu ke jari manisku.
Hairan.
Cincin tersebut tidak longgar mahupun sempit dijariku.
Bijak.
Yesung memang pandai menilai dan memilih.
.....


Sebaik sahaja belon habis diberikan kepada kanak-kanak,
aku dan Yesung duduk di bawah sebuah pokok.
Selesa rasanya apabila Yesung berada di sisiku.
Namun,
hatiku tetap masih terasa sakit.
Aku meletakan kepalaku di bahu Yesung dan membelek cincin pemberiannya yang masih tersarung di jariku bersama belon berbentuk hati itu.
"Cantik tak?"
Aku hanya mengangguk.
"Ada nama kita di bahagian dalamnya."
Aku mengangkat kepalaku dan memandang ke arah Yesung.
Kemudian membuka cincin itu  perlahan-lahan.
Benar.
Terukir 'Kim Jong Woon Love Kim Yong-soo' pada bahagian dalam cincin tersebut.
Aku tidak terkejut.
Wajarlah Yesung menyayangi aku.
Aku juga menyayanginya.
Aku menyarung cincin itu kembali ke jariku dan meletakan kepalaku di bahu Yesung semula.
"Saya cintakan awak."
Ujar Yesung kepadaku.
"Saya pun cintakan awak."
Balas aku spontan.
"Bukan 'cinta' itu."
Aku mengangkat kepalaku dan memandang ke arah Yesung.
Aku melihat wajah Yesung yang putih dan sentiasa tersenyum itu.
Dia memang seorang yang periang.
Tiba-tiba Yesung mengucup dahiku.
Lama.
Aku terkejut.
Belum pernah Yesung mencium dahiku sebelum ini.
Aku mengalih pandanganku ke tengah taman permainan lalu memaksa diriku mengukir senyuman.
Namun,
akhirnya air mataku jatuh.
Aku teringat akan Yu Jin ketika itu.
"Kenapa?"
Yesung bertanya cemas.
Air mataku semakin laju mengalir.
Dadaku terasa sakit semula.
Yesung memeluk aku.
Dia mengusap rambutku.
"Shh..jangan menangis. Saya tahu apa yang sudah terjadi."
*********************
Pagi ini terasa dingin sangat.
Ke manakah Yesung?
Selalunya dia akan menungguku di pagar sekolah sebelum masuk ke kelas.
Sedang aku mencari-cari kelibat Yesung,
aku terpandang akan Yu Jin sedang duduk di bangku kantin sambil membaca buku.
Rajin.
Aku hendak mendekatinya tetapi tiba-tiba datang seorang perempuan dan dengan selambanya mencium pipi Yu Jin.
Dia sudah ada penggantiku.
Tiba-tiba mataku ditutup oleh sesuatu.
"Teka siapa?"
"Leeteuk!"
Jawabku, riang.
Mataku dibuka.
"Hah! Siapa Leeteuk?"
Yesung bertanya hairan.
"Bergurau sajalah."
"Ingatkan sudah ada teman baru."
Ujar Yesung seakan merajuk.
"Eleh. Merajuk. Alah comelnya dia merajuk. Alah cutenya."
Aku cuba untuk memujuknya.
Namun dia asyik mengelak daripada memandangku.
Jadinya, aku memberanikan diri mencium pipinya.
Mujur sampai.
Maklumlah,
lelaki ini tingginya kira-kira 27 sentimeter lebih daripada aku.
Jadi aku terpaksa menjinjitkan kakiku semasa hendak menciumnya.
Taktikku berjaya.
Yesung tidak merajuk lagi.
Sebaliknya dia meminta supaya aku melakukan hal yang sama sekali lagi.
Aku menjelirkan lidah kepadanya lalu berjalan pergi meninggalkannya di belakang.
Dia mengejarku dan tidak semena-mena dia mendukungku.
Aku menjerit minta dilepaskan.
Mujur dia melepaskan aku.
Jika tidak,
sampai ke kelas nanti aku digendong olehnya.
......


Guru sedang mengajar di hadapan.
Aku juga sedang asyik menumpukan perhatian.
Tiba-tiba sebuah kertas yang direnyukan menjadi bentuk bulat datang kepadaku.
Seseorang telah membalingnya kepadaku.
Aku membuka renyukan tersebut.
Cikgu ini membosankan.
-ELB-
Yesung.
Dia tidak pernah puas mengusik aku.
Shh...Jangan kacau.
-ELF-
Aku merenyukan kertas itu kembali menjadi bulat lalu membalingnya kepada Yesung semula.
Aku tidak lagi diganggu olehnya selepas itu.
Yesung.
Dia memang menghormatiku.
.....
Ketika waktu rehat, aku terpaksa bersendirian.
Yesung sibuk membantu guru di perpustakaan.
Sedang aku makan di kantin,
tiga orang perempuan duduk di hadapanku.
Kedengaran nama Yu Jin asyik disebut-sebut oleh mereka.
Padanlah.
Salah seorang perempuan tersebut ialah perempuan yang aku nampak telah mencium pipi Yu Jin pagi tadi.
Lebih tepat, kekasih Yu Jin yang baru.
"Sayang!"
Perempuan itu memanggil seseorang.
Adakah Yu Jin yang dipanggilnya?
Harap tidak.
Tapi siapa lagi yang layak dipanggil sayang kalau bukan teman lelaki?
Aku segera bangun untuk melangkah pergi supaya dapat mengelak daripada dilihat oleh Yu Jin.
Pasti dia juga tidak mahu menemui aku.
Malangnya, aku terlanggar dia sewaktu aku hendak pusing ke belakang dan mangkuk sup yang aku pegang tertumpah ke kemejanya.
Aku terkejut.
Aku memandang Yu Jin dengan penuh ketakutan.
"Hoi! Buta ke?!"
Papp !!
Aku ditampar oleh teman wanita Yu Jin.
Setelah itu, aku terus berlari pergi dan menyorok di belakang sebuah bangunan sekolah.
Aku menangis sekuat hati di situ.
Pipiku sakit ditampar oleh teman wanita Yu Jin.
Hatiku sakit kerana teringatkan Yu Jin.
Kedua-dua insan itu benar-benar menyakitiku.
Aku memandang ke sisi kiriku.
Terdapat sebatang besi yang berbucu tajam di situ.
Aku mengambil besi tersebut lalu menggores sesuatu di atas lenganku menggunakan bucu besi yang tajam itu.
Entah bagaimana aku terfikir untuk melakukan hal yang sebodoh itu.
Darah banyak mengalir keluar dari kesan gores itu.
Tidak lama kemudian, pandangan mataku menjadi gelap.
Aku tahu bahawa aku akan pengsan.
Harap Yu Jin tidak akan menemui aku di sini.
***************

Aku sedang menangis.
Tiba-tiba datang seorang budak lelaki meghulurkan sebatang asikrim vanilla kepadaku.
"Makanlah. Untuk awak."
Aku makan aiskrim tersebut bersama budak lelaki itu.
"Saya janji. Saya takkan buat awak menangis. Saya akan jadi ELB untuk awak."
Ujar budak lelaki itu.
"ELB?"
"Ever Lasting Boyfriend."
Jawab budak lelaki itu lalu ketawa.
Aku membuka mataku perlahan-lahan.
Kepalaku terasa sakit sangat.
Mataku meliar sekeliling.
Adakah ini hospital?
Aku memandang ke sisi kanan.
Kelihatan sebuah kotak coklat berada di atas meja.
Yesung ada datangkah?
Tidak lama kemudian kedengaran pintu wad dikuak.
"Eh! Awak sudah bangun?"
Yesung berjalan pantas ke arahku.
Aku dapat melihat ada kerisauan di wajahnya.
Pasti itu gara-gara aku.
"Saya panggil doktor."
Aku segera menangkap tangan Yesung.
Menghalangnya daripada bertemu dengan doktor.
Biarlah.
Aku mahu dia menemani aku di sini.
Aku tidak perlukan doktor.
Yang aku perlukan cuma dia.
Hanya dia seorang.
Aku menggeleng-gelengkan kepala sebagai tanda 'tidak perlu'.
Yesung duduk di sisi kiri katil.
"Kenapa awak buat macam tu? Kalau awak perlukan saya, awak boleh cari. Boleh panggil. Kalau perlu, awak boleh jerit nama saya kuat-kuat."
Bebel Yesung, marah.
Aku tidak faham apa yang sedang dikatakan olehnya.
"Tak..faham."
"Tak faham? Itu. Kenapa awak ukir nama saya guna benda tajam di tangan? Kenapa? Tak cukup kertas?"
Ukir nama? Nama Yesung?
Aku menoleh ke arah tangan kananku lalu membuka balutan yang membaluti tanganku.
"Eh! Awak buat apa tu?"
ELB?
Kenapa aku ukir nama ini?
Seingat aku pada waktu itu aku terfikir akan Yu Jin?
Aku berfikir sejenak.
"Yong-soo. Awak okey?"
Aku menggores ELB pada tanganku sedangkan pada waktu itu aku terfikirkan Yu Jin.
Aku bermimpikan budak lelaki sebelum aku menyedarkan diri.
Aku memandang ke arah Yesung.
Yesung.
Lelaki yang tidak pernah membuat aku menangis.
Dia menghadiahi aku kegembiraan, kebahagiaan, keseronokan, dan banyak lagi dan tidak pernah memintanya dibalas.
Begitu juga cintanya terhadapku.
Dia tidak mengungkit walau sedikitpun mengenai itu sejak dia meluahkannya kepadaku.
Dia ikhlas menjadi sahabatku.
Dia ikhlas menemaniku.
Malah dia ikhlas mencintaiku.
Aku terus memandang wajah Yesung.
Aku mengamati segalanya yang telah diberikannya kepadaku melalui wajah itu.
"Saya pergi panggil doktor."
Yesung berlari keluar meninggalkan aku.
Aku memandang ke arah tangan kiriku.
Cincin pemberian dari Yesung masih tersarung di jariku.
Sejak hari itu,
aku tidak pernah menanggalkannya.
Terasa sayang untuk ditanggalkan.
Dengan adanya cincin itu dijariku, aku dapat merasakan seolah-olah Yesung ada bersamaku.
Segala kenangan kami bersama akan bermain di fikiranku apabila aku mengamati cincin itu.
*****************


Dingin sungguh malam ini.
Bulan pun mengambang penuh.
Cantik.
Bintang-bintang pun banyak di langit.
Aku memejamkan mataku dan menikmati angin malam yang menderu.
Tiba-tiba aku dipeluk seseorang daripada belakang.
Aku terkejut lalu memusingkan badanku ke belakang.
Yesung.
Dia sedang mengangkat kedua-dua belah tangannya seolah-olah seorang penjenayah sedang diacukan pistol kepadanya.
Lucu.
"Terkejut saya."
"Maaf. Tak sejuk ke? Awak pun baru keluar dari hospital kan?"
Tanya Yesung sambil berdiri di sebelahku.
"Tak apa. Saya okey."
"Emm...Yong-soo. Awak mahu tahu tak siapa yang hantar awak ke hospital hari itu?"
"Emm...Ambulance."
Balas aku lalu ketawa kecil.
"Lee..Yu Jin. Dia yang hantar awak."
"Oh. Cakap pada dia, terima kasih ya."
"Awak tak marah ke saya sebut nama dia?"
"Kenapa pula?"
"Tiada apa."
Yesung.
Dia sentiasa hendak menjaga hatiku.
"Emm..Yesung. Esok petang jumpa saya di tempat biasa boleh?"
"Okey."
**************


Aku sedang duduk di bawah pokok yang berada di taman permainan sambil memejamkan mata mendengar lagu Smile Again yang dinyanyikan oleh salah seorang penyanyi kumpulan Super Junior,iaitu Ryeowook.
Tiba-tiba sebatang aiskrim vanilla dihulurkan kepadaku.
Yesung.
Dia sentiasa menepati masa.
"Terima kasih."
"Dengar lagu apa itu? Sini?"
Yesung menarik sebelah fon telinga dari telingaku lalu diletakan di telinganya.
Dia memejamkan matanya dan mengamati lagu tersebut.
Yesung.
Dia seorang yang teliti.
Dia meneliti lagu itu untuk meneliti jiwa aku.
Geuroda gipeun sangcheoga
Amun geuddaen barabwajwo
Nal wihan dan han saram
neorul.
"Sudah."
Aku menarik fon telinga tersebut dari telinga Yesung sebaik sahaja lagu itu tamat.
Aku perlu memberitahunya sesuatu.
"Okey. Saya hendak beritahu awak sesuatu."
"Apa?"
"Tapi sebelum itu saya hendak tanya pada awak."
"Apa?"
"Awak masih sukakan saya ke?"
Yesung mengangguk perlahan.
"Okey. Saya rasa...saya pun sukakan awak juga."
Yesung terkejut.
Dia mengalihkan pandangannya ke tengah taman permainan.
Taktik yang sama yang pernah dilakukan olehku.
Kemudian, dia tersenyum.
"Terima kasih."
Ucap Yesung.
"Tapi..."
"Tapi apa?"
Perkataan 'tapi' yang disebut oleh Yesung mendapat perhatian aku.
Adakah dia mahu mengatakan 'tapi dia sudah ada teman wanita baru'?
"Tapi kalau awak buat semua ini untuk jaga hati saya, saya rasa tak perlu. Awak boleh ambil sebanyak masa yang awak mahu untuk siap sediakan hati awak. Kalau awak tak dapat nak terima saya pun, saya tak kisah. Yang penting, awak ada di sisi saya. Lagipun, saya kan dah janji nak jadi ELB awak. So, I'm ever last yours."
Yesung.
Dia memang tidak suka memaksa.
"Terima kasih. Saya mengaku hati saya masih belum bersedia. Tapi anggaplah ini merupakan langkah pertama saya untuk siap sediakan hati saya. We're ever lasting friends, right?"
Aku bukan hendak berlaku hipokrit.
Tetapi inilah yang sejujurnya.
Mungkin benar memang aku terlalu sakit.
Dan hati aku amat sukar untuk sembuh.
Tetapi percayalah.
Yesung lebih baik daripada seorang teman lelaki.
Aku cuma memerlukannya.
Dia...
lelaki yang tidak pernah membuat aku menangis.
Lelaki yang membawa keajaiban dalam hidupku.
Dia telah menghadiahi aku segalanya.
Persahabatan dan percintaan.
Dia bagaikan awan.
Yang sentiasa meneduhiku, menemaniku, melindungiku siang dan malam.
Dia akan tiba disaat aku memerlukannya.
Dia akan muncul tanpaku pinta.
Mungkin dia juga akan menjadi penyembuh bagi hati ini.
-TAMAT-
##############################



P/S : Mianhae~~Endingnya tak berapa nak best kan? Huhu...





READ MORE

Jarome, My Hero

Posted by ELFarahin | On May 09, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum....

OMO! OMO! Eotteokhae?? Jarome? My Hero? Aigoooo~~ Apa yang sudah saya lakukan pada karangan Bahasa Inggeris saya tadi.....Huaaaaaa !! Saya buat karangan about Yesung oppa lah~~ hikhik... First, rasa macam hendak tulis full the truth about my feelings towards him tapi teringat pula yang cikgu Bahasa Inggeris saya tidak berminat dengan Kpop segala ini. So, saya pesongkan sedikit ceritanya. Saya gantikan nama oppa dengan Jarome*nama Inggeris Yesung oppa*. Huhuhu... Overall, cerita saya sangat membosankan! Hendak buat semula tapi masa macam semakin suntuk. So, batalkan saja lah. Hasilnya, esei yang itu juga yang diserahkan kepada cikgu....Nanti lepas kena bebel and dah dapat balik kertas itu, saya post eseinya ya. Hihihi...Tatut lah~~ Tatut hilang markah banyak.....pfft ! Huhu....

*Heebum. Awak jelir lidah, perli sayakah?Sampai hati~~*
Heebum ialah kucing kesayangan Heechul oppa. Huhu....


READ MORE

Faedah Blogwalking

Posted by ELFarahin | On May 09, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum...

'Faedah Blogwalking'? Acececeyhh....tajuk macam nak kasi ceramah je. Huhu... Tak ada la just nak share pendapat saja. No esei format ok. Don't worry. Hee~~ Ok. Lately, saya memang suka blogwalking. Selain menarik pelawat, mencari follower, just suka-suki cuci mata dekat blog blogger lain. Hahaha...Tapi bukan itu saja. Bila kita sedang berjalan-jalan di blog, ada masa kita akan mendapat info or ilmu yang bermanfaat. Like just now. Saya sedang blogwalking. But then, terjumpa entry yang best-superb-meletup gitu! So, apa lagi? Copy+paste lelaju lah! Hehehe... Itulah baiknya blogwalking. Alah~~ tak patah pun kaki tu ha. Nak lagi-lagi bila sedang blogwalking dengan Boyfriend kesayangan. Siapa lagi kalau bukan dengan Yesung oppa! Hehee... *angau sudah*




P/S : Cakap tentang Blogwalking and sambil-sambil itu teringat pula dekat Yesung oppa, teringat juga saya pada lagu Super-Junior-Walkin'. Lagu itu best and nice. Well~ our oppa always daebakkk !!


I'm walking through the day as a teengager...
I'm walking through the day as an ELF...
We're walking through the day with Super Junior...
We're walking through the day with the PR0M15E T0 BEL13VE.







READ MORE

Loaded

Posted by ELFarahin | On May 07, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum....

Maaf. Nak jerit. Aaaaaaaaaaaarghh !! BENCI !! JAHAT !! SUWEY !! *maaf kesat*. Urmm....sudah lama saya tidak buka twitter saya. Mana tidaknya, asyik dapat mesej "please reload" je! Pfft!! Finally, saya yang LOADED tahu tak !!!! Saya rindu nak stalk twitter Yesung oppa. Fine. I admit. I started miss him right now. Oppa~~ can you hear me? Can you feel me? Bogoshipeo !! Hukhukhuk..... *nak nangis*. Lately, memang rasa kosong sangat. Bukan sebab oppa saja. Tapi ada sebab lain. I can't talk about it here. It's toooooo personal. Mianhae~~ Huaaaaaaaaaa !! Tiada sesiapa sudi untuk pujuk saya? Sedih ni.... Yesung oppa!! This bright evening is gettig darker for me!! Where are you?? I can't feel you~~~ Hukhukhuk... :'O :'(

"When I can feel your presence, there is always a bright light in front of me. Like a window that played every sweet and nice memories for me. That make me impossible to cry a lot. Unless make me smile and laugh as much as I want. My dad, sacrifice and gave me everything that I need. But I'm sure, he can't 'give' you to me. Only you will come by yourself whether in my dream or fantasy. I glad to feels your presence. Because that just a very precious moment that I don't want miss. You're my cure. You heal me. My empty soul need your power to make it full with happiness. My broken heart need your hug and kiss to make it full with love."


I MISS KIM JONG WOON !!
I MISS YESUNG OPPA !!
I MISS PRINCE CLOUD !!
I MISS MR. MOVIE !!
I MISS MY EVERLASTINGBOYFRIEND !!!
*heartless*

P/S : Maaf kerana bertindak diluar kawalan. Seriously! I'm fucking SICK!


READ MORE

Super Glitter

Posted by ELFarahin | On May 05, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum...

Saya saja godeh-godeh web Glitter Graphics. And dah alang-alang itu, search lah juga kot-kot ada grafik berkaitan Super Junior. Waaaaaahhhh~~ ada rupanya! Well~ Our oppa(s) is International right? huhuhu... Ini antara graphicnya :











glitter-graphics.com


Okeyh! Itu saja lah ya. Kalau nak lebih, search lah sendiri dekat Glitter Graphics. Hehehe... Saya nak makan. Dinner tak lepas lagi niyh. Huhuhu...Selamat Malam! Tidur nanti jangan lupa mimpikan Super Junior taw!

P/S: Grafik Yesung oppa susah nak jumpa. Ada tapi kurang comel untuk tatapan semua. (T^T) Gwaenchana. Gambar oppa banyak dalam laptop saya. Huhuhu...




READ MORE

Missing & Miss Him

Posted by ELFarahin | On May 03, 2012 | | No comments:
Yesung oppa,
lately I can't feel your presence.
And that just make me felt lonely and worst.
I tried to view my twitter.
And of course including yours.
But its took too much time to load.
And that just horrible for me!
Its has been about 2 weeks I being like this.
I'm losing you in my heart.
Even in my soul.
I even lost my 'heartbeat' for you.
I can't feel the warmth.
I can't feel that feeling which always make me happy everyday.
Even I can't feel your imaginary hug and kiss.
Where are you?
Where have you been?
Do you still in my heart?
Hiding somewhere?
Please...
come out.
Bring that 'LOVE' with you for me.
I need it.
Now...
please.

Why?
Why my heart don't shaking at all when I whispered your name?
As usual?
Seriously! Honestly!
I don't have other man than you to LOVE.
But...
it's not about someone.
It's about something.
Something that make me feel far apart from you.
Something that make me miss that feeling.
Something that make me miss you.

I'm sorry...
I know that it was my own mistake.
I know what's happening to myself.
But how can I explain about it??
It's not about I have somebody else or what...
It just about something else that too hard for me to be truth.
I'm sorry...really sorry...
Untill now,
there is no one knows about it.
The secret still safe with me.
Hope....
you'll comeback to my life soon!
Let me feel the 'heartbeat' back!
I'll waitting....
Waitting till that 'thing' gone from inside of me...
Waitting till I can go through this life with you again.
As always...







READ MORE

SJ goodies !!

Posted by ELFarahin | On April 29, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum....

Hari ini saya telah pergi shopping dengan mak saya. Haishh....sudah lama tak berjalan, naik lenguh kaki pusing-pusing dekat bandar tu ha. Huhuhu.... Nawaitu saya hendak ke bandar sebab mahu beli buku rivision fizik. Alamaklum....otak saya ini lambat sikit hendak pick up apa yang cikgu ajar di hadapan. Tambahan, modul yang cikgu berikan pun dah tak berupa modul. Hahahaha... So, I need a rivision book.

As usual, sebelum balik, saya akan bersinggah ke kedai serbaneka berdekatan dengan stesen bas, iaitu Sinajaya dan Jovial. Firstly, saya pergi ke Sinajaya. Fikir mahu beli komik tapi tiada yang menarik. So, beli makanan saja di situ. Then, saya singgah pula ke Jovial. Untuk mencari komik. Jumpa! Tajuknya, "Anak Kucing Ketua Pelajar". Nampak macam kelakar saja ceritanya. Alang-alang sudah singgah ke Jovial, apa salahnya kalau kita godeh-godeh kpop goodies yang terjual di situ. Dari penanda buku, pencil case, key chain, diaries, semua saya belek. Kyaaaaa~~ banyak sungguh yang menarik!! Of cozlah yang menarik itu Super Junior. Ada diary dengan cover Leeteuk oppa. Ada pencil case dengan gambar SuperShow 4. Ada bookmark dengan gambar Yesung A-Cha padanya !! Yep! Saya beli yang itu! Huhuhu... Ada juga button yang tertulis di atasnya, "I  Super Junior! YES! Saya beli yang ini juga!! Hehehe...


Sebaik saja sampai rumah, saya asyik belek saja goodies ini. Hehehe...Sampai mak saya ketawakan saya sebab saya asyik balik-balik tengok benda ini. Hahahahaha...
READ MORE

Mid Year!!!

Posted by ELFarahin | On April 25, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum.... Alamak~~ tak lama lagi nak Mid Year exam lah....ini pun sedang sibuk-sibukan diri dengan study group with my BFF, Raidah and Aznie. As usual, Aznie akan jadi 'guru' kami. Alamaklum, she's the clever one. Huhu... Today, kami buat study group about subjek Biologi. Mengenali dua beradik yang seakan iras tapi tak serupa, iaitu Mitosis and Mieosis. Hihihi... Aishhh~~ Add Math pun dah tunggang-langgang jadinya. Tak ingat Formula!! Hampeh~~ Hahahaha.... Fizik? Adessss.... Oklah. Itu ja nak cerita. Hee~
READ MORE

OMO! Chingu-yah!!

Posted by ELFarahin | On April 24, 2012 | | 3 comments:
Assalamualaikum....

Astaghfirullahalaziim... buka-buka blog sudah terkejut begini. Terharunya~ Hendak tahu kenapa? Seorang blogger telah menjadikan blog saya sebagai entrynya....Kamsahabnida, chingu~~ Touching sangat.... Rasa macam baru dapat hadiah yang teristimewa. Yep!! This is really a precious moment, present for me. Gomawo~~ Eeeee....tak puaslah nak ucapkan terima kasih. Terharu sangat nie.... Terima kasih e-zatisofea. <----- klik this name to view her blog!! Terharu.... :') terharu sangat!!!! OMOooooo~~~~



Click image di atas untuk view entry tersebut!! hehee...

READ MORE

My HeartBeat

Posted by ELFarahin | On April 23, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum....

Yeyeyeyeye!! Finally!! I get my heartbeat back!! Hmm...lately, no woner why I kept focused & view about Pengx. Untill that, I feels like I lost something. You know what? I lost my heartbeat. I can't feel his presence. Yesung. Where was he? But today, my heart back beating faster. Back fall in love. Honestly, I feels much better like this than my heart 'stop' beating. That just make me feel worst. Lonely. I miss this feeling. Really miss it!! Yesung!! I miss you,oppa !! Really miss you !!



READ MORE

Invisible & Visible

Posted by ELFarahin | On April 11, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum...

Ehem ! Mahu tahu tidak kenapa blog description saya, "Invisible doesn't means don't exist. PR0M15E T0 BEL13VE!!"? Of coz saya terfikirkan SUPER JUNIOR pada waktu itu. Bukan 9, tetapi 13. Saya ada terbaca sebuah komen di CME (http://www.facebook.com/groups/310217812324777/), tulisannya lebih kurang berbunyi begini, "....visible in eyes..." kot? Saya pun tidak ingat. Yang saya ingat ada perkataan 'Visible'. Betul lah apa yang dikatakan itu. 9 oppa berdiri di atas stage tetapi lagi 4 orang yang tiada masih jelas di mata ELF. Super Junior bukan 11, bukan 10, bukan 9, bukan 15, tetapi 13. Dengan berjumlah 13 lah mereka lebih HEBAT, lebih GEMPAK, lebih COOL, lebih HANDSOME, lebih STYLISH, lebih. . . . . macam-macam lagilah. Huhuhu....Yang pastinya, selamanya 13. PR0M15E T0 BEL13VE !!








P/S : Hari ini ada SHOWDOWN 2012 di TV 8 ! Jangan ketinggalan ya !! Hahaha...
READ MORE

Anak Malaysia

Posted by ELFarahin | On April 11, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum...

Hmmm....saya baru perasan yang background blog saya ini ada bunga raya. Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia bukan ? Huhu...5 kelopak mewakili 5 rukun negara.

1. Kepercayaan kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
3. Keluhuran perlembagaan.
4. Kedaulatan undang-undang.
5. Kesopanan dan kesusilaan.

Cakap pasal '5'? Jangan lupa juga 5 rukun Islam. Hehee...

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Menunaikan solat lima waktu.
3. Berpuasa di bulan Rmadhan.
4. Mengeluarkan zakat.
5. Menunaikan haji bagi yang berkemampuan.

Okey. Blog saya sudah ada unsur-unsur patriotik! Hahahaha.... Bukan patriotik saja. Unsur perpaduan pun ada. Ada 2 jenis unsur perpaduan di sini. Iaitu warna biru yang merupakan antara warna bendera Malaysia kita iaitu Jalur Gemilang yang mewakili maksud perpaduan.

Tak lupa juga, warna biru ini juga lambang perpaduan ELF !! Hee~ Warna biru adalah warna wajib yang patut ada pada seseorang ELF. It's BEAUTIFUL right?!!! I LOVEeeeee BLUE. Kalau peribahasa Inggeris Blue Blood bermaksud keturunan di raja? Then bagi ELF, Blue Blood is the colour of our blood. We proud to have it !!! We're different but we're all same when we're together. Such an amazing world don't it? Hmm... Biru sememangnya warna tetap pilihan saya. Dan Malaysia sememangnya satu-satunya tempat tumpahnya daraku. Walaupun saya lahir di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Huhu... Just kidding. Okeylah. Sampai di sini saja. Bye.
READ MORE

PR0JECT F0R LEETEUK

Posted by ELFarahin | On April 09, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum....

I got this on FB long time ago. Last month. It's my fault don't copy+paste it as document or note. I just looked for it. To make me more easier to find it for this tonight, i post it here ! This is for all ELF also ! 

"PROJECT FOR LEETEUK

ELF ALL AROUND THE WORLD LISTEN UP!! Let us all tweet this to Leeteuk (@special1004) at 12KST of 10/04 till the end of the day! "박정수, 님이 눈물 지으시면 모든 팬덤도 같이 눈물 흘린다는 사실 아세요? 그래서, 울지 마세요, 우리는 당신을 기다릴 게요! 한 모든 것에 정말 감사합니다! ♡"! It means "Park Jungsoo, do you know that when you cry, the whole fandom cries with you? So, don't cry, we will wait for you! Thank you for everything that you've done! ♡"! Let's all flood his mentions with these meaningful words & let him know how important he is to us & how much we love him okay!
 
I hope that every ELF here on twitter will help spread this message & join us in this project. And also, if possible please don't tweet him any other things so that his mentions would be filled with our message to him as ELF & hope that he will see it! THANK YOU SO MUCH & I HOPE THAT THIS WOULD BE A SUCCESS!!"


READ MORE

In L0VE

Posted by ELFarahin | On March 24, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum...

Ehem ! Semalam saya buka twitter saya. Alamaklum, sudah lama tidak meninjau. Apabila sudah buka twitter, nawaitu utama ialah untuk view my EverLastingBoyfriend's twitter, @shfly3424 !! Waaaaaahh ~ banyak sungguh tweets dia. Baru saya sedar, sudah terlalu lama saya tidak membuka Twitter. As usual, saya akan Favorite & Retweet tweets dia even tweets itu tweets yang sudah lama berlalu. Then, saya view pictures yang dia tweets. OMO ! Sedar tak sedar, rupa-rupanya saya tersangat rindukan dia. Jantung saya berdegup kencang bila view pictures dia. Senyumnya....Matanya....sentiasa menambat hati saya. Huhuhu... Actually, sudah lama tidak merasakan perasaan yang begitu. Dahulu....lama dulu, sebelum mengenal Yesung oppa, perasaan seperti itu hanya saya rasakan bila ternampak atau berhadapan dengan Ex saya. Tetapi semasa berhadapan denga Ex saya, perasaan seperti itu hanya membuatkan saya berasa sakit dan hendak menangis. Namun lain pula dengan yang ini. Rasa sakit....hendak menangis....rasa bahagia....sesak nafas...bercampur-baur. Tahukah apa maknanya itu? Itu ertinya saya sungguh gembira ! Sangat bahagia ! Saya layan twitter dan facebook saya sambil menahan sakit akibat dari debaran di dada, cuba untuk bernafas dengan baik sambil tersenyum-senyum seorang diri. Hahahahaha...Inilah yang saya mahukan. Senyum dengan ikhlas bukan kerana terpaksa atau kepura-puraan. Senyum yang sebegini tidak akan memenatkan saya dan membuat saya mengeluh. Saya suka begini ! Saya gembira begini ! Saya bahagia ! Huhuhu... Alhamdulillah :D



READ MORE

Thursday Crush

Posted by ELFarahin | On March 15, 2012 | | No comments:

Assalamualaikum...

Hmm...hari ini hari apa ? Siapa yang masih belum berganti kalendar, hari ini hari Khamis, 15/03/2012. Hehe... Ok. Saya tahu hari ini hari Khamis dan esok ada Naruto Shippuden di TV3 jam 7 malam. Hahahaha.... Tapi hari ini juga adalah hari yang menyedihkan dan menyakitkan. Hari ini saya teringat kepada ex-bf lah... Macam siot ! Saya bermati-matian hendak lupakan dia tetapi no wonder why and how, dia muncul secara tiba-tiba di fikiran saya. Lawaknya, muncul semasa saya sedang leka menggulung doh untuk buat kuih siput. Tambahan, lagu-lagu di radio menambahkan lagi siot ! Even lagu Hands Up pun sudah tidak dapat buat saya enjoy. Semasa sedang menggulung kuih siput, hati saya rasa sempit dan saya merasakan kepiluan dan kegelapan sedang menghampiri dunia saya. Dalam masa yang sama, hati saya menyebut "Oppa" banyak kali. Pada saat itu, saya memang memerlukan imaginasi saya. Fantasi saya. Saya perlukan Yesung oppa. Saya pejamkan mata dan bila saya buka, bening mata saya basah. Saya tidak menangis tetapi itu tandanya hati saya menangis. Saya pejamkan mata saya semula dan tarik nafas. Saya cuba tenangkan diri. Saya bayangkan Yesung oppa datang memeluk saya dari belakang. Yesung oppa menggosok bahu saya. Dia memujuk saya. Namun itu hanya berhasil buat seketika. Hati saya kembali sakit dan terasa sempit. Tanpa sedar, air mata sudah memenuhi mata saya sampai pandangan saya kabur. Macam mana pun, saya cuba bertahan daripada menangis. Ya. Saya tidak menangis. Tetapi, bagaimana hati saya?

Selepas siap menggulung doh , saya online FB saya. Best Friend saya Farrah /Dyy Dealova(FB) telah menanda saya dalam statusnya. Dia tulis ,


Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar....


Kata-kata itu memang menaikan semangat saya semula. YES! Bantuan datang tepat pada masanya ! Huhu... Alhamdulillah... ^^

Semasa rasa sakit dan sempit itu masih bersisa di hati saya, saya telah post status ini,


Aku cuba melawan gambaran akal ...
Cuba menahan tumpahnya rintihan ...
Sedikit demi sedikit ,
aku merasakan kegelapan ...
kesunyian ...
kepiluan ...
Aku menjerit ...
Hatiku memanggil ...
Di mana Putera Awan ku?Aku perlukannya di saat ini....Kesakitan itu kembali ...
dan aku butuh kesembuhan dari curah kasihnya ....
Senyumnya ....
dan renung matanya indah ....
Tiba-tiba...
Bening mataku dibasahi sebutir mutiara ....
Ya !
Aku tersangat membutuhkannya ...Menghindarkan aku daripada dibelenggu kesakitan itu....
Yesung oppa ...


Macam mana pun, sekarang saya sudah okay ! Alhamdulillah... ^^




READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin