Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Vocaloid

Posted by ELFarahin | On December 16, 2015 | | 6 comments:
Assalamualaikum...
Hello, peeps!
Dah lama Farahin tak update blog kan.
Well, busy study. Ye ke? haha

So, post kali ni about Vocaloid.
Farahin tak rasa Malaysia tahu about ni.
Mungkin sebahagiannya.
Farahin pun baru tahu about vocaloid hari ni.
Cara mudah nak kenal vocaloid? Tengok bawah ni.





Vocaloid ni software yang digunakan untuk edit suara. kind like that.
Then ditampilkan dalam bentuk animation. Ya. Jangan salah faham.
Percayalah. Yang menyanyi, menari dalam video tu bukan manusia.
Bukan cosplay. Tapi kartun semata-mata.
Namun, pemilik suara asalnya dah tentulah manusia. Haha

First time tengok, culture shock juga jadinya.
Tak pernah tahu ada benda macam ni.
Orang barat pun tak tahu vocaloid ni wujud.
Tengok ni.



Awal2 tu memang Farahin tertarik dengan vocaloid ni.
Cara benda ni ditampilkan macam magic kan.
Actually, semuanya sains and teknologi. Huhu

So, this is how technology already have conquer us.
But then, macam yang pak cik mak cik tu kata "something lost".
Sebab vocaloid ni maya semata. Khayalan kita.
Cuba take a look deep into the video back.
You went to the concert. But cheer for who?
Shion Kaito? Hatsune Miku? Len? Ren?
Siapa tu? Siapa mereka?
Kalau kita padamkan khayalan kita.
Siapa je yang ada kat atas pentas tu?

Bila Farahin dah nampak semua tu,
yeah...I feels that "something lost".
Bila Farahin dengar ulang2 lagu mereka.
yeah...I feels that "something lost" get deeper.
Anyway, bukan nak kutuk vocaloid ni shit.
Menarik sebenarnya. Boleh kata menakjubkan!
Tapi itu dari segi fizikalnya sahaja.
spiritually(?)

Macam pak cik baju purple tu kata,
"this is too much."
Rasa macam, kita terpukau dengan sihir sendiri.
Atau, jilat ludah sendiri(?)
Finally, we'll feel that "something lost".
Anyway, this is only my thought.
But still i'm looking forward to vocaloid era =)
Because I'm an Otaku! (^_^)v



More about Vocaloid : CLICK!




Memang manusia memandang kebendaan. Namun
selagi manusia ada hati dan nurani, kebendaan itu bukan segala-galanya.





READ MORE

Mini Giveaway by Myra & Ina

Posted by ELFarahin | On November 25, 2015 | | 6 comments:
Assalamualaikum...

Wah wah wah! Kan dah cakap.
 Sekali main GA ni sure gian punye.
Lagi2 bagi blogger yang hiatus kejap2 macam Farahin ni.
Anyway, GA ni memang gojes!
Hadiah gempak2 tapi syarat simple dimple je.
Tekan banner untuk JOIN.

Due Date: 15/12/2015














p/s: stalk about blogger. adik! akak pun giler kawad juga. huhu



READ MORE

Segmen Jom Kenali Follower Anda by MawarAssufi

Posted by ELFarahin | On November 24, 2015 | | 7 comments:
Assalamualaikum...

Wah! Dapat jemputan khas daripada tuan blog untuk join ni.
Meh lah korang pun meriahkan segmen ni.
Simple je pun. Klik banner tu taw.


Menetap (Negeri) : Johor
Kerjaya/Study : Universiti Malaysia Pahang
Sebab Anda Blogging :
Bagi saya, diari adalah tempat di mana kita luahkan kata-kata
yang kita tak pasti nak luahkan secara depan-depan, bila dan bagaimana.
Jadi macam tu lah blogging bagi saya.

One of the best place to consider for me to share my thought and feeling. huhu

Pernah Join Mana-Mana Blogger Club?
Nyatakan kelab tersebut :
Tak pernah join. Tapi ada je yang add kat fb. so what. huhu.
Blogger Gempak Malaysia namanya.

TEMPOH SEGMEN : 20/11/15 - 30/11/15

Sekarang nak spread spell kat Fadh dan Nina

Yang Farahin tak tag tu bukan tak nak spread.
Buat syarat je. Korang pun join taw. huhu

Bubye.
Oyasumi! =)
















READ MORE

1St GIVEAWAY By MB

Posted by ELFarahin | On November 18, 2015 | | 2 comments:
Assalamualaikum...
 1st GIVEAWAY MagicBaked

JOIN...join..! Siapa belum join meh join.
Farahin dah lama tak main toto ni.
Eh! Bukan. Main Giveaway maksudnya. Haha
Gurau...gurau.

So nak beri jemputan khas kepada

Due date giveaway 29 Nov 2015.

So meh main toto meh.
Eh! Silap lagi. Main giveaway.
Sekali main mesti gian punyer lah. haha

















READ MORE

Pemberi Ruang

Posted by ELFarahin | On November 17, 2015 | | 2 comments:

Aku seorang sahabat.
Namun, sebaik-baik sahabat itu belum tentu.
Aku mendengar dan melihat.
Tetapi jarang berkata-kata.
Aku pemberi ruang.
Aku juga sering memerlukan ruang.
Sungguhpun begitu,
kelemahan aku adalah menjaga ruang.
Aku tahu apa itu jauh dan dekat.
Tetapi aku tidak dapat mengagak kiraannya.
Selaku pemberi ruang,
aku memberi ruang sebanyak ruang yang ada.
Tujuannya untuk kau rasa lebih tenang dan bebas.
Tetapi boleh jadi aku disalah anggap cuba berjauhan.
Kelemahan aku, menjaga ruang.
Sepertimana belum tentu aku sebaik-baik sahabat untuk kau,
aku bukanlah sebaik-baik penjaga ruang.
Ruang yang aku berikan,
mungkin akan membuat kau terasa jauh. Terpisah.
Andai kau berasa demikian,
hampirilah aku.
Aku akan mendengar rintih dan celoteh kau.
Biarkan aku melihat bahawa kau tidak lagi memerlukan ruang.
Tetapi sebuah tempat.
Tempat di sisi seorang sahabat.












Lately, Farahin sangat memerlukan ruang.
Then, asyik teringatkan krisis yang pernah
berlaku dalam persahabatan kami. Sudah tentulah,
itu cuma salah faham sahaja.





READ MORE

Sebastian Michaelis

Posted by ELFarahin | On October 21, 2015 | | 2 comments:
Assalamualaikum...

Hello, peeps!
Kali ni nak cerita about cosplay make up
and of course 'Sebastian Michaelis'!
Tahu ke siapa Sebastian ni?
Yang otaku mesti kenal and adore giler
butler of the hell ni kan.
Sebastian Michaelis ni main character
dalam anime Black Butler.
Dia memang handsome and perfectionist! huhu

So...nampak video yang Farahin tampalkan kat atas tu.
Tu video tutorial cosplay make up Sebastian Michaelis.
Cosplay tu apa? Costume Play. Cos-Play. Main kostum.
Ada dapat apa-apa gambaran tak?
Memanglah mana otaku yang in deep dalam cosplay ni
mesti akan join mana2 festival cosplay sedunia kan.
Farahin kenal cosplay ni pun masa 11 tahun dulu
bila mula beli majalah Gempak Starz.
Dari situlah mula minat manga, anime...semua tu.

Lately, rajin Farahin search video2 tutorial
untuk cosplay make up ni.
Macam best aje. Nampak diorang memang enjoy
dengan apa yang diorang buat.
Mostly video dari Europe.
Nampak tak besarnya kuasa Jepun ini. Huhu
Macam video tu, spanish katanya.
Farahin tengok memang dah ada iras Sebastian
even tak make up. Hidung dia yang paling meletop!

Okey. Tu aje nak cerita.
Tak hebat mana pun. Haha
Bubye. See you soon.



Jang Geun Suk pun hado! aigoo \(^0^)/






p/s: ada jugak rasa nak cuba2 cosplay ni. Ups! ^^












READ MORE

Lama Ku Tunggu

Posted by ELFarahin | On October 16, 2015 | | 9 comments:
Assalamualaikum...
Hello, peeps!
Yeahh...lama ku tunggu.
Lama Farahin menunggu follower bertuah ni.
Lama Farahin menunggu nombor misteri ni.
Akhirnya, hadir juga yang ditunggu-tunggu!
Let me introduce you, Alice!



Tu header blog Alice.
Baca tu, a blog about personal life
and random things.
Tertarik nak stalk and korek rahsia Alice?
Mari...mari...KLIK sini.

Nampak biography Alice kat sidebar,
nampaknya penggemar hamster.
Rasanya dah sedekad lebih Farahin tak nampak hamster.
Terasa betapa fluffy and lincahnya hamster ni.
Dengan tangan dan kakinya yang kecik molek tu.
Hidung tu asyik terkemut-kemut aje.
Tak tahu apa yang dibau-baukan. Huhu

Alice officially anak jati Sabah.
Wah! Jauh merantau hingga ke blog orang Johor ni. Haha
Batch '94. Ups! Kena panggil kakak ni. Hehe

Tak puas stalk biography kat sidebar aje,
turun sikit tengok archive pula.
The blog just published this year!
Newbie ke? Tapi blog cun macam pro. Huhu
So moh meriahkan kotak follower blog Alice.

To Alice, kotak follower tu janganlah sesekali disisihkan.
Sebab some bloggers can't follow by only unofficially button.
Just like me. Since dah ada kotak follower tu,
Farahin pun gatallah follow back. Haha

Okeylah. Done here.
Gudnite. Bubye.









Mati harimau meninggalkan belang.
Mati seorang penulis meninggalkan penulisannya.









READ MORE

Let It Out

Posted by ELFarahin | On October 15, 2015 | | 4 comments:
Assalamualaikum...
*classmates kesayangann..
Let It Out.
Actually, tak sure nak beri tajuk apa.
So itulah dia. Huhu

Habis Oktober ni,
genaplah 2 bulan Farahin di UMP.
Homework makin banyak.
Assignment dah mula menyerbu.
Quiz and Test pun tak habis2 buat surprised.
Susah? Kusut? Stress? Letih?
Well...itulah kehidupan.
Terima aje. Huhu

Sepanjang di UMP,
my life is just fine.
Cukup makan, cukup kawan...
tidur tu memang sengaja tak cukup kan.
Adalah personal workshop malam2 tu.
Roommates doq berdengkur,
kita ni doq dating lagi dengan laptop. Hehe
Tapi alhamdulillah...
masuk kelas tak ada pula
kepala tersembam ke meja. Haha

Bulan Oktober ni banyak aktiviti kokurikulum.
Bulan ni aje Farahin ada ikut jadi runner 2 program.
First time jadi runner. Dup dap dup dap aje. Huhu
Tapi kerjanya mainkan lagu2 rasmi and background aje. Haha
Farahin dalam unit multimedia. So itulah kerjanya.
Tak handle kamera pun sebab takut aje clumsy.
Memang belum pernah pegang kamera2 mahal ni.
Smartphone ni pun baru merasa 3 tahun. Huhu

*unit Multimedia ^^

Esok pula Inshaallah akan ikut jadi volunteer
untuk raptai majlis konvokesyen UMP.
Duduk jadi audience olok2 aje.
Tapi dapat merit. Hehe

Life in university buat masa ni
taklah tough mana. Boleh tahan lagi.
Pandai2 lah support diri kalau terjatuh tu. Huhu
Kawan2 buat masa ni okey2 aje.
Tapi masih belum jumpa kawan
yang boleh buat jadi scandal tiap2 hari.
Mungkin...dah jumpa.
Tapi tak apalah. Kita kawan step by step ya.
Kalau ngam baru declare. Eh! Haha


Okey. Done here.
Gudnite. Bubye.








FEAR is a bigger weakness than your THOUGHT on what you can't do.






READ MORE

アルルカン[Arlequin]-Eclipse

Posted by ELFarahin | On October 07, 2015 | | No comments:
Assalamualaikum...

Hello, peeps!
Hari ni nak buat post exclusive
about this one J-Rock band called Arlequin.

Farahin mula minat Arlequin since
ternampak mv debut diorang. Eclipse.
Arlequin ni baru je 2 tahun lebih. Baru lagi.
Setakat ni semua lagu Arlequin Farahin suka.
Farahin bias Kuruto, guitarist yang tinggi tu. Haha
Tapi lately macam confuse dah. Semua suka. Hahaha

At first Farahin minat The Gazette. Bias Reita till now.
While searching The Gazette on YT tu lah terjumpa Arlequin.
Farahin pun mula minat J-Rock 2 tahun lepas.
Berjangkit dengan roommate best friend
yang minat The Gazette.

Kalau tengok konsert J-Rock ni nampak macam scary kan.
Crowded pun ya. Tu yang paling alergi tu. Haha
Konsert Kpop pun tak kurang juga.

Tapi breathtaking pun ada.
Breathtaking tengok betapa kuatnya usaha diorang.
Berjam-jam atas stage, berpeluh semua
tapi suara maintain. Energy pun sama.
Drummer yang tangan dah kebas2 pun
still drumming with full heart.
There must be something about them.
Tu yang selalu buat Farahin terfikir-fikir.

Anyway, ini je lah nak share.
Nothing much. Huhu
Bubye. See you soon.






Lihat untuk menilai. Dengar untuk memahami =)















READ MORE

Apa Khabar

Posted by ELFarahin | On October 05, 2015 | | 4 comments:
Assalamualaikum...
Tadaimas!
Mood selfie melanda kembali. Haha.
Jangan pandang lama-lama.
Nanti jadi menyampah pula. Harap janganlah. hee

So tajuk post kali ni ialah "Apa Khabar".
Actually tak sure nak letak tajuk apa.
So taruh je lah ye. Huhu

So "Apa khabar Farahin di UMP?"
Alhamdulillah,, setakat ni masih tetap bertahan. hoho
Test dah mula minggu depan. Satu paper aje.
3 chapter. Bestnyer kalau dapat full mark! Amiin.

Mini project pun baru diberikan tajuk hari ni.
A report about Hard Disk Drive.
HDD external atau internal?
Haa...tajuk umum tu. Takkan tak faham2 lagi. Haha

Training JPAM ni entah bilalah nak mula.
Homework dah makin melambak ni.

Hobby mendalam Farahin kat sini
mengerjakan komputer and internet UMP.
Makmal bila2 boleh masuk dan guna komputer.
Internet pun berdezuppp lajunya.
Kerjanya download itu...ini...
Tengoknya nanti2 lah.
Kena siapkan semua homework dulu.
Baik tak? Hahahaha

Oh! Lupa nak cerita.
Sekarang dah mula ada krisis.
Actually krisis ni dah mula sebelum raya haji lagi.
Krisis lecturer merajuk dengan a student
tapi satu kelas kena tempias.
Setakat ni dua kelas dah cancel.
Lamanya dia merajuk.
Nak pujuk...bilalah diaorang nak pakat2 pergi pujuk.
Apalah nasib badan. hmm

Okeylah. Done here.
Sakit perut. Nak buat post pun macam tak best.
Gudnite. Bubye.
See you soon.









Kita dah ada diri kita. Tak perlu dicari. Tapi dibina.










READ MORE

Lencongan Duit Syiling

Posted by ELFarahin | On September 27, 2015 | | 3 comments:
Assalamualaikum...

Hello, peeps!
Farahin blogging lagi...
Tajuk malam ni Lencongan duit syiling. Haha
Apa punya tajuklah tu.

Jom singkap semula kisah semalam. Haa
Yesterday Farahin went shopping sakan
dengan my dear awex.
Yalah. Awex aje ada. Dah boyfren tak ada. Hoho

Then, ada moment tu lepas keluar dari Popular
Farahin terjatuhkan duit syiling. Sekeping aje.
Tapi dia bergolek tu melencong terus ikut corner.
Memang kelakar. Orang lalu-lalang pun tengok aje.
Farahin and my awex pun sama. Tengok aje.
Takkan nak kejarkan dah dia melencong jauh macam tu.
3 ke 4 saat juga kitorang berdiri aje tengok syiling tu bergolek.

Memang ni first experience.
Selalu duit syiling jatuh kan bergolek setempat aje.
Yang ni melencong kemain jauh. Bunyi kuat pula tu.
Padahal sekeping aje.
At last, ada amoi kecik ni ambilkan.
Baik kan? Tak racist.
Macam ni baru betul didik anak. Huhu

Adehhh....asal teringat aje mesti nak gelak.
Dulu2 selalu kitorang ada kes dengan longkang.
Korek aje post2 lama dalam blog ni. Mesti jumpa.
Apapun, memang best bila ada unexpected moment macam ni.
Moment macam ni yang paling kuat dan mudah untuk kita ingat.
Well, Farahin memang sukakan something rare and different.

So, itulah singkapan kisah semalam.
Esoknya will going back to UMP.
Gonna miss my dear awex ni.
Balik raya ni pun sebab homesick dengan dia.
Bunyi macam keji, kan?
Orang lain homesick dengan parents.
Tapi Farahin dengan awex.
Janganlah judge the book by it cover.
Nak buat macam mana.
Hati tak boleh tipu kan.
LoL...cakap apa ni...Hahaha

Okeylah. Gonna end my story here.
Eh! 12.30 a.m pagi dah.
Tidur jom! Bubye.
See you soon.





p/s: Rasa macam balik UMP nanti mesti kena tembak dengan Quiz/Test sume.













READ MORE

Love Comes Slow and It Goes So Fast

Posted by ELFarahin | On September 22, 2015 | | No comments:
Assalamualaikum...


Hello, peeps!
Hmm...tajuk malam ni macam serius je kan?
Panjang tu dah sah2 terang lagi jelas. Huhu

Love Comes Slow and It Goes So Fast.

Pernah dengar tak ayat tu kat mana2?
Mungkin korang pernah dengar tapi tak perasan.
Ni a part of lyric from my favourite song,
Let Her Go by Passenger.

Kalau dengar betul2 lagu ni
mesej yang nak disampaikan sangat mendalam kan?
Tak tahulah bagi korang dalam mana.
Tapi bagi Farahin dalamnya bikin sentap di hati.
Haa...gitu. Haha

So kisahnya Farahin akhir2 ni,
Since a week after Farahin masuk ke UMP,
Farahin ada dapat mesej sweet2 belaka from unknown.
Unknown tu dah tentunya lelaki.
Selamba je bahasakan diri dia abang. Tua sangat ke? Haha

Anyway, Farahin tak pernah reply mesej dia.
Missed call dia pun Farahin tak pernah nak balas.
Plus, dah 3 minggu phone tak ada kredit. Hahaha
Malas nak top up sebab bukan ramai sangat pun orang yang Farahin nak contact.
Biasanya in contact pun banyak via whatsapp since dah ada plan internet bulanan kan.


Dah dua minggu unknown tu tak missed call or mesej.
Suddenly, semalam dapat 1 missed call and 1 mesej.
Farahin ingat 2 minggu ni dia dah quit spamming.

Memang tertanya-tanya siapa unknown ni.
Sebaya ke since dia main macam budak2 camni?
Kalau senior, dah tentu matured2 belaka.
Study sampai botak. Hahaha
Tapi dia ni bazir kredit main2 macam ni.

However, Farahin tak rasa terganggu pun dengan mesej dia.
Setidak-tidaknya berbunyi juga Mr.Vovo tu.
Kalau tak sunyi sepanjang hari.
Kadang2 terfikir, buat apalah aku beli handphone ni? Huhu

Banyak tanggapan Farahin kepada unknown ni.
Serius ke dia ni crush dengan aku?
Ah! Main2 je ni. Tak matured langsung main2 macam ni.
Best juga dapat mesej camni since...yalah. Kite ni single. Haha

But then, Farahin teringat kepada lirik lagu tu.
Cinta datangnya lambat, perginya cepat.
Well...macamlah tak ada pengalaman kan.
Puppy Love dulu dah cukup masam masinnya.

So, don't be rush!
Yang Farahin patut rush sekarang is my study.
Nak ke extend 4 tahun tu? Mampuih tak mahu.
Cinta tu kemudian2 ya.
Kalau datangnya untuk memberi, kita terimalah.
Kalau datangnya untuk mengambil sesuatu, maka berwaspadalah.
Wah! Berpujangga sudah.

Okeylah. Done here.
Mengantuk dah ni since jadual siang tadi full habis.
Esok nak balik kluang dah! Yey
Pagi2 pula tu. Huhu

Bubye! Gudnite

















READ MORE

Freeware To Share

Posted by ELFarahin | On September 18, 2015 | | 1 comment:
Assalamualaikum...

Hai, semua!
Wah wah wah...makin kerap Farahin blogging ya. Haha
Sementara dapat blogging ni lah kite blogging kaw2.
Nanti bila dah busy giler2 dengan study,
agaknya nak taip link blog kat address box pun dah tak sempat.
Macamlah tak ada pengalaman kan.

So, the topic for tonight is Freeware To Share.
Rasanya korang dah tahu kan Freeware to apa.
Bloggers yang dah kamceng habis dengan dunia editting mesti dah tahu.
Kalau tak tahu, meh Farahin kasi define sikit.
Freeware tu singkatan bagi Free Software.
Haa...dah dapat gambarannya macam mana?

So, freeware apa yang nak di share tu ialah SINI.
Rajin malam ni chat2 dengan Google Ahjussi about photoshop dan sbg.
lalu terjumpalah Farahin websites tu.
Seems like software yang dikongsikan kat situ free2 belaka.
Yeah! Tinggal klik download aje.

Scroll scroll, nampaklak K-3D kat website tu.
Apa tu? Nampak macam ada kes sikit dengan animation dan seumpamanya.
Macam best aje. Jadi Farahin pun tak segan untuk download.
Lepas ni, pasti menggodeh sampai larut kasi sebati bagi diri.
Haa...macam tu. Huhu

Kisahnya malam ni rajin duk chat2 dengan Google Ahjussi
sebab Farahin ada tugas penting.
In a week, Farahin perlu design a poster.
Woahh...first year student dah mula design-designing bagai?
Taklah. Ni bukan assignment or what.
Ni tugas dari team yang Farahin baru aje officially jadi ajk hari ni
called Multimedia Team.
Yeah. Ceritanya MT ni ada kes bila kendalikan sesuatu program.
Ada part MT perlu handle slide, pa system, camera, poster and more.
Haa...dah nampak kan kehebatannya tu. Hihi

Okey. Done here.
Nak sambung chat2 dengan Google Ahjussi
sambil korek idea untuk buat poster tu.
Poster tu sempena Pertandingan Fotografi & Videografi
yang akan diadakan pada awal bulan depan.
Fuhh! Hopefully, Farahin dapat hasil kerja yang terbaik.
Berkobar-kobar nak tunjuk bakat ni.
Yalah...kite skill hampeh lagi.
Ada talent aje. Haha

Then, gudnite!
Bubye. See you soon.





p/s: Tak lama lagi cuti Raya Haji. Balik rumah! Haha








READ MORE

BCS1023

Posted by ELFarahin | On September 18, 2015 | | 2 comments:
Assalamualaikum...
Hai hai hai!
Rajin pula rasanya nak blogging malam-malam ni.
Esok kelas pack macam tak fikir aje kan. Haha

So tajuk diberi BCS 1023. Tahu kod apa tu?
Itu kod bagi subjek Programming Technique.
Budak komputer aje kenal dengan subjek ni. Huhu

So the thing is my lecturer names Ramiza Ramli
who teach us this subject already gave us a simple assignment.
Actually, more to exercise.

Soalannya, write pseudocode of square root of x
or draw the flowchart.
Pseudocode? Flowchart? Apa tu?
Dah cakap budak komputer aje tahu. Hihi
Simple giler soalan ni. Kalau ikut apa yang Farahin faham,
10 minit pun dah boleh siapkan.

Tapi...tapi...En.Ramiza ni kasi twist
apa yang Farahin dah study kat matrik johor dulu.
Usually kami guna, x=y^0.5 untuk cari square root of a number.
Tapi En.Ramiza ajar guna average.
Haa...termenung Farahin seminggu.
Tanya Google Ahjussi tiap-tiap hari.
Esoklah due date Farahin mesti submit exercise ni.
Barulah malam ni jumpa article yang guna
cara sama macam En.Ramiza ajar.
Nak tengok? KLIK.

Finally, siap juga exercise ni. Tadaa...

Tapi itu pun ada silap.
Kotak Print Y2 tu should dalam bentuk parallelogram.
Dah betulkan pun. Huhu


Okey. Cukuplah perkongsian kecil-kecilan untuk malam ni.
Mana yang bukan in study of computer science
mesti blur blur baca post ni.
Then try get interest in computer science.
Memang best! Huhu

Till then, gudnite!
Bubye. See you soon.








p/s: hopefully, Farahin takkan jemu dengan computer science. Inshaallah








READ MORE

Super Junior Magic

Posted by ELFarahin | On September 16, 2015 | | No comments:

Assalamualaikum....
Hello, peeps!
aigoo....aigoo...it's magic!
it's called magic!
Farahin ada perasaan yang mana cuma timbul
semasa view MV Super Junior sahaja.
Farahin akan senyum-senyum sendiri, rasa happy semacam
and jantung mesti buat lagu dup dap dup dap. Haha
That's how i feel towards Super Junior.

Oppadeul, chukkahamnida!
Like magic, you entertained our world.
Like magic, we sing to your song.
Like magic, SJ and ELF will be Ever Lasting Friends.
Super Junior! Saranghae! Huhu

























READ MORE

Officially an UMPian

Posted by ELFarahin | On September 16, 2015 | | 2 comments:
Assalamualaikum...


Hello, yeorobun!
I'm back. Nak mention,
blogger ELFarahin still active and so do the blog.
Mungkin tidak aktif macam dulu,
but still HERE. hehe...

Nampak tajuk tu? Jelas lagi terang.
Alhamdulillah. Since 30/08/15,
I am officially an UMPian.
In mission to graduate in
Bachelor of Computer Sciene(Graphic & Multimedia Tech.).
Inshaallah...
Minta amiin-kan. Hehe

Okey. Nak tunjuk sikit muka yang semakin tua ni. Haha

Hmm. Mungkin akan hiatus lagi.
Of course, will be very busy with my study.
Akan berjauhan lagilah kita wahai blog kesayangan...
bloggers sekalian. Sobsob...
Tapi pasti akan lebih akrab dengan komputer atau laptop
since Farahin major in this case. Huhu

Banyak kesukarannya sebelum Farahin hendak menapak ke UMP ni.
Elok dapat surat tawaran kemasukan,
masa itulah Mr.Acer tercinta jahanam.
Motherbard hancor. Maybe sebab asyik jatuh.
Bukan maybe tu, memang padan pun.
Tapi...tapi...tapi...sedih sangat

2 minggu Mr.Acer berada di wad,
elok kembalinya ia ke rumah,
It wasn't functioning again!
Memang masa tu menyumpah-nyumpah dalam hati aje lah.
Bukan cuma sebab Mr.Acer yang baru saja lepas repair not functioning,
juga sebab esoknya Farahin dah patut ke UMP.
Gila STRESS!

At last, Mr.Acer back to ward.
Kali ni repair tak perlu bayar.
Nasib baik ayah minta resit for warranty masa first time repair.
Then, terpaksalah memburu cinta baru.
Found another Mr.Acer in Grey.
Bigger and cheaper than previous Mr.Acer.
Goody pun banyak giler! Huhu
Tapi cinta pertama still tidak dapatku lupakan. haha

Apa yang buat Farah lebih tertekan,
ayah terpaksa keluar duit banyak-banyak walhal Farahin belum pun jejak ke UMP.
Laptop baru. Smartphone baru.
Teman Farahin pergi bank, office PTPTN, etc.
Memang balik dari mana entah...lupa,
Farahin diam-diam nanez kat tempat duduk belakang skuter.
Ayah bonceng. Rasa serba salah kat ayah.

Ada moment saja nak test ayah.
"Ayah, boleh tak?" Farahin tunjuk harddisk 500GB RM120.
"Bolehlah." Ayah angguk.
"Ish! Semuanya boleh. Manjakan sangat Farah ni."
Farahin memang ada rasa nak beli harddisk.
Tapi benda tu still belum perlu kan. Biarlah dulu.

Orang asyik berpendapat anak tunggal manja.
Semua boleh dapat. Semua ada.
Farahin anak tunggal.
Kadang-kadang ada juga manjanya.
Nama pun anak kan.
Tapi Farahin sendiri tak selesa kalau terlalu dimanjakan.
Ada orang perli Farahin,
ayat cliche macam tadi tu lah.
Bukan ayat gurau-gurau, tapi dia memerli.
Kecik aje pandang dia even dia a lot older than me.


Oh, yes! Dah mention someone older tu, teringat
dia juga dugaan sebelum Farahin bertolak ke UMP.
Dia kata UMP tak power.
Dia salah dengar course Farahin as akaun and
perli karier tak ada masa depan.
When I corrected it,
dia macam mengarah...
"Kau ambil ni lah...Multimedia."
Act macam asam garam dia dah melimpah satu dunia.
Gerammm je!
Memang susah nak lupa since it was my first experience
meeting someone with that kind of attitude.

Farahin pantang UMP dihina
sebab UMP langkah kanan bagi Farahin.
UMP adalah rezeki, nikmat, tuah,
yang Allah SWT kurniakan kepada Farahin and parents.
Dengan result matrikulasi bawah 3.0 pointer tu,
masih ada universiti mahukan Farahin.
Memang pantanglah kalau UMP dihina-hina!

Nak highlight sikit,
"Universiti power ke tidak itu universiti punya cerita.
Kita student kalau study macam taik,
result hampeh, ada ke orang nak pandang nanti.
Orang tak tanya kita student mana,
dia tanya apa yang kita ada.
Mana-mana kita pergi,
kita bawa nama kita, keluarga, agama, bangsa & negara.
Kalau ke luar negara, macam diorang kenal UMP.
Diorang kenal Malaysia aje."

Bukan nak tunjuk bijak,
mungkin juga cakap tak serupa bikin,
tapi kita manusia perlulah saling mengingatkan.
Farahin pun study tak ada lah macam student cemerlang,
result pun tak ada lah gempak sangat.
High school dulu corot aje nombornya.
Tapi macam manapun tetap perlu muhasabah diri.
Tak selalu, sekali-sekala pun tak apa. Right?

Okeylah. Panjang dah ni.
Penat you all baca.
Anyway, thank you sebab baca sampai habis.
Oh! Kalau belum follow tu, followlah. Hehe

Till then, assalamualaikum.
Gudnite! See you soon. Mmuah...







p/s: my lecturers hensem2 belaka. Hahaha






READ MORE

Super Junior Devil

Posted by ELFarahin | On July 26, 2015 | | No comments:

Assalamualaikum...
annyeonghaseyo, yoreobun!
it have been so long
i didn't feels like this.
My heart was fluttering
and i was smiled happily
when i watched this.
Super Junior comeback!
Along with my dearly Yesung oppa!
Whoa! I cannot stopped watching him
in any Devil MV. Huhu
Super Junior chukkahae!
Thank you for all enjoyful moments. Hee
















READ MORE

Step Away

Posted by ELFarahin | On May 27, 2015 | | No comments:


One step, two step
it was hard for me.
when you went further
it was like the whole world went away
the more i counted
our distant became larger
as i looked back
there was you standing from far
putted me into struggle
the past shed my tears
yet the future cheered me
one step, two step
it's time to stop
i'm not going to count anymore.












p/s: How are you?





READ MORE

Kisahnya KMJ #2

Posted by ELFarahin | On May 27, 2015 | | No comments:
Assalamualaikum...


Hello, readers!
Hmm...nampaknya payah nak buang tabiat
tak jenguk blog ni.
Maklum, setahun berhenti posting.
Dah terbiasa macam ni lah.
Kadang-kadang ada story nak share
tapi jari ni lembik je nak menaip.

Okey. Sambung Kisahnya KMJ ni.
Datang seorang muscleman, cute, handsome, sweet but ketot
dari sesi second intake.
Called him, Anwar.
Asal negeri penyu, Terengganu.

One day, for the first time in forever
during kelas praktikal fizik yang pertama
dia sekumpulan dengan Farahin and another awek KL, Thohiroh.
Johor vs KL, draw!
Bahasa sama je. Senang nak faham.

That day cikgu revised kitaorang cara baca vernier calipers.
Ambik! Memang senang nak baca sebenarnya.
Tapi sebab senang faham, senang baca, senang jugalah lupa.
Terkial-kial nak guna benda alah tu.
Bisik sana sini, tanya macam mana nak baca.
Bila Anwar bersuara...krik krik krik
Farahin and Thohiroh tiba-tiba jadi bodoh.
Macam kena jampi dengan loghat Terengganu Anwar.
Kering otak nak fahamkan loghat pekat dia tu.
Memang lawak dan mengelirukan.
Huhu

Tapi tu mula-mula kami kenal.
Dah berbulan-bulan kat KMJ,
loghat Anwar tu dah jadi tawar sikit.
Fahamlah apa yang dia cakap.

Anyway, Anwar ni suara ada bakat.
Bila dia nyanyi, katak pun tak berani panggil hujan.
Yang lebih menakjubkan,
loghat padu lagi teguh.
tapi bila nyanyi lagu omputih,
peh! jiwa terus terbang ke eropah. Haha
Memang sedap suara dia.

Plus, muka market.
Awek entah mana-mana kat KMJ tu
selamba badak selfie dengan dia.
Dia pun lebar senyum.
Tapi kitaorang yang dah tengok dia tiap-tiap hari ni
tak rasa luar biasa pun.
Masa first time tengok dia je rasa macam tu.
After that, hmm...biasa-biasa je pun.

Okeylah. Sambung lain kali ya.
Inshaallah.
Ada lagi story pasal Anwar ni.
Tapi...lain post lah.
Till then, bubye!











Bahasa Malaysia, bahasa kita. Bahasa Inggeris, bahasa antarabangsa.
Bahasa Arab, bahasa syurga. Muzik, bahasa dunia.


READ MORE

Kisahnya KMJ #1

Posted by ELFarahin | On April 30, 2015 | | No comments:
Assalamualaikum...



Hello, world!

Since nothing worth to share about my life today,
so i want to share about my moments while i was in KMJ.
What is KMJ? Kolej Matrikulasi Johor.
Anyone going to be there? Goodluck to you! Huhu.

So, let's start with the first day in Mento-menti Meeting.
It was a weekly meeting between a practicum with a teacher
who responsible to take care all about the practicum.

On that day, Cikgu Zuraidah asked us to draw anything
that represent ourselves.
My first drawing was a stone. Why?
A stone. A big one may give you a seat.
A little one may let you kick it for you to free your anger.
Not everyone noticed these great side of an ordinary stone, right?
Usually, not everyone noticed me and the great side of me.
Sometimes...someone easily left with no words.
Someone easily misjudge me.
However, a stone also knows karma.
Your toe may feel pain if you kick it too often.
You will find that it is strong and heavy
if you used to take it as easy thing.
Me. I can be very nice and good.
But I also can be the worst. Evil, ha? huhu
Plus, I can't be between the two.

But then, I considered the drawing back.
The bell in my head gave me a shock.
"I am not a STONE!"
"I am Nurfarahin."
I realized...
nothing can represented me.
No stone, No whatever it was.
Moreover, I was the one and only child/daughter in my family.
I readily made only ONE.
There is only one me.
So I made a new drawing.
On the paper, written...
NURFARAHIN.

When Cikgu Zuraidah asked me to present it to the class, I said...
"At first I drew a stone but then I redrew it and it became my name.
Nurfarahin. I am me. Stone is not me. And of course, I am not a stone..."
Honestly, I presented it awkwardly because it was a solo presentation.

Nurfarahin. The first thing people used to find about her is MYSTERIOUS.
You may think that it is hard to know her.
However, you cannot resist how curious you are about her.

Sounds like I proud to myself too much, right?
Yes, I am. That's how I appreciate myself.
Not too say I am too good. But to say, Alhamdulillah.

Second Kisahnya KMJ #2 will followed soon!
Till then, thank you for stepped by.
Bubye.









Allah SWT is the only PERFECT. What have been given to you may be not perfect enough. But it is the most perfect from Him. Be positive.




READ MORE

I-M-HOME

Posted by ELFarahin | On April 30, 2015 | | 4 comments:
Assalamualaikum...
Hello, peeps!
my new interest...J-Rock! Wanna join the club?


Finally, I am home!
Had graduated from matriculation college two days ago.
Now, waiting for the call of greatest future 4 months from here.
I hope there is an university want to take me in.
Amiin.

So, know I'm back to blogging!
It had been too long i posted nothing here.
So boriiinngg...

To Super Junior.ᴱᴺᵀ 's followers and other bloggers,
since today do mind inform me any giveaway or contest.
Dah lama abang posmen tak singgah rumah. Haha

Till then, chill yaw!
Meet you all other time.
Bubye.














p/s: Oh! This is the first post in 2015. What?!!











READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin