Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Terima Kasih, Fatimah Azzarah!

Posted by ELFarahin | On July 30, 2012 |
Assalamualaikum....
Hmm....sudah tidurkah bloggers sekalian? Kalau sudah, selamat malamlah ya! Sweet dream! Kalau yang baru sahaja hendak tidur tu jangan lupa baca doa tidur and niat puasa sekali. Huhuu...

Ok. Lately, Farahin tak tahu nak post apa dalam blog ni. Nothing to share I think.
Maybe sebab badan berasa penat sangat waktu puasa ni. Nak-2 lagi waktu sekolah. Beg dah lah berat. Kelas dekat tingkat 4. Kenapa tak suruh kitorang terjun dari tingkat 4? Cepat sampai. Jangan kan sampai ke darat je, sampai ke dalam kubur sekali. Advance gitu! LOL~
Bukan apa. Farahin cakap macam tu just nak ingatkan diri Farahin and diri kita semua pasal kematian.

Fine. Malam ini nak beritahulah yang Farahin dah dapat Free Header & Banner dari Sis Fatimah!
Wowww~! Not bad lah hasil kerja edit-mengedit Sis ni. Cantik!



Now, I just waiting for Free Cursor from her.
Terima kasih, Fatimah Azzarah!
*boleh klik nama beliau untuk ke blog beliau!


Oh,ya! Sebelum tutup cerita, Farahin nak ajaklah bloggers yang terlalu atau sedang lalu di entry Farahin ni jomlah JOIN contest by Eilly Lilly. Senang sangat! Boleh klik nama Lilly tu ya! Jaljayo~!
Insyaallah...jumpa esok dan hari-hari seterusnya! Assalamualaikum.




READ MORE

4+0+0=400

Posted by ELFarahin | On July 28, 2012 |
Assalamualaikum...
Ups! 4+0+0=400 (??) hehee....mianhae~ Farahin tahu jawapannya salah. Hee~ Actually nak review lah seseorang ini. Siapa? Nak tahu? Ini dia...

Tadaaa~!!


Yay! ELFollowers Farahin sudah cecah 400 chingu(s)! Wah, gomawo!
Blogger yang ke 400 itu ialah blogger dari blog BuatBest.
Oh, memang Best ah! Terima kasih sebab follow Farahin!
Kepada blogger yang lain-lainnya juga! Terima kasih, geng! Hihii....
Kalau nak ke blog BuatBest, silakan klik nama blog yang warna biru tuu...
And Jangan lupa! Kasi followlah oppa tuu...Ups! Oppa ke? Maybe. Hehee...

Alhamdulillah...ELFollowers meningkat lagi~ yeppii!!





READ MORE

Pening daa...

Posted by ELFarahin | On July 26, 2012 |
Malam semakin gelap. Namun terasa bahangnya aku di sini. Kipas tiga sayap yang sedang ligat berpusing seolah-olah cuma melepaskan haba. Sejuknya tidak sekali terasa. Padanlah. Habuk-habuk sudah berkumpul di tepinya. Aku menatap siling putih itu. Kosong. Kosong seperti fikiranku kini. Lagu-lagu Kpop kegilaanku rancak kedengaran di corong komputer ribaku.



Assalamualaikum! Selamat Malam semua! Huaaa~! Mata sudah merah terkebil-kebil. Tapi...tapi...tapi bagaimana dengan Add Math ni?!! Hukhuk...bilik dahlah berbahang. Kering~ kering~ Kurus Farahin macam ni. Bukan badan yang kurus tapi otak. Huaaaa~! Kenapa Add Math suka main pusing-pusing eh? Pening..pening Farahin dibuatnya. Mengada-ngada betul Add Math ni! Huh! Itulah. Bila sudah pening-pening mengalahkan langau keracunan makanan, LOL~ apa lagi? Termenung lerr...Nak-nak lagi ini bab CIRCULAR MEASURES. Wooohuu! Grrr~ Huh~ Esok dah kena hantar homework ni. Eotteokhae?!! Pfft! (-..-) Mengantuk dah ni... Menguap hampir mengalahkan badak air. Menggaru kepala mengalahkan beruk. Haishhh...




READ MORE

Super Junior From U + SFS

Posted by ELFarahin | On July 26, 2012 |

Oppa!! You looks more awesome, gorgeous, cool, daebakkkk on stage!!!
Thankyu for the From U song. Really Thankyu very much, my LOVE!!!
When it was my 1st time listened to From U,
I was smiling brightly. Felt sooooo happy!!
Soooo PROUD!!
And I was sooooo touched!! :"D
Kamsahabnida, SUPER JUNIOR!!






READ MORE

Let's Be Honest! Lost Respect!

Posted by ELFarahin | On July 25, 2012 |

*tebalkan muka, jujurkan hati. okeyh! jom tulis entry*

Aku tekadkan hati aku. Tekad untuk tak bercinta lagi (??). Aku tak nak mencintai sebab aku ada satu orang untuk terus dibenci. Aku tutupkan hati untuk satu lelaki ini tapi tak sangka hatiku sekaligus menjadi buta dan tuli. Aku telah mencintai lelaki tu lebih daripada yang aku mampu. Dan sekarang, aku telah membencinya lebih daripada yang aku mampu. Hahaha...ketawakan diriku. Aku selalu overact about hati, emosi dan jiwa. Sampai adakala aku hampir sesat. Bosan. Bosan bila ada yang bercerita pasal cinta. Aku ingin terbuka hati untuk menerimanya tapi kelihatannya payah. Dua dalam satu. Aku mahu tapi pada waktu yang sama aku memaksa diriku untuk tidak. Dulu aku selalu memaafkan. Setiap detik sepanjang masa. Aku telan yang pahit. Aku makan yang perit. Sampai suatu ketika, aku seakan kehilangan hatiku kerana terlalu kerap makan hati. Jika terlalu banyak makan hati binatang, kata orang otak akan jadi lembab. Tapi kalau terlampau kerap makan hati? Pada aku, jasad seakan kehilangan sebahagian nyawa, roh dan jiwanya. Dalam waktu yang singkat, sekelip mata yang bernama lelaki itu terpadam dari pustaka hatiku. Cuma ayah kandungku yang aku tinggalkan di situ. Mengapa begitu cepat?? Kerana aku segalanya berlalu dengan segera. Aku tak mahu terus sakit dan sakit. Sampai air mataku kering tetapi hatiku terus berair. Aku tak mahu terus begitu. Ada yang mengatakan, perempuan itu memaafkan tetapi tidak melupakan. Manakala lelaki itu melupakan tapi jarang sekali memaafkan. Perempuan itu memaafkan. Cukuplah! Aku dah penat memaafkan. Aku dah penat berpura-pura baik. Aku dah penat berlagak alim. Aku dah penat memaafkan! Dan simpan perbuatan mereka yang bagiku kesalahan di dalam hati aku yang semakin sempit!! Pada siapa? Pada siapa hendak aku teriak? Pada siapa hendak aku lepaskan amarahku yang telah bertahun ku kumpul sehinggakan arang kembali menjadi bara lalu menyala menjadi api. Dan kini? Aku cuma menahannya daripada terus menjilat membaham hati dan naluri. Jujur. Aku tak memaafkan. Aku tak memaafkan kesilapan aku mencintai dia. Aku tak memaafkan dia dan dia. Aku tak memaafkan yang namanya cinta manusia kepada kekasih manusia. Cuma satu. Cuma satu dendam yang ada dalam diriku. Cuma satu. Cuma satu itu yang aku terapkan di hatiku. Aku bukan seorang pendendam. Tapi demi kebaikan diri aku, aku mesti begini. Hakikatnya, aku seorang yang suka memendam rasa sampaikan diri sendiri tenggalam bersamanya. Itulah sifatku yang satu-satunya pembawa bencana pada diri ini. Aku benci dia! Dia yang satu-satunya sejahtera untuk ku benci! Aku tenang berjauhan dengannya. Aku tenang dia tidak muncul di mata. Tapi apabila aku terlihat akannya, rasa bagai inginku ramas tengkuk lehernya. Aku ingin dia sakit! Tapi aku bukanlah seorang pembunuh. Cukuplah aku telah membunuh hatiku dan cintaku sendiri. Itulah risikonya apabila aku menutup penuh pintu hatiku. Ia seolah-olah aku telah melesapkan secebis keimananku. Aku adalah aku. Aku yang perahsia, pemendam, penipu. Atau patut aku tambah lagi. Pendendam. Aku ingin bunuh lelaki itu habis-habisan dalam diriku sampaikan dia tidak akan hidup lagi dalam diriku. Aku melapah hatiku demi membunuh bayang-bayang lelaki itu dalam diriku.

P/S : Sorry for this FAKE entry.




READ MORE

Nilam atau Silam?

Posted by ELFarahin | On July 24, 2012 |

Assalamualaikum...
Huh~ kepenatan masih belum hilang. Penat sangat. Okey. Rasa macam sudah terlalu lama tak buat diary. Asyik sibuk saja dengan GA, segmen, contest segala kan? Hehee...Hari ini, mahu cerita tentang tajuk di atas. Di sekolah tadi, Cikgu Bahasa Melayu ada buat nilam di library. Farahin ambil sebuah buku bertajuk Dayang Zamrud yang telah disediakan oleh Cikgu Library untuk program nilam. Hmm...buku ini mempunyai himpunan-himpunan cerpen di dalamnya. Farahin baca sebuah cerpen yang bertajuk PADA PERTEMUAN INI. Pergh~ Rasa macam sudah berkurun tidak melayan jiwang. Ayat dalam cerpen itu berbunga-bunga bahasa. Aww! Hahahaa... Time baca itu still boleh layan lagilah jiwang-jiwangnya tu. Tapi bila sudah hampir tamat, Farahin tutup buku. Sebab apa? Sebab Farahin sudah dapat mengagak penamatnya. Penamatnya sama seperti kisah silam Farahin yang dulu. Well~ Farahin tak nak ingat hal yang menyakitkan tu sebab tu Farahin tutup buku. Tapi kawan Farahin cakap. "Bukan ke biasanya hero dengan heroin mesti berjumpa?" Farahin faham maksud dia. Maksud dia kebiasaannya penamat cerita cinta mesti bahagia. Mendengara kata-kata kawan Farahin itu, Farahin tergerak hati untuk sambung baca. Mungkin betul kata kawan Farahin itu. Jadi, Farahin pun baca sampai tamat. Ya. Ia seperti yang Farahin telah jangkakan. Pengakhirannya adalah perpisahan. Erm...it's hurt me. Tapi sekejap saja. Tapi buku tu memang agak buat mood Farahin down. Hahaha...



READ MORE

Kesunyian Yang Tak Terbendung Lagi

Posted by ELFarahin | On July 20, 2012 |

Aku kata aku kesunyian. Tetapi mereka mengatakan itu biasa. Tetapi tidak bagiku. Kesunyian aku membuat aku lemah. Lemas. Rimas. Kesunyianku membuat aku berputus asa. Lelah. Jemu. Kesunyianku membuat aku berasa cemburu. Iri. Malah berkecil hati. Kesunyianku bukan kerana tiada yang menemani. Bukan kerana tiada yang memahami. Bukan kerana tiada yang menghampiri. Tetapi kesunyianku kerana satu hal itu. Hal yang berat untukku katakan pada semua. Kerana ia adalah peribadi tetapi hal itulah yang aku butuhkan tempat untuk berkongsi. Saban hari hatiku mentangisi kesunyian ini. Saban hari akalku memikirkannya. Kesunyian ini membuat aku terkilan. Tertekan. Kehilangan ketenangan. Kesunyian ini membuat aku gila. Kesunyian ini bukan kerana lelaki. Bukan kerana sahabat. Bukan kerana diriku sendiri. Kesunyian ini kerana.... Bagaimana dapatku katakan kesunyianku ini? Siapalah yang dapat menggambarkan kesunyianku ini? Allah s.w.t Yang Maha Tahu sahaja punca sakitnya kesunyianku ini. Bagaimana dapatku hilangkan kesunyian ini? Bagiku cuma satu cara. Aku ingin berada sesaf dengannya. Aku ingin diimami olehnya. Aku ingin menghidu haruman keluarga yang dirahmati Allah s.w.t. Kesunyianku akan hilang biarpun aku tidak diimami olehnya. Kesunyianku akan hilang jika dia tiada di rumah kerana di saat dia pergi meninggalkan rumah dengan pakaian yang segak dan wangian yang menyegarkan demi bertemu denganNya di rumahNya. Kesunyianku akan hilang jikapun aku tidak sesaf dengannya tetapi dia cantik berpakaian putih membantu aku mendirikan tiang agama. Ya, Allah. Panjangkan umurku dan kedua-duanya. Sempatkan aku dan kedua-duanya untuk saling membantu dan bekerjasama untuk mendirikan tiang agamaMu, Ya Allah. Sempatkan aku untuk merasakan nikmatnya haruman keluarga yang dirahmatiMu. Amiin.

P/S : Astaghfrullahalaziim. Bukan niatku untuk membuka aib. Tetapi di mana lagi untuk ku kongsikan kesunyian ini. Jika yang hidup lagi bersuara tidak mampu mengerti. Ada baiknya aku kongsikan kesunyian ini bersama yang mati lagi bisu ini. Yang cuma mengeluarkan satu bunyi yang sama biarpun aku menaip huruf-huruf yang berbeza. Astaghfirullahalaziim....


Ramadhan telah melebarkan senyumannya,
mendepakan pelukannya,
Moga Ramadhan ini Ramadhan yang bahagia buat kita,
dilimpahi keberkatan, rahmat serta kesejahteraan dariNya Yang Maha Esa.
Insyaallah...Amiin Ya Robbal Alamiin.





READ MORE

Understanding & Regrets

Posted by ELFarahin | On July 20, 2012 |


"Jangan terlalu gembira, nanti menangis"
-Jangan terlalu gembira. Ingatlah suatu hari nanti kita pasti akan menangis.-

"Jangan terlalu gembira, nanti ada yang menangis"
-Seronok menyakat, bergurau-senda, biarlah berpada-pada. Siapa tahu yang disakat, dipersendakan sedang menangis.-

Assalamualaikum...
Hmm...quote di atas bunyinya sedih sahaja, kan? Huhuu...Actually terfikirkan kata-kata itu semasa dalam perjalanan balik ke rumah dari sekolah tadi. Hari ini Farahin bertugas di library. And...sebelum tadi Farahin ada menyakat seorang kawan lelaki lembut ni. Pokoknya, Farahin memang sakat dia habeh gilerlah. Tapi Farahin tak adalah gelak tak henti-henti macam junior Farahin yang seorang tu. Farahin tengok kawan lelaki tu marah nampaknya. Muka dia masam saja. Mesti dia kecik hati. Hmm...salah Farahin terpengaruh sangat dengan ajakan kawan Farahin yang seorang tu suruh sakat dia. Huh~ Farahin faham bila masa orang tu sedih, kecik hati, Farahin boleh nilai dari raut wajahnya. Begitulah yang Farahin nampak di wajah kawan lelaki tu. Farahin faham dan Farahin rasa serba salah pula. Maaf, kawan. Nanti kalau jumpa di sekolah, Farahin minta maaf ya.

P/S : Hari ini ada Naruto. Jam 7 malam nanti. Tengok jom! Hehhee....


Langit semakin gelap,
tirai syaaban semakin jatuh,
sebentar lagi Ramadhan akan datang,
bersama sinar yang baru.
Insyaallah....


Ahlan Ya Ramadhan!
Moga berjumpa lagi Syaaban!






READ MORE

Lupakannya

Posted by ELFarahin | On July 18, 2012 |

Untuk melupakan dia....Jangan pejamkan matamu kerana engkau akan terbayangkan dirinya. Tetapi butakan hatimu daripada mencintainya. Jangan engkau tutup telingamu kerana suaranya akan lebih jelas terngiang-ngiang kedengaran. Sebaliknya tulikan hatimu daripada terus mengharapkan sebarang kata darinya. Jangan engkau sekat pemikiranmun kerana dia akan terus engkau fikirkan. Tetapi terhadkan hatimu daripada terus membisikan namanya.

P/S : Kebosanan. Inilah masanya untuk merenungkan sesuatu. Huhuu...Annyeong~

Blogger Boy, klik SINI jom!





READ MORE

Tolong Lindungi Dia

Posted by ELFarahin | On July 16, 2012 |


Assalamualaikum...
Ayah Farahin sudahpun bertolak ke kampung. Ada lah tu urusan dia. Moga Allah s.w.t melindungi ayah sepanjang perjalanan ayah pergi dan balik. Farahin takut kalau ayah tak balik. Ahh...sebak sudah rasanya. Farahin still perlukan ayah. Sangat memerlukan. Plus, dengan keadaan Farahin yang sekarang ini. Tiada mana-mana lelaki yang layak menjadi raja di takhta hati Farahin selain ayah. Farahin sudah tidak dapat pandang even menerima mana-mana lelaki pun untuk hati Farahin. Bukanlah Farahin asyik fikirkan cinta tetapi memang itupun yang berlaku. Farahin cuma sayangkan ayah seorang saja. Even Farahin bukanlah anak perempuan tunggal yang terbaik, seriously Farahin sangat sayangkan ayah. Lelaki mana lagi yang Farahin dapat peluk kalau bukan ayah. Satu-satunya lelaki tempat Farahin bermanja. Farahin cuma buka pintu hati Farahin untuk ayah seorang sahaja. Allah. Tolong lindungi ayah Farahin ya. Tolong Lindungi Dia, Ya Allah. Amiin.






READ MORE

Fantasi Tentangnya

Posted by ELFarahin | On July 16, 2012 |


Semakin aku tegah. Lagaknya seakan semakin gagah. Apabila aku melawan. Ia semakin mahu menawan. Sampai suatu ketika tubuhku menggigil. Aku berasa kesejukan. Roma-romaku meremang. Suasana terasa gelap dan suram. Apabilaku pejamkan mataku. Air mataku menitis keluar. Dan apabila aku membukanya kembali, segalanya terasa gelap. Tetapi wajahnya asyik terbayang. Bercahaya. Lalu air mataku semakin laju mengalir. Hatiku meronta-ronta supaya bayangan dirinya hilang dari mata. Sebaliknya apabila aku pejamkan mataku semula, wajahnya semakin jelas. Bersama senyuman yang indah. Kegembiraan yang tulus. Aku menjerit sekuat-kuatnya. Semoga diri ini bebas daripada kegelapan yang semakin terasa sempit. Sehinggakan aku mati dalam fantasi tentangnya. Apabila aku menyedarkan diri keesokannya, semalam adalah satu kenyataan.





READ MORE

A Depressed Blogger is Me..

Posted by ELFarahin | On July 16, 2012 |


Assalamualaikum...
Sob...sob...hendak menangis. Huaaaaa~!! Sedih Farahin. Depressed...depressed...mana taknya. Awak~! Saya hendak follow awak! Kenapa tiada follower gadget?! Hukhuk...blog awak cantik. Blogskin awak comel. Tapi...tapi...tak ada follower gadget. Patut ke saya berkecil hati? Sudah tentu. Lihatlah betapa bertuahnya saya kerana terserempak dengan blog awak yang cantik comel lotte ini tetapi tiada follower gadget! Dpressnyaaaaa....pfft! Bukan sahaja tiada follower gadget. Comment pun disable. Tempat untuk menjerit pun tak ada! Huaaaaa~!! Sob..sob... Ini pesanan untuk pengguna blogskin. Nak-2 lagi yang ELF tue~ Kesianlah dekat saengi nie... Dah berpuluh blog singgah tapi beberapa sahaja yang followed~ mana follower gadget awak...huh~




READ MORE

Persahabatan

Posted by ELFarahin | On July 14, 2012 |

Assalamualaikum.....
Entry ini terinspirasi daripada Skip Beat OST pada malam ini punya episod~

Persahabatan tidak memerlukan percintaan. Tetapi percintaan memerlukan persahabatan. Mengapa? Persahabatan bukan sahaja sekadar menngetahui nama dan alamat mereka yang digelar kawan tetapi ia lebih daripada itu. Kawan itu umpama kenalan. Dia datang dan pergi. Tetapi sahabat...dia datang dan apabila dia pergi kita tahu dia tidak meninggalkan kita. Kawan sudi mendengar. Tetapi sahabat sekaligus cuba memahami. 

Percintaan memerlukan persahabatan. Kenapa? Jarang sekali ada kekasih yang benar-benar setia, yang benar-benar taat kepada kekasihnya atau pasangannya. Melainkan isteri atau suami yang baik. Jujurlah! Girlfriend pasti mahu merungut mengenai Boyfriend kepada sahabat-sahabatnya. Begitu juga Boyfriend. Dia pasti mahu bersungut mengenai Girlfriendnya. Kerana apabila yang dipanggil itu cinta, menjaga hati dan perasaan orang yang dicintainya seakan wajib. Dan untuk terpaksa makan hati itu juga dikatakan wajar. Ish...ish...kasihan. Oleh sebab itu, percintaan memerlukan persahabatan.

Anda tahu tak? Betapa indahnya persahabatan itu, betapa tinggi dan megahnya nilai persahabatan itu apabila hati kita, akal kita, dapat menerima buruk baik sahabat kita? Pernahkah anda merasakan perasaan itu? Farahin ada tiga orang sahabat yang terbaik. Setahun awal mengenali Nuraznie, we still just kawan. Farahin tidak dapat menerima sifatnya yang mudah merajuk dan iri hati. Dan ia asyik merajuk dan terus berperasaan iri hati. Dan setahun awal itulah kali pertama dan kali terakhir dalam tahun 2009 kami bergaduh.

Now, Aznie sudah jarang sekali merajuk dan iri hati. Farahin pun ada lah juga belajar serba sedikit untuk memujuk. Farahin sudah pun dapat menerima buruk baik dirinya. Begitu juga dia. Insyaallah. Kerana kami adalah sahabat.

Raidah Adibah. Dia rakan sekelas Farahin since darjah 5. Dahulu kami tidak bertegur. Malah tidak ramah pun. Tetapi setahun awal mengenali Raidah di sekolah menengah, perlahan-lahan daripada kawan kami menjadi sahabat. Raidah Adibah tidak ada hal-hal yang tidak memuaskan tentang dirinya. Dia seorang yang sederhana dan baik. Farahin terima dia sebagai seorang sahabat bukan hanya kerana baik dirinya tetapi asbab yang utamanya kerana Farahin berasa selesa dengannya. Berjenakan dan ketawa bersamanya amat menyenangkan.

Nur Farrah Farhana. Dahulu dia lebih rapat dengan Raidah Adibah dan Nuraznie. Farahin tidak sedar bilakah masanya hubungan kawan kami berganti persahabatan. Mungkin melalui FB? Alahai~ sudah seperti Cinta Muka Buku pula. Eh, silap! Kawan Muka Buku. Huhuu...

Once she care about my feeling and my heart, Farahin selesa untuk berkongsi apa-apa sahaja dengannya. Be honest, Nur Farrah Farhana merupakan tempat utama untuk Farahin mengadu. Dia memahami dan sentiasa mengambil berat. Dia suka mendengar. Hatinya luas untuk menempatkan pelbagai cerita daripada kawan-kawannya.

Let's back to the past. My own past. Zaman ketika Farahin sedang angau dengan seseorang bernama Muhammad Nursallam. Yang membuat Farahin terikat pada satu hubungan yang dipanggil percintaan sedangkan dia sudah pun menoktahkan percintaan itu. Tetapi Farahin memilih untuk terus menitikkan noktah seterus dan seterusnya seolah-olah percintaan itu belum ternoktah. Menanti. Menanti. Dan menanti.

Pada ketika itu, the right place untuk bekongsi mengenai keperitan percintaan ini ialah Nur Farrah Farhana. Farahin menanggung keperitan dan memikul tangisan percintaan itu hampir 2 tahun+. Tetapi 1 tahun berkongsi, meluahkan segalanya kepada Nur Farrah Farhana, seolah-olah ia merupakan proses penyembuhan yang cepat. Hari demi hari. Akhirnya, Farahin berkeputusan untuk berhenti memanjangkan noktah. Dan kini percintaan itu sudah terhenti. Oleh sebab itu, percintaan memerlukan persahabatan.

So, Farahin nasihatkan hargailah sahabat anda. Kalau memang sakit hati sangat dengan sahabat anda itu, rendahkan diri sesama sendiri and learn to be honest dan saling memaafkan. Insyaallah, anda akan dapat menerima baik buruk dirinya suatu hari nanti. Amiin. Sekarang, kami sudah Form4. Setahun sahaja lagi untuk stay di sekolah dan kelas yang sama. One day, kami akan terpisah juga. Yes. Just accept the facts.

Dahulu Farahin ada sahabat karib bernama Sufina. Farahin tertanya-tanya. Adakah dia sudah tinggi atau masih comel seperti dahulu? Sufina. Ingat lagi tak janji bodoh itu? "Bila kita sudah besar nanti, kita terpisah, bila kita terjumpa, apa kata kita buat bunyi ni?" *bunyi degupan jantung Kanak-kanak...biasalah kann...Huhuu..Rindu awak Sufina. PMR dapat berapa A ya? Gudluck for your SPM next year~ Insyaallah. Suatu hari nanti kita akan dipertemukan semula.










READ MORE

Kelahiran Semula

Posted by ELFarahin | On July 13, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum...
Farahin tulis laju-laju ya! Jam 7 malam nanti nak tonton Naruto Shippuden di tv3. Huhuu...Hari ini Farahin bertugas as librarian di sekolah bersama BFF Farahin name's Raidah Adibah. Hari ini Farahin balik berjalan kaki. Memang selalunya begitu pun. Setiap hari Jumaat sebab Farahin hanya bertugas pada hari Jumaat. So, masa dah dekat dengan rumah terserempak dengan seekor kucing ini. Memang selalu pun Farahin nampak kucing tu cuma tak berkesempatan untuk mendekatinya. So, Farahin berjalan menghampiri dia perlahan-lahan. Firstly, dia nampak takut. Farahin dukung dia perlahan-lahan and bawa dia duduk dengan Farahin kat depan rumah. Dia still dalam keadaan takut-takut. Farahin belai dia perlahan-lahan. Farahin rasa bahagia sangat dapat belai dia. Buat Farahin bertambah rindukan Boy. Kucing ini warna bulu dan ton warnanya sama dengan Boy. Malah rupanya, belang-belang pada buluya, matanya, amat sama! Cuma suaranya yang berbeza. Sebab dia betina. Hmm....adakah dia kelahiran semula Boy? Lama Farahin duduk lepak dengan dia. Makin lama rasa takut dia pun hilang and dia mula bermanja dengan Farahin. Rasa macam kami dah lama kenal. Gaya dan lagak dia pun sama macam Boy. Ya Allh..rindunya pada Boy. Kucing tu duduk atas riba Farahin. So sweet~ Plus buat bunyi "purrr~" lagi. Sukanya~! Boy. Kakak rindu Boy. Selamat menikmati syurga Allah s.w.t. sayangku~! Nik dan Mama Marrie punn...Assalamualaikum kepada kamu bertiga. Farahin sayang kamu. Sayang sangat. Tunggu Farahin di sana ya. Suatu hari Farahin akan menyusul juga.

P/S: Gambar di sebelah kiri entry ini ialah gambar Boy. Handsome kann...



READ MORE

Pagi Ini

Posted by ELFarahin | On July 12, 2012 | | 6 comments:


Pagi terasa terlalu sunyi. Aku berasa tidak sedap hati. Sebaik sahaja bangun dari tidur, bersyukurnya aku kerana masih hidup pada hari ini. Namun malang pula rasanya apabila memikirkan hal itu. Dia sudah tahu. Bagaimana? Apa yang harus aku jelaskan? Aku mencapai tuala mandi kemudian kembali berbaring di atas katil...Skip . . . . .

"Aku terdengar deringan handphone Emak tanda ada mesej diterima di bawah sana. Aku ingin melihat siapakah yang menghantarnya? Aku cuba mencari ikhtiar. Botol air! Aku mengambil botol air dari dalam beg aku dan membawanya turung bersama. Sebenarnya aku mencari alasan untuk melihat peti masuk handphone Emak ku. Mengapa aku mesti mencari alasan yang kuno seperti itu? Aku meletakan botol air di dapur kemudian pergi mengambil handphone Emak ku. Bukan. Bukan dia. Aku sangka dia yang menghantar mesej. Sebentar lagi jam akan menunjukan pukul 2 petang, dia perlu kembali ke sekolah untuk menjaga library. Sendirian. Mungkinkah dia akan mengajak aku? Mengapa aku berfikir begitu??"

...memandangkan masih tinggal 10 minit lagi hendak 5: 30 pagi. Tidak lama kemudian, aku bangun dan terus ke bilik mandi. Air terasa dinginnya. Namun aku layankan saja. Sesudah mandi, masa untuk bersiap-siap hendak ke sekolah. Subuh? ABC daa. Aku melihat diriku di cermin. Seorang remaja perempuan. Seorang sahabat. Aku tidak boleh terus begini. Aku menyiapkan buku-buku mengikut jadual pada hari ini. Sangkaku sudah lengkap semuanya. Rupa-rupanya buku Sucess Oxford Biologi aku tertinggal di rumah. Barangkali ini gara-gara aku asyik memikirkan dia. Aku menyedari ketiadaan buku Biologiku itu sebaik sahaja tiba di sekolah.

Seperti biasa, melangkah masuk ke kawasan sekolah dan terus ke astaka untuk beratur. Seperti sediakalanya juga, dia akan beratur di belakang aku. Hari ini aku terpaksa berpura-pura. Aku tidak menegurnya mahupun kawan-kawan yang lain. Sebenarnya, pagi ini aku tidak bad mood seperti adakalanya tetapi aku terpaksa kerana aku ingin mengelak daripadanya. Mengapa???

Sebaik sahaja tiba ke kelas, aku dan dia tidak bertegur. Aku mula merasakan seolah-olah ada ketegangan di antara kami. Kawan-kawan yang duduk selang satu di belakang aku kedengaran ketawa riang mereka berdua. Kelihatannya, mereka tidak merasakan seperti ada yang tidak kena di antara aku dan dia.

Sekarang merupakan waktu matapelajaran Matematik. Sayangnya, guru kami masih bercuti akibat baru melepasi pembedahan baru-baru ini gara-gara penyakit apendix yang dihidapi. Aku buntu. Apa yang harus aku lakukan? Homework! Aku membawa keluar buku latihan Bahasa Inggeris lalu menjawab beberapa soalan yang dapatku jawab.

Yeah! Sudah. Aku malas hendak menyiapkan yang selebihnya. Aku menyimpan buku Bahasa Inggeris dan berikhtiar hendak melakukan apa lagi. Biologi! Aku bangun dari tempat dudukku dan pergi ke meja kawanku yang berdua itu. Kelihatan yang seorang itu sedang sibuk membuat homework Biologi.

"Baru buat satu?"Aku bertanya kepadanya.

"Haah. Baru satu."

"Alah~nak pinjam. Awak tengah buat pula."

"Ini. Ambil Yana punya."Aida memberi aku dua helai kertas kajang bertulis milik Yana kepadaku. Aku hanya mengambilnya tanpa memprotes apa-apa. Aku terdiam seribu bahasa.

Aku kembali ke tempat dudukku bersama kertas-kertas itu. Aku memerhatikan kertas-kertas itu seketika. Tulisan yang cantik. Bentuk dan rupanya juga hampir sama seperti tulisan milik aku. Aku berhenti mengelamun dan bersedia untuk membuat homework Biologi. Aku menyalin semula apa yang tertulis di atas kertas kajang milik Yana itu. Aku menyalinnya dengan khusuyuk dan penuh teliti. Namun begitu, siapakah yang tahu betapa sempitnya hatiku pada ketika itu? Pagi ini aku merasakan hubungan aku dan dia seakan menegang tetapi aku pula lagi sedang membaca hasil tulisan tangannya.

Waktu matapelajaran Matematik sudahpun tamat. Aku juga sudah selesai menyalin. Bagaimana? Mahu memulangkannya sekarang? Atau...Aku berkeputusan untuk menyimpan kertas-kertas milik Yana terlabih dahulu. Cadangku mahu memulangkannya ketika waktu Biologi nanti. Aku mengemas alatan tulisku. Beg sekolah dizip rapat kemudian disandang di belakang. Sekarang ialah waktu Pendidikan Jasmani. Perlu turun ke bawah untuk bermain.

Aku berjalan di belakang Aida, Nana dan Yana. Namun apabila Aida dan Nana mula berjalan beriringan di hadapan, aku dan Yana tertinggal di belakang. Aku menjarakan jarak antara aku dan Yana. Tidak bagus untuk aku mendekati dia. Tambahan pula dengan keadaanku sekarang ini. Aku mempercepatkan langkahku. Tidak semena-mena, aku mula berjalan beriringan dengan Nana.

Ketika menuruni bukit hendak ke padang, Nana berpusing-pusing mencari kelibat aku yang sebenarnya cuma berada bersebelahan dengannya. Yana ketawa melihat gelagat Nana. Dia sempat juga menyakat Nana dan aku.

"Kau kenapa Nana? Pusing-pusing? Tergolek beru tahu. Nanti tak pasal-pasal bergolek sekali dengan Ain macam nangka busuk."

"Amboi!"Aku bersuara. Patutkah aku bersuara??

Aku duduk di tangga sebaik sahaja tiba di astaka. Nana mengadu hendak ke tandas. Begitu juga Yana. Kedua-dua mereka pergi ke tandas bersama. Aku masih sedang sibuk berfikir. Guru Pendidikan Jasmani mengarahkan kami turun dan bermain. Aku buntu. Bak kata orang, tiada mood hendak bermain. Ke mana Yana? Ah! Mengapa aku mencari dia?? Anak-anak lain sudah mula bermain. Manakala aku, Aida dan beberapa orang pelajar sahaja tidak bermain. Aku cuma mendiamkan diri. Mereka sudah balik. Yana dan Nana sudah pun balik.

Cikgu membawa kami yang enggan bermain ke gelanggang bola keranjang yang berada tidak jauh dari astaka. Aku dan Yana tertinggal di belakang. Sekali lagi. Aku cuba menjarakan jarak antara aku dan Yana. Namun tanpa aku sedar, sebenarnya aku semakin dekat dengannya dan kami berjalan beriringan. Kami hanya berbual sedikit. Aku mula merasakan kerenggangan itu semakin hilang.

Kami bermain dia gelanggang bola keranjang. Sekadar melakukan aktiviti ringan iaitu melontar bola jaring hingga masuk ke dalam jaringan. Hubungan aku dan Yana terasa kembali rapat. Kesuraman yang aku rasakan pagi ini semakin terasa cerah sepertimana matahari sedang sibuk menampakan sinar siangnya.

Sebaik sahaja sesi Pendidikan Jasmani tamat, kami sekelas berpindah ke makmal Kimia pula. Encik Dino menunggu di sana. Sesi pembelajaran berlancar seperti biasa. Setelah tamat waktu matapelajaran Kimia, waktu rehat pun tiba.

Aku, Aida, Nana dan Yana. Keempat-empat kami berjalan ke surau bersama beg masing-masing hendak meletakan beg sekolah kami di sana. Selepas waktu rehat ialah Biologi kemudian Pendidikan Islam di surau. Oleh sebab itu kami meninggalkan beg kami di surau.

Setelah tamat waktu rehat, kami berjalan pergi ke makmal Biologi. Sesi pembelajaran pada hari ini 2 waktu. Baiklah. Sebaik sahaja lepas satu waktu, mataku sudah mula merah menahan rindu akan tilam dan batal. Aku mengantuk. Nana yang berada di sebelahku sudahpun lena bertapa di dalam mimpinya. Aku tersengguk-sengguk di dalam makmal. Yana juga kelihatannya sudah mengantuk. Cuma Aida yang terkecuali.

Di makmal Biologi Yana datang ke tempat aku dan membelek fail biruku. Kertas Biologinya ada di dalam. Aku disuruh untuk memulangkannya pada esok hari. Baiklah. Insyaallah aku tidak akan lupa.

Akhirnya, waktu Biologi sudah pun tamat. Kami keluar dari makmal Biologi dan berjalan kembali ke surau untuk sesi pembelajaran Pendidikan Islam. Topik kami pada hari ini ialah Sirah. Tajuknya berkenaan Imam Malik dan Imam Syafi'i. Sepanjang di dalam kelas Pendidikan Islam, aku dan Yana banyak berbual. Kelihatannya hubungan kami semakin memulih. Kami tidak bergaduh malah tidak pernah pun. Tetapi aku yang merasakan seolah-olah ada jurang di antara kami pada pagi ini.

Ketika hendak balik, aku sempat bertanya kepada Yana sama ada dia bertugas di library atau tidak pada hari ini? Jawabnya ya. Aku berniat hendak menemaninya di library nanti memandangkan Nana, rakan setugasnya sibuk dengan kelas Guru Muda.

Aku berjalan menyeberangi padang sekolah yang luas sambil berfikir masak-masak. Perlukah aku menemaninya pada hari ini? Aku takut jika dia bertanyakan tentang hal itu. Oleh sebab itu, aku membuat keputusan hanya untuk menunggu pesanan darinya jika dia memerlukan pertolongan aku. Gara-gara itulah aku turun ke bawah tadi ketika telefon bimbit Emak menerima mesej. Aku sangkakan itu pesanan darinya. Sebaliknya, tidak.

P/S : Nama watak hanya rekaan semata, scene realiti. 









READ MORE

#3 Part Of My Family

Posted by ELFarahin | On July 12, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum...
Fuyhh~! Sudah terlalu lama skip about Part Of My Family ini. Bagi yang belum baca bab yang pertama & kedua, boleh klik SINI & SINI. Terima kasih!

Marrie semakin sihat. Bulunya  gebu dan seronok untuk dibelai. Kira-kira 2 bulan sudah berlalu. Mungkin juga lebih? Hmm...Marrie masih kekal dengan Bapak. Amboi~ cinta mati nampak. Hahaha...Once again, tidak lama itu Marrie bunting lagi. Uit~ Uit~! Power betul Marrie ni.

Untuk kali kedua, Farahin dan sekeluarga menyambut kehadiran ahli baru~! Marrie telah melahirkan 3 ekor anak. Sayangnya~ seekor daripadanya lemas kerana lambat keluar. Mati...Jadi, hanya tinggal dua ekor.

Pada keesokan pagi, Farahin bertanyakan di mana Marrie. Ya~ada di dalam bilik sedang menyusukan bayinya. Comel~~ Geram~! Telinganya kecil. Hidungnya kecil. Kaki dan tangannya kecil. Comel sangat! Kalah patung pooh. Huhuu...


Marrie kerap singgah di dalam kotak untuk menjenguk bayi-bayinya. Oh~ such a very caring mummy...hihii..Yang bagusnya Marrie tidak punggah anaknya ke sana ke mari. Yalah. Ada certain kucing akan bawa anak-anak dia pindah ke tempat. Tak selesalah kononnya. Huhuu...

Hendak diringkaskan cerita, sebaik sahaja anak-anak Marrie semakin membesar. Sudah pandai berjalan. Mata pun sudah terbuka. Yeah! Dapat detect sudah jantina mereka! Fuhh~! Dua-2 hero. Ayah asyik tanya saja hendak beri nama apa kepada mereka. Farahin pun that time blurr. Hehhee...So, ayah decided untuk beri nama Boy and Nik. Mentang-mentanglah that time cerita BioNik lakonan Kamal Adli sedang hangat disiarkan di TV3 dalam slot Aksi. Hahaha...

Menariknya melihat adik-adik kecik ini membesar. Baru sahaja beberapa minggu, mentang-mentang sudah pandai berjalan laju, tak padan kecik, dua beradik ini melompat dari atas meja dengan jarak yang jauh. Apa dia ingat terjun kolam renang? Syok je dia main lompat-2. Huhuu...


Bila sudah penat bermain, kedua-duanya tertidur. Huhuu...
adik..adik...



BERSAMBUNG LAGI...




READ MORE

Hero

Posted by ELFarahin | On July 11, 2012 | | 2 comments:
Assalamualaikum....
Sesiapa sudah tonton TAKDIR di TV3 jam 9:30 malam tadi? Ia mengenai HERO~! Farahin hampir lupa tentang kenalan Farahin ini. Ketika berita mengenainya disiarkan, Farahin totally kuno alam siber. Even Farahin tidak tahu pun bahawa terdapat blog mengenai Hero dan sahabat-sahabat yang lain. So, sekarang sudah tahu. JOM FOLLOW FOLLOW LIKE. Support HERO~!! Comel saja semasa melihat Hero di kaca TV tadi. Manja sungguh dia. Buat Farahin rindu dengan adik-adik Farahin. Mama pun. Huhuu...


Powered by BannerFans.com
Ini banner HERO. Boleh klik dan anda akan terus ke blog Papa Hero.


Tak lupa juga hendak selitkan picture Mama Marrie and adik-adik waktu kecil-kecil dulu, Boy and Nik.



READ MORE

Our Fanchant

Posted by ELFarahin | On July 11, 2012 | | 2 comments:
Assalamualaikum....
Tadi semasa sedang mencuci muka di bathroom *sempat juga nak cerita sambil itu Farahin terfikir akan sesuatu. Fanchant! Each Kpoper, each Fandom mesti ada Fanchant untuk Kpop Idol kita kan? Farahin paling suka Fanchant SUPERMAN. Honestly, itu ialah 1st Fanchant yang Farahin hafal since Farahin most addicted with SUPER JUNIOR sejak last year. Huhuu... Err..ada yang tidak tahukah Fanchant itu apa? Alah~ yang bila artis itu menyanyi, then ada certain part fans akan sambut. Macam dalam video ini.



Fuyhhh~!! Suasana crowded kan? Huhuu...Itulah Fanchant. Cantik kan lampu-2 BIRU yang dihayunkan oleh ELF? Sejuk je. Hee~ Tapi tengok pula stagenya. Pergggh~! Tak nak panas pula waktu intro. Merah gitu! Huhuu...Macam manapun, itu Fanchant ELF. How about our fanchant? Tak faham apa yang Farahin cuba maksudkan? Jom ke perenggan seterusnya.

Anda kenal Asmaul-Husna? Anda kenal Shahadah? Anda kenal Salawat dan Zikir? Itulah Our Fanchant. Fanchant tanda kita support ISLAM. Kita support ALLAH. Kita support RASULULLAH. Secara rasional, fanchant ini lebih mudah untuk diingati berbanding fanchant Kpopers. Betul tak? Honestly, Farahin pun still tak dapat catch up official fanchant untuk SFS MV. Hehee...

Jadi, apakah perbezaannya Our Fanchant dengan Kpopers Fanchant? Perbezaannya Our Fanchant tidak akan mati di dunia. Sebaliknya terus hidup selama-lamanya. Dalam kubur nanti kita akan disoal bahawa siapa Tuhan kita, right? Siapa? ALLAH~! Bila hendak ajal kita akan mengucap dua kalimah shahadah kan? Our Fanchant tidak hanya bergema di atas bumi. Tetapi juga di akhirat nanti. Plus, Our Fanchant tidak sesekali buat kita sakit tekak macam Kpopers Fanchant. Betul tak?

Okey. Cukuplah. Panjang dah kowt. Farahin cuma nak ingatkan diri Farahin dan semua. Mungkin ada masa kita memang akan lupa kepadaNya. Tetapi cubalah untuk mengingatiNya biarpun sesaat. ALLAH~!! Sepatah sahaja. Ucapkan dengan penuh rasa rendah diri selaku seorang hamba. Ucapkan dengan bangga sebagai pengikutNya. Ucapkan dengan megah sebagai Muslim yang berani. Takkan kering pun air liur. Takkan pedih pun tekak tu. Hee~

*ISLAM THE TRUTH WAY OF LIFE*






READ MORE

Awak Tanya Saya ke?

Posted by ELFarahin | On July 11, 2012 | | 1 comment:


Assalamualaikum....
Sebelum mula menulis dengan lebih lanjut, Farahin hendak tersengih lebar seketika. Hehee...Kepala Farahin sedang sedikit Tin Tong lah buat masa ini. Jadi hope tiada yang berprasangka dengan entry Farahin untuk kali ini. Hee~ Apalah yang Farahin mahu celotehkan agaknya? Jom baca! NOTE: Ehem! Dinasihatkan bersalawat terlebih dahuluu...LOL~ hihii....


"Farahin. Boyfriend saya ajak keluar datelah. Macam mana ek? Saya takutlah. Yalah. Bukannya saya pernah  keluar berdua dengan lelaki. Macam mana ek?"

Ehem! Awak tanya saya ke? Pendapat sayalah, kalau takut sangat baik tak payah keluar. Lagipun, kalau awak lepak dengan dia apa yang awak dapat? Boy and Girl. Agak-agak apalah yang awak berdua dapat sharekan? Surely, everything terbantas. Hmm...susah~ susah~ Baik awak lepak dengan gurlz fwenz awak. Awak boleh share apa-apa saja dengan mereka. Including about man. Plus, awak tak perlulah hipokrit sangat depan gurlz fwenz awak. Jangan tipu saya~ kita ini sebaya. Saya percaya bila awak berhadapan dengan boyfriend awak mesti awak bataskan behaviour awak, kan? Awak terpaksa jaga bahasa awak. Malah hati dia pun awak kena jaga. Bagi sayalah, susah~ susah~ So, better awak lepak saja dengan gurlz fwenz awak. Open. Awak nak gelak beso-2 ke, guling-2 ke, even kalau awak nak mencarut pun tak ada hal. Tapi...janganlah biasakan diri dengan budaya carut-mencarut ini. Ish...ish..tidak elok untuk pertumbuhan mental dan kematangan batin. Hihii...So, my main suggest is better awak tak payahlah date dengan lelaki tak cukup ongkos tu. Hehee...Awak pernah dengar tak pepatah ini? Terdapat tiga jenis hubungan yang tidak membataskan apa-apa di antara manusia sesama manusia, iaitu hubungan antara PARENTS dengan ANAK, FRIEND dengan FRIEND, dan yang ketiga ialah TEACHERS dengan STUDENT. Lebih kurang begitulah bunyinya. Actually, saya curi ayat dari sebuah Kdrama ini. Master Of Study kalau tak salah tajuknya. Hehee...Jadi, gelaran BOYFRIEND belum termasuk lagi dalam ayat tersebut. Ehem! Ehem! FRIEND and BOYFRIEND itu jauh bezanya ya. BOY FRIEND and BOYFRIEND pun berbeza. So, seriously anak-anak hingusan macam kita ini gerenti mesti hipokrit giler habeh punya bila depan boyfriend. Ups! Awak marah ke dengan bebelan saya ini. So, better I stop now. Fikir-fikirkanlah. Awak sendiri yang minta pendapat saya. Hewhew....


Tetttt~! OMO~ habislah Farahin. Tamat segala~ hahaha...awak-awak yang membaca entry saya ini janganlah buat muka semerah Patrick Star dalam kartun Spongebob Squarepants itu. Takutlah kitew~~ Janganlah marah. Kalau awak-awak tak pernah hipokrit dengan couple awak, then that was daebak. Couple awak tu pun mesti gempak sebab dia dapat terima awak yang sebenar-benarnya diri awak. Untunglah...Huhuu...

Actually, tiada sesiapa pun bertanya kepada Farahin soalan itu. Farahin sendiri yang sengaja bertanya pada diri Farahin yang agak ting tong pada hari ini yang kononnya anti couplelah. Tetttt~! Kena pangkah sudaaa...hahaha...Okeylah. For those yang sudah baca entry ini, Terima kasih! Baik hati awak layan entry saya ini. Hehee... Yang sudah act ala-ala volcano hendak meletus, better pergi ambil wuduk! Kehkehkeh...




READ MORE

The Truth Inside Me

Posted by ELFarahin | On July 10, 2012 | | 3 comments:

*aku menangis
Ya, Allah.....mengapa hamba begini? Mengapa hamba tidak dapat merasakan mana-mana kasih sayang yang telah diberi kepada hamba? Ya, Allah....dakaplah hamba. Belailah hamba. Ya, Allah...ini amat besar. Kesilapan ini amat besar. Kesalahan ini amat besar. Dosa ini amat besar. Ya, Allah...tunjukan kepada hamba kehebatan seorang lelaki yang sebenar. Sedangkan hidup hamba huru-hara kerana seorang lelaki itu. Ya, Allah....Yang Maha Member, Maha Mengambil....kembalikan hati perempuan hamba. Ya, Allah...dia wajib hamba cintai cuma sebagai sahabat bukan lebih daripada itu. Ya, Allah....hamba sakit begini. Benarkah? Benarkah hamba mampu melawan dugaanMu ini, Ya Allah. Ya, Allah....hari ini hamba benar-benar sakit. Sakit sama ada untuk memilih terus begini atau hamba terpaksa bersakit luka demi melawannya. Ya Allah....tak terduga begini jadinya kerana sebuah cinta. Ya Allah....tak terduga begini rapuhnya jiwa hamba. Ya Allah....tak terduga begini goyahnya iman hamba. Cahaya itu terasa semakin jauh. Sinarnya terasa semakin malap. Ya Allah....sebentar lagi Ramadhan akan datang menjengah. Moga hamba akan dapat meraih cahaya dan sinar itu kembali. Ya Allah....hamba cuku merasakan betapa kotornya hati hamba kini. Betapa keras dan kasarnya hati ini. Ya Allah...cabutkan perasaan ini buang jauh dari diri hamba. Tinggalkan cuma nilai-nilai kasih, sayang dan cinta antara sahabat dengan sahabat. Ya Allah....wajarkah hamba memberitahu dia soal perasaan ini? Sesungguhnya hamba takut dan sangat takut untuk kehilangan sahabat sebaik-baik dia. Ya Allah...tunjukan hamba jalan. Ya Allah.....keluarkan hamba dari belenggu kesempitan batin ini. Ya Allah....hati terasa bagai hendak pecah jadinya. Sakit~~ Ya Allah...pada siapa hendak hamba mengadu. Padanya hamba tidak sanggup. Pada siapa lagi jika tidak cuma kepadaMu. Ya Allah...pimpinlah perjalanan pulang hamba dan hindarkanlah hamba daripada berpatah dari landasan kebenaran. Ya Allah....hamba tidak berzina, hamba tidak minum arak, tetapi hamba telah menyalahgunakan perasaan yang ada pada diri hamba. Ya Allah....bantulah hamba mencari jalan pulang. Utuskan mana-mana makhluk teristimewaMu buat hamba sebagai pengiring di sisi hamba sepanjang perjalanan pulang ini. Ya Allah...hamba akui diri hamba berketurunan hawa. Hamba akui diri hamba bernama wanita. Namun hamba juga akui hamba seakan hilang separa jiwa wanita hamba. Ya Allah....hamba akui bahawa hamba yang mengunci merantai menutup rapat pintu hati ini. Hamba akui hamba yang menyekat pemikiran ini daripada mengingati lelaki. Ya Allah...hamba akui ini silap hamba. Hamba ingin memperbaikinya. Tetapi hamba takut...hamba takut sejarah berulang di masa depan. Hamba takut dengan namanya cinta. Hamba takut dengan namanya jodoh hidup. Hamba takut dengan namanya lelaki. Ya Allah...apa yang harus hamba lakukan? Bagaimana harus hamba perlakukan diri hamba yang sebaik-baiknya? Ya Allah....hanya kepadaMu Yang Maha Memberi Petunjuk hamba menagih bantuan. Amiin.....

P/S : Believe me. Nurfarahin is not a perfect girl. Seriously, inside her it was awful and seems like getting worst.




READ MORE

BO?!! Heechul Deactivated @Heedictator??!!

Posted by ELFarahin | On July 09, 2012 | | 1 comment:
Assalamualaikum...
Err...apa yang sedang dan telah terjadi sebenarnya, ELF??? Apologised me for asking. Farahin totally tidak tahu-menahu apa-apa. Sudah sebulan Farahin tidak on twitter. Apa yang sudah terjadi sebenarnya? And ia melibatkan our Heechul oppa? Seiously, I'm still shock. What had happened???

Tadi Farahin view our oppa SFS MV and bila Farahin baca comments yang ada di bawah MV itu....


WHAT the hell is this?? Saesang? Heechul? Twitter? Deactivated??? OMO~ What had happened actually? ELF!! Any ELF!! Answer me, please....tsk!tsk! All this things just spoiled our Heechul's birthday~~ hukhuk...sob..sob..



UPDATED : 11:11 pm


His twitter has gone! Tsk!Tsk! Heechul oppa~~


So, he have been stalked over too much? Aishh...
he have his own life. Why don't you let he life free, happy and peace?
OMO~ oppa...

and, it's better asking than act like I know everything.
Who's Sasaeng?? Any ELF? Answer me, please....


BO??? Andwae!! That...erk..this..I know.
It's getting WORST.

Inilah namanya kerana setitik nila, rosak susu sebelanga.
Heechul oppa merajuk daa...
Sob...sob...

Apapun, keep viewing SFS MV ELF.
And keep comments.






READ MORE

Terima kasih, Encik #300!

Posted by ELFarahin | On July 09, 2012 | | 6 comments:
Assalamualaikum...
Finally!  ELFollowers Farahin sudahpun mencecah #300 ELFs!
Terima kasih Mohd Noor Shawal sebab follower saya!
Nah,  untuk awak! Hehhee...
Terima kasih juga kepada ELFollowers yang lain!
Tanpa anda, Farahin takkan dapat 300 orang ELFollowers
and nama Shawal pun takkan disebut dalam entry ini.
Kamsahabnida, chingu! 
Bagi sesiapa yang mahu ke blog Shawal, boleh klik nama penuh Shawal di atas sana.
Blog dia cantik. Yellowish gitu! Follow JOM! 


Ceywah! Tak boleh blah dengan gambar profile Shawal.
Naruto gitu! Huhuu...



READ MORE

Tak Sempurna

Posted by ELFarahin | On July 07, 2012 | | 2 comments:

Assalamualaikum...
Manusia terkenal dengan sifatnya yang tidak memahami atau kurang memahami. Manusia juga popular dengan sifatnya yang tidak mahu atau takut untuk cuba memahami atau ingin tahu. Aishh...what I'm trying to say right now?? Farahin bad mood malam ini. Diri ini rasa serba tidak kena saja. Rasa rimas, marah, sedih dan sebagainya. Farahin juga tidak tahu apa sebabnya. Apabila Farahin cuba untuk mencari sebabnya, ia cuma buat Farahin rasa tertekan dan bertambah rimas. No one to talk with. Cuma blog yang bisu ini ku perdengarkan taipan oleh jemariku. Siapa tahu apa yang sedangku taipkan. Yang mendengar bunyi butang papan kekunci ini ditekan, tidak semua tahu apa yang cubaku katakan. Manusia yang tak sempurna!

Sebelum akhiri entry, Farahin nak kasi sumpah kepada mereka yang bikin siot di kotak chat Farahin. Hey,dude! I don't need your FUCK advertisements. Shit! If you really want to promote your advertisement, only give me the link STUPID! Don't make mess on my chatbox! I can still alive without your advertisements!


READ MORE

Bertuahnya, Farahin..

Posted by ELFarahin | On July 06, 2012 | | 2 comments:


Assalamualaikum...
Guess? Apa yang sudah terjadi pada hari ini? Mestilah Hari Terbuka Sekolah seperti yang Farahin telah ceritakan dalam entry semalam! Huhuu... Cuma..ia tidak berlaku yang seperti dijangkakan. Kenapa? Apa? Farahin tidak dimarahi oleh ayah? Ya. Farahin tidak dimarahi. Tetapi emosi Farahin tetap terganggu sedikit. Bukan sebab Hari Terbuka ini tetapi ada sebab yang lain. Mahu tahu apakah ia? Jom ke perenggan kedua.

Sederet dengan kelas Farahin sudahpun kosong. Cikgu-cikgu pun sudah mula melangkah keluar meninggalkan kelas. Tetapi Farahin masih tinggal di dalam kelas bersama guru kelas. Oppa(s) and unnie(s) yang di blok sebelah itu agak-agak nampak tak Farahin yang sedang melukut di jendela kelas? I'm waiting for my father. Where he is?

Guru kelas Farahin datang mendekati Farahin. Dia tanya whether parents Farahin datang ke tidak. Farahin replied tak tahu saja. Semalam sudah beritahu parents yang hari ini ada Hari Terbuka. Tapi mereka tak cakap apa-apa pun. Farahin pun just accepted yang ayah akan datang pada hari ini.

Blok J sudahpun kosong. Kalau Farahin tidak berganjak juga dari tingkap itu sambil melempar pandangan ke jalan raya di hadapan sekolah, alamatnya sendirianlah Farahin di situ sambil melayan bayu yang dingin selepas hujan. Guru Fizik Farahin masuk. Juga tanyakan soalan yang sama. Farahin pun just replied benda yang sama. Cikgu offered untuk call ayah. Cikgu on phone and berikannya kepada Farahin. What?!! Blackberry! Maaf, cikgu. Saya tak tahu guna. Nak tekan dekat mana? Lastly, cikgu taipkan nombor telefon ayah.

Wait...wait...pfft! Tiada sesiapa angkat panggilan. Try again. Adoiyaii...kena telan sudah kredit cikgu. Akhirnya, seseorang di talian. Mak! Ayah mana? Datang tak? Mak kata ayah sedang melepak di toilet daa. Aiseyh~ Mak cakap lagi. Ayah malas nak datang. Okey. Farahin mula kecik hati. Automatik, mood Farahin bertukar menjadi dingin. Mak tanya whether nak ayah datang ambil report card tak. Sudah habis pun mak~ actually sudah lamapun habis. Then, mak tanya lagi nak ayah jemput balik tak. Act, hati tengah sedih. Sebak di dada. Just replied tak perlu.

Farahin pulangkan Blackberry Purple kepada cikgu semula. Tiba-tiba fikiran Farahin menjadi buntu. Oh, my. Eotteokhaeyo? Patut salam cikgu dulu kan sebelum balik? Farahin pun salamlah cikgu fizik tu. Guru kelas sudah pun pergi. Turun tangga dengan hati yang masih sebak. Berjalan di tengah-tengah padang sekolah dengan hati yang masih lagi sebak.

"Sama ada dibebel oleh ayah mahupun tak, aku masih rasa nak nangis.
Sama ada ayah dah dapat report card atau tak, aku masih rasa tertekan."
-Kata hati Farahin-

Berjalan kaki balik ke rumah. Semakin jauh dari sekolah, hati semakin terubat. Berjalan sambil still mengenangkan apa yang dibualkan di dalam telefon cikgu tadi. Sebaik saja tiba di rumah, maniskan muka even mengah berjalan kaki kira-kira 1km+ dari sekolah. Seperti yang telah Farahin katakan kepada cikgu tadi. Ayah sakit perut. Yalah. Takkan nak cakap yang ayah Farahin sedang date dalm toilet? Ayah kata dia sakit perut. Fine. Farahin try untuk terima itu.

Tajuk entry kali ini ialah 'Bertuahnya, Farahin' sebab Farahin teringatkan kata-kata Cikgu Fizik yanga asyik berulang kali disebut olehnya.

"Parents awak tak datang ke?"
"Entah"
"Ya,Allah...Bertuahnya awak."

"Macam mana?"
"Ayah saya sakit perut."
"Ya,Allah...Bertuahnya awak."

"Cikgu. Salam."
"Awak anak sulung eh?"
"Saya anak tunggal."
"Lah...Bertuahnya awak."

Ya. Bertuahnya Farahin hari ini. At least, hari ini Farahin tidak menangis dan mengalami tekanan perasaan, emosi dan jiwa yang teruk. Seperti yang dihajatkan. 2: 30 pm nanti mahu balik ke sekolah. Ada last rehearsal untuk pertandingan koir esok sempena Hari Puteri Peringkat Daerah di SMAKJ. Goodluck for us! Farahin bertuah kann...huhuu...

P/S : Ini my 1st time parents tak datang pada Hari Terbuka Sekolah.



READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin