Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

SARANG-yah!!!!!

Posted by ELFarahin | On December 27, 2011 | | No comments:


Sedih ja tengok video ni.Rasa nak menangis!Hati ni sakit sangat.Saya
tekup muka dengan bantal dan jerit lepaskan sakit di hati.Saya gigit
bantal saya dan pejamkan mata.Tak pasal-pasal,mata saya basah.
Saya tahu,ini gila.Malah,saya tak pernah rasa perasaan yang macam ni
terhadap artis.Ya!Saya sayang dia.Sayang sangat.Bukanlah nak kata
dia kekasih yang akan kahwini saya,tapi saya memang sayang.Tak pernah
jumpa?Tak pernah bercakap?It doesn't matter.Saya tetap cinta dan sayangkan
dia no matter what.

Sedih saya tengok muka dia masa menahan sakit.Saya dapat rasakan
kesakitan dia.Hati saya merasakan kesakitannya.Walaupun kejadian ni
dah lepas,saya tetap rasa sedih dan ia macam baru sahaja berlaku.
Saya risaukan dia.Saya bimbangkan dia.Hati saya sakit sebab tengok
dia dalam kesakitan.Jantung saya berdegup kencang sampai rasa nak
meletup.Saya sayangkan dia.Sayang sangat!Semua ELF sayangkan dia!



Even dalam kesakitan,dia masih menari.Masih menyanyi dengan penuh
senyuman.Ya.Senyuman dia memang cantik Itu antara part yang saya suka!
Dia senyum seolah dia mengatakan yang dia tak apa-apa.Saya betul-betul
terharu melihatnya.Memang rasa nak peluk cium dia.Sayang dia sangat!!
Sayang sangat-sangat!!!

Dia kekasih yang dapat beri saya dorongan untuk tidak bermain lagi dengan
api cinta zaman remaja yang sia-sia ni.15 tahun.Better belajar and keep focus
on it.Dan saya cuma akan mencintai dan menyayanginya.Serius saya cakap,
he's not mine but ours,ELFs.Kami cintakan dia!Kami sayangkan dia!
Kalau memang ada teman lelaki tak dapat terima kami perempuan-perempuan
yang sangat-sangat mencintai dia,it's much better dengan mencintai dan
menyayangi dia daripada anda teman lelaki yang tak memahami!!

Sejak saya tengok video ni,saya labelkan dia sebagai hero saya!!Saya kagum
dengan semangat dia.Semangat dia untuk teruskan persembahan menunjukan
dia bekerja keras.Semangat dia untuk terus menari dan menyanyi menunjukan
dia memang sayang kawan-kawan dia dan tak nak malukan mereka dengan
berhenti menari.Oppa!!Kim Jung Woon!!Yesung!!Saranghaeyo!!!Cinta awak
sangat-sangat!!Selevel dengan ex saya.Serius!!Tapi..rasanya lebih sedikit.
Saya lebih cintakan awak daripada ex yang dulu!Awak lebih buat saya happy
dan bahagia daripada dia yang tak guna!Saya sayangkan awak saja Yesung!
Satu-satunya kekasih saya!!Everlasting Friends,Everlasting Love For You,
Sarang-yah!!

READ MORE

Patah Seribu by Shila Amzah

Posted by ELFarahin | On December 25, 2011 |
READ MORE

TRAUMA

Posted by ELFarahin | On December 23, 2011 | | No comments:
Image result for alone images city night
Masa silam telah membuat saya trauma.Luka di hati yang lalu,buat saya trauma tentang luka.Luka di hati tak dapat dilihat.Tetapi dapat dirasa.Kepedihannya...keperitannya...
bolehkah dijelaskan?adakah yang akan memahami?Saya sangat takut akan namanya luka.

Ini mungkin melucukan.Malah saya juga berfikir begitu.Ayah saya dah banyak kali ajak saya supaya belajar menunggang motor.Ya.Saya berminat.Tapi bila saya terbayang akan luka,saya cuma mampu memejamkan mata dengan rapat.Mengetap bibir ketakutan.Hati kecut,menyakitkan.Saya bukan cuma trauma akan luka di hati.Tetapi juga luka di tubuh saya sendiri.

Kalau luka di hati dah tak buat saya tak tertangis akan kesakitannya,macam mana pula kalau luka yang nyata.Saya tak tahu kenapa saya begini.Kenapa tentang luka selalu menghantui saya.Luka buat saya cemas.Resah tak tentu pasal.Macam sekarang.Saya menaip sambil berkerut dahi.Dengan hati yang bimbang.Seperti nasib malang akan menimpa saya tak lama lagi.Saya sangat takut pada luka.Saya tak takut darah,tapi saya takut akan luka.Kesakitannya.Kepedihannya.Keperitannya.Semua itu buat saya menggigil satu badan.Saya tak sangka,luka di hati mampu beri impak yang dalam terhadap diri saya.Saya takut akan luka.Saya takut akan dilukai.Saya takut akan terluka.Saya takut akan melukai.

Segala tentang luka buat saya trauma.Rasa dunia ni gelap.Rasa diri ini cuma sendirian dan terus dihantui bayangan misteri.Terasa hati ini sangat sempit dan tak keruan.Luka...bolehkah saya hindari luka?Bolehkah saya mengelak dari luka?Tolonglah....lindungi saya...








READ MORE

Kias & Madah

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 | | No comments:
Image result for girl railway images
Hatiku tidak berbisik dalam tika yang lama,
Aku tidak dapat mentafsir bisunya ia,
Aku tidak dapat mendengar desis suaranya,
Mengapa?


Mungkin kerana tiada engkau,

Sudah bertahun engkau menjadi punca,
Dan kini cuba ku hapus...
Lalu madah-madah itu ikut melupus jua.
Begitukah?


Tak mengapalah aku kehilangan

kiasan dan madah-madah itu,
Esok atau lusa atau bila-bila,
pasti akan ada yang datang bersama mereka,
kiasan dan madah-madah itu akan kembali,


Mereka tidak ke mana,

Masih di sini...
Tersorok tersisip di celahan hati yang kosong,
Aku cuma perlu menyusunnya menjadi patah berkata,
Sukarnya...
Bezanya...
patahan kata-kata itu hadirnya tanpa sebuah cinta
seperti dulu....


Tidak mengapa...

Mulai saat ini....
aku harus belajar berkias madah tanpa cinta,
harus belajar hidup tanpa mencinta engkau,
harus jua belajar mengawal cinta,
bukan lagi dikawal dek cinta yang memperhamba.













READ MORE

Mahunya Aku

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 | | No comments:
Image result for girl alone images
Aku mahu memadamkan kepahitan silam,
Hilangkan pahit itu dan sadurkannya dengan kemanisan kenangan,

Aku mahu menitik noktahkan sebuah cerita,
Memulakan pendahuluan yang baru di buku yang baru,

Aku mahu membasuh luka memulih cela,
Mahu menggantikan hati merah yang segar warnanya,

Aku mahu menginjak tanah dan hakikat,
Menghapus angan-angan yang sekadar menjunam,

Aku mahu menjadi yang bahagia dan gembira,
Bukan sedih melara sepanjang usia,

Aku mahu berimpian indah belaka,
Bukan fantasi yang asyik menggores luka,

Aku mahu miliki sebenarnya cinta,
Bukan dimiliki cinta yang konon benar nampaknya,

Aku mahu kental indah berjiwa,
Bukan terjelupuk jatuh ditimpa hampa,

Aku mahu terus berbahagia,
Bukan mencari bahaya yang sia-sia,

Aku mahu berhenti mencintai dia,
Itu bukan sekadar hanya kata,

Aku mahu melenyapkannya bersama luka,
Itu adalah madah berbahasa sasa,

Aku mahu menghumbannya bersama duka,
Biar mati ditelan masa,
Luput ditimpa bahagia.




READ MORE

HAMBA CINTA

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 |
Saya baru sedar.Merenungkan....yang saya pernah menjadi hamba cinta.Ah!Kesian betul.Tak sangka saya boleh sesat dalam cinta.Teruknya!Saya kata saya mengaguminya.
Kagum degan keindahan dan kehebatannya.Yes,I am!Tapi tak sedar pula saya terlalu memujanya sampai saya memperhambakan hati dan maruah saya.Saya pernah hampir menyukai kawan sejenis.Waktu itulah saya sedang memperhambakan diri saya.Tapi saya tetap cuba melawan.Cinta itu bukan raja untuk saya tunduk padanya.Bukan tuan untuk saya menjadi anjingnya.Cinta itu kepunyaan saya.Milik saya.Saya adalah tuannya.Cinta tak boleh melangkah takhta saya.Alhamdulillah..dosa itu tidak berlaku.Saya pun tak terlanjur habis.Kawan saya tak tahu saya pernah menyukainya.Agak-agak kalau saya beritahu padanya,mungkin dia faham yang dia patut menjauhkan diri dari saya.Tapi...saya takut kehilangan kawan.Saya sangat perlukan kawan.




Tapi sekarang,kami dah tak berapa rapat.Dia sekolah lain.Saya sekolah lain.Kalau terserempak dengan dia,rasa berdebar dan ego seperti lelaki tu dah tak ada.Tapi saya tetap waspada terhadap diri saya sendiri.Fahami kalau menyukai kawan sejenis itu adalah dosa.Menyayangi dan mencintainya seakan kekasih,itu adalah dosa.Saat berpegang tangan dengannya,dan diri mula berbangga seakan ego seorang lelaki,itu adalah dosa.Saya perlu dan wajib  fahamkan dan terapkan itu dalam hati dan minda saya.Kawan perempuan menjadi kekasih kepada diri seorang perempuan,itu adalah dosa.






Mungkin saya patut letakan Cinta di bawah tapak kaki saya.Bukan di hati saya.Biar ia dipijak dan diinjak.Saya rela.Saya takkan menjadi hambanya lagi.It's disgusting !
READ MORE

NURAZNIE 2

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 |
Baru je semalam bercerita pasal Aznie.Today,I meet her at school.She was crying...Why?Hahaha...dia terharulah...dapat 8A dalam PMR.While me,I got lower than her.6A!But I'm grateful and proud of myself.Never expect that result.My target was 5A.Yah...Alhamdulillah.At least,there is something that I could do and make my parents happy and proud of me.Alhamdulillah...today is a precious moment.More precious than UPSR.I'm too happy til SUJU oppa keep playing in my mind.My heart keep calling them.Wish could hug and kiss them.But,they're far.Dan kalaupun oppa dekat,tetap tak boleh hug and kiss.It's still a sin.Must marry first lorh...Bwahahaha!!Marry?Wish could marry 13 all of them.Hahahaha.Tinggi sangat angan-angan.Satu pun mustahil dapat,apalagi 13.Huhuhuhu....However,Alhamdulillah for everything!this best result,bright smile from my parents,oppa that love me and all ELFs...waaahhh....such a wonderful world it is....Alhamdulillah....
READ MORE

C.I.N.T.A: Lumrah sebuah cinta

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 |
C.I.N.T.A: Lumrah sebuah cinta: Perlukah wujudnya rasa cinta sedangkan kebanyakan pengakhiran cinta adalah dengan airmata disebabkan hati terluka.Mengapa manusia sering men...
READ MORE

C.I.N.T.A: Cinta itu terkadang pahit dan terkadang juga manis...

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 |
C.I.N.T.A: Cinta itu terkadang pahit dan terkadang juga manis...: Cinta itu terkadang pahit dan terkadang juga manis . Jangan pernah letih mengejar cinta yang suci . Belajarlah mencintai diri sendiri dahu...
READ MORE

NURAZNIE

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 |
Yah...Dah jarang berpuisi lah...Tak ada idea and tak ada feeling.Maybe sebab cuti sekolah ni asyik duduk kat rumah dan tak terdedah pada persekitaran luar.Usually kan ke sekolah berinteraksi dengan kawan-kawan...cikgu...they might be my inspiration.

Next year dah form 4.Hermm...dapat kawan baru,cikgu baru,suasana baru.Awkard.Wish dapat kawan yang baik dan betul nanti like Aznie.Berkawan dengan dia,saya ada semangat nak belajar.Dia menjadi dorongan pada saya untuk ulangkaji pelajaran bersungguh-sungguh sebelum exam.Dia boleh dikatakan suatu keajaiban.Trust me!Bila berkawan dengan orang yang pandai,seriously anda pun akan ikut pandai.Even tak sepandai dia,at least tak sebodoh dulu.Hahaha.

Aznie.Be friend with her had 3 years.Had through a lot of fun and tears with her.Such a beautiful friendship.Saya sayang dia.Saya selalu nak jaga hati dia.Saya tak nak bergaduh lagi....saya tak berminat dengan rajuk memujuk ni.Lemah!Saya tak pandai memujuk.Dia memang lebih pandai daripada saya tapi saya tetap anggap dia macam budak kecik.Saya nak selalu jaga dia bila dia dengan saya.Saya sentiasa cuba fahami perangai,emosi dan perasaan dia hanya dengan memerhatikannya.Sure.I'm a psikik.Hahahaha....


Bila dia masuk kelas dengan muka yang masam,menghentak beg dan buku-bukunya,that's mean dia ada masalah dari rumah.Jangan kacau dia.Bila dia tengah solve mathematics problem dengan khusyuk,pun jangan kacau.Dia memang tengah kosentrat giler tuh.Bila dia menangis,err....er...tu saya tak tahu nak buat apa.Saya cuma duduk diam di sebelah dia dan biarkan dia menangis sampai habis.But then,saya takkan tanya kenapa dia menangis selepas beberapa minit lalu.Saya akan tunggu beberapa jam lagi untuk bertanya 'kenapa'.That much better.Saya suka bila dia jadi leader dalam study grup kami.She's so active and could activate our minds.Hahahaha...

Itulah Nuraznie binti Ibrahim.Actually,tak terfikir pun nak buat catatan pasal Aznie.Saja menconteng di blog.Dah alang-alang tu,just contineu jelah.Hehee...Aznie.I know...She's a great bestfriend.Saranghae,chingu!
READ MORE

MENCINTAI

Posted by ELFarahin | On December 20, 2011 | | 4 comments:
3 Tahun...semua orang mengatakan ia tempoh yang sangat lama.Namun,biarpun saya kata ia tak begitu lama,saya mengaku saya menipu.Ia memang tempoh yang sangat lama bagi menunggu seseorang yang takkan-takkan sesekali kembali dan datang kepada kita.
3 tahun tu juga...saya berpura-pura bahagia mencintai dia.Ya.Memang saya tidak menangis atau merungut akan kesakitan yang saya rasa.Tapi tangisan dan kesakitan yang saya sorok tu buat iman saya tenggelam.


Honestly,saya pernah terhasut dek syaitan untuk menyukai kawan sendiri pada tahun kedua.Seorang perempuan.Saya tahu masa tu keadaan saya memang teruk.Oleh sebab saya tak mampu mencintai lelaki lain,saya cuba untuk mencintai kawan sejenis?Gila!Ya.Memang gila.Tapi saya lawan habis-habisan dengan hasutan tu.Saya cuba untuk berjauhan dengan kawan saya.Berhenti bercerita pasal hati dan perasaan dengan dia.Tapi apa yang kadang-kadang buat saya lemah,senyuman dia.Layanan mesra dia yang saya tak pernah dapat daripada kawan-kawan perempuan lain.Actually,she's not my best friend.Cuma...dia memang seorang yang mesra dan sangat peramah.


But now,she had gone.Saya dah jarang jumpa dia disebabkan kami berlainan sekolah.Alhamdulillah...perasaan bodoh tu dah pergi.Now,it's abaout that boy yang saya tunggu sampai 3 Tahun.Now,saya betul-betul nak berhenti.Sudahlah...Dia takkan balik.Takkan kembali.Sudah jelas semuanya.Dia pun dah lepaskan apa yang patut dia lepaskan pada saya.That words.Still playing in my mind."Oi kau!Jangan kacau aku dengan **** lagi.Kita dah tak ada apa-apa."Even he just commented on my fb,for me that should be something important for me.So,what should I do now?Forget him lah.Let he go.Like Yeong Saeng say,"Just let it go...let it go..."



Untuk melaksanakan proses melupakan dia sepanjang cuti sekolah ni,saya buang semua video-video cintan yang saya create yang still ada dalam laptop say.Saya buang brooch S
yang asyik melekat pada tudung saya and gantikannya dengan brooch huruf F yang saya beli.It's much better.And don't forget.I had blocked that couple.He and his beloved girlfriend.Shuh!Out from my list.Setelah buat semua ni...yup!I admit that I feel lonely.Coz it had been 3 years I loved a boy so much and now wanna stop.Then,I choose them.My official boyfriend.SUPER JUNIOR!Now,it's only about my oppa and my dad,men that I love now.Just them.That boy,I must kick!kick!and kick him away suweyyy~~hahaha.



Ok.Now,honestly I have more addict and love to oppa.They had been someone important to me.Even not much I can do for them,I will support as will as I can.Leeteuk,Siwon,Yesung,Shindong,Eunhyuk,Donghae,Ryeowook,Heechul,Sungmin,
Kyuhyun,Kangin,Kibum,Hankyung.I love them!Saranghae SUPER JUNIOR !!heee~ =)

READ MORE

Waktu

Posted by ELFarahin | On December 17, 2011 | | No comments:
Related image

Waktu,
Kau berputar dan terus berlalu,
Biarpun detik jarum tetap akan kembali pada angka yang sama,
Namun setiap saat yang berlalu takkan dapat diulangi lagi.


Waktu,
Berlalulah kau bersama kenangan-kenangan itu,
Aku takkan mengira berapa detik sudah berlalu,
Bawalah kenangan-kenangan itu pergi.


Waktu,
Setiap saatmu mencatat perihal hidupku,
Padamkanlah beberapa saat itu
bersama kenangan-kenangan itu.


Waktu,
Jangan kau kira lagi saat-saat akan kenangan itu,
Robekannya dari catatan hidupku,
Padamkannya...
Gantikannya dengan titik noktah bagi setiap titik detikmu
bagi kenangan-kenangan itu.









READ MORE

Tiada Yang Sempurna

Posted by ELFarahin | On December 17, 2011 | | No comments:
Image result for girl alone at window images
Adakah diri ini terlalu kesunyian ?
Biarpun banyak yang menyayangi diri ini ?
Mengapa masih mengharapkan lelaki ?
Usia muda ini tidak pantas bermain api,
Tidak serikkah sudah lecur separuh hati ?

Mengapa kerap kali membayangkan lelaki ?
Mengapa kerap kali mengharapkan pelukan ?
Mengapa harus mengharapkan belaian dan kusapan ?
Adakah diri ini terlalu kesunyian ?
Atau bisikan syaitan yang sedang bergelora ?

Mengapa mesti mengharapkan lelaki sehebat itu ?
Di dunia ini tiada pahlawan mahupun wira,
Semuanya cuma lelaki biasa,
Yang juga bisa menghampakan dan mengecewakan,
Tiada yang sempurna....

Bagaimana agaknya aku bisa berhenti daripada berkhayal ?
Semua ini cuma akan menjerumuskan aku
ke lubuk kesunyian yang lebih dalam.
Di dunia ini tiada lelaki sehebat itu,
Kenyataannya...
Tiada yang sempurna.
READ MORE

PERTARUHAN CINTA

Posted by ELFarahin | On October 13, 2011 | | No comments:

Perih...suka...duka...
sekian lama aku mencintaimu
sehingga kini masih mencintaimu.

Sakit yang aku ratapi
bahagia yang selalu ku impi
itulah pertaruhan cinta ini.

Kesusahan dalam mencintai
jalan yangku pilih untukku harungi hari-hariku
bersama tangis dan tawa
aku tetap mencinta.

Dahsyatnya aku mencari kesusahan dalam cinta
sepanjang mencintaimu aku menanti air mata pilu
aneh......namun itulah percintaanku.

Seringku andai antara kita telah ternoktah
namun jelas aku masih mengharapkan perkembalianmu
aku masih mengimpikan kebahagiaan itu.

Tak terfikir dek aku untuk memilikimu sepanjang hayatku
menebarkan cinta berlayar di lautan asmara
jelas hatiku masih sawo matangnya.

Aku cuma ingin merakit di tasik teratai
biarpun berlumpur inginku tenang mencintaimu
biarlah tanpamu di sisi....dirimu bukan untukku miliki
memadai hati ini hanya mencintai.

Mencintaimu tanpa memikirkan siapa dirimu,lelaki?
apa jahat....apa baik dirimu...
aku cuma mencintaimu
takku renungi sifat-sifat keji mahupun terpujimu.

Percayalah aku mencintaimu dengan rela
memang benar hati berkeras untuk tidak lupa
namun yakinilah mencintaimu bukan kerana terpaksa.

Mencari berkat dan radha Allah dalam mencintaimu
jujur...benar aku terlalu mencintaimu
moga percintaan ini tidak tergolong dalam dosaku.

Takku suarakan agar engkau menjadi jodoh hayatku
cukup sekadar berdoa,meminta berkat dan izinNya
kerna hati ini tak ingin mengarut dalam cinta.

Selaluku andaikan cintaku padamu membesar bersama usia dewasa
barangkali kelak hati ini dan diri ini akan bersedia
untuk menadah telapak tangan
memohon engkau sebagai jodohku.

Kun Faya Kun
Maha Mengkehendaki takku ragui
ku yakini Allah Maha Membari.

Fantasi mampu melakar mimpi
lalu mimpi menatap hari
tak mustahil...hari membimbing realiti.

Andai dirimu tercatat dalam qada' qadar hidupku
andai Allah Maha Menentukan dirimu jodohku
moga di hari esok...dirimu masih jodohku.

Jika dirimu terkatam di usia remajaku
jadi biarlah sementara ini aku mencintaimu
kelak jodohku akan membawanya pergi.

Menjalani hidup dengan persoalan
mencintaimu dengan keteguhan
moga percintaan ini takkan aku lupakan.

Amiin Ya Rabbal Alamiin....
READ MORE

Menanti Jiwa

Posted by ELFarahin | On October 03, 2011 | | No comments:
Related image
Bersilih ganti malam dan siang...
Semakin hari semakin rindu...
Entah kenapa bertambah rindu?
Semakin lama terlalu rindu...
Bagaikan ada yang sedang menunggu...
Namun itulah rahsia waktu.
(Jumaat,Sabtu,Ahad,3 hari tu entah kenapa saya rindu awak sangat-sangat.)
Setibanya waktu..
Di pagi dingin yang sepi
Menghelahkan rindu yang sunyi
Apakah hari ini hari yang dinanti?
Inginku curi rahsia waktu hari ini
Apakah yang akan terjadi?
(Terlalu rindukan awak akhir-akhir ni. apa-apa akan terjadi ke?)

Mendongak ke langit mendung kebiruan
Hari baru saja bermula...
Namun waktu telah mendahului
Terlihat mesranya berkasihan sepasangan
Bagaikan bahagia melemparkan duka
Terbit saja mentari...
Hariku telah berakhir...
(Pagi-pagi lagi dah nampak awak dgn dia. Bahagianya kalian.)
Jatuh aku berputih mata...
Tulang putih juga sedang merapuh
Warana bahagia dan duka juga melusuh
Tak utuh rasanya hati...
Dirempuh jiwa hilang pergi...
(Saya jadi hampa sangat-sangat. Rasa macam diri ini terlalu kecil.)
Sejak itu malam suram menyeram
Siang pula terik menguit hati yang kering
Meraung perih dek senja menerjah
Laut merah diwarnai darah duka
Kering hati dahaga cinta
Kehausan jiwa yang entah hilang ke mana...
(Sejak itu,saya rasa macam dah hilang jiwa.  Tak rasa sedih mahupun suka. Tak rasa apa-apa.)
Kini tidak lagi menanti hari...
Tiada nikmatnya lagi warnanya pelangi
Kerna jiwa telah pergi meninggalkan hati
Kosong tanpa inti...
Hingga ke hari ini...
Ternanti-nanti Si Hati
kembalinya jiwa yang pergi...
(Madah dan kias saya hilang serta-merta.)

Ke mana harus mencari?
Perginya jiwa bersama nadi
Seakan tiada lagi nyawanya hati
Terhenti...Termati sendiri...
Hilang segala rasa...
Manis..Pahit...Tawar juga tak terasa
Kerana jiwa masih ada di luar sana.
(Hati saya jadi bisu.Tak berbisik lagi.)
Cinta yang bahagia..
Yang mencemarkan waktu dengan duka
Juga sudah tiada...
Lenyap bersama jiwa...
Berserta kias dan madah...
hilang semuanya.
(Cinta saya pada awak tak seperti dulu.  Kejap bahagia kejap duka. Kini saya tak rasa kedua-duanya.)
Sedih tidak lagi mengukir senyuman sinis
Bahagia tidak lagi menyebak
Tiada apa rasanya hati ini...
Sejak peristiwa 'hari yang dinanti'...
Saat berakhirnya hari sebaik saja
'terbitnya mentari'...
Lalu jiwa pergi meninggalkan hati.
(Kosong.Jiwa saya hilang. Saya tak rasa apa-apa.)
Kini diri tak ubah bak boneka
Memiliki hati yang mati
Tak berbisik lagi...
Tak berbunyi lagi...
Meskipun nada sunyi mahupun sepu
Kerana jiwa masih belum kembali.
(Kenapa begini?Sampai bila harus begini??) 19/9/11 terkesan dalam di sini...
Menikam hati sehingga jiwaku pergi.









READ MORE

hilang jiwa....Bbooosssaaaannnyaaa!!!!!!

Posted by ELFarahin | On September 30, 2011 |
Herm...
Bosannya saya....sejak 19/9/11 tu,saya jadi macam orang tak ada jiwa.Macam pesakit baru sedar koma.Terpinga-pinga macam orang bodoh.Beratnya hukuman kali ni.Nampak ex dengan kekasihnya pada hari tu,terus 'DOWN' giler.Pergh!Berapa lama lagi nak macam ni?Saya nak rasakan perasaan cinta yang bahagia dan sedih pada masa yang sama seperti dulu.Tak nak macam ni.....tak rasa apa-apa.Sedih tak.Bahagia?Lagilah tak!Herm...bosan...bosan...Apapun,saya akan harungi risiko ni.Hukuman ni.Namapun cinta bertepuk sebelah tangan kan?Tabahkah hati!Kuatkan semangat!Teguhkan iman!Saya akan menghadapi ujian ini.Saya akan tetap cintakan dia.Mungkin untuk 3 tahun lagi.InsyaAllah.....hati ini masih mempunyai kudrat untuk mencintai lebih lama.Amiin.
READ MORE

MIMPI NGERI DI AWAL PAGI

Posted by ELFarahin | On September 20, 2011 |
20/09/11,Tak terduga hari ini akan berlaku sesuatu yang dahsyat.Hari ni saya nampak awak dengan dia sedang mesra berdating.Saya cuma pandang sekilas.Tak sanggup untuk pandang lagi.Saya rasa 'DOWN' giler waktu tu.Elok-elok bersandar dekat dinding,saya menyangkung bersembunyi di sebalik kawan-kawan saya yang berdiri.Saya terpinga-pinga macam orang bodoh.Saya rasa macam saya cuma bermimpi tadi.Saya kata pada hati,"tadi tu bukan dia.Kan?".Tapi.....apa yang saya lihat sekilas pandang tu terus bermain di kepala saya.Diputar dan diputar.Jelas itulah kenyataannya.Bukan mimpi.Saya rasa macam nak nangis.Tapi saya kawal emosi saya.Saya tahan dan tahan,sakitnya terpendam di dalam.Di hati saya.Saya terfikir,3 hari sebelum ni saya asyik rindukan awak.Rindu sangat.Tak tahu kenapa.Mungkin sebab ini.Mungkin rindu tu adalah tanda pada peristiwa pada hari ini.Sebab peristiwa pada hari ni.....nampaknya akan buat saya rindukan awak selamanya.Kesian saya.
"Senyum aku kerana dirimu bahagia.
 Menangis aku kerana hati terluka."
READ MORE

PUISI CINTA

Posted by ELFarahin | On September 07, 2011 | | No comments:
READ MORE

Ri@ rAya KoRe@^^

Posted by ELFarahin | On September 05, 2011 |
Hahaha....bezzz sangat hari ni.Balik sekolah saya dengan Aznie dan kawan-kawan lain ke rumah Raidah.Rancang saya dan Aznie hendak membuat study group di sana bersama Raidah dan Zuhairah.Tapi tiba di rumah Raidah,kami beraya pula di rumah Raidah.Spent time kat sana kira-kira dari 1:15 petang sampai 3 petang.Nak tahu apa yang kami buat?Kami enjoy concert Ingigayo kat rumah Raidah.Masing-masing Histeria tengok oppa(s) kami.Acspecially,SUPER JUNIOR:Mr.Simple!!Gyaaaaa!!Tak tahannnnn!!

Lepas beraya,beriya enjoy Ingigayo di rumah Raidah,saya dan lapan orang kawan beraya di rumah Syazwani pula.Hehehehe.....rumah Syazwani ada kucing.Saya apae lagi?Main kucing jer lar.Suka haiwan comel berkaki empat tuh!Hahahaha....Dekat rumah Syazwani kami tak layan kpop.Kami layan cerita Itali pula yang kat TV3 tu.Hehehe...saya tak enjoy cerita-cerita macam tu.So,tak tahu nama lar....kikiki.

Lepas rumah Syazwani,beraya pula kat rumah Zuhairah.Huhuhu....kami nikmati 'candelight dinner'....Hahaha...Lampu ruang tamu rumah Zuhairah cantik macam kat rumah mewah.Hihihi....kami makan mi hun goreng dekat sana.Berbual sambil tergelak-gelak,terkeluar pula cerita hindustan.Adoiiiiiyaiiii.....Hahaha...saya minat juga hindustan.Hehehe....

Lepas rumah Zuhairah,hehehe....ehem!ehem!ke rumah saya pula.Hahaha....kat rumah saya tak ada apa yang bez pon.Just layan rambut 'pontianak' saya.Wahahaha!!
Kemudian,beraya di rumah Syuhadah pula.Waaaahhh....minum air gas.pedih daa.. perut.Huhuhu...

Next,rumah Azura pula.Kehkehkeh....ni memang syok.Aznie dan saya memang rindu at Ji Hoo dlm Boys Over Flowers yang dilakonkan oleh Kim Hyun Joong.Ggyaaaaa!!Alamaklumlah,seminggu raya,cerita tu holiday seketika sebab sambut merdeka sekali.Dah cerita korea tak ada.Hahaha....tepat jam 5 petang,Aznie dah minta-minta nak tengok BOF.Azura tukar channel,then semua enjoy.Hahaha...daripada saya,Aznie dan Raidah jer yang addict korea,dah yang lain-lain follow.kahkahkah!!RAF's girls terbaikkkkk!!Huhuhu...

Rumah yang terakhir.Rumah Yasmine.Wwaaaahhh....nampak yasmine pakai seluar pantai,saya boleh teringat lagi dekat Kim Hyun Joong masa Ji Hoo selamatkan Jan Di sebab kejang semasa berenang.Hahahah!Tak boleh blarr....Huhuhu.

Then,saya,Raidah,Aznie,Zuhairah dan Syazwani balik ke Taman Ilham.Jauh kami beraya.Sampai ke Taman Indah Jaya, Taman Matahari dan Taman Sri Paya.Kalau lari,memang sah Rentas Desa namanya.Hahaha....

Kami hantar Zuhairah sampai rumahnya.Kemudian berpisah di sempang dengan Syazwani.Saya dan Aznie kembali ke rumah Raidah untuk ambil beg kami.Pulak....saudara-mara Raidah datang.Hihihi...masing-masing cover-cover.Sshhh...tetamu.Huhuhu...Saya ambil beg saya then balik.Tinggal Aznie jer kat rumah Raidah.Bye...

Wah!Best giler hari ni!Tengok Ingigayo macam orang kena Histeria campur Sawan.Bergegarrrr rumah Raidah.Hahahaha!!Tengok Boys Over Flowers kat rumah Azura,pulak.....apa Syazwani ni....Kim Hyun Joong jadi Lee Min Ho.Hahaha!Best!Memang beszzzzzz....bersyukur dapat kawan-kawan fun,terbaeekkkkkk macam ni.Huhuhu...
Inilah awex 3RK1 SMK Tengku Aris Bendahara,Kluang Johor.^^
Saranghaeyooooooo chingu(s)!!mmmmuuuuaaaaxxxx!!!Huhuhu...
READ MORE

BERHARAP TINGGI

Posted by ELFarahin | On August 27, 2011 |
Awak.Saya selalu berharap awak akan tegur saya di 'chatbox' bila kita sama-sama kebetulan 'online'.Tapi awak tak tegur pun sejak awak tau yang 'Ain Syakira' tu adalah saya.Saya rasa awak layan saya dengan dingin.

Tiba-tiba hari tu 'chatbox' awak timbul.Ting!Saya suka sangat.Gembira abizzz!!Saya jawab 'hai' awak.Then,tiba-tiba...."hai,awak!ni saya lar.Mesti awak ingat ni dia."Hancurnya hati saya.Remuk abizzzz!!Dunia yang indah sebentar tadi gelap dalam sekelip mata.Kekasih awak rupanya.Hahaha....saya tertipu.

Saya layan dia macam biasa.Kami kan kawan.Tapi...pada masa yang sama,saya menangis depan komputer.Betapa hampa dan kecewanya saya.Saya tak dapat tahan sakit di dada sampai saya terduling-guling atas tilam.Saya menangis sambil ketawa.Bodohnya saya!Saya ingatkan saya dah tak kisah pasal awak tak tegur saya,tapi rupanya tak.Awak...sakitnya hati saya!

Saya seorang yang susah untuk menangis.Tapi menyedari,dan jelas kalau awak takkan tegur saya hakikatnya,itu sangat menyakitkan!Menyeksakan!Awak.Saya menangis sorang-sorang dalam bilik.Saya perlukan kekuatan.Saya perlukan awak.Tapi awak tak ada.Dan takkan pernah ada untuk saya.Saya minta kekuatan daripada Allah.Alhamdulillah...tak lama tu,saya dah ok.Airmata saya dah tak mengalir tapi hati saya perit sangat!!

Awak.Saya rindukan awak.Sangat rindu.Saya cintakan awak walaupun dah lama kita berpisah.Saya masih cintakan.Sangat cinta!Sampai hati saya susah untuk menyukai lelaki lain.Awak.....andai saja awak tahu segalanya.dan saya juga mampu mengatakan semuanya.Tapi tak apalah.....Biar saya begini....diam,bisu...mencintai awk.

                          KETAHUILAH!AKU SANGAT MENCINTAIMU,SAYANG!!
READ MORE

PERAIRAN BERDARAH

Posted by ELFarahin | On August 27, 2011 | | No comments:
Pendam dan pendam...
Lalu tenggelam...
Lemas ke dasar...
Kemudian dihanyutkan arus
yang mendera...
Terumbang-ambing di perairan
Terkapai-kapai tak kesudahan

Berturut-turut hati dilukai
Dilibas ombak yang liar
Disambar petir yang menusuk ke dasar
Kejamnya....
Atas apa yang terjadi pada hati ini
Kasihan....

Kasihan?
Siapa yang mahu mengasihani?
tersenyum nangis...
Sinis aku menanggung keperitan ini...
Kesusahan ini...
Kepayahan ini...
Bagai duyung tiada lagi ekornya
Kasihan...
Tidak juga mati...

Hati ini terus disakiti
Terus terasa sepi...
sunyi sendiri...
Tetap begini...
READ MORE

SERU BUAT HATI

Posted by ELFarahin | On August 27, 2011 | | No comments:
Aku ingin bertahan lebih lama
Aku ingin mencinta lebih lama
Aku ingin menyayangi lebih lama

Wahai,hati...
betahlah dengan perasaab ini
tegarlah mencintai
sangguplah menyayangi
kekallah merindui
untuk lebih lama lagi

Wahai,hati...
Marilah kita tangisi perasaan ini
Ayuhlah kita meratapi cinta ini
Sama-samalah kita melalui semua ini
Walau sedingin apa sekalipun

Wahai,hati...
Marilah kita sisipkan dia di sisi kita
Hiaskan takhta mahkota cinta
Seolah kita yakin dia akan kembali

Wahai,hati...
Yang Maha Kuasa itu ada
Dia pemutar masa kita
Tanpa kasih dan cintaNya
Takkan kita masih bernyawa
bersama perasaan ini
sehingga kini
Dialah Yang Maha Memberi keajaiban!

Wahai,hati...
Sama-samalah kita mengharungi
Cinta yang yang tak bernoktah ini
Biarpun jalan ceritanya tidak berubah
Biarlah kita meneruskannya
Sungguhpun berdarah...
Setialah mencintai dia
Semahu kita
Ingin selamanya....

SELAMANYA...
READ MORE

LEMAH

Posted by ELFarahin | On August 10, 2011 | | No comments:
Sempurnanya dirimu...
tidak pernah membuatku menangis
tidak pernah membiarkan embun mata ini
menitis kehampaan
Cela pula dirimu...
tidak pernah ingin peduli perasaan ini
membiarkan hati ini merintih sendirian

Engkau tahu akan hati ini!!
Engkau kenali diri ini!!
Namun engkau tetap pergi
berpura-pura tidak mengerti

Sempurnanya dirimu...
membuat aku jatuh cinta padamu
membuat aku merinduimu selalu
membuat aku menyayangimu terlalu
membuat aku berfantasi dalam beradu
Cela pula dirimu...
membuat hatiku mati mencintaimu
membuat hatiku sepi merinduimu
membuat hatiku sunyi menyayangimu
membuat duniaku kelam dalam mimpi-mimpi itu

Jelas kini aku menagih simpati!
kerana aku akur kelemahan diri
dan aku akui nazaknya hati ini
Harapan demi harapan...
semakin bergunungan...
tapi engkau semakin berjauhan
membuntuti aku tanpa kasihan
tidak menoleh walau sekilas

Cukup mendera!
tidak mendapat balasan perasaan
libasan maut yang aku perolehi
setipa siat kelopak hati yang berdarah
itu cuma menangisi namamu
Saat ini...
kebahagiaan tidak terasa
melainkan keperitan yang terus mencelakai
hati yang lara merana terseksa!!

READ MORE

KERANA KEDAYUSAN

Posted by ELFarahin | On August 10, 2011 | | No comments:
Inginku luahkan...
tidak terlafaz...
Inginku ucapkan...
tidak terkata...
Inginku suarakan..
tidak mampu berbicara...

Apa yang inginku luahkan?
hanya satu...
aku mencintaimu...
Apa yang inginku ucapkan?
cuma itu...
aku mencintaimu...
Apa yang inginku suarakan?
tetap itu...
aku mencintaimu...

Hanya sebuah ayat yang ringkas 
cuma dua perkataan yang mudah
mengapa terlalu sukar?!
mengapa terlalu susah??!!
dayusnya aku!!!
atas alasan apa aku begini?!
takut kahilangan dia lagi??!!
satu alasan bodoh!!!

Jujurku katakan...
aku tidak puas begini!
mencinta dalam sepi
dan kesunyian yang tak tertapis
tak terhakis...
malangnya lagi...
hati pula yang semakin tergores
terhiris nipis...
lalu air mata menitis sinis...
READ MORE

DIRI YANG MENYEDIHKAN

Posted by ELFarahin | On August 10, 2011 | | No comments:

Image result for alone images city night
Hah....
keluhan yang sia-sia...
titik peluh yang tidak pernah mahu mengering
sepertimana aku tidak pernah berpaling
sangkaku garisan permulaan telah jauh ketinggalan
rupanya tidak....
aku berlari mengejar dia
diiringi pula arus cinta yang mendera
namun aku tetap terus mengejarnya
seolah perlarian ini semakin menjalar
hakikatnya...
aku tidak berganjak dari tempat yang sama
aku terlalu takut mengejarnya
sepertimana aku gerun menjejak ke garisan mula
nyatanya...
aku cuma berlari
di tempat yang sama
sejak dia pergi
sejak aku mula merindui
aku cuma berlari dalam angan-angan mati
aku bukan mengejarnya
mahupun bayang-bayangnya
aku cuma berlari
mengejar dalam bayangan
kasihan...
diri ini sangat menyedihkan
sangat melucukan....
aku mudah diperbodoh hati ini
aku hanya mampu terketawa nangis
esakan ketawa yang tidak keruan

HAHAHA!! (hu...hu..hu)
~sedih dalam kebisuan~ 
READ MORE

MASAM

Posted by ELFarahin | On August 10, 2011 | | No comments:
Bagaimana mampuku ungkapkan perasaan ini?
yang adakala riang,
namun disaduri kemuraman
rasa bahagia dan syukur yang tak terkata
sepertimana bisunya air mata lara
adakala terasa jujur....
adakala terasa penuh kepura-puraan....
seolah jasad dan roh tidak sehaluan
akal dan hati saling berbahas

Aku hanya mampu tersenyum sedih
perasaan ini bercampur baur
ada manis diadunkan pula dengan pahit
masam?
itukah rasanya??
yang adakala membuat kita terasa pahit
dan manis kemudiannya....

Masam?
rasa yang tiak digemari
begitu juga aku...
akan tetapi....
andai inilah gambarannya perasaanku?
ku terima semasam apapun ia
kerana aku tahu...
kemanisan masih terselindung di sebalik
rasa masam itu... 
READ MORE

Selamanya

Posted by ELFarahin | On July 26, 2011 | | No comments:
Related image
Selama dia pergi...selamanya dia pergi,
selama dia jauh...selamanya dia jauh,
Namun....
pernahkah dia kembali??
dan selamanya dia kembali....??
Itu pasti tidak akan terjadi
kerana dia selamanya tidak mencintai lagi...
Dia sudah pergi meninggalkan aku
dan tidak akan kembali

Walau dia tahu keperitan hati,

cintanya untukku tidak akan kembali,
dia akan tetap pergi...
dan semakin jauh pergi

Walau aku di sini tetap menanti,

satu sia-sia penantian ini...
tetapi aku tetap berkeras untuk menanti,
Hati ini tidak akan kembali seperti sediakala...
hati ini akan terus terluka,
akan terus terseksa...
kerana aku ingin selamanya mencintai dia...
setia mencintai dia...
SELAMANYA!!




READ MORE

Rentak Hati

Posted by ELFarahin | On July 15, 2011 | | No comments:

Adakala merungut.....adakala mengeluh.....apa yang aq rasakan sebenarnya....hati sering berbicara.....tapi aq sendiri tidak memahaminya....yang kerapkali ku dengar.....aq mencintai dia....aq menyayanginya.....aq merinduinya....adakah benar perasaan ini??ini cinta remaja.....'cinta monyet'.....atau apa.....hati ini terlalu tegar.....terlampau degil.....tidak ingin melepaskan dia yang telah jauh pergi maninggalkan aq....hati ini mula sunyi...sepi....diam seorang diri.....dan mata mula memberi isyarat tangisan di hati.....mula memandang yang lain...siapa dia??....mengapa aq memandang dia....mata ini tertarik pdnya....mengapa??....dan pada waktu itu...rasa itu datang....TIDAK!!ingat!!dia masih kau cinta....memandang yg lain,itu cuma membuat aq mengingatinya....membuat hati ini tetap dgn penderiannya...aq mencintai dia....dan harapan ini semakin tinggi....menjadi doa...moga bukan sekadar khayalan remaja....aq ingin kekal begini...mencintai dia....selagi roh mengandungi jasad.....selagi hati ini masih mampu berkata sayang walaupun perit....hati ini memang keras....keras untuk melupakan....namun lembut untuk terus mencinta....walauku tahu ini sia-sia....hatiku juga yang menjadi mangsa....disiat!diumpil!dikoyak!disiang!ditikam!.....segalanya menyakitkan....mencintai dia juga menyakitkan.....namun aq tetap berkata....inilah keindahan....aq x mati dgn kesakitan ini....kesakitan ini tak membunuh pun....ia cuma memberi kesedaran kpd aq......bahawa aq masih mencintai dia....dalam BISIKAN  Hati,hati masih berkata....aq menantimu.....mahukah kau pulang....aq biarkan ruang di hati ini kosong...cuma khas untukmu....setiap hariku gilap ruang itu dgn cinta ygku simpan untukmu...pdku.....rasa ini indah walaupun hati terasa punah....Ya,Allah....ku minta redhaMu....berkatMu....izinkan aq terus merasakan perasaan ini....hanya Engkau Yang Maha Mengetahui akan rasa ini.....adakah ini benar-benar cinta??...atau cuma permainan diusia muda.....hati ini tetap berkata....tetap berentak sama.....masih begitu....AKU MENCINTAI DIA....




READ MORE

SILAP & SALAH

Posted by ELFarahin | On May 08, 2011 | | No comments:
Silapkah aku mencintaimu?
salahkah aku mempercayai
janji-janjimu?
sehingga engkau pergi meninggalkan aku
apakah salahku?
sehingga engkau memungkiri janji-janji itu

Katanya kau cinta
tapi kenapa engkau kata hanya suka?
katanya kau ikhlas
tapi kenapa kau kata sudah rimas?
engkau berjanji untuk ada di sisi
tapi kenapa engkau pergi kata benci?

Bodohkah aku?
jahilkah aku?
mempercayai dirimu....
mendengar janji-janjimu....
silapkah aku?
salahkah aku?
jika menunggu....
READ MORE

SYURGA

Posted by ELFarahin | On May 08, 2011 | | No comments:

Aku bukan puteri dongengan
bukan pari-pari seindah bidadari
tetapi adakala angan-anganku
melampaui ruang realiti
ku andai taman seindah pelangi
langit terbentang setenang biruan laut
awan berarak menentang arus ombak melambai
daun berguguran tak terjejak ke bumi
bayu bertiup lembut mengurai simpulan jiwa

Aku mencipta angan-angan
daun menghijau tanah menyubur
perhiasan dunia kekal menjadi
pekan dan kota jauh sekali
asap dan debu putih nan suci
rumah dibina hindar bencana

Aku sedar
angan-angan mustahil menjadi kenyataan
hanya syurga bukan khayalan
sebuah impian dan hajat
yang ingin dikecapi dan dihuni.

"Bukan ke bagus kalau dunia ni diharumi bunga-bunga asli?Bukan ke bagus kalau bebola matahari cantik seperti guli?Sayangnya,semua tu dah berlalu Sudah tiada.Dunia ini telah diselaputi dengan bunga-bunga plastik & bangunan 'kejayaan'.Bebola matahari pun terik seolah gunung berapi membakar bumi."
READ MORE

JAHIL

Posted by ELFarahin | On May 08, 2011 | | No comments:
Waktu berdetik kisah berlalu
namun hatiku tetap begini
dan terus begini
rasa ini sudah ditelan sanubari
dan tak ingin pergi

Mencintai....Mengasihi.....
menyayangi....
rasa itu terus berada di hati
rasa yang teguh itu
melemahkan jasad ini
akal ini cukup bodoh untuk memahami segalanya

Hati ini memberontak
tatkala rasa itu membuak membiak
ia meneroka setiap pelusuk jiwa ini
terperp....terperangkap....
tidak bebas dari sangkar ini

Rasa ini bagaikan terlalu halus
teramat tulus sehingga menusuk ke dada
debarnya menyekat udara
yang dihirup dan dihelah
jasad ini seakan mati
namun rasa ini yang menghidupkan

Tenang wajahku tidak setenang hatiku
bisu bibirku hati menyimpan rahsia
apakah semua ini?
teramat sukar untuk aku mengertinya
sememangnya
adakala aku jahil tentang diri ini.
READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin