Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Novel Pendek : Lutsinaran (Bhg.4)

Posted by ELFarahin | On November 30, 2019 | | No comments:
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |


“Nah!” Amar melemparkan bola keranjang di tangan kepada Sin dan disambut segera oleh lelaki itu. “Aku nak pergi beli air. Kau nak tak?” Tanya Amar sambil menyikat rambut yang sudah lencun dengan peluh ke belakang menggunakan sebelah tangan. Halim di sebelahnya turut mencekak sebelah pinggang sambil mengibas-ngibas baju, biar angin sejuk masuk mendinginkan badan yang panas melekit.

“Bolehlah. Macam biasa. Kau, Lut?” Jawab Sin lalu mengalihkan tumpuan mata ke arah Lut yang baru sahaja melabuh duduk di sebelah kanannya.

“Aku nak air mineral je lah.” Ujar Lut usai meraup muka yang juga basah berpeluh. Nafas yang masih laju cuba diatur tenang.

“Baik, bos. Jom, Lim!” Sambut Amar sambil mengajak Halim untuk ikut bersamanya. Kedua-dua rakan itu berlalu meninggalkan gelanggang bola keranjang dan menuju ke gerai minuman dan makanan ringan yang sedang berjaja di seberang jalan.

Tidak lama Lut dan Sin ditinggalkan berdua, Sin memulakan perbualan di antara mereka. “Boleh tahan kau hari ni, Lut. Semua kau sapu. Ni first time aku tengok Amar dengan Halim banyak lari daripada lompat. Ubat apa kau telan hari ni?” Bukan Sin kalau tidak banyak mengusik daripada terus bertanya.

Lut tersenyum sambil menggeleng. Usikan Sin tidak pernah gagal buat dia rasa geli hati. “Ada-ada je lah kau ni, Sin. Anggaplah hari ni aku mvp untuk game hari ni. Asyik dia orang dua ketul tu je. Bosanlah. Tapi kau punya buas pun tak kalah kan.” Usik Lut pula.

“Ish! Bukan Sin lah kalau tak buas. Tapi kalau ada Aran ni semput jugalah aku. Kau pun nampak kan buas dia macam mana sebelum ni?” Mata Lut terbuka sedikit luas apabila mendengar nama Aran terpacul dari mulut Sin. Teringat dia akan segala hal dan persoalan berkaitan lelaki itu yang telah agak lama bermain di fikirannya.

“Sin. Kau dah lama ke kenal dengan Aran?” Soal Lut, mula bernada serius. Dia memutuskan mungkin inilah masanya untuk dia memuaskan rasa ingin tahunya soal Aran selama ini. Elok juga Aran tidak dapat menyertai mereka petang ini.

“Lamalah juga. Aku satu sekolah rendah dengan dia. Tapi masa darjah tiga dia pindah sekolah. Sejak tu aku memang dah tak ada jumpa dengan dia. Tapi tahun lepas, tak tahu pula aku boleh terjumpa dengan dia balik. Dekat sinilah. Petang macam ni juga.” Jawab Sin, sekali membuka sedikit kisah zaman kanak-kanak mereka.

“Kiranya kau memang dah kenallah dengan dia kan?” Soalan Lut semakin dalam dan berjaya dihidu oleh Sin. Lut sedar serangan hendapnya sudah disedari tetapi dia tidak tergerak langsung untuk membatalkan misi. Jawapan Sin tetap ditunggu.

“Lain macam je soalan kau ni. Ada apa-apa yang tak kena ke pasal kau dengan Aran? Takkan kawan sebulan dah gaduh kot.”  Dalam masa serius begini pun Sin masih aktif dengan usikannya.

“Eh! Bukan macam tu.” Latah Lut. “Cuma…aku tengok Aran ni macam lain macam je. Aku nak tanya dia terang-terang, takut dia fikir aku ni menyibuk pula kan. Kita kawan pun baru lagi. Tapi kau lainlah kan. Ramah tak kira masa dan tempat. Itu yang aku saja tanya ni.” Jelas Lut, agak berlapik.

Diam menghuni mereka beberapa saat. Sin mula mengerjakan otaknya secara serius. Sementara Lut masih menunggu jawapan kepada soalannya. “Aku faham maksud kau tu, Lut. Sebenarnya, aku pun perasan. Aku dah kenal dia sejak tadika. Tapi mula dari sekolah rendah tu aku lebih macam kawan dengan dia. Tapi boleh jadi mungki...aku je yang fikir macam tu.” Sin mula berubah nada rendah.

“Maksud kau?” Lut semakin jadi ingin tahu.

“Aku ni masa budak nakal lah juga. Aran ni pula jenis budak baik macam tu. Kau tahulah budak nakal macam aku ni, pantang nampak budak baik mesti nak kacau kan.” Sin berhenti sekejap dan menarik nafas dalam. “Masa tu...Aran ni kira salah satu hiburan aku dekat sekolah. Aku suka buat dia marah. Ada masa tu sampai dia menangis. Entahlah. Bagi aku, aku rasa seronok bila dia buat muka. Kau pun nampak kan dia ni jenis banyak diam.” Dua ulas bibir Sin tersenyum nipis.

Lut mengangguk faham. Liur berketul ditelan perlahan. Dia tahu soalan yang bakal dianjurkan selepas ini mungkin boleh memutuskan tali persahabatan yang masih halus dan baru di antara mereka. “Boleh aku tahu apa yang kau usikkan sampai dia menangis semua?” Lut menahan nafas seketika. Debarnya hanya dia yang tahu.

Sin berfikir sejenak. Di layar matanya terpapar senario lama di mana Aran kerap menjadi bahan tawaannya. “Ada tu aku conteng buku latihan dia. Ada masa aku curi bekal roti dia. Pernah juga aku sadung kaki dia sampai dia terjatuh.” Sin menghembus keluh panjang. Berat. “Tapi sekarang..." Kepala digelengkan. "...bila aku fikir balik apa yang aku buat dekat dia dulu…aku tahu apa yang aku buat tu tak patut. Seronok memang seronok. Tapi yang seronoknya mungkin aku je.” Kali ini senyum sinis terukir di wajah Sin, mungkin tanda mengkeji dan mentertawakan diri sendiri.

Lut merapatkan duduknya sedikit dengan Sin. Sebelah tangan mencapai dan memegang bahu kanan rakannya itu. Dia nampak ada sinar cahaya kekesalan di mata Sin. Cahaya yang pertama kali dilihatnya datang dari lelaki itu. “Tak apa, Sin. Yang penting kau dah sedar mana yang patut dan mana yang tak. Mungkin ini peluangnya untuk kau tunjuk dekat Aran yang kau betul-betul nak jadi kawan dia. Masa masih ada, kawan.” Bahu Sin diurut-urut perlahan.

“Oi! Sembang apa tu? Macam serius je.” Sampuk Amar sambil menyerahkan satu beg plastik yang berisikan satu tin minuman berkarbonat sejuk perisa limau dan satu botol air mineral yang juga sejuk kepada Sin. Halim sudah terlebih dahulu melabuh duduk tetapi bukan di atas bangku sebaliknya di atas lantai gelanggang berhadapan dengan Sin dan Lut. Mulutnya sedang sibuk mengunyah keropok lekor yang dibeli di gerai yang sama.

Sin mengambil beg plastik yang diserahkan Amar lalu diletakkan di antaranya dan Lut. Botol air mineral dikeluarkan dan diberikan kepada rakan di sebelah. Matanya yang masih bersinar dengan cahaya kekesalan memandang terus ke arah mata Lut yang masih tenang setelah apa yang dibualkan mereka. “Terima kasih, kawan.” Ucap Lut dengan penuh rasa ikhlas dan semangat perkawanan baru.

“Sama-sama, bro.”






READ MORE

Guard, down !

Posted by ELFarahin | On November 29, 2019 | | 2 comments:
Assalamualaikum...
Image result for lost japanese gif word depressed
Dua minggu lepas, selepas dua malam menangis berturut sampai sakit otot kepala dan dada kanan, mencengkam sehingga ke belakang badan, malam ketiganya Farahin dah tak kuat nak menangis. Tapi rasa hendak menangis tu masih ada. Ada dan cuba ditahan. Namun tetap sakit satu badan. Farahin bangun. Ambil wuduk. Kemudian menangis dua rakaat. Dah habis dua rakaat pun tetap menangis sambil menahankan sakit segala otot yang ada.

Dua minggu lepas, banyaknya emosi Farahin semasa solat ialah rasa terdesak. Rasa mahu ditolong, disayang, dan dilindung. Beberapa hari berikutan, solat Farahin lebih terhias dengan rasa syukur, rasa sayang, dan terharu. Dengan siapa lagi kalau bukan kepadaNya. Tapi dua tiga hari ni, emosi Farahin lebih kepada rasa kosong. Rasa mahu lepaskan semuanya. Rasa lelah. Rasa lemah. Rasa yang penuh kepuraan. 

Pernah Farahin beritahu dekat diri, "solatlah. solatlah dengan segala macam apa perasaan pun. depan Allah. tak ada gunanya kau berlakon." Dan inilah yang sedang Farahin ingatkan dekat diri. Walaupun mungkin lebih ramai yang suka dengan syaratnya "Solat tu biar ikhlas." Ada juga rasa sedih. Rasa ketinggalan. Rasa hina. Sebab diri ni seakannya tak macam orang lain.

Seminggu lebih ni, emosi Farahin baiknya boleh tahan. Dah mula layan hobi-hobi yang biasa Farahin buat macam kpop, drama, tulis diari, termasuklah mengarang (jemput baca Lutsinaran ! hehe). Banyak hal-hal kecil yang jadi tapi buat Farahin rasa happy sepanjang hari. Rasa tertarik. Rasa mahu lebih ingin tahu.

Cuma beberapa hari ni ada pula rasa ragu. If I let my guard down, Farahin boleh kata I'm not strong. Farahin tak kuat. Farahin cuma buat apa-apa yang boleh buat masa ni. Mungkin juga Farahin triggered dengan housemate seorang ni. Farahin mudah rasa kekok dengan housemate ni setiap kali dia tanya pasal Farahin punya final year project. Dan dua malam lepas dia kata ala-ala macam ni, "tekunnya, Farahin. Mesti tengah buat fyp tu." sambil jemur baju depan ruang legar bilik Farahin. Lalu Farahin balas tanpa pandang muka dia pun, "aku tangguh study lah."

Ya. Farahin dah buat keputusan untuk tangguh study untuk dua semester. Farahin akan sambung study semula september tahun depan. Inilah salah satu trigger Farahin menangis tiga malam berturut tu. "Aku tak boleh. Bukan sekarang. Aku tak rasa aku boleh grad sama-sama dengan budak (yang extend sekali) lain. Memanglah seronok grad dengan kawan-kawan. Tapi kalau cuma sebab tu aku boleh jumpa dia orang, macam mana kalau even by that time aku takkan jumpa diri aku sampai bila-bila?"

Mujur penasihat akademik supportive. Dia sokong keputusan Farahin dan Farahin pun rasa lega sedikit lepas dapat sokongan positif dia. Dia faham. Dia faham yang Farahin perlu lebihkan masa merawat diri dan kenal diri Farahin semula (Ops! air mata dah jatuh dekat sini huhu). Dia faham yang Farahin ada benda baru yang Farahin perlu belajar dan ajarkan kepada diri sendiri. Lalu sekarang dugaan lain pula yang menimpa.

Dugaan Farahin kena lepaskan rasa tamak tu. Rasa tamak manusia yang kuat berangan pasal berjaya dan sempurna. Gred? Degree? Aku tak bawa benda ni masuk kubur. Yang aku bawa sekalipun iman aku senipis dan sehalus habuk adalah diri aku. Benda ni yang aku kena bawa balik pulang dekat Allah. Kalau benda ni pun aku dah tak kenal, apa guna??? (Ops! air mata jatuh lagi)




I'm not strong. I'm just doing whatever I can. I'm not strong.






READ MORE

Novel Pendek : Lutsinaran (Bhg.3)

Posted by ELFarahin | On November 29, 2019 | | No comments:
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |


Selesai mengunci tayar basikal, Lut menyerahkan kunci kepada Aran. Kedua-duanya mula berjalan beriringan meninggalkan tempat letak basikal mahu menuju ke kelas. Tidak lama mereka berjalan bersama, diam-diam Lut memerhatikan gaya berjalan Aran yang seakan tempang. Memang sudah dikhabarkan rakannya itu sebelum mereka gerak ke sekolah tadi bahawa kakinya tercedera ketika mengejar dan menghalau tikus yang menceroboh masuk biliknya tengah malam semalam.

“Aran. Kaki kau tu betul ke okey? Tempang dah macam orang patah tulang je aku tengok.” Akhirnya Lut tidak berdalih untuk bertanya.

“Okey je. Kalau tak, tak sampai aku ke sini kan.” Balas Aran, biasa-biasa sahaja nadanya.

“Tu bukan sebab aku yang tukang kayuhnya ke?” Perli Lut, sekadar mengusik.

“Sebab aku yang kejutkan kau juga kan.” Perli Aran semula. Tetapi nadanya tetap mendatar, tidak seperti orang yang lagi sedang bergurau.

“Yalah. Terima kasih kejutkan aku.” Mudah sekali Aran mengalah. Dia memberikan perhatian penuh kepada Aran buat kali kedua, dari hujung kaki sampai ke hujung kepala. Matanya tertancap lama pada baju kemeja berlengan panjang yand dipakai oleh Aran. “Tak panas ke pakai lengan panjang? Aku tengok kau selalu pakai baju lengan panjang bila lepak dengan kita orang.”

“Aku dah biasa.” Pendek sahaja jawapan Aran tetapi Lut merasakan ianya seakan tergantung. Sungguhpun begitu, dia tidak berniat untuk bertanya dengan lebih lanjut.

Aran memberikan satu tepukan di belakang Lut sebelum mereka berpisah haluan untuk ke kelas masing-masing. Sementara Aran semakin jauh dari pandangan, Lut tetap memerhatikan belakang rakannya itu lama sedikit. Langkah Aran tetap nampak tempang tidak kira berapa lama pun dia memandangnya. Tetapi semakin lama dia perhatikan, semakin banyak persoalan muncul di benaknya. Sudah tentunya berkaitan Aran.

Sejujurnya, dia kurang percaya dengan cerita Aran. Bukan hendak menanam benih prasangka terhadap rakannya itu tetapi lebih kerana desakan perasaan ingin tahu. Tambahan, sepanjang tempoh perkenalan mereka dua minggu ini dia merasakan Aran ini agak misteri orangnya. Apa yang dilontarkan dalam kata-katanya seakan tidak sama banyak dengan apa yang mungkin sedang menghuni fikirannya. Boleh jadi juga Aran belum cukup selesa untuk bersifat lebih terbuka dengannya.





READ MORE

Novel Pendek : Lutsinaran (Bhg.2)

Posted by ELFarahin | On November 28, 2019 | | No comments:
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |

Bunyi kuat dan nyaring seakan kaca pecah berserpihan mengejutkan Lut yang baru sahaja sekejap melelapkan mata. Sangkanya dia cuma berkhayal sendiri atau lagi bermimpi. Tetapi apabila bunyi yang sama kedengaran lagi, dia tidak ragu untuk bangun dan turun dari katil untuk memastikan apa yang didengarinya. Langsir tingkap diselak sedikit lalu pandangan mata dihumban keluar menembusi kaca tingkap yang lutsinar.

Objek pertama yang menjadi tumpuannya ialah tingkap bilik di blok sebelah yang terbuka luas. Angin malam yang bertiup masuk ke dalam bilik tersebut membuatkan langsirnya berkibar buas. Tanpa berlengah, Lut mencapai telefonnya yang terletak di hujung tilam lalu sebaris nombor didail. Sebuah panggilan lewat malam dibuat.

“Hello.” Panggilan diangkat. Serak suara Aran kedengaran di hujung talian.

“Hello, Aran. Kau dekat mana?”

Setenang mana Lut bertanya, setenang itu juga Aran membalas, “Dekat apartment akulah. Mana lagi.”

“Aku nampak tingkap bilik kau terbuka. Ada apa-apa masalah ke? Aku ada dengar bunyi macam benda pecah tadi.”

“Oh! Ada tikus masuk tadi. Aku buka tingkap supaya dia keluar. Mengah juga aku nak menghalau.”

“Oh! Kalau macam tu, okeylah. Maaf ganggu kau malam-malam buta. Aku bukannya apa. Ambil berat pasal jiran aje.” Lut masih sempat berseloroh hambar.

“Konon. Tak ada apalah. Kau sambunglah tidur.”

“Okey. Malam, geng.”

“Malam, bro.”

Talian diputuskan. Lut menghumbankan pandangan terakhir ke arah tingkap bilik Aran sebelum telefon diletakkan di tempat asalnya dan tubuh direbahkan semula di atas tilam. Namun begitu, tidur pula tidak kembali mengunjung. Perbualan singkat di antaranya dan Aran asyik diulang main di kepala. Dia merasakan seakan ada yang tidak kena dengan perbualan mereka tetapi dia sendiri tidak pasti apa.

Dua minggu mengenali Aran, dia mendapati banyak yang tidak kena dengan lelaki ini. Lebih tepat lagi, Aran ini misteri orangnya. Berbeza dengan Sin, Amar, dan Halim yang lincah dan ramah, Aran nampak lebih pendiam dan banyak memberikan reaksi daripada berinteraksi. Orangnya tidaklah kera sumbang seperti yang dimomokkan Sin tetapi ada masanya Aran seakan hilang dari navigasi realiti. Dalam dua minggu ini, baru tiga atau empat kali dia bersua muka dengan Aran setiap kali dia turun melepak bersama Sin dan yang lain di gelanggang bola keranjang. Menurut Sin, Aran kerap sakit kepala atau migrain jadi dia jarang melepak bersama mereka.

Jauh menerawang kotak fikiran, Lut akhirnya terlelap dengan sendirinya. Tahu-tahu sahaja subuh menjelma tiba. Bunyi penggera jam yang telah ditetapkan di telefon langsung tidak berjaya membuatnya tersedar sebaliknya panggilan masuk yang diterima dari Aran yang membuatnya bergerak dan berguling di atas tilam sebelum jiwanya benar-benar ikhlas untuk menyambut pagi.

“Hello.” Serak dan kering suara  Lut menyambut panggilan Aran.

“Dah bangun ke tu? Jam dah enam setengah ni. Kau ponteng ke macam mana?”

“Hah!? Enam setengah?” Membulat biji mata Lut apabila mendengar waktu subuh semakin di penghujung dan bas untuk ke sekolah bakal tiba dalam setengah jam lagi.

“Ya.”

“Okey! Aku bangun. Err…Aran. Tolong aku tahan pak cik bas kalau aku terlambat. Tunggu aku!” Jerit Lut sebelum talian diputuskan terlebih dahulu oleh Aran. Terkocoh-kocoh dia pergi mandi, bersiap, serta menunaikan solat subuh. Sarapan pagi sudah tentunya tidak sempat.

Setibanya dia di pondok perhentian bas, cuma sebahagian buntut bas kelihatan merentasi jalan raya di hadapan. Lut hanya mampu menepuk dahi. Rambut yang tidak sempat disikat sehingga kemas disisir dengan sebelah tangan, menampakkan dahinya yang sedang berpeluh renek.

“Bas dah terlepas pun. Kau lambat.” Berdiri bulu roma Lut apabila terdengar suara Aran dari arah belakang. Sangkanya dia cuma sendirian dan rakannya itu sudah pergi bersama-sama bas yang terlepas tadi.

“Kau…” Mengahnya belum sudah. Lut hanya mampu memerhatikan Aran yang muncul bersama sebuah basikal yang dituntun di sisi kanannya.

“Jom. Tumpang aku. Tapi kaulah kayuh.” Ajak Aran. Kening Lut terjongket.






READ MORE

Novel Pendek : Lutsinaran (Bhg.1)

Posted by ELFarahin | On November 27, 2019 | | 4 comments:
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |

Lut, Sin, dan Aran - tiga sekawan yang masih baru mengikat tali persahabatan. Mengenali Sin yang ramah orangnya, Lut jadi cepat membiasakan diri dengan persekitaran baru dan rakan-rakan baru. Langsung Sin memperkenalkannya dengan Aran, seorang yang pendiam dan kerap memencilkan diri. Tidak lama mereka berkenalan, siapa sangka setiap seorang daripada mereka punya rahsia yang payah sekali diungkapkan. Lutsinarnya mereka belum tentu sama dengan yang tersingkap dari pandangan mata kasar.

“Hei, orang kaya! Lama kita orang tunggu kau.” Sin menyambut kemunculan Lut dengan usikan yang biasa dikenakan kepada rakannya itu. Lut sekadar senyum sambil menggelengkan kepala. Dia turut menyambut lengan kiri Sin yang sudah siap mahu bergantung di atas bahunya. Memang tingkah biasa Sin apabila dengan kawan-kawan.

“Maaflah buat kau orang tunggu. Ada hal sikit nak kena settle tadi.” Kata Lut sambil memandang ke arah wajah kawan-kawannya secara bergilir, Sin, Amar, dan Halim. Ketiga-tiga mereka masih baru dikenalinya. Baru hendak hampir sebulan lamanya. Dia masih agak kekok dengan Amar dan Halim. Tetapi keramahan Sin yang petah bercakap dan kuat mengusik membuatkannya lebih mudah dan cepat berasa selesa untuk berkawan dengan mereka.

“Tak ada hal lah. Bukan lama pun kita orang tunggu. Kita orang pun tengah tunggu seorang lagi ni.” Balas Amar sambil kedua-dua tangannya lincah melambung dan menyambut bola keranjang sebelum dirampas oleh  Halim yang sengaja mendengki.

Kening Lut terangkat. Pandangan separa bingung dilemparkan ke arah Sin. Sementara Amar dan Halim sudah mula beradu tenaga berebutkan bola keranjang. “Siapa?” Ringkas sahaja soalannya. Selama dia berkenalan dengan mereka, belum pernah dia melihat ada yang selain mereka bertiga . Atau mungkin dia yang ketinggalan?

Tidak lama soalannya dilontarkan, Sin memberi isyarat mata menunjuk ke arah seorang lelaki sebaya mereka yang sedang menapak ke arah mereka berempat. Lut sudah tentunya turut memandang ke arah yang sama. Amar dan Halim pula cuma memberikan pandangan sekilas sebelum kembali menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada bola keranjang yang asyik direbutkan.

“Hei.” Sapa Sin sambil menurunkan lengannya dari bahu Lut lalu menghampiri lelaki yang baru sahaja tiba. Kedua-duanya berjabat tangan serta berlaga bahu. Sin sempat memberikan tepukan di belakang lelaki itu. Nampak mesra dan tidak kekok langsung. Tetapi lelaki itu tidak memberikan sebarang reaksi. Lut sekadar menjadi pemerhati dari tepi.

“Lama tak nampak kau. Kau okey ke? Apa khabar?” Soal Sin sejurus tangan lelaki itu dilepaskan. Wajahnya nampak sedikit serius kali ini. Begitu juga dengan nada suaranya yang tidak seriang ketika dia menyambut Lut awal tadi.

“Okey je. Biasalah. Kau pun tahu kan.” Jawab lelaki itu. Tidak ramah. Tidak juga dingin. Biasa-biasa sahaja nada suaranya. Namun ada senyuman nipis terukir di bibirnya. Nampak lemah tetapi tetap ikhlas.

“Lut. Kenalkan. Ini Aran.” Sin berpaling ke arah Lut dan mula memperkenalkan dua orang kawannya sesama mereka. “Aran. Ni Lut. Budak baru yang aku cerita dekat kau tu.” Beritahu Sin, mengingatkan Aran kepada mesej Sin yang diterimanya tiga minggu lepas. Bersama mesej tersebut dilampirkan sebuah gambar mereka bertiga bersama seorang rakan baru yang dikenali sebagai Lut.

“Hei. Aku Aran.” Aran menghulurkan tangan untuk berjabat dan Lut langsung menyambutnya. Sekejap tangan mereka saling bergenggam, Aran terlebih dahulu mahu melepaskan tetapi Lut tetap memegang tangannya.

“Kau…” Lut membiarkan ayatnya tergantung seketika sambil otaknya ligat memeriksa memori yang tersemat sejak sebulan lalu. Pada masa yang sama, muka Aran diamati sesungguhnya. “Kau bukan budak blok sebelah ke? Rasa macam pernah nampak sebelum ni. Aku duduk dekat blok B2. Kalau tak salah, kau dari blok B3 kan.” Tutur Lut, agak tergesa-gesa. Mungkin teruja kerana berjaya mengupas secebis memorinya berkaitan lelaki yang baru dikenalinya.

“Err…” Aran menarik tangannya dan Lut melepaskan. “Betullah tu kot. Aku memang duduk blok tu.” Balas Aran, nampak kekok dan cemas. Dua ulas bibirnya langsung tidak mengukirkan senyuman sebaliknya dikepitkan. Lut perasan akan tingkah Aran itu dan menganggap ianya petanda lelaki itu kurang selesa dengannya.

“Yalah. Aku baru teringat. Kau orang duduk apartment yang sama kan. Kiranya ada dua orang kayalah dalam group kita sekarang ni.” Sin mencelah sambil mencekak pinggang. Dia memandang sekilas ke arah Amar dan Halim berniat mahu berkongsi berita menarik ini bersama mereka tetapi kedua-duanya sudah jauh ke tengah gelanggang.

“Mengarutlah kau. Tak sudah lagi panggil aku orang kaya. Kaya apanya kalau yang bayar sewanya bapak aku. Yang kaya tu bapak aku. Bukan aku. Lainlah kau orang bertiga. Kerja sendiri. Hidup berdikari.” Sangkal Lut, mengekspresikan rasa kurang puas hati dan cemburunya terhadap Sin dan dua orang lagi rakannya.

Sin, Amar, dan Halim tinggal serumah. Ketiga-tiganya buat kerja part time. Meskipun mereka juga pelajar sepertinya, mereka diberikan kebebasan mutlak oleh ibu bapa mereka untuk hidup berdikari. Tidak seperti ibu bapanya yang masih kuat mengongkong. Usahanya mahu tinggal sendirian juga hampir ditolak mentah-mentah oleh mereka. Lut mengerling ke arah Aran. Jadi bagaimana pula kisahnya dengan si Aran ini?









READ MORE

Blocked

Posted by ELFarahin | On November 19, 2019 | | 5 comments:
Assalamualaikum...
Image result for anime depressed black white blank
Hello, peeps! Apa khabar semuanya?
Farahin? Alhamdulillah. Tiga hari,
tiga malam mentangisi diri, baru hari ini rasa sihat sikit.
Malas nak intro panjang. Next paragraph! hehe

Blocked. Tak sure nak letak apa sebenarnya. Awalnya, nak letak dejected. Tapi blocked much simple kot. Agak sensasi gitu. Farahin kena block? Kena block dengan siapa? Dengan ex? Hahahaha. Tapi that's not the matter here. Actually, I felt blocked by a doctor. My latest appointment, which was also my third, Farahin jumpa doktor yang lain lagi. First and second appointment pun doktor lain. During first and second appointment, doktor tu rank dia medical officer (MO). Dua2 comel, baik, and soft spoken. And yes, females. My best experience with these two doctors was they allowed me to be vulnerable. Dalam bahasa rojak melayu kita, meroyan. Atau mungkin kalau nak much harsher, menggila. Okey, that's actually I created by my own. Hehe

As known, maybe tak, Farahin memang bukan jenis mudah open dengan orang. Not even to myself sometimes, I guess. And since I knew I will have appointment to attend time to time, meeting different doctors, berkongsi masalah, tanda-tanda sakit, dan tak kurang juga membawang pasal manusia dan kehidupan serta hal-hal agama dan ketuhanan, Farahin used to get myself prepare a few days earlier. At least 3 days before the appointment. Paling simple, Farahin akan beritahu diri sendiri, "It's okay. You can do it! Tell whatever you were thinking and feeling. What comes after, itu kerja dia orang."

And so, the day came. My third appointment. This time  bukan MO tapi doktor pakar (psychiatrist). Yup, a female. Pun comel, baik, and soft spoken. But there was something...to me, to my eyes, to my human judgement, there was something about her yang buat Farahin rasa our chemistry gap were a little bit further. When I tried to be vulnerable like I used to while spitting these words, "...Saya harap saya tak perlu rasa wujud..." and my brain was rushing dashing some crazy words to be spitted tapi belum habis pun saya meroyan, doktor dah potong, "Jadi awak nak rasa wujud?" Dengar je soalan pintas dari doktor tu, suddenly my brain got shutted down. Words yang tadinya dalam proses untuk dihujahkan, hilang dalam sedetik. I didn't even blink my eyes yet. Just looked at her face blankly. I felt blocked. And my mind was making alert message, "Blocked! Blocked! BLOCKED!"

Came another question, "Jadi apa yang buat awak rasa nak cederakan diri semua ni? Sebab doktor tak faham sebenarnya? Awak ada apa-apa yang trigger awak ke atau memang awak just rasa nak buat? Ke macam mana?" Again, I got it all blank. Rasa macam ada unused store in my mind tapi it was locked which meant it wasn't empty. I wanted to unlock it but at the moment, all I did was staring at it with all fears and griefs. And then, I started to cry. very hard. Dan doktor tanya lagi, "Doktor ada salah tanya ke?" It took me a few minutes to force my lips to utter something. I didn't feel like to let the question bury in silence. Jadi Farahin dengan tersedu-sedunya menjawab, "Saya tak tahu nak jawab macam mana. Apa yang saya nampak...apa yang clear...bagi saya, kalau tak sebab agama, Allah, fikirkan yang nyawa ni amanah, kalau saya lepaskan 3 benda ni, jujur saya dah tak nak hidup dah." And she concluded it with, "Jadi awak masih percayakan Allah lah?". Angguk.

Of course, there were more talks between us despite of me feeling that chemistry gap. Farahin tak pasti how doktor judged me, as doctor of course she would judge me as her patient. But how about as human? Because at my side, at that moment I tried to judge her as human from my human perspective. "Dia tak kenal aku. Dia tak tahu aku macam mana. Dia cuma nampak dan dengar based on apa yang aku cerita. It is expected for her to spit her thoughts from her perspective even though it was far common from my perspective." And me tried to make logic about her while I was on my vulnerable mode, sejujurnya I didn't feel good about it. At that moment.

The aftereffect melarat for two days. Yes, I was depressed. Farahin cuba proses sebaiknya apa yang dinasihatkan, termasuklah yang macam buat Farahin sentap atau terkecil hati. I was teaching my mind about the logic. "Kenapa aku rasa nak mati? Nak bunuh diri? Apa yang trigger aku? It's okay. Sekalipun benda tu kecil, it could have big bad impact to you, Farahin. Aku tahu kau ego. Kau malu. Tak apa. Keep your ego. Hold your malu. But let's find the cause!" Balik dari appointment on that day, lepas je beri salam kanan solat zuhur, tak sempat zikir macam biasa, Farahin terus meraung. Menangis sepuasnya. Despite of me been sentap dengan doktor ni, I validated one of her sayings, "Kalau sembahyang tu, awak sujud, awak menangis je lah puas-puas. Tak cakap apa-apa pun tak apa. Allah tahu apa awak rasa." Farahin angguk sungguh bila she dais that because memang itu yang Farahin biasa buat when it felt very very very very unearable. And I replied proudly, "Betul. Dia punya desperate tu lain macam."

So now, 9 days had passed. Farahin tukar ubat lagi. Dari venlafaxine kepada agomelatine. I think ubat yang kali ni much better. Even though ada side effects headache, nausea, and constipation, but I think it is more bearable than venlafaxine yang buat Farahin sembelit hampir setiap hari for 3 weeks. duhhhh. Also in this 9 days, Farahin already had 5 cries. Mostly happened at late night. Tak pasti trigger dari mana atau mungkin memang semuanya, like from side effects  ubat, the talk that I had with the doctor, and also it was just how my depression do it works. Tapi apa yang suka Farahin nak kongsikan, selain meroyan, menggila, meraung, menangis semua, I didn't have a suicide thought. Alhamdulillah

Phew! Panjang panjang panjanggggg yang amat.
I think it is enough until here.
Nak story banyak lagi pun, it could effect my mood too.
Itu kita panggil overwhelmed.
Anyway, thank you for your time and concern!
Have a good day and all the best!
See ya. Bubye =)




It is a good place when there are good people as well as good food.



READ MORE

Confession of Anxiety

Posted by ELFarahin | On November 08, 2019 | | 4 comments:
Assalamualaikum...
Image result for without you depressed black gif  images
Selamat petang ke senja semua !
Apa khabar hari ini ?
Hmm. Tak pasti nak mulakan bebelan macam mana hari ni.
Tapi tak apa. Kita masuk perenggan baru haha.

Tak. Farahin tak salah masuk tajuk. Ni bukan nak buat review pasal movie Confession of Murderer. Tapi memang itu tajuk post kali ni. Tak dinafikan juga memang terinspirasi dari tajuk movie tu hehe. Ya. Hari ni nak cerita pasal anxiety. Cerita yang mulanya seminggu sebelum cuti midsem lagi huhu.

Kerap Farahin nampak post dekat ig saying, "anxiety is lying to you." Hmm. Tapi Farahin ada pandangan berbeza. To me, anxiety is a true confession. Ya. Sometimes anxiety can be overwhelming and terburu-buru buat bermacam hypothesis dan andaian. Tapi Farahin suka nak highlight secuit kemanisan darinya.

Dua hari berturut selepas jumpa doktor, as expected I was depleted. Terbaring atas tilam sepanjang hari. Makan sehari sekali. Tak payah mention solat tak cukup waktu. Itupun Alhamdulillah sempat jenguk maghrib dan ishak walaupun matahari saban hari tak nampak. Tapi pada hari kedua, jumaat, Farahin ada terjaga pagi (hampir tengah hari). Kalau tak sebab whatsapp dari kawan.

Kawan ingatkan Farahin yang petang jumaat tu patut update dekat sv pasal progress fyp sebab he will key in the first 20% mark. I knew that. Tapi Farahin sejak malam rabu lagi dah lemau. Kawan Farahin ni memang mudah gelabah. Kalau dia gelabah, Farahin lagilah gelabah kan. Dah tentu mental dan fizikal kurang stabil masa tu.

Farahin tahu kalau Farahin push diri untuk pulun my fyp waktu tu, memang tak banyak hasilnya. Lebih macam tiada. Termenung menahan tekanan yang dah kebas satu badan, Farahin decided untuk whatsapp sv. Minta maaf dan khabarkan sejujurnya how very little my progress was. Dokumen/report pun belum sempat nak goreng. Right after that, I cried super hard. Sampai tarik rambut, ketuk kepala. Seksa sangat waktu tu.

After dapat reply sv, barulah Farahin lega sikit. He was okay with it. Dah lah depleted. Meraung pula. Lagilah penat rasanya. Farahin naik tilam balik. Dah nak dekat zuhur masa tu, dapat pula whatsapp dari bff membawakan berita yang sangat mengejutkan. Dia nak tunang. Anxiety strike untuk kali kedua. Campak handphone ke tepi, pejam mata.

Kerap juga nampak post dekat ig with another saying kind like, "an adult child with trauma has confusion to be adult." I think I understand that. Kenapa Farahin triggered bila dapat berita bff nak tunang? Sebab that was what had been playing in my head for a very long longgg time, "macam mana kalau suatu hari nanti mak ayah aku dah tak ada, kawan-kawan yang rapat ni dah ada tanggungjawab dan kehidupan sendiri, aku ni memang dah tak ada apanya." Dan disebabkan this overthought ni lah, Farahin dapat kesimpulan paling basic which "aku hidup, aku tahan sakit aku ni hanya kerana Allah dan amanahNya."

Bila Farahin triggered dengan berita tu, I didn't care if my anxiety gebang melampau sekalipun. Apa yang Farahin tahu, one of reasons kenapa Farahin rasa macam tu sebab Farahin sayang. Sayang sangat sangat dekat bff seorang ni. Sayang lebih daripada nilai seorang sahabat. Ada masa dialah keluarga, dialah guru, dia jugalah kekasih. I know this is childish. Tapi Farahin punya affectionate towards my three bff, tiap seorangnya lain macam. Masing-masing ada special place masing-masing in my heart.

Now, dah seminggu balik kampus. Of course, most of days I was depleted. Fed up pun ya. Rasa macam dari mati segan hidup tak mahu, jadi mati segan hidup melahu. Nak mati tak boleh. Nak hidup macam tak hidup. Dan lebih menambah sunyi, rasa rindu sangat dengan bff yang dah tunang tu. Rindu yang cukup buat rasa nak menangis. Tapi tu lah tak menangis juga haha.

Until here, I put an end to this post.
Salam maghrib! And have a good rest, everyone!
See you. Bubye =)



This anxiety is not lying to me but confessing with all my mind and body.






READ MORE

Hypertension

Posted by ELFarahin | On November 06, 2019 | | 2 comments:
Assalamualaikum...
Related image
Good morning, peeps!
How're you today?
Dah breakfast?

Farahin baru lepas pergi check bp (blood pressure) ni ha. Tapi baru lepasnya tu setengah jam yang lalu. Alhamdulillah. Dapat juga bangun pagi. Even kunci alarm pukul 6.05 pagi, namun bangunnya pukul 6.35 pagi jengjengjenggg haha.

Pergi check bp hari ni lain sikit. Biasa diminta baring berehat 15-30 minit dulu. Tapi hari ni terus pergi check. Macam biasa, bp tinggi hoho. Farahin pun dah malas nak buat sebarang reaction. Malas nak peduli. Tuptup staff klinik suruh jumpa doktor.

Jumpa doktor, doktor yang sama keluarkan surat rujuk hospital sem lepas. Sembang pasal bila, berapa lama ambil ubat, ubat apa, apa perubahan, tapi sampai doktor tanya "jadi ada apa-apa yang doktor boleh bantu tak sekarang?" dah terpinga-pinga Farahin jadinya. Tak expect pun kena jumpa doktor hari ni. Memang otak kosong, fikir nak makan sebab lapar sangat dah masa tu hahahaha.

Second time check bp dengan doktor pun tinggi juga. Doktor minta relaks, zikir sikit, jengjengjeng bp tetap juga tinggi. Kurang sikit je dari reading yang pertama tadi. Bila doktor tanya ada apa-apa yang buat Farahin stress ke lately, Farahin cakap je lah "stress tu memang ada. tapi tak ada lah stress sangat." Yalah. Manusia mana je tak stress hidup dekat dunia pesat membangun acah bertamadun ni kan.

Sembang punya sembang, teringat pula nak share dengan doktor pasal Farahin oftenly depleted. Farahin dah perasan pattern for 2 months already. Kalau sehari lepas buat apa-apa outdoor activities, jumpa orang ke, contohnya macam pergi appointment doktor tu, dua hari berturut mesti Farahin depleted. Susah nak bangun tidur. Makan susah. Mandi susah. Jadinya doktor beri Farahin vitamin.

Farahin memang siap-siap google lepas dapat ubat. Paling basic, nak tahu side effects ubat tu. Jadi Farahin memang tahu ubat yang Farahin ambil sekarang ada side effect hypertension. Sebab tu Farahin tak hairan sangat bp tinggi huhu.

Until here, I put the end of this post.
Have a good day and all the best!
Bubye. See ya =)



just because it makes me stronger,
doesn't mean i don't need to feel and be protected.



READ MORE

Hello November

Posted by ELFarahin | On November 05, 2019 | | 2 comments:
Assalamualaikum...
Image result for black depression aesthetic
Hello, November ! Hello, people !
How are you today ? Sihat ke semuanya ?
Bagi yang sakit tu (macam Farahin hehe), get well soon !

Alhamdulillah. It's already november now. I made it for 8 months. And now it's my 4th month on medication. Back then, tak terlintas langsung di fikiran yang I could make it this far. Banyak yang dah Farahin tangiskan dan luahkan. Antaranya ialah, "Susah, doktor. Susahnya nak hidup tanpa nafsu nak hidup."

Alhamdulillah. Berkat sekecil-kecil usaha, senipis-nipis harapan dan nafsu yang ada, kalau Farahin tak menapak ke hospital pada hujung Julai hari tu, belum tentu hari ni Farahin dapat buat post ni. Mungkin masih terbaring meraung di atas tilam. Mungkin dah bercalar-balar dengan luka dan parut. Mungkin tak ada pun dekat bumi Allah ini.

Supposed semalam lagi Farahin pergi klinik kesihatan universiti untuk monitor blood pressure as requested by my doctor. Tapi I was depleted. As well as today too. Tapi Alhamdulillah hari ni dapat bangun pagi walaupun lewat. Sempat sarapan. Mandi. Nature call. Inshaallah. Esoklah pergi monitor blood pressure tu. Kalau ditanya kenapa tak datang Isnin dan Selasa, cakap je lah kan yang Farahin tak bangun haha. Tapi sebelum ni tak ada pun ditanya.

Sejak dapatkan rawatan, Farahin memang open je dengan orang pasal my mental illness. Kadang-kadang tu self doubt juga. Rasa macam aku ni attention seeker ke? Aku ni TMI ke? Aku ni gini? Aku ni gitu? But then I reminded myself again and again, yang itu semuanya stigma. Farahin pusing balik niat asal, apa yang buat Farahin rela open up with people about it. Bukan ke untuk break that stigma within me and the people around me? Bukan ke untuk sama-sama melaungkan suara prihatin dengan mereka yang masih tak kuat untuk bersuara meminta tolong? Bukan ke kerana Allah?

Yes. I'm a MDD (Major Depressive Disorder) patient. I'm that girl who smiles and calls your name. I'm that girl who sits and eats in the same area with you. I'm that girl who loves to make friend with you. I'm that girl who cares about you as well as other patients. I'm that girl who breathes the same air and will be at mahsyar along with you. I'm just that girl.

Until here, I put the end of this post.
Thank you for your time and concern!
Have a good day and take care.
See ya =)






READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin