Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Disorder

Posted by ELFarahin | On December 20, 2019 | | 3 comments:
Assalamualaikum..
Related image
Hello, readers!
Selamat malam semuanya? How's your day?
Malam ni Farahin nak tinggal sikit beban peribadi dekat blog.
Jemput baca!

Terasa panjang seminggu Farahin selepas balik dari appointment doktor khamis lepas. Banyak hal yang bermain di fikiran. Terlalu banyak sampai terlalu payah untuk diluahkan. Ada masanya rasa terlalu berat untuk terus dibiarkan tapi diri pula tak rasa cukup kuat untuk kemaskan mana yang perlu serta buang mana yang patut. Jadinya dari fikiran menular sehingga ke perasaan, mulalah rasa diri macam nak naik gila tapi tetap juga ternampak baring lurus di atas katil. Dipaksa diri supaya sekurangnya menangislah tapi tak juga menangis dan akhirnya tekup muka ke bantal lalu menjerit sampai tekak sakit.

Disorder, atau terjemahannya adalah 'tidak teratur'. Teringat peringatan seorang good friend "Things don't have to be always in order". Setuju. Farahin terlupa. Ada sebab sakit ni diberi nama Major Depressive Disorder. Teringat pula perkongsian awal doktor yang pertama Farahin jumpa. Beliau kata, "Depression ni semua orang ada. Tapi orang atau pesakit yang ada Major Depressive Disorder ni lain sikit." Lalu Farahin simpulkan, "Tak apa benda dah tak macam dulu. Tak apa aku dah tak macam dulu. Sebab untuk aku, kelebihan yang Allah berikan kepada aku sekarang, benda dah tak perlu ikut aturan yang macam mana manusia lain biasa lakukan."

Dalam seminggu ni banyak logik akal yang Farahin kerjakan. Salah satunya adalah aku boleh tolak mana-mana nasihat doktor yang aku tahu belum sesuai untuk aku kerjakan buat masa ini. Aku tak perlu paksa diri ikutkan semuanya sebab doktor pun bukannya kenal aku sangat. Tapi tak kira berapa kali pun logik akal beritahu hal sedemikian, logik emosi tetap menyangkal. Menguatkan lagi kesimpulan Farahin yang tadi. Disorder. Bukan disorder namanya kalau akal dan emosi aku berfungsi dengan teratur macam orang biasa.

Logik emosi Farahin kuat memberontak seminggu ni. Ada saja yang dia tak puas hati. Ada saja yang dia nak buat sakit hati. Macam biasa Farahin takkan tolak tepi tak kira apa yang dia nak bebelkan. Farahin perhati. Farahin dengar. Salah satunya adalah Farahin diberitahu "Aku tak suka bila doktor beri nasihat klise dekat aku. Aku tak suka bila doktor kata aku perlu dipastikan betul-betul sama ada aku memang betul MDD atau mungkin sebab banyak berfikir. Aku tak suka! Aku rasa macam dikatakan menipu, berpura-pura."

Perdebatan berlangsung hampir setiap hari, sepanjang masa. Setiap yang didebatkan logik akal, pasti akan dipulangkan dengan lebih emosi oleh logik emosi. Ada masanya Farahin boleh hadapkan perdebatan ni sambil bergelak layankan anime Kimetsu No Yaiba atau drama Joy Of Life bila Farahin ada tenaga fizikal dan mental lebih. Dan ada masanya Farahin bergulung macam ulat atas tilam dengan mata yang sekejap basah sekejap kering semula tapi tak menangis juga. Kepala dan dada rasa ketat dan sempit. Nafas rasa pendek. Belakang badan rasa berat dan tegang.

Inilah antara contoh situasi pesakit Major Depression Disorder. Sakit yang tak nampak di pandangan mata biasa. Malah yang pesakit ni pun tak nampak sebenarnya. Rasa sakit tu sudah tentu ada. Tapi diri sendiri pun tak tahu nak calit ubat dekat mana. Tak sama dengan luka fizikal. Ini luka emosi. Luka yang banyakya tidak dirawat dan dijaga dengan betul sebaliknya ditahan selagi boleh dan disorok sehingga membusuk. Teringat masa minggu orientasi awal masuk universiti. Farahin terjatuh masa aktiviti larian dan luka sikit dekat lutut. Bila Farahin kata dekat rescue team "Eh! Sikit je. Tak payahlah ambulan." Lalu Farahin dipulangkan dengan ayat yang begini "Mana boleh. Luka kecil pun patut cuci biar tak ada jangkitan kuman." Jadinya Farahin cuma mampu sengih dan ucapkan terima kasih.




If I choose to not keep holding on, my everyday would be daily break down.







READ MORE

Balloon

Posted by ELFarahin | On December 16, 2019 | | No comments:
Related image
[click image to listen the poem's inspiration]
Cannot hold it anymore
A balloon attached to a string
Tied to my hand wherever I've been

Cannot hold it anymore
The burdening feelings have me unstable
A loop of emptiness in my head is unstoppable

Thought I would have to let go
Turn away and just go
Because I cannot hold it anymore

Cannot hold it anymore
Cries shatter as I undone the knot
To a still pole a balloon is now tied to

I don't have to hold it anymore
Wait and I promised will be back
Take care and watch my back.











READ MORE

Quiet Room

Posted by ELFarahin | On December 15, 2019 | | No comments:
Related image
The earth is now all in white
And the sky is no more bright
For you I keep burning the light
By the window of quiet room
I let it open wide in delight
Even now you are out of the sight
And our memories still I hold them tight
Even winter cannot stop my fight
Loving you all my might.













READ MORE

Tea Time

Posted by ELFarahin | On December 15, 2019 | | No comments:
Related image
Lips close to the cup
Thin smokes are floating up
Careful the hotness could burn you up
Sweet fragrance and bitter taste
Haven't you wake up yet?
Face up and look up
Watch and let me fill you up
It's tea time.














READ MORE

Selalu Lupa

Posted by ELFarahin | On December 13, 2019 | | 1 comment:
Assalamualaikum...
Related image
Recently, Farahin ada join satu group facebook ni. Dekat dalam group tu majoritinya orang serba depressed dan mengalami anxiety, both diagnosed and not. Baru dua hari join group ni. Fuh! Aktif sungguh. Memang aktif dengan pelbagai bentuk luahan dan sokongan. Ada juga yang promote servis ruqyah dari masjid india which Farahin tak berminat pasal type yang begini huhu.

Jadi pagi ni buka facebook pun meriah feeds dengan posts dari group facebook tu. Tapi condition Farahin pun tak berapa baik hari ni. Asal terbaca je sebaris dua ayat dari posts tu, terus ingatkan diri. No! Nope. Not now. You are not in your good condition, Farahin. Take care of yourself more for now. Tapi itulah dugaannya. Bila kita empati tak kira sempadan, tak kira siapa, lalu kita pun terlupa, lantas dikongsikan sebahagian tenaga emosi yang tak seberapa kepada mereka.

Hari ni dah masuk tiga komen Farahin kasi pulun. Komen bukan sembarangan. Tapi komen penus perasaan dan sokongan. Sakit. Sakit tengok realiti yang setiap hari ada saja yang berdiri atas bangunan nak bunuh diri. Sebelum ni sekadar dibaca-baca merata. Nah! Ni nampak sendiri situasi sebenarnya. Walaupun cuma melalui pucukan luahan mereka di socmed.

Selalu lupa. Selalu lupa bila diri sendiri tak cukup tenaga tapi tetap dikongsikan dengan yang lain. Selalu lupa kepentingan diri sendiri. I think now I know and realized kebaikan mengelakkan diri dari socmed bila keadaan emosi tidak stabil. Tapi banyak benda hari ni yang penting2 di socmed. Maybe Farahin patut off my phone bila dah sampai situasi macam ni. Huhu

Anyway, my muslimah thought tell me a sarcasm. Kau tutup phone. Kau baca quran je weh. Well, it isn't wrong huh. Paling kurang pun zikir dan salawat. Inshaallah









READ MORE

Your Support, Not Your Advice

Posted by ELFarahin | On December 11, 2019 | | No comments:
Assalamualaikum...
Image result for depressed black gif japanese word care
Hello, peeps! Apa khabar hari ini?
Fuh! Tak sabar nak membebel ni.
Tengok tajuk pun macam sensasi kan.
Terus terang cakap, i'm making a direct sarcasm lol.

Support. Since Farahin acknowledge myself as a psychiatric patient, Farahin terus terang cakap all i need is support. Sebab i'm not as strong as before to support myself all by my own. All i need is support. Alhamdulillah. I did and i do get it from a few people around me. Even from socmed. I appreciate it. Thank you and may you all are blessed by Allah. Inshaallah.

However, tolak tepi pasal support sekejap. Kita sembang sikit pasal advice pula. Dah half of 2019 Farahin bergaduh, berkawan, bergaduh balik, berkawan balik, dengan sakit ni. Sekarang dah masuk bulan kelima Farahin makan ubat pun. Baru tiga hari lepas Farahin bergelak bertekak dengan suicide thought. Sepanjang tempoh ni, Farahin perasan banyak orang sekitar Farahin yang keliru dengan istilah support (sokongan) dan advice (nasihat). Kebanyakannya disamakan kedua-duanya.

Farahin tak rajin nak buka kamus dewan bahasa pustaka. Tak rajin juga nak google merata. Tapi suka Farahin nak kongsikan pendapat sendiri. Sokongan dan nasihat itu berbeza. Jauhhhhhhh beza. Payah Farahin nak terangkan dalam ayat diskusi panjang. Jadi Farahin nak beri contoh. Jom buka cerita semalam haha.

Semalam ada kawan murah hati beri Farahin kek batik handmade dia. Bersama bekas kek batik tu dia tampalkan sticky note atas penutup. Farahin, choose to be happy today. Choose to focus on the positive things in your life. Choose to trust Allah that everything going to be okay =). Farahin baca wish ni sekali je terus sentap. Rasa kelakar, rasa geram, rasa kecil, rasa kekok pun ada.

Jadi Farahin beritahu dekat diri. I take the food. I take the (good) intention. But I only take 50% of the words. Farahin pun tak reti nak (atau mungkin belum reti) nak respon this one attitude dari kawan Farahin ni. Her good intention always come in not so good timing atau lebih tepat lagi not in not so good saying or writing.

No sorry but pardon me. Farahin tak boleh nak ambil bulat2 apa yang dia wish untuk Farahin. Choose? Berapa banyak choose dekat situ? Satu je pun dah cukup buat Farahin rasa berat dan terbeban. Farahin beritahu dekat diri lagi. Tiada siapa boleh putuskan apa yang aku kena buat. Yang mana yang patut aku pilih. Apa yang diberi, aku boleh putuskan sama ada untuk terima mahupun tidak.

Tercucuk perasaan sebenarnya. Sebab orang empati tinggi macam Farahin cuba empati lebih sikit dengan diri sendiri selalu akan diributkan dengan perasaan serba salah. Rasa jahat sangat. Tapi look geng. Apa yang kawan Farahin wish tu, yang tu lah bagi Farahin contoh advice (nasihat) / cadangan / pilihan / recommendation / suggestion. That wasn't a support to me. And I was and am far feeling supported. But I did and do feel loved and appreciated.

Jadi suka Farahin nak kongsikan sikit macam mana kita nak tunjukkan support kita kepada seseorang. Tak kiralah pesakit mental atau orang yang sihat walafiat sekalipun. Sebab manusia hari ni banyaknya sibuk dengan kemahiran komunikasi (communication skill) sampai lupa nak belajar lebih pasal kemahiran empati (empathy skill). Senang je. For basic, support is another language for pray/dua/doa.

Tengok dan baca Farahin pusing ayat kawan Farahin tu. Friend, I wish you to have better happiness in the future. I wish you'll be surrounded by all the positivity to fight all the negativity. I wish you'll be more blessed and always protected by Allah and may everything will be fine again. Nah! Macama mana? Apa geng rasa kalau dapat wish macam tu dari someone yang geng memang tahu mereka love and care? For me, I would feel more loved and touched. And kalau that time Farahin tengah depressed, sumpah banjir sampai subuh esoknya. Just like usual bila bff Farahin gives me the right words to support me. Oh, i miss her!

Jadi rasanya cukup je lah sampai sini. Kalau Farahin paksa juga bebel lebih, I can be overwhelmed. Kalau dah overwhelmed, boleh ada chance anxiety hit. Lepas tu mulalah stressed. Dah stressed, alamatnya tunggu depression datang ajak main je lah. Esok Farahin last appointment doktor sebelum transfer balik ke hospital kluang. Hujung disember ni kot balik rumah hehe.

Thank you for dropping by and finish reading this post!
May you have a good rest!
See you on the next post! xoxo =)




toxic positivity is okay but i recommend you to not do it too much
or it would be like you are overdosing yourself with antidepressant.









READ MORE

Lutsinaran

Posted by ELFarahin | On December 10, 2019 | | 1 comment:
Assalamualaikum..

Hello! Selamat petang semua.
Apa khabar? Macam mana hari ni?
Farahin macam biasa. Melahu serba tak tahu huhu.

Tajuk post kali ni macam familiar kan?
Lutsinaran. Dah habis baca belum?
Baca dari awal ke plot twist dari belakang?
Aatau baca langkah2? Whatever. Tak apa.
Apapun, terima kasih sebab baca penulisan Farahin
yang papa serba tak kena tu haha.

Ya. Hari ni nak sembang pasal Lutsinaran lah.
Pertamanya, cover. jengjengjenggg


CRINGGGEEEEE!!!
cringe tak bila korang tengok cover tu?
sebab Farahin cringe cringe cringe sangat haha.
Tak tahu mana datang semangat beriya nak edit cover.
Sebab dah fed up cari inspirasi dekat google sekali muka hensem2 belaka
Farahin decide je guna muka namchin untuk tiga2 watak hehe.
Tak tahu juga macam mana sekolah dulu konfiden sungguh edit cover macam ni.
Skill editing amatur je tu. Tak padan budak grafik hahahaha.

Okey. Done part cover. Yang kedua pula, pen name.
Eceh. Nak juga masuk omputih. Ya, nama pena.
Kenapa Adrenalin Putra? Kenapa tak Suju Elfarahin? Atau ELFarahin?
kemon laa kemon laa. Farahin bukan buat fanfiction.
Jadi Farahin guna nama acah melayu yang memang feveret Farahin
sebelum muncul nama Suju Elfarahin @ ELFarahin ni. Adrenalin Putra.
Patut ke Farahin buat copyright biar nama ni tak ada orang curi? Sayang tahu hahahaha.

Cover sudah. Pen name pun sudah.
Sekarang ni part behind the scene pula.
Ya ya belakang tabir gitu hahahaha.
Lemah semangat. Lemah semangat bila dalam otak dah siap2 plot semua
tapi memori tetap nak pusing balik apa yang ayah pernah kata dekat Farahin
at the first moment Farahin beritahu yang Farahin sakit dan nak dapatkan rawatan.
Ayah kata, "Jangan buat benda gitu. Tulis2 benda macam tu.
Tu yang kepala duk fikir benda2 gitu."
Nak ketawa, nak menangis, nak marah pun ada 
bila dengar ayah cakap macam tu.
Menguatkan lagi instinct Farahin
"Oh! Even parent aku pun tak kenal aku."
Seolah mak ayah tak nampak
macam mana Farahin membesar dengan hobi melukis,
buat origami dan kraf tangan, penulisan bahasa melayu selalu dapat markah tinggi,
kemudian suka pula nak mengarang dalam bahasa inggeris
walaupun vocab dan grammar kelaut.

Tapi tak apa. Back to basic. I just do what I like.
Thingking maybe this can help me to get to know myself again.

Okey. Cukuplah ni. Megi dah kembang haha.
Oh! Bagi siapa yang masih belum baca Lutsinaran dan nak baca,
jemput jemput klik cover dekat atas tu okey.
Terima kasih singgah dan baca!
Have a good day as well as a good rest.
See you in later post. xoxo =)









READ MORE

Jam

Posted by ELFarahin | On December 08, 2019 | | No comments:


Image result for anime gif blood depressed black
unanswered question
as silence breaks into tears
a cry imitating scream
splitting confusion in fuse
tearing apart flesh from its soul
bathed in sweat of pain but not blood
self hate, self blame
the untamed lame is no scam
two slice of breads with no jam
welcome to the smiling game










READ MORE

Jung Jinwoo Nowhere

Posted by ELFarahin | On December 08, 2019 | | No comments:

사람들은 다 똑같애
saramdeureun da ttok gathae
people are all the same
웃는 가면 사이로 돌아설 마음을 정해
utneun gamyeon sairo doraseol maeumeul jeonghae
they decide whether to return their hearts by wearing the smiling masks
또 다치기 싫은 마음에
tto dachigi shirheun maeume
in fear of getting hurt again
벽을 세워 둔 채로 거리를 유지하려고 해
byeogeul sewo dun chaero georireul yujiharyeogo hae
they build a wall and keep distance between themselves

내가 아직 어려서일까 걔가 어른일까
naega ajik eoryeoseoilkka gyaega eoreunilkka
am i still young? or are they adults?
마음을 열어 다가갈수록 왜 나만 모나질까
maeumeul yeoreo dagagalsurok wae naman monajilkka
why is it that i become harsher the more i open my heart?
다른 모양 다른 색이 미워지려 해
dareun moyang dareun saegi miwojiryeo hae
different shapes, different colors, i started to hate them
도망치고 싶어 다 내버려 두고
domangchigo shipeo da naebeoryeo dugo
i want to run away leaving everything behind

정답이 필요해 복잡한 마음에
jeongdabi pilyohae bokjabhan maeume
answer is needed in this perplexed mind
내 탓이 아니라 위로해봐도
nae tashi anira wirohaebwado
nothing gets better even when i
더 나아질 건 없네
deo naajil geon eobtne
console myself saying it isn't my fault

난 어디로 가야 해 중심을 잃은 채
nan eodiro gaya hae jungshimeul irheun chae
where am i ought to go? i've lost the balance
벼랑 끝에 내몰린 것 같애
byeorang kkeute naemollin geot gathae
i feel like i'm cornered on the cliff
어디에도 속할 수가 없네
eodiedo sokhal suga eobtne
i can't belong anywhere

나만 이런 건 가봐
naman ireon geon gabwa
looks like i'm the only one who is like this
맞잡은 손이 차가워져도 놓을 생각을 못 해
matjabeun soni chagawojyeodo noheul saenggageul mothae
even when the had held together gets cold, i cannot let go
다 떠나고 남겨졌을 때도
da tteonago namgyeojyeosseul ttaedo
even after i'm left alone
되려 미안한 마음에 자릴 뜨지도 못하네
doeryeo mianhan maeume jaril tteujido mothane
i cannot leave with regrets


내가 아직 어려서일까 걔가 어른일까
naega ajik eoryeoseoilkka gyaega eoreunilkka
am i still young? or are they adults?
마음을 열어 다가갈수록 왜 나만 모나질까
maeumeul yeoreo dagagalsurok wae naman monajilkka
why is it that i become harsher the more i open my heart?
다른 모양 다른 색이 미워지려 해
dareun moyang dareun saegi miwojiryeo hae
different shapes, different colors, i started to hate them
도망치고 싶어 다 내버려 두고
domangchigo shipeo da naebeoryeo dugo
i want to run away leaving everything behind

정답이 필요해 복잡한 마음에
jeongdabi pilyohae bokjabhan maeume
answer is needed in this my perplexed mind
내 탓이 아니라 위로해봐도
nae tashi anira wirohaebwado
nothing gets better even when i
더 나아질 건 없네
deo naajil geon eobtne
console myself saying it isn't my fault

난 어디로 가야 해 중심을 잃은 채
nan eodiro gaya hae jungshimeul irheun chae
where am i ought to go? i've lost the balance
벼랑 끝에 내몰린 것 같애
byeorang kkeute naemollin geot gathae
i feel like i'm cornered on the cliff
어디에도 속할 수가 없네
eodiedo sokhal suga eobtne
i can't belong anywhere

정답이 필요해
jeongdabi pilyohae
answer is needed
I can't trust nobody
어디로 가야 해 중심을 잃은 채
nan eodiro gaya hae jungshimeul irheun chae
where am i ought to go? i've lost the balance
벼랑 끝에 내몰린 것 같애
byeorang kkeute naemollin geot gathae
i feel like i'm cornered on the cliff
어디에도 속할 수가 없네
eodiedo sokhal suga eobtne
i can't belong anywhere


사람들은 다 똑같애
saramdeureun da ttok gathae
people are all the same
웃는 가면 사이로 돌아설 마음을 정해
utneun gamyeon sairo doraseol maeumeul jeonghae
they decide whether to return their hearts by wearing the smiling masks
난 다를 거라 믿었는데 인정해야 하나 봐
nan dareul geora mideottneunde injeonghaeya hana bwa
i believed that i would be different but i got to admit it
더는 모르겠어 난
deoneun moreugesseo nan
i don't know anymore

--------
Source: genie
Romanization by JHnimm

Image result for jung jinwoo nowhere gif
Thank you to my depression that i come to know a lot more korean underground R&B. Starting from WLK channel, PlanetariumRecords, and more brands following. I never know that this kind of music brand can be somehow somewhat helpful to me. They help me to slowly swim into my emotion instead of feeling drowning because of the wild resistance. They also help me to learn, read, as well as named my emotions despite let it all under a very huge and heavy rock called depression. So this is the first song I listened to today. It appeared on my youtube home and I thought "Oh! I haven't listened from Planetarium quite long now." And so, I clicked on it. Didn't expect it would be the right song for my mood right now. Exactly how I'm feeling right now. Just listen carefully how those soothing and calm melody are actually carrying a such sorrowful and desperate lyrics. I don't know if you really understand what I try to convey. Anyway, enjoy the song!




Sometimes I can act strong not because the burden has been less
but I just happened to have more energy at the moment.











READ MORE

Cold Inside

Posted by ELFarahin | On December 07, 2019 | | No comments:
Image result for depressed black lonely anime
Four walls and two feet
Walking in circle
Trapped in this room
Playing with the loop of mind
The sound of blowing wind
Maybe it is just the air from outside
Yet how could it be this cold
Here, I kneel weak again
Even tears had long dried
But with sorrow that is remained
By silence that I am chained to
From flesh to bone it pierced deeply
Into soul that I become unknown










READ MORE

Novel Pendek : Lutsinaran (Bhg.7)

Posted by ELFarahin | On December 03, 2019 | | No comments:
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |


Kolam mata Aran bertakung penuh lalu melimpah jatuh. Wajah Lut dipandang dengan penuh perasaan hampa sehampanya. Tersentuh hatinya. Meronta jiwanya. Berbolak-balik perasaannya bagaikan kapal usang yang dilibas ombak buas dalam mendung yang kian gelap. Dia jadi keliru dan tidak keruan setelah mendengar rayuan Lut yang sangat dalam.

Sedang graviti berpaut di hujung kaki, emosinya mula beradu di dalam diri. Membangkitkan semangat halus yang dikiranya sudah lama mati. Dalam ragu dan pilu tangan Lut dipaut lalu terasa tenaga kehidupan yang sangat kuat datangnya dari rakannya itu sendiri. Tangan-tangan yang lainnya turut semakin bertenaga menariknya naik ke atas semula.

Kelopak mata dipejamkan sementara air mata tetap laju mengalir. Dari hujung jari hingga ke lengan, kemudian hingga ke bahu, Aran dapat rasakan tenaga keras mereka yang bertungkus-lumus untuk menyelamatkannya. Buat apa? Untuk apa? Kenapa? Atas nilai apa mereka berhabis tenaga untuk insan sepertinya? Insan? Insan sepertimana sebenarnya dia kalau sekadar yang bernamakan Aran.

Aran. Hanya nama itu yang ada pada dirinya. Selainnya dia tidak punya apa. Melainkan memori zaman kanak-kanaknya dicanting buruk dengan badan yang kerap berbiratkan kesan dera si ayah yang panas baran dan kaki pukul. Kemudian dikenakan pula pakaian serba bertutup oleh ibu bagi menyembunyikan tanda kerakusan suaminya. Jarang sekali atau lebih tepat lagi tidak pernah dia dapat berpakaian menarik dan cantik seperti kanak-kanak seusianya.

Selepas si ayah pergi meninggalkan si ibu dan anak lelakinya, Aran dijadikan bahan pengabaian. Sementara si ibu berseronok berfoya-foya sehingga lewat malam, Aran ditinggalkan sendirian di rumah tidak terjaga apakan lagi dididik sebaiknya. Tidak cuma di rumah, di sekolah juga begitu. Tidak kira betapa buas dia memberontak dan menunjukkan kemarahan malah menangis sekuat suara yang ada, tiada sesiapa mahu ambil peduli sebaliknya lebih diejek dan ditertawakan. Lalu dia diabaikan juga.

Terbiasa dengan pengabaian manusia seumur hidupnya, dia juga entah bila dan bagaimanan mula mengabaikan diri sendiri. Setiap kali malamnya dihantui mimpi ngeri yang merupakan picisan memori buruk zaman kanak-kanaknya, pisau dan kaca menjadi mainan tetap yang membuatnya kembali tenang setelah sakit dan luka di kulit mengalirkan darah merah yang hangat dan pekat. Kemudian apabila siang muncul kembali, pakaian serba panjang menjadi kostum pementasan yang dia sendiri sudah muak dengan watak yang dilakonkan.

“Syukur.” Suara Lut mendengus kuat di hujung telinga, membuatkan Aran terjaga dari lamunan yang dalam. Tahu-tahu sahaja kedua-dua kakinya sudah berpijak di atas lantai dan kini dia sedang dirangkul rapat oleh rakannya itu. Jelas terasa kedua-dua tangan Lut yang menggigil keras mencengkam kuat di belakangnya. Lebih keras dan kuat daripada tangan yang diletakkan di bahunya awal pagi tadi.

“Aku…” Nada Aran tergantung. Entah kenapa dia berasa sukar sekali untuk berkata-kata ketika ini. Tetapi banyak yang hendak dikatakan sekarang. Banyak juga yang hendak ditanya. “Aku minta maaf.” Ucap Aran. Lain yang hendak diluahkan, lain pula yang dihamburkan. Air mata mengalir lagi. Kali ini bukan kerana meratapkan nasib diri tetapi sebagai hadiah kepada diri yang selama ini sangat dirindui. Diri yang selama ini langsung tidak dikenali, hilang tidak tercari.

Dalam tangis, Lut melakarkan senyum penuh rasa lega dan syukur. Belakang Aran diusap dan ditepuk beberapa kali sebelum rangkulannya dileraikan. Wajah sahabat ditatap lama. Air mata lebat sudah membasahi keseluruh muka Aran. Merah dan berhingus. “Nasib baik.” Keluh Lut sambil mencekak pinggang.

“Tapi kenapa Lut?” Baru sekarang Aran dapat bersuara dengan jelas. Air mata di muka dikesat secepatnya. “Kenapa kau tak lepaskan je aku?” Sambung Aran lagi dan matanya berair lagi. Sendu dan pilunya dia ketika ini tidak terlawan dek ego lelakinya. Tidak kurang juga dengan bingung dan bengongnya.

Lut mempamerkan riak muka kurang puas hati. “Kot ya pun ucaplah terima kasih.” Lut menonjol perlahan kepala Aran. “Bodoh sangat soalan kau tu. Perlu ke sebab kenapa?” Sengaja Lut membiarkan ayatnya tergantung seketika. Senyum kecil dilakarkan di wajah. “Kita kan kawan.” Putus Lut dengan penuh semangat.

Tidak lama mereka bertukar bicara, Aran dibawa pergi oleh guru-guru untuk ke bilik rawatan. Sementara Lut terpaksa berlama sedikit mencari sesuatu di sekitar kawasan kejadian. Dia pasti apa yang dicarinya berada di sekitar situ.

“Kau punya ke ni?” Zali datang menghampirinya sambil memberikan sebekas kecil yang berisikan biji-bijian putih.

“Hah! Ada pun. Selamat aku. Terima kasih.” Bekas kecil tersebut diambil dan diperiksa seketika sebelum disimpan masuk ke dalam poket seluar.

“Ubat apa tu weh?” Selamba sahaja Zali bertanya sambil mereka berdua menapak keluar dari situ.

“Antidepressant.”



----------TAMAT----------







READ MORE

A Good Place

Posted by ELFarahin | On December 02, 2019 | | 3 comments:
Assalamualaikum...

Related image
Hello, readers ! Selamat malam semuanya ?
Apa khabar ? How was your day ?
Tonight I'm back with another rant !
Jemput baca sampai habis okey. hehe

Alhamdulillah. Dah 2 disember pun. Rasa macam lambat masa berlalu. Tak sangka semalam baru je 1 disember. Why do I say so ? Sebab Farahin tak expect that I would start my december with this anguish and beating feeling of self hate. And so yesterday happened to be my first cry huhu. Tak banyak pun cuma a few drops but still painful and depressing.

Okey. That was the introduction. Now let's go straight to the story. Malam ni Farahin pergi dinner dengan housemate. Bukan housemate yang Farahin mentioned from previous post tapi housemate yang lain. Housemate ni lebih rapat dengan roommate Farahin tapi malam ni roommate Farahin balik rumah (almaklum rumah dekat kannn) and unexpectedly dia ajak Farahin dinner sekali. Jadi kita on je lah kan even sebelum tu niatnya malas nak turun dinner haha. Fikir nak rendam bubur instant je hehe.

Jadi masa dinner tadi, tertengoklah juga drama melayu pukul tujuh tu kan. Eh ! Ada watak nama sarah. Teringatlah juga dekat roommate haha. After dinner, housemate ni nak pergi tapaw burger pula. Hmm macam nak pergi usha jugalah. Hari tu sarah tapaw burger situ macam sedap je. Akhirnya, Farahin pun pergilah tapaw burger dengan housemate sekali.

Sementara tunggu burger siap tu, sembanglah sikit dengan housemate ni. Actually, Farahin quite awkward dengan housemate ni. Satu, sebab loghat dia Farahin susah nak tangkap (almaklum bodoh loghat pahang even ayah orang pahang, dalam kata lain kite budak pahang celup hahahaha). Dua, entahlah pokoknya memang kekok. But tak kata Farahin tak suka dia. She is just as fine as she is.

Dah sembang tu, dapatlah tahu housemate ni anak kedua. Dia pernah bela kucing macam Farahin juga tapi dah mati and now dah dua tahun dia tak bela kucing. Farahin pun share juga yang Farahin anak tunggal dan after years tak bela kucing (yang semuanya mati dekat rumah) Farahin ada alahan kucing. Sebab at that time ada kucing datang dekat kita orang tapi tangan Farahin still gatal nak belai dia haha. Kisah apa aku alahan pun kan huhu.

From this an hour spent with housemate, terperasan Farahin akan a few things. Satu, seronoknya bila orang terfikirkan kita. Like dia ajak Farahin dinner berdua dengan dia even kita orang tak lah rapat mana. Tambahan, Farahin pun tak banyak cakap dengan dia. To me that is just an on-going process for introvert to approach and to be approached by others. Walaupun Farahin rapidly jadi lebih rapat dengan roommate sekarang.

Dua, masih kuat terngiang-ngiang statement doktor pasal Farahin mudah attach to people. Betul. Farahin tak nafikan. Tapi Farahin tak boleh terima kalau statement ni generally merujuk kepada behaviour yang kononnya Farahin desperate nak orang terima Farahin like mereka yang toxically tried to fit in with others. What I'm sure about, even I don't like that kind of relationship. If there is a term like a cat person, then maybe I'm a human person (too ?)

Tapi malam ni Farahin suka nak admit, "Yes. I'm easily attach to people." Contohnya, a few weeks ago Farahin ada a few times juga dinner lauk tomyam yang sebelum ni not even a dish yang my taste buds familiar with. In different words, Farahin kurang minat dengan tomyam sebenarnya (anything that tastes too strong to my tongue lol). Jadi apa yang buat Farahin kinda attached to this dish ? It is all because of my roommate. 

Dalam bulan yang sama juga (november), Farahin ada had lunch with a good friend dekat nasi kukus mama. I'm sure ramai yang biasa dengan this brand. Tapi bulan lepas was my first time makan dekat situ. Sebelum ni cuma tapaw dari kawan kepada kawan haha. And I also had another lunch with my rommate at the same place a few days later. By that time, I had this feeling of attachment. Bukan cuma toward my rommate, my good friends, my best friends, but toward all people yang Farahin rasa worth my care and love.

Farahin noticed, It is a good place when there are good people as well as good food. Even this thought was inspired from that little moment I shared with someone, I think it is also works in other occasion. Contohnya, bila kita rasa toksik dengan siapa atau di mana kita berada we will directly know this is not good for us. Dan kenapa Farahin guna "are" instead of "is" ? Let's say if there is only a kind and good people yang kita jumpa dekat satu tempat tu, tak ke rasa kita terlupa akan sesuatu ? Kita mungkin lupa yang kita juga patut dikira sebagai good people. Don't you think so ?

Okey. Berbalik pada kisah tomyam tadi. Kenapa Farahin kata sebab roommate lah Farahin jadi gian dengan tomyam ? Pertamanya, Farahin tak nafikan tomyam ni rasanya boleh tahan. Tapi yang keduanya, apa yang buat Farahin feeling this very little but powerful happiness bila makan tomyam was because of how it reminded me to the memories I shared with my roommate. Dari awal jumpa, kenal, sampai sekarang. And all I can say dalam hati is "Jadi ni lah tomyam yang Sarah suka."

Sama juga ceritanya dengan minat Farahin toward rock music. Awalnya, Farahin sendiri tak boleh nak layan muzik yang orang asyik momokkan sebagai suara setan ni hahahaha. Tapi I think because of the memories I shared with a good friend from matriculation yang minatkan The Gazette, now I turned out to be a fan too (more like a listener hahahaha). And I'm also curious about the revolutions of this music and its industry. Siapa kenal Arlequin ? hehe

Hmm. Idea asalnya Farahin akan buat dua post under different titles of course. Tak sangka Farahin dapat summarised them this well hahahaha. Dua tajuk yang muncul dekat kepala sambil Farahin makan burger tadi were "Attachment" dan "Self Hate". And now, the title turned to be "A Good Place". Just so you know, I ended up with that title while I'm writing it hahahaha.

So now it is already 2nd December. I have 16 days left before the next appointment as well as 16 pills to be finished. By now, there are still 17 pills sebab Farahin still belum makan ubat untuk malam ni. I will take it after make this post published hehe.

Hmm so it is another long long post again.
Just so you know I really would like to share this little happiness with y'all.
Thank you for your time and concern !
Have a good rest. Goodnight.
xoxo =)




When you can't prevent the toxic, you can avoid it.
Otherwise, you have to face it.







READ MORE

Novel Pendek : Lutsinaran (Bhg.6)

Posted by ELFarahin | On December 02, 2019 | | No comments:
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |


“Lut. Jom!” Ajak rakan sekelas Lut yang biasa dipanggil dengan nama Man. Macam biasa dia akan turun makan bersama Man dan dua orang lagi rakan sekelas mereka ketika waktu rehat. Tetapi hari ini dia tidak rasa untuk menyertai mereka.

“Maaf, Man. Aku ada hal lah. Kau orang pergilah dulu.” Ujar Lut lalu beredar meninggalkan Man dan kumpulannya. Langkahnya cepat seakan mengejarkan sesuatu yang bakal hilang pada bila-bila masa. Lebih tepat lagi ianya adalah seseorang.

“Ahhh!!” Suara jeritan seorang pelajar perempuan menarik tumpuan Lut. Datangnya sama arah dengan  kelas Aran yang sedang ditujuinya. Sedang dia semakin hampir, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki mengerumuni dua orang pelajar lelaki yang sedang berkelahi. Ada yang sedang cuba meleraikan perkelahian tersebut. Ada juga yang sedang berhibur dengan situasi buruk itu.

“Sial, kau! Pergi mampus!” Maki Aran sesungguhnya sambil memberikan tumbukan demi tumbukan ke muka Zali yang sudah jelas kelihatan bengkak kemerahan dan berdarah hidungnya. Namun Aran tidak menunjukkan langsung tanda mahu berhenti.

“Kaulah sial! Apa masalah kau sial!?” Zali berjaya mengelak tumbukan Aran yang dihayunkan ke arahnya kali ini lalu membuat serangan pulangan. Aran terjelupuk ke atas lantai dan sepantasnya Zali mengambil kesempatan itu untuk membuat lebih banyak serangan terhadap lelaki itu.

Lut berlari untuk memastikan keadaan Aran. Sempat dia menghalang serangan Zali daripada terkena pada Aran dan membuatkan lelaki itu terundur beberapa langkah. Isyarat tapak tangan dan pandangan mata penuh garang diberikan agar perkelahian mereka segera dihentikan. Setelah itu barulah tumpuan sepenuhnya diberikan kepada Aran.

“Aran. Kau okey ke?” Tanya Lut, bimbang. Sebelah tangan Aran yang kemerahan dan luka diperhatikan tetapi tumpuannya terhenti lebih lama pada pergelangan tangan Aran yang terdedah. Lengan kemejanya yang panjang sudah bergulung hingga ke siku. Menampakkan parut seakan kesan hirisan di pergelangan tangan.

Seolah tidak mendengar mahupun sedar akan kewujudan Lut di situ, Aran terus bangun dan membawa diri pergi entah ke mana yang cuma dia yang tahu. Lut yang baru tersedar dari lamunan yang mencemaskan turut mengejar langkah Aran. Malangnya, Aran lebih pantas menghilangkan diri. Namun begitu, Lut tidak terdetik langsung untuk berputus asa.

Sambil mencari kelibat Aran di sekitar kawasan sekolah, pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Kenapa Aran jadi berang begitu? Siapa dan apa yang buat dia jadi berang begitu? Bukankah Aran pendiam dan tenang orangnya? Adakah mungkin dia puncanya? Adakah Aran telah menyimpan semua kemarahannya tentang apa yang jadi pagi tadi lalu dilepaskan kepada rakan sekelasnya? Dan apa yang dilihatnya di bilik Aran pagi tadi, parut di lengannya, apa yang jadi sebenarnya kepada Aran? Di mana Aran mungkin berada sekarang?

Buas mata Lut memandang ke sekitarnya dan hanya berhenti apabila melihat satu susuk tubuh pelajar lelaki sedang duduk di atas tembok bumbung bangunan sekolah. ‘Aran!’ Dengus Lut dalam hati. Laju sahaja kakinya berlari ke arah di mana Aran kelihatan dan berada. Sempat dia mengheret beberapa orang guru bersamanya sepanjang dalam perjalanannya.

“Aran!” Panggil Lut sesampainya di atas bumbung bangunan sekolah di mana Aran berada. Lelaki itu sudah berubah posisi dari duduk kepada berdiri. Mahu gugur rasanya jantung Lut melihat keadaan rakannya itu. Tidak kurang cemas juga dengan guru-guru yang ada bersamanya.

“Aran.” Panggil Lut. Kali ini lebih lembut. Langkah kaki perlahan-lahan menghampiri si rakan. Tidak terlalu dekat. Tidak juga terlalu jauh. Tumpuan matanya tidak lepas daripada memandang Aran. Kalau boleh dia tidak mahu berkelip mata walau sedetik pun. “Aran.” Panggil Lut lagi. “Turun, Aran. Aku dekat bawah ni.” Pujuk Lut.

“Aran. Apa-apa masalah awak boleh cerita dekat cikgu, Aran. Jom, Aran. Kita balik kelas.” Pujuk salah seorang guru perempuan yang ada di situ pula.

Terasa kering liur yang ditelan. Terasa sejuk peluh satu badan. Sakit hatinya. Sedih jiwanya melihat rakan yang baru dikenalinya dua bulan cuma dalam keadaan sedemikian. Apa yang jadi kepada Aran sebenarnya? Apa yang buatnya adakala menghilang tanpa sebarang berita dan kembali muncul semula? Apa yang dipendamkannya di sebalik suara yang banyak berdiam? Apa yang disorokkannya di sebalik senyum yang jarang sekali ditayangkan? Apa sahaja yang dia tahu tentang Aran?

“Aran!!” Jeritan sekumpulan guru melaung kuat dari atas bumbung apabila Aran dengan beraninya menghumbankan diri jatuh dari tembok di mana dia berdiri. Mujur kaki dan tangan Lut lebih pantas menyambut seinci anggota rakannya itu yang cuma berpautkan pergelangan tangan. Terasa berat dan kuatnya graviti menarik mereka berdua ke bawah.

“Lepas…” Perlahan pertuturan Aran. Cukup hanya dapat didengari Lut. Berepeluh satu badan. Berkerut satu muka. Biar terseliuh sendi sekali patah tulang pun, dia tidak akan akurkan permintaan Aran itu. Tidak sama sekali. “Lepaskan aku, Lut.” Pinta Aran buat kali kedua. Jelas sekali nadanya yang penuh dengan rasa terdesak dan putus asa. Tidak setenang selalunya.

Lut menggeleng laju. Keseluruh tenaganya sedang berkerja keras untuk tidak melepaskan Aran sehingga tidak ada sedikitpun tenaganya yang ditinggalkan untuk bersuara. “Tolong…” Lemah fizikal serta mentalnya apabila mendengar ayat ‘tolong’ terpacul dari mulut Aran. Mata rakannya itu sudah merah berair. Hampa. Kosong.

“Aran! Kau dah gila!?” Zali muncul di tengah-tengah kekalutan. “Kita tak habis gaduh lagi sial! Kau jangan ingat aku boleh lepaskan kau!” Zali turut menghulurkan sebelah tangannya untuk membantu Lut menarik Aran naik. Tetapi nampaknya payah sekali mahu berjaya kerana Aran sendiri tidak menampakkan usaha hendak berpaut kepada mereka. “Cikgu! Tolonglah!!” Gesa Zali, bengang.

Terkocoh-kocoh dua orang guru lelaki yang ada ditempat kejadian turut meminjamkan tenaga dewasa mereka untuk menarik Aran naik. Namun masih tidak cukup untuk membuat Aran berasa mahu berpaut kepada mereka. “Tolong.” Kali ini barulah Lut bersuara. “Tolong aku, Aran.” Rayu Lut sambil air mata halus mengalir lurus ke dagu lalu jatuh ke atas pipi kiri Aran. “Kalau aku…lepaskan kau, aku takkan boleh maafkan…diri aku. Tolong…tolong aku, Aran.”






READ MORE

Novel Pendek : Lutsinaran (Bhg.5)

Posted by ELFarahin | On December 01, 2019 | | 2 comments:
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |


Kembalinya Lut ke bilik setelah siap mandi dan menyarung kemeja putih, langkahnya terus diatur ke arah tingkap bilik yang masih tersorok di sebalik langsir yang tertutup rapat. Tanpa berlengah lagi, langsir diselak luas membelah ke sisi kiri dan kanan sebelum tingkap berkaca lutsinar dibuka seluas mungkin membiarkan cahaya dan udara pagi menerobos masuk ke dalam bilik.

Tidak lama dia memandang ke luar, tumpuan matanya terhenti pada tingkap bilik Aran di blok sebelah. Matanya membulat cemas. Tidak sempat berfikir panjang, telefon bimbit di atas meja dicapai dan langkah kaki seribu dijangkau keluar dari apartmennya sehingga di depan apartmen Aran. Mengah dan tercungap langsung tidak dihiraukan.

“Aran! Aran! Aku ni. Lut! Aran! Buka pintu ni! Aran!” Lut mengetuk dan menendang pintu apartmen Aran sekuatnya. Biarlah berdentum mahupun bergegar satu bangunan, dia tidak peduli. Yang pasti dia mahu Aran segera membuka pintu untuknya. “Aran! Cepat buka pintu ni! Aran!”

Lebih lima minit beradu tenaga dengan pintu, akhirnya Aran memunculkan diri. Tidak sempat mereka bersapaan pun, Lut terus berlari masuk ke dalam sampai ke bilik Aran. Objek pertama yang mendapat tumpuannya adalah tingkap bilik Aran yang menampakkan tingkap biliknya di blok sebelah sana. Objek yang keduanya ialah kerusi yang berada di tengah ruang bilik. Di bahu kerusi itu, tergantung tali leher warna hijau gelap yang merupakan sebahagian daripada pakaian uniform sekolah mereka.

“Apa halnya, Lut?” Soal Aran, tenang seperti biasa. Tetapi nada tenang Aran tidak membantu langsung untuk menenangkan Lut. Sebaliknya lebih menambahkan rasa cemas yang ada.

Lut berpaling ke arah Aran yang berdiri di belakangnya. Serangan pandangan mata serba tajam menikam diberikan kepada rakannya itu. Aran yang cuma diam memerhati tidak semena-mena dikenakan tumbukan padu di sisi kiri mukanya. “Kau buat apa ni, bodoh!” Tempik Lut, penuh berang.

Aran yang sudah tentunya terkejut dengan tindakan Lut tetap memberikan reaksi yang setenang mungkin. Rahang yang terasa berdenyut kuat dan sakit ditahan sahaja. Mata yang berair entah sebab sakit ditumbuk atau selainnya ditumpukan pandangannya ke arah Lut. Diam yang serba dingin menemani mereka berdua.

Puas bertarung mata dengan Aran, Lut memutuskan untuk beralah terlebih dahulu. Aran dihampiri dan bahu kiri lelaki itu dipegang. “Tunggu aku. Kita gerak sekali.” Ujar Lut, setenang yang boleh. Namun dia percaya bahawa Aran dapat rasakan ketaran di tangannya. Langkah kaki diatur keluar meninggalkan Aran yang masih tetap berdiri dan langsung tidak menoleh ke arahnya walau sepincing.






READ MORE

Semakin Ramai Yang Depressed

Posted by ELFarahin | On December 01, 2019 | | 10 comments:
Assalamualaikum...
Image result for anime gif scream idiot
Hello, peeps! Apa khabar semuanya?
Dah siap nak tidur ke tu? Haa bolehlah tu.
Bolehlah sambil baring tu layankan post lewat malam Farahin ni hehe.

Semakin ramai yang depressed. Kerap sangat Farahin dengar ayat ni dan yang dengan sewaktu dengannya sejak Farahin mula diagnos as major depression disorder (mdd) patient. Bermula dari jururawat, lepas tu doktor, kemudian pensyarah, dan seterusnya dari orang sekeliling.

Farahin tak tahu nak beri reaksi yang macam mana setiap kali dengar ayat ni. Rasa pilu ada. Rasa semangat pun ada. Farahin tak pasti apa yang mereka cuba sampaikan setiap kali mereka perdengarkan ayat ni dekat Farahin. Adakah mereka mengeluh? Atau mungkin sekadar menyatakan kenyataan yang nyata?

Semakin ramai yang depressed tidak hanya bermaksud semakin ramai pesakit mdd. Semakin ramai yang depressed boleh juga merujuk semakin ramai di antara kita mula bersifat terbuka dan waspada terhadap wujudnya penyakit mental ini. Contohnya tak perlu diselak kertas-kertas kajian dan buku-buku perubatan. Farahin sendiri adalah salah satu sample kepada eksperimen ini.

Menyebelahi pengalaman sendiri, Farahin bukan baru depressed dalam masa dua tiga bulan. Farahin dah ada tanda-tanda depressed sejak umur Farahin 15 tahun lagi. Farahin dah pernah cederakan diri. Dah pernah berfikir pasal mati. Dah pernah menangis meraung lebih dari sekadar meratapi rasa sakit hati. Tapi baru tahun ini Farahin paksa diri ke hospital lalu disahkan menhadapi mdd.

Agaknya apa yang buat Farahin tergerak untuk dapatkan pertolongan perubatan? Salah satunya sudah tentu sebab Farahin sendiri dah mula semakin waspada dan terbuka dengan diri sendiri pasal penyakit ni. Lama Farahin marahkan diri, pujuk diri, "Kau ni sakit, Farahin. Kau perlukan pertolongan. Rawatan!" Dan lamanya dah makan hampir 10 tahun. Sangat lama.

Sejak Farahin mula bersifat terbuka dengan kehidupan Farahin sebagai pesakit mdd, membebel merata dekat socmed pasal ubat, psikiatri, termasuklah pasang surut emosi Farahin, ramai yang serang masuk kotak sembang mengadu, "Saya pun macam ni. Saya pun pernah cederakan diri." Dan penutup bicara mereka ialah, "Tapi saya tak dapatkan apa-apa rawatan." Pilu tak pilu perasaaan Farahin? Di sini jelas mereka sendiri dah sedar yang mereka sakit tapi apa yang mungkin kurang di sini ialah sokongan orang sekeliling.

Agaknya apa yang buat Farahin degil bertahan sakit seorang diri tanpa sebarang pengetahuan dan sokongan luar selama hampir 10 tahun? Persekitaran. Farahin sendiri tak lepas daripada membesar dalam persekitaran yang buas stigmanya terhadap sakit mental. Tengok sahaja kawan-kawan kita, keluarga kita, malah sesiapa pun, suka sangat buat lucu pasal orang gila. Orang gila. Gelaran ni pun dah cukup kuat untuk menyatakan pengetahuan dan keterbukaan seseorang terhadap sakit mental.

Semakin ramai yang depressed. Media dan rekod perubatan memang sudah tentunya mengesahkan kenyataan yang sedemikian. Tetapi bagaimana dengan yang tidak ternyata? Yang tidak diketahui? Bagaimana dengan mereka yang ketika masih terperuk di dalam bilik menangis, meraung, menyakiti diri? Bagaimana dengan kenyataan yang minoriti merujuk kepada sekumpulan sesuatu yang lebih kecil jumlahnya tetapi kecilnya bukan cuma sepuluh mahupun seratus tetapi beribu dan mungkin bakal mencecah berjuta?

Salah satu pembuka semangat bagi Farahin untuk terus membebel pasal sakit Farahin ni termasuklah bila emosi Farahin tidak stabil adalah mereka yang masih ragu untuk bangun mendapatkan pertolongan. Sebab Farahin boleh agak bagaimana perasaan mereka ketika ini. Sebab Farahin pun pernah berada di tempat sedemikian malah hari ini pun. Let me say this, "Geng. Aku tahu kau dalam keadaan susah. Tak apa, geng. Kalau kau susah nak menangis menjerit minta tolong, aku akan menangis dan menjerit untuk kau."

Tapi kau pun kena bangun juga, geng. Aku pun boleh penat kalau jerit seorang macam ni. Kalau kau pun join sekali, sekurangnya kita boleh jerit lebih kuat. Aku tak kata kita berdua. Aku percaya, tak payah melancong sampai luar negara, dalam negara kita sendiri ramai yang macam kita. Jadi let's do this, geng! Jerit sekuatnya. Sekuat mana kita bencikan dunia ni. Bencikan semuanya. Bencikan diri sendiri. Jerit dan menangislah sekuatnya! Biar mereka tahu, kalau hari ni kita pergi, dah tak ada orang atau bahan gelak untuk mereka hiburkan diri."

Jadi sampai sini sahaja post Farahin kali ni.
Panjang? Apapun, terima kasih sebab baca sampai habis ya?
Jumpa di post lain kali. Dan jangan lupa baca Lutsinaran! hehe
See you, november. And hello, december!
Yassss we made it this far already!
xoxo =)




Cry harder. Scream louder. Live smarter. =p






READ MORE

Novel Pendek : Lutsinaran (Bhg.4)

Posted by ELFarahin | On November 30, 2019 | | No comments:
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |


“Nah!” Amar melemparkan bola keranjang di tangan kepada Sin dan disambut segera oleh lelaki itu. “Aku nak pergi beli air. Kau nak tak?” Tanya Amar sambil menyikat rambut yang sudah lencun dengan peluh ke belakang menggunakan sebelah tangan. Halim di sebelahnya turut mencekak sebelah pinggang sambil mengibas-ngibas baju, biar angin sejuk masuk mendinginkan badan yang panas melekit.

“Bolehlah. Macam biasa. Kau, Lut?” Jawab Sin lalu mengalihkan tumpuan mata ke arah Lut yang baru sahaja melabuh duduk di sebelah kanannya.

“Aku nak air mineral je lah.” Ujar Lut usai meraup muka yang juga basah berpeluh. Nafas yang masih laju cuba diatur tenang.

“Baik, bos. Jom, Lim!” Sambut Amar sambil mengajak Halim untuk ikut bersamanya. Kedua-dua rakan itu berlalu meninggalkan gelanggang bola keranjang dan menuju ke gerai minuman dan makanan ringan yang sedang berjaja di seberang jalan.

Tidak lama Lut dan Sin ditinggalkan berdua, Sin memulakan perbualan di antara mereka. “Boleh tahan kau hari ni, Lut. Semua kau sapu. Ni first time aku tengok Amar dengan Halim banyak lari daripada lompat. Ubat apa kau telan hari ni?” Bukan Sin kalau tidak banyak mengusik daripada terus bertanya.

Lut tersenyum sambil menggeleng. Usikan Sin tidak pernah gagal buat dia rasa geli hati. “Ada-ada je lah kau ni, Sin. Anggaplah hari ni aku mvp untuk game hari ni. Asyik dia orang dua ketul tu je. Bosanlah. Tapi kau punya buas pun tak kalah kan.” Usik Lut pula.

“Ish! Bukan Sin lah kalau tak buas. Tapi kalau ada Aran ni semput jugalah aku. Kau pun nampak kan buas dia macam mana sebelum ni?” Mata Lut terbuka sedikit luas apabila mendengar nama Aran terpacul dari mulut Sin. Teringat dia akan segala hal dan persoalan berkaitan lelaki itu yang telah agak lama bermain di fikirannya.

“Sin. Kau dah lama ke kenal dengan Aran?” Soal Lut, mula bernada serius. Dia memutuskan mungkin inilah masanya untuk dia memuaskan rasa ingin tahunya soal Aran selama ini. Elok juga Aran tidak dapat menyertai mereka petang ini.

“Lamalah juga. Aku satu sekolah rendah dengan dia. Tapi masa darjah tiga dia pindah sekolah. Sejak tu aku memang dah tak ada jumpa dengan dia. Tapi tahun lepas, tak tahu pula aku boleh terjumpa dengan dia balik. Dekat sinilah. Petang macam ni juga.” Jawab Sin, sekali membuka sedikit kisah zaman kanak-kanak mereka.

“Kiranya kau memang dah kenallah dengan dia kan?” Soalan Lut semakin dalam dan berjaya dihidu oleh Sin. Lut sedar serangan hendapnya sudah disedari tetapi dia tidak tergerak langsung untuk membatalkan misi. Jawapan Sin tetap ditunggu.

“Lain macam je soalan kau ni. Ada apa-apa yang tak kena ke pasal kau dengan Aran? Takkan kawan sebulan dah gaduh kot.”  Dalam masa serius begini pun Sin masih aktif dengan usikannya.

“Eh! Bukan macam tu.” Latah Lut. “Cuma…aku tengok Aran ni macam lain macam je. Aku nak tanya dia terang-terang, takut dia fikir aku ni menyibuk pula kan. Kita kawan pun baru lagi. Tapi kau lainlah kan. Ramah tak kira masa dan tempat. Itu yang aku saja tanya ni.” Jelas Lut, agak berlapik.

Diam menghuni mereka beberapa saat. Sin mula mengerjakan otaknya secara serius. Sementara Lut masih menunggu jawapan kepada soalannya. “Aku faham maksud kau tu, Lut. Sebenarnya, aku pun perasan. Aku dah kenal dia sejak tadika. Tapi mula dari sekolah rendah tu aku lebih macam kawan dengan dia. Tapi boleh jadi mungki...aku je yang fikir macam tu.” Sin mula berubah nada rendah.

“Maksud kau?” Lut semakin jadi ingin tahu.

“Aku ni masa budak nakal lah juga. Aran ni pula jenis budak baik macam tu. Kau tahulah budak nakal macam aku ni, pantang nampak budak baik mesti nak kacau kan.” Sin berhenti sekejap dan menarik nafas dalam. “Masa tu...Aran ni kira salah satu hiburan aku dekat sekolah. Aku suka buat dia marah. Ada masa tu sampai dia menangis. Entahlah. Bagi aku, aku rasa seronok bila dia buat muka. Kau pun nampak kan dia ni jenis banyak diam.” Dua ulas bibir Sin tersenyum nipis.

Lut mengangguk faham. Liur berketul ditelan perlahan. Dia tahu soalan yang bakal dianjurkan selepas ini mungkin boleh memutuskan tali persahabatan yang masih halus dan baru di antara mereka. “Boleh aku tahu apa yang kau usikkan sampai dia menangis semua?” Lut menahan nafas seketika. Debarnya hanya dia yang tahu.

Sin berfikir sejenak. Di layar matanya terpapar senario lama di mana Aran kerap menjadi bahan tawaannya. “Ada tu aku conteng buku latihan dia. Ada masa aku curi bekal roti dia. Pernah juga aku sadung kaki dia sampai dia terjatuh.” Sin menghembus keluh panjang. Berat. “Tapi sekarang..." Kepala digelengkan. "...bila aku fikir balik apa yang aku buat dekat dia dulu…aku tahu apa yang aku buat tu tak patut. Seronok memang seronok. Tapi yang seronoknya mungkin aku je.” Kali ini senyum sinis terukir di wajah Sin, mungkin tanda mengkeji dan mentertawakan diri sendiri.

Lut merapatkan duduknya sedikit dengan Sin. Sebelah tangan mencapai dan memegang bahu kanan rakannya itu. Dia nampak ada sinar cahaya kekesalan di mata Sin. Cahaya yang pertama kali dilihatnya datang dari lelaki itu. “Tak apa, Sin. Yang penting kau dah sedar mana yang patut dan mana yang tak. Mungkin ini peluangnya untuk kau tunjuk dekat Aran yang kau betul-betul nak jadi kawan dia. Masa masih ada, kawan.” Bahu Sin diurut-urut perlahan.

“Oi! Sembang apa tu? Macam serius je.” Sampuk Amar sambil menyerahkan satu beg plastik yang berisikan satu tin minuman berkarbonat sejuk perisa limau dan satu botol air mineral yang juga sejuk kepada Sin. Halim sudah terlebih dahulu melabuh duduk tetapi bukan di atas bangku sebaliknya di atas lantai gelanggang berhadapan dengan Sin dan Lut. Mulutnya sedang sibuk mengunyah keropok lekor yang dibeli di gerai yang sama.

Sin mengambil beg plastik yang diserahkan Amar lalu diletakkan di antaranya dan Lut. Botol air mineral dikeluarkan dan diberikan kepada rakan di sebelah. Matanya yang masih bersinar dengan cahaya kekesalan memandang terus ke arah mata Lut yang masih tenang setelah apa yang dibualkan mereka. “Terima kasih, kawan.” Ucap Lut dengan penuh rasa ikhlas dan semangat perkawanan baru.

“Sama-sama, bro.”






READ MORE

Guard, down !

Posted by ELFarahin | On November 29, 2019 | | 2 comments:
Assalamualaikum...
Image result for lost japanese gif word depressed
Dua minggu lepas, selepas dua malam menangis berturut sampai sakit otot kepala dan dada kanan, mencengkam sehingga ke belakang badan, malam ketiganya Farahin dah tak kuat nak menangis. Tapi rasa hendak menangis tu masih ada. Ada dan cuba ditahan. Namun tetap sakit satu badan. Farahin bangun. Ambil wuduk. Kemudian menangis dua rakaat. Dah habis dua rakaat pun tetap menangis sambil menahankan sakit segala otot yang ada.

Dua minggu lepas, banyaknya emosi Farahin semasa solat ialah rasa terdesak. Rasa mahu ditolong, disayang, dan dilindung. Beberapa hari berikutan, solat Farahin lebih terhias dengan rasa syukur, rasa sayang, dan terharu. Dengan siapa lagi kalau bukan kepadaNya. Tapi dua tiga hari ni, emosi Farahin lebih kepada rasa kosong. Rasa mahu lepaskan semuanya. Rasa lelah. Rasa lemah. Rasa yang penuh kepuraan. 

Pernah Farahin beritahu dekat diri, "solatlah. solatlah dengan segala macam apa perasaan pun. depan Allah. tak ada gunanya kau berlakon." Dan inilah yang sedang Farahin ingatkan dekat diri. Walaupun mungkin lebih ramai yang suka dengan syaratnya "Solat tu biar ikhlas." Ada juga rasa sedih. Rasa ketinggalan. Rasa hina. Sebab diri ni seakannya tak macam orang lain.

Seminggu lebih ni, emosi Farahin baiknya boleh tahan. Dah mula layan hobi-hobi yang biasa Farahin buat macam kpop, drama, tulis diari, termasuklah mengarang (jemput baca Lutsinaran ! hehe). Banyak hal-hal kecil yang jadi tapi buat Farahin rasa happy sepanjang hari. Rasa tertarik. Rasa mahu lebih ingin tahu.

Cuma beberapa hari ni ada pula rasa ragu. If I let my guard down, Farahin boleh kata I'm not strong. Farahin tak kuat. Farahin cuma buat apa-apa yang boleh buat masa ni. Mungkin juga Farahin triggered dengan housemate seorang ni. Farahin mudah rasa kekok dengan housemate ni setiap kali dia tanya pasal Farahin punya final year project. Dan dua malam lepas dia kata ala-ala macam ni, "tekunnya, Farahin. Mesti tengah buat fyp tu." sambil jemur baju depan ruang legar bilik Farahin. Lalu Farahin balas tanpa pandang muka dia pun, "aku tangguh study lah."

Ya. Farahin dah buat keputusan untuk tangguh study untuk dua semester. Farahin akan sambung study semula september tahun depan. Inilah salah satu trigger Farahin menangis tiga malam berturut tu. "Aku tak boleh. Bukan sekarang. Aku tak rasa aku boleh grad sama-sama dengan budak (yang extend sekali) lain. Memanglah seronok grad dengan kawan-kawan. Tapi kalau cuma sebab tu aku boleh jumpa dia orang, macam mana kalau even by that time aku takkan jumpa diri aku sampai bila-bila?"

Mujur penasihat akademik supportive. Dia sokong keputusan Farahin dan Farahin pun rasa lega sedikit lepas dapat sokongan positif dia. Dia faham. Dia faham yang Farahin perlu lebihkan masa merawat diri dan kenal diri Farahin semula (Ops! air mata dah jatuh dekat sini huhu). Dia faham yang Farahin ada benda baru yang Farahin perlu belajar dan ajarkan kepada diri sendiri. Lalu sekarang dugaan lain pula yang menimpa.

Dugaan Farahin kena lepaskan rasa tamak tu. Rasa tamak manusia yang kuat berangan pasal berjaya dan sempurna. Gred? Degree? Aku tak bawa benda ni masuk kubur. Yang aku bawa sekalipun iman aku senipis dan sehalus habuk adalah diri aku. Benda ni yang aku kena bawa balik pulang dekat Allah. Kalau benda ni pun aku dah tak kenal, apa guna??? (Ops! air mata jatuh lagi)




I'm not strong. I'm just doing whatever I can. I'm not strong.






READ MORE

Novel Pendek : Lutsinaran (Bhg.3)

Posted by ELFarahin | On November 29, 2019 | | No comments:
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |


Selesai mengunci tayar basikal, Lut menyerahkan kunci kepada Aran. Kedua-duanya mula berjalan beriringan meninggalkan tempat letak basikal mahu menuju ke kelas. Tidak lama mereka berjalan bersama, diam-diam Lut memerhatikan gaya berjalan Aran yang seakan tempang. Memang sudah dikhabarkan rakannya itu sebelum mereka gerak ke sekolah tadi bahawa kakinya tercedera ketika mengejar dan menghalau tikus yang menceroboh masuk biliknya tengah malam semalam.

“Aran. Kaki kau tu betul ke okey? Tempang dah macam orang patah tulang je aku tengok.” Akhirnya Lut tidak berdalih untuk bertanya.

“Okey je. Kalau tak, tak sampai aku ke sini kan.” Balas Aran, biasa-biasa sahaja nadanya.

“Tu bukan sebab aku yang tukang kayuhnya ke?” Perli Lut, sekadar mengusik.

“Sebab aku yang kejutkan kau juga kan.” Perli Aran semula. Tetapi nadanya tetap mendatar, tidak seperti orang yang lagi sedang bergurau.

“Yalah. Terima kasih kejutkan aku.” Mudah sekali Aran mengalah. Dia memberikan perhatian penuh kepada Aran buat kali kedua, dari hujung kaki sampai ke hujung kepala. Matanya tertancap lama pada baju kemeja berlengan panjang yand dipakai oleh Aran. “Tak panas ke pakai lengan panjang? Aku tengok kau selalu pakai baju lengan panjang bila lepak dengan kita orang.”

“Aku dah biasa.” Pendek sahaja jawapan Aran tetapi Lut merasakan ianya seakan tergantung. Sungguhpun begitu, dia tidak berniat untuk bertanya dengan lebih lanjut.

Aran memberikan satu tepukan di belakang Lut sebelum mereka berpisah haluan untuk ke kelas masing-masing. Sementara Aran semakin jauh dari pandangan, Lut tetap memerhatikan belakang rakannya itu lama sedikit. Langkah Aran tetap nampak tempang tidak kira berapa lama pun dia memandangnya. Tetapi semakin lama dia perhatikan, semakin banyak persoalan muncul di benaknya. Sudah tentunya berkaitan Aran.

Sejujurnya, dia kurang percaya dengan cerita Aran. Bukan hendak menanam benih prasangka terhadap rakannya itu tetapi lebih kerana desakan perasaan ingin tahu. Tambahan, sepanjang tempoh perkenalan mereka dua minggu ini dia merasakan Aran ini agak misteri orangnya. Apa yang dilontarkan dalam kata-katanya seakan tidak sama banyak dengan apa yang mungkin sedang menghuni fikirannya. Boleh jadi juga Aran belum cukup selesa untuk bersifat lebih terbuka dengannya.





READ MORE

Novel Pendek : Lutsinaran (Bhg.2)

Posted by ELFarahin | On November 28, 2019 | | No comments:
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |

Bunyi kuat dan nyaring seakan kaca pecah berserpihan mengejutkan Lut yang baru sahaja sekejap melelapkan mata. Sangkanya dia cuma berkhayal sendiri atau lagi bermimpi. Tetapi apabila bunyi yang sama kedengaran lagi, dia tidak ragu untuk bangun dan turun dari katil untuk memastikan apa yang didengarinya. Langsir tingkap diselak sedikit lalu pandangan mata dihumban keluar menembusi kaca tingkap yang lutsinar.

Objek pertama yang menjadi tumpuannya ialah tingkap bilik di blok sebelah yang terbuka luas. Angin malam yang bertiup masuk ke dalam bilik tersebut membuatkan langsirnya berkibar buas. Tanpa berlengah, Lut mencapai telefonnya yang terletak di hujung tilam lalu sebaris nombor didail. Sebuah panggilan lewat malam dibuat.

“Hello.” Panggilan diangkat. Serak suara Aran kedengaran di hujung talian.

“Hello, Aran. Kau dekat mana?”

Setenang mana Lut bertanya, setenang itu juga Aran membalas, “Dekat apartment akulah. Mana lagi.”

“Aku nampak tingkap bilik kau terbuka. Ada apa-apa masalah ke? Aku ada dengar bunyi macam benda pecah tadi.”

“Oh! Ada tikus masuk tadi. Aku buka tingkap supaya dia keluar. Mengah juga aku nak menghalau.”

“Oh! Kalau macam tu, okeylah. Maaf ganggu kau malam-malam buta. Aku bukannya apa. Ambil berat pasal jiran aje.” Lut masih sempat berseloroh hambar.

“Konon. Tak ada apalah. Kau sambunglah tidur.”

“Okey. Malam, geng.”

“Malam, bro.”

Talian diputuskan. Lut menghumbankan pandangan terakhir ke arah tingkap bilik Aran sebelum telefon diletakkan di tempat asalnya dan tubuh direbahkan semula di atas tilam. Namun begitu, tidur pula tidak kembali mengunjung. Perbualan singkat di antaranya dan Aran asyik diulang main di kepala. Dia merasakan seakan ada yang tidak kena dengan perbualan mereka tetapi dia sendiri tidak pasti apa.

Dua minggu mengenali Aran, dia mendapati banyak yang tidak kena dengan lelaki ini. Lebih tepat lagi, Aran ini misteri orangnya. Berbeza dengan Sin, Amar, dan Halim yang lincah dan ramah, Aran nampak lebih pendiam dan banyak memberikan reaksi daripada berinteraksi. Orangnya tidaklah kera sumbang seperti yang dimomokkan Sin tetapi ada masanya Aran seakan hilang dari navigasi realiti. Dalam dua minggu ini, baru tiga atau empat kali dia bersua muka dengan Aran setiap kali dia turun melepak bersama Sin dan yang lain di gelanggang bola keranjang. Menurut Sin, Aran kerap sakit kepala atau migrain jadi dia jarang melepak bersama mereka.

Jauh menerawang kotak fikiran, Lut akhirnya terlelap dengan sendirinya. Tahu-tahu sahaja subuh menjelma tiba. Bunyi penggera jam yang telah ditetapkan di telefon langsung tidak berjaya membuatnya tersedar sebaliknya panggilan masuk yang diterima dari Aran yang membuatnya bergerak dan berguling di atas tilam sebelum jiwanya benar-benar ikhlas untuk menyambut pagi.

“Hello.” Serak dan kering suara  Lut menyambut panggilan Aran.

“Dah bangun ke tu? Jam dah enam setengah ni. Kau ponteng ke macam mana?”

“Hah!? Enam setengah?” Membulat biji mata Lut apabila mendengar waktu subuh semakin di penghujung dan bas untuk ke sekolah bakal tiba dalam setengah jam lagi.

“Ya.”

“Okey! Aku bangun. Err…Aran. Tolong aku tahan pak cik bas kalau aku terlambat. Tunggu aku!” Jerit Lut sebelum talian diputuskan terlebih dahulu oleh Aran. Terkocoh-kocoh dia pergi mandi, bersiap, serta menunaikan solat subuh. Sarapan pagi sudah tentunya tidak sempat.

Setibanya dia di pondok perhentian bas, cuma sebahagian buntut bas kelihatan merentasi jalan raya di hadapan. Lut hanya mampu menepuk dahi. Rambut yang tidak sempat disikat sehingga kemas disisir dengan sebelah tangan, menampakkan dahinya yang sedang berpeluh renek.

“Bas dah terlepas pun. Kau lambat.” Berdiri bulu roma Lut apabila terdengar suara Aran dari arah belakang. Sangkanya dia cuma sendirian dan rakannya itu sudah pergi bersama-sama bas yang terlepas tadi.

“Kau…” Mengahnya belum sudah. Lut hanya mampu memerhatikan Aran yang muncul bersama sebuah basikal yang dituntun di sisi kanannya.

“Jom. Tumpang aku. Tapi kaulah kayuh.” Ajak Aran. Kening Lut terjongket.






READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin